Pengikut

Ahad, 22 Mei 2011

Di Luar Kemampuan

Pembaca...Saya terima cerita ini daripada Lt Kol Basri Omar (B) tentang satu insiden di mana seorang anggota RAJD terlucut dari 'harness' ketika beliau di'winched'kan oleh pesawat Alouette 111. 


Tugasan: Menanam Ubi(JS)-(Ops Naga)
Lokasi: Kawasan Op Gubir, Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah
Tarikh: Dalam Tahun 1976
Pasukan: 3 Skn Jurutera, Taiping
Kekuatan: 8x Tim Menanam JS (Setiap Tim x 10Anggota = 80 Anggota)
Pasukan: Platun 7 Renjer, Sg Petani(Di ketuai oleh Lt Mustapha)
Ringkasan Kejadian: 

Lebih kurang jam 1500, semasa dalam proses Arming (mengaktifkan JS), di sebabkan kawasan lembab dan licin, L/Kpl Hashim tergelincir dan jatuh lalu terpijak JS yang telah ditanam satu hari terdahulu. Mengakibat sabelah kaki hancur ...(xpasti kaki mana). Beliau survived pendarahan tersebut  hingga Helikopter Allouette tiba utk Medivac.

Semasa dalam proses Winching Up ke helikopter, AQ tak sempat memegang badan L/Kpl Hashim, beliau jatuh terduduk....Lt Mustapa yang sedang memerhati proses Winching up tu terus meluru ke L/Kpl Hashim  dan memangku beliau ...Beliau menghembuskan nafas didalam pangkuan Lt Mustapa...Innalillah!

Kemudian Jenazah diterbangkan ke Kem Lapangan Terbang, Sg Layar, Sg Petani, dan di uruskan di Madrasah Kem tersebut.( OC Mej Taharim telah sedia menunggu ketibaan jenazah di situ).

Jenazah telah dihantar ke rumah bapa beliau di Penanti pada sblh malam . Pengkebumian di laksanakan pada keesokan harinya. Antara orang2 kenamaan yang hadir di majlis itu ialah Ketua Jurutera, Brig Jen Dato' N Selvarajah, Pegawai Daerah - En Sattar, dan Ketua Polis Daerah.

Pada masa yang sama, OC Mej Taharim terbang ke lokasi kejadian bertujuan menenangkan anggota2 Tim Menanam JS dan sebagai Morale Booster. Beliau di sambut oleh Lt Mustapha dan diberi taklimat terperinci ttg kejadian yang mengakibatkan kematian L/Kpl Hashim. Beliau tidur di lokasi tersebut. Dimaklumkan bahawa Pos ini pernah menempatkan  Almarhum Kapt Zainal (Mej) SP, bekas pegawai 17 RAMD, semasa operasi d kawasan tersebut . Beliau (Mej Zainal) terbabit dlm pertempuran dgn PGK dan maut.... ! Di anugerahkan pingat SP oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong . Pada malam itu, Mej Taharim solat di tempat solat Almarhum Kapt Zainal (di perbuat daripada anyaman daun Bayas...Masyaallah...)!

Keesokan harinya Mej Taharim balik ke Kem Gubir dan meneruskan pemantauan tugas2 Menanam Ubi di kawasan Op Gubir...! 

(Almarhum L/Kpl Hashim dari 2 Tp 3 Skn Jurutera pernah terlibat dalam Ops Gubir 2 pada bulan Apr 1976 terdahulu bersama Tim Pemusnah JS). 
Wassalam 
Basri bin Hj Omar

Saya ingat insiden ini. Ketika itu 'Composite Squadron' masih belumwujud. No 3 Skn, TUDM butterworth, adalah skuadron Alouette 111. Tugas mengambil casevac ini dipertanggungjawabkan kepada skn tersebut.   


Saya tiada 'privy' kepada laporan Lembaga Penyiasatan, kemungkinan besar arwah terligelincir kerana 'toggle' NATO Strop (gambar) 'naik' ke atas. Mungkin arwah pengsan dan tangannya longlai yang mengakibatkan toggle 'terslip upward'. MUNGKIN!! 
Saya difahamkan AQM berkenaan telah 'remuster trade' asalnya kerana berasa terlalu bersalah tidak dapat menyelamatkan arwah L/Kpl Hashim. 
Lt Kol Basri...Terima kasih. Arwah L/Kpl Hashim....Al-Fatihah. 

10 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Mejar Dan Lt Kol Basri... Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat HUT ke 59 Buat tuan Basri..
saya hadiahkan salam sayang, bersama Al-fatihah yang penyayang, kukirimkan sesuci kasih, bersama Al-ikhlas yang suci bersih, istimewa untuk mu, moga rahmat Allah tetap bersamamu,selamat hari lahir Tuan Basri..

anda dan rakan rakan veteren semua adalah wira yang tak didendangkan.

paipkarat berkata...

Akum...saya baru abis baca buku tuan...tahniah,memang best!!!!kalau kat Hlwood meby dah jadi filem dah cerita tuan..memang hebat orang dulu2 berjuang..

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Sahabat Senapang Patah!
Tk ats ucapan ...ingin dperturun madah drp saorang sahabat Sek saya di STAR dulu Sdr Abu Samah "Dalam umur sebegini ada kalanya kita menjadi Perindu,lalu kita jenguk tingkap Nostalgia,dan ada waktu waktunya dalam samar senja riuh menjadi sunyi,ufuk di salut resah......kalau begitu jadinya,perkuat sisa kudrat yg ada, kita susur balkoni melimpas pandang mentafsir KEAGUNGAN ILAHI.."

Moga2 Allah memberkati kerja baik kita selama ini,Insyaallah!

Tanpa Nama berkata...

Amat kurang certa insurgensi peringkat kedua (70an,awal 80an) didedahkan kepada awam. Dan pihak kerajaan pun tak keluarkan 'Kertas Putih' tentang kegiatan PKM ini. Dalam keadaan negara kita sedang menghadapi ancaman 'TENANG TAPI GELISAH ' dan 'BARA DALAM SEKAM' kini , amatlah penting cerita2 combat oleh Tuan Nor dipaparkan. Supaya generasi McDonald dan Starbucks ini tahu betapa sukarnya nak mencari keamanan negara supaya tidak mudah terperangkap dengan anasir revolusioner, chauvinisime, fanaticsme yg ada kini ini...

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak keluarkan cerita pejuang terdahulu..Kerajaan asyik pikir naikkan harga barang aje..Rakyat Diutamakan! NAIKKAN HARGA BARANG!!

SENAPANG PATAH berkata...

anonymous 11.35
saya menyokong kenyataan beliau terlalu kurang cerita insurgensi peringkat kedua didedahkan kepada umum.
begitu juga terlalu kurang atau tiada langsung drama atau filem yang mengangkat kisah perjuangan veteran terdahulu.
teringat ketika dihujung 70an dan 80an generasi ketika itu didedahkan dgn Cerita COMBAT. ketika itu jika ditanya kpd anak2 muda dan murid2 sekolah apakah cita2 anda bila dewasa? Jawapan yg keluar kebanyakan nya hendak menjadi askar.
tetapi kini generasi muda lebih mengenali artis2 dari wira2 insurgensi.
berapa ramaikah yg tahu kisah nuri ditembak jatuh?
berapa ramai yg tahu kisah anggota PPH diserang hendap didalam bot ketika menhantar bekalan ke fort tapong?
berapa ramaikah yg tahu peristiwa di nong gajah?
siapa yg kenal kanang anak langkau? LT M kassim abd kadir? dan siapa yg kenal LT KOL syed osman syed omar?
generasi sekarang hanyut dgn hiburan... sayang sedangkan negara jiran kita kesemua anak muda wajib mmasuki perkhidmatan kerahan,anak muda kita pula leka dgn hiburan dan sebagainya

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Petang tadi, saya telah berjumpa dengan Prof Dato' Dr Ramlah Adam di Darulaman Golf Club. Beliau sedang menulis buku tentang kepewiraan anggota keselamatan - ATM & PDRM. Bersama beliau ialah seorang mantan VAT69.

Saya tak pasti apakah tajuk buku atau pun bila akan diterbitkan. Justeru, kita tunggu buku tersebut, insyaAllah. Objektif ialah untuk menaikkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Ini buku akademik & bukannya 'talking writing'...He...He...He.

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Tuan..

Teruja bila mendengar tentang penulisan buku terbaru oleh Prof Dato Dr Ramlah Adam. Dan harapan saya semoga projek ini menjadi kenyataan.

Berkenaan buku tuan pada pendapat saya dan rakan yang telah membaca gaya penulisan tuan amat mudah difahami.
memetik kata sahabat saya bila membaca buku tuan seolah olah sedang berada di lokasi kejadian.

teruskan usaha tuan menulis pengalaman veteran dahulu.semoga menjadi insprasi utk generasi muda.

Harus diingat PKM cuma sign penjanjian damai saja...

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Thx buku dah sampai tapi belum boleh baca sbb still kat KUCHING. Weekend ni balik baru boleh tgk. Mcm biasa bila boarding, mesti nampak 3-4 biji NURI kat hangar RMAF Kuching, teringat kat Tuan hehehehe.

Satu lagi, baru saya tau yg kita pun aada 'menanam ubi' ingatkan PKM ja yg tanam, tanam utk depa ka ;-)

KATON

Tanpa Nama berkata...

rupa-rupanya atm pun ada tanam ubi ,ingat pk je tanam ubi....