Pengikut

Selasa, 29 Mac 2011

Sungguh Menakutkan

Pada 26 Mac 2011, saya telah terbang ke Subang dengan pesawat 'Firefly' untuk menziarah ibu saya yang kurang sihat. Sementara menunggu waktu penerbangan, terbaca laporan akhbar Utusan Malaysia dan juga The New Straits Times tentang lesen juruterbang palsu di India. Macam mana isu ini boleh berlaku? Bagaimana pihak berkuasa di negara tersebut boleh 'terlepas' pandang perkara yang boleh mengorbankan nyawa manusia? Eh...Eh...Sungguh menakutkan!

Perkara ini terbongkar  kerana penumpang membuat aduan terdapat juruterbang yang kerap membuat 'hard landing' semasa mendarat. Apabila pihak berkuasa menyiasat, didapati terdapat beberapa juruterbang yang kesahihan lesen penerbangan mereka meragukan. Keadaan begini tidak mungkin berlaku di Malaysia kerana Jabatan Penerbangan Awam (JPA) mengawal ketat pemberian lesen juruterbang.

Juruterbang mesti lulus peperiksaan bertulis dalam berbagai subjek seperti 'Air Law', 'Loading', 'Tecknical on Type', dll, sebelum diuji oleh pemeriksa secara praktikal menerbangkan jenis pesawat yang dikehendaki. Saya telah memilih helikopter Alouette 111.  Sebagai seorang juruterbang TUDM, kami diberi pengecualian beberapa subjek. Ketika saya mengambil 'Airline Transport Pilot's Licence (Helicopter/Gyroplanes) (ATPL)' pada 1992, saya hanya perlu mengambil 3 subjek sahaja, iaitu Air Law, Technical dan Loading.

Lesen ATPL saya (lama dah 'mati')

Para penumpang pesawat terbang...Janganlah ada sebarang keraguan...'you're in the safe hands of qualified, highly competent and experienced  pilots' whose licences are issued by our DCA', Insya-Allah. Bukan mudah untuk mendapat lesen penerbangan di negara ini! Semua juruterbang yang lesennya dikeluarkan oleh JPA memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. 

9 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

In this current world of "money is not everything but everything need money", not a surprise when people can get everything by paying some amount of $$.

This remind me on the issue of "lesen terbang" issued by RTD those days.

Human is still a human in which countless people will uphold the responsibility entrusted to them especially when seeing a cash money in front of them.

May be for them it is not a bribery but define it as "permudahkan urusan".


.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Kamal,

Thank you. I wonder whether those who 'worship' $$$ know what 'conscience' is! Maybe to them, life of others...be damned!

Faizul berkata...

Gentlemen,

In this day & time, nothing is impossible. It is actually "Malaysia Boleh" literally.

As long as you have $$$, all can be arranged. You can see it happening all around you everyday. TV & Newspapers are so proud to report it. All Law's & regulations can be over come.

Duitlah Tuhanku

moza aqm berkata...

Of course money is important but when times come........if you want to know money is worth or not try accident.

Tanpa Nama berkata...

Selamat pagi tuan,

Ada kemusykilan hendak ditanya ni, kalau tak silap saya tuan sudah bersara daripada TUDM selepas 1991, kenapa tuan menduduki exam untuk ATPL? Subjek 'loading' tu, subjek apa tuan, kerana saya pernah terbaca satu buku biografi juruterbang MAS, dan beliau juga merupakan bekas juruterbang Caribou TUDM, Capt.Dawek Sabeli mengatakan bahawa setiap bekas juruterbang TUDM yang ingin memasuki MAS haruslah menduduki subjek 'loading' daripada DCA. Saya bertanya ni, hanya sekadar untuk pengetahuan sahaja.

Luke

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Luke,

Terima kasih. Untuk makluman, pilot TUDM tidak memerlukan lesen 'awam' untuk menerbangkan pesawat TUDM. Tahap prestasi kami diuji oleh 'Pemeriksa' TUDM. Ketika era saya, proses ini, atau lebih dikenali sebagai 'cat', dilakukan setiap 6 bulan untuk C & D cat; setahun sekali untuk A & B cat. Sekiranya kami berhasrat untuk berkhidmat dengan syarikat penerbangan awam, kami perlu mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh JPA (DCA).

Dalam kata mudah, 'loading' adalah untuk menentukan muatan dalam pesawat 'evenly distributed'. Macam inilah...sekiranya semua penumpang dan barang diletak di bahagian belakang pesawat, hidung pesawat akan naik ke atas kerana C of G tak seimbang. Keadaan ini boleh membahayakan pesawat.

Tanpa Nama berkata...

Saya masih berkeyakinan selagi Dato' Yahya bersama pemeriksa pemeriksa yang berada dengan di DCA, insya'ALLAH keselamatan kita terjaga.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Betul tu, Insya-Allah.

Unknown berkata...

Salam..ayah sy tanya mna dpt gamabr heli atas air tu...sbb gambar tu sama dgn dia punya..gambar dia po ada dlm blog ni...rosman 813058 navy..0172566712