Pengikut

Selasa, 24 Mei 2011

Kisah Wira-Wira Pasukan Keselamatan

23 Mei 2011, jam 1700....Prof Dato' Dr Ramlah Adam dari UITM, telah bertemu saya di DGCC, Jitra. Beliau ada menalefon saya sebelum ini untuk menebual pada Jun depan. Menurutnya, beliau sedang dalam proses menulis sebuah buku tentang wira-wira Pasukan Keselamatan- ATM & PDRM. Apabila terbaca pojok 'Cuit' Utusan Malaysia oleh Dato' Zaini Hassan, beliau terus mengbungi saya. Tut...Tut...beliau membuat keputusan untuk datang lebih awal kerana berada di Perlis untuk menemubual lain-lain veteran.

 Dari Kiri: Suami Prof, saya, Prof Dato' Dr Ramlah, xVAT 69 

Secara jujur, saya berpendapat sepatutnya kita, warga Anggota Keselamatan, yang menulis kisah yang bersangkut paut dengan kita. Saya bersyukur kerana buku "Coretan Xnuripilot", Prof akan memasukkan warga TUDM dalam buku yang akan diterbitkannya. Beliau meminta 2 lagi warga TUDM untuk dijadikan bahan bukunya. Saya telah menamakan mereka dan telah pun memaklumkan kepada mereka. Sama ada Prof akan menghubungi mereka....Wallahualam.

Saya percaya ramai golongan veteran yang 'kaya' dengan pengalaman. Ambil cerita yang pernah saya katakan. Tindakan seorang juruterbang Alouette gunship yang mengarahkan gunner beliau menembak dengan M16 ketika konvoi PPH diserang hendap. Cannon 20mm telah kehabisan HE. Kerana tindakan diluar SOP ini, beliau telah menyelamatkan anggota PPH. Sayang sekali, beliau agak berat untuk menceritakannya. Begitu juga seorang juruterbang Nuri yang telah terbang di waktu malam untuk menyelamat seorang casevac, pegawai Ranjer, di kawasan operasi di Sarawak. Dan saya percaya, banyak lagi yang saya sendiri tidak mengetahuinya.

Tidak kurang juga cerita daripada pasukan Tentera Darat. Kebanyakannya apa yang kita dengar adalah tentang pengalaman mereka yang dianugerah darjah perkasa. Namun, banyak cerita yang tidak diperhebuh-hebuhkan.

Wahai para veteran....Mengapa kita tidak abadikan pengalaman kita untuk tatapan generasi akan datang. Saya percaya ramai di kalangan veteran yang mampu menulis kisah-kisah tersebut. Saya sendiri, kalau cukup bahan, mungkin sedia menerbitkannya, tapi dengan gaya saya sendirilah....InsyaAllah.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan..

mmg sepatutnya golongan askar/polis di zaman insurgensi menulis atau mencoretkan pengalaman mereka semasa menentang pengganas komunis..ini penting agar rakyat negara ini yg lahir diera world wide web memahami bahawa keamanan yg dikecapi skrg ini tidak hadir dengan percuma..mungkin disebabkan oleh kurangnya bahan bacaan yg ditulis oleh para veteran askar dan polis maka anak2 muda zaman kini menganggap bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara..

nak diharapkan kpd penerbit drama/filem utk mengangkat kisah2 kepahlawanan perajurit2 kita tu mmg bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba...mereka (penerbit drama/filem) lebih berminat utk buat cerita2 yg takde nilai..balik2 cerita cinta, rempit,bohsia dan seram aje..jadi usaha utk menyedarkan rakyat Malaysia akan kisah2 kepahlawanan pasukan keselamatan kita terletak di atas bahu para veteran yg pastinya mempunyai pelbagai kisah yg boleh dikongsi..

p/s- sy dh abis baca buku tuan..mmg salute dgn pengorbanan yg dicurahkan oleh tuan dan rakan2 seperjuangan yg lain..bila nak keluar buku kedua pula?

Khaidir

Tanpa Nama berkata...

Maj,
Prof Dato' Dr Ramlah?
Wira Malaysia ke wira Melayu yang dia nak tulis?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya adalah pihak dan tak pernah terikat dgn ATM & PDRM. Mungkinkah sebab banyak cerita zaman insurgensi dulu tak dihebohkah disebabkan ianya masih di classified sebagai masih RAHSIA KERAJAAN? Apa pandangan Mejar dalam hal ini? Jika ia sepatutnya dah lama fail2 sulit ini ''diclassified''....

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya warga atm yg tulis baru real klau org lain mungkin x berapa tepat

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Tahniah kepada Tok Sidang Khaidir kerana telah selesai membaca buku berkenaan. Saya ni setengah buku pun tak sampai lagi, heheeheee...

As previously discussed in various comments made by readers regarding the untold story of unsung heroes, the publication of Coretan X Nuripilot will and has opened the eyes of people.

Somehow or rather, we need to break the ice or make the ball rolling towards recognizing the contribution & sacrifice made by them and you have done it Sir!

I agree with Khaidir that our film producers would prefer love & horror (which is actually a comedy, tak seram pun) compare to historical films.

It is hard to get Malaysians to read especially books compare to those Mat Salleh in which dok tunggu teksi pun sempat membaca. Buku tu sedia-sedia di tangan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Saya difahamkan satu buku berkenaan 'Ops Piramid' akan dilancarkan tidak lama lagi. Kita tunggu pelancarannya nanti.

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Tuan..

mungkin ada yang dah tahu,tapi tak apa lah saya sekadar ingin berkongsi maklumat, bekenaan 1 blog yang ditulis oleh ex officer RGK.. amat menarik sekali...

http://excdo.blogspot.com/

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Thanks you senapangpatah for the info. Ran thru the said blog already and found it very interesting too.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara senapangpatah & Kamal,

Dah melayari blog tersebut. Saya mencadangkan beliau membukukan kisah tersebut. Syukur dah ramai menulis kisah pengalaman mereka. Alangkah eloknya sekira dibukukan.