Followers

Wednesday, July 13, 2011

Di Manakah Mereka Sekarang!!

Saya sungguh teruja apabila menerima panggilan telefon daripada salah seorang anggota saya ketika saya menjadi Pegawai Gaji 7 RAMD pada 1 Jan 1971 - 2  Jun 1973. Semenjak keluar daripada unit  tersebut untuk mengikuti kursus penerbangan dan seterusnya berhijrah ke TUDM sehingga tamat perkhidmatan, saya tidak pernah bertemu dengan mantan staf saya di suatu ketika dulu.

Koperal Wan Abdul Rahman sekarang ini tinggal di Rancangan Felda Sg Koyan, Raub. Beliau telah menghubungi saya setelah membaca akhbar 'Kosmo' yang memaparkan cerita saya. Justeru, beliau telah menghantar gambar berikut:
Duduk: Dari kiri - Sjn Saharudin, Lt Nor Ibrahim, Kpl Wan Abdul Rahman
Berdiri: Dari kiri -  L/Kpl Darus, L/Kpl Halim, Kpl Kamaruddin, arwah Kpl Ismail
Hadapan Pejabat Gaji 7 RAMD, Pengkalan Chepa, Kelantan

Skot saya pula, Lt Kol Robert Rizal Abdullah (B), menghantar gambar yang ditangkapnya ketika 'Ops Cahaya Bena' 1976. Gambar menunjukkan sebuah Nuri terbang rendah dalam kawasan Thailand.
Tanpa berbaju ialah Kapt Zainuddin, 3 Meriam, selaku FOO

Beliau menceritakan 'reunion' yang dihadiri baru-baru ini di Sungai Petani. Selepas 25 tahun, beliau bertemu semula dengan anggotanya yang terkena jerangkap samar dalam operasi tersebut. Kisahnya boleh dibaca di sini.

Di manakah mereka sekarang!!

Lt Kol Rizal & Kpl Wan Abdul Rahman....Terima kasih.

12 comments:

Anonymous said...

Yang tak pakai ketayap tu mana punya belia 4B? Thanks for the posting. Tentunya banyak kenangan bagi mereka yg berkhidmat dalam era insurgency apabila melihat gambar2 semasa buat operasi macam ni. Cuma zaman tu tak ramai yg minat dgn hal photography dan yg ada camera utk merakamkan peristiwa2 semasa dalam operasi. Maklumlah gaji zaman tu pun tak sehebat sekarang.

FMZam said...

Yang tak jadi klise pada tentera kita dulu di zaman insurgensi ialah apa yang jadi klise pada tentera2 sejak zaman perang dunia pertama lagi, iaitu satu unit yang dipanggil war correspondent yang kerjanya merakam dan merekod peperangan di garisan hadapan yang bersenjatakan kamera dan buku nota. Kata orang peluang tidak datang dua kali, maka itulah tentera kita kehilangan peluang bila tidak gunakan inisiatif ini dan terlepas peluang untuk apa jua rekod yang komprehensif tentang peperangan kita menentang kominis.

Yang ada pada kita ialah inisiatif sendiri dengan kamera sendiri atau kamera kerajaan jenis Koduk 35mm Compact, filem sendiri, ambil gambar sendiri, cuci filem sendiri, dan simpan sendiri, lepas tu lupa.

Bagi yang ada kenangan dalam kepala tentu akan terbayang kembali bagaimana moral tentera kita naik bila nampak si burung besi terbang dari jauh atau dengar bunyinya pun cukuplah untuk mengubat rindu pada tamaddun yang jauh diluar hutan sana.

Bila askar kita masuk hutan, kita ada pointman, rifleman, runner, signaler, medic, tapi tak ada cameraman yang nak rakam peristiwa2 'in the heat of a battle' untuk diabadikan kedalam galeri sejarah tentera kita.

Terima kasih kepada yang telah menggunakan inisiatif sendiri untuk mengambil gambar2 yang sangat berharga sekarang ini. Kita bernasib baik kerana mempunyai askar2 yang ada 'instinct' untuk membawa kamera sebagai senjata tambahan sewaktu menjalankan tugas.

Anonymous said...

tuan...tuan sblm bertukar service ke TUDM ni dlm kor gaji ke meriam?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Ditauliah dalam kor Meriam(20/5/69-29/9/70) kemudian ke Gaji (30/9/70-2/6/73)- hanya 4 tahun dalam TDM.

Anonymous said...

Gambar2 klasik ni yg tak ternilai harganya...

Anonymous said...

FOO bermaksud "Foward Observation Officer" ke?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous (July 14),

Benar tu. Beliau ikut bersama trup infantri dan salah satu tugasnya ialah mengarahkan tembakan meriam ke sasaran yang telah dikenal pasti.

Robert Rizal Abdullah PGB said...

Saya setuju 101% dengan FMZAM. Kita kehilangan terlalu banyak rekod-rekod peristiwa penting, maupun dalam operasi ataupun di luar.

Saya menyesal tak habis-habis kerana tidak mempunyai kamera yg bagus ketika itu. Apa yg saya ada adalah kamera issue - box kamera.

Batalion ada "photographer" tapi fungsi beliau hanya untuk mengambil gambar pada majlis-majlis tertentu sahaja. Banyak peristiwa perlu direkodkan seperti operasi dan latihan - sehingga ke peringkat kompeni atau platun.

Saya lihat, pada ketika itu banyak peristiwa yg penting tidak direkodkan. Mujurlah saya memang minat mengambil gambar dan menyimpan nya untuk tatapan dan kegunaan masa hadapan. Saya masih menyimpan banyak gambar2 lama.

Dengan itu saya sangat menyokong setiap unit hingga ke peringkat seksyen di lengkapi dengan jurugambar.

Anonymous said...

Salam Tuan Nor Ibrahim,
Saya lahir di dalam ATM ke dalam 7 RAMD di Kuala Kubu Baharu, 1981.OC saya masa itu Tuan Ainun Musir dan Pegawai Memerintah ialah Lt Kol Mohd Salleh.Minggu pertama lapur unit dah masuk operasi dan melapur di Kem Gubir, konvoi kenderaan kami diiringi oleh kereta perisai Panhard M3 (nama gelaran Babi Hutan,kerana rupanya), di antara lain.Sampai di Kem Gubir sudah nampak kedudukan meriam-merian Oto Malera 105mm, Kor Artileri, macam mini Vietnam.Wassalam.

Anonymous said...

Anon 4:14pm tu is me, Tuan Nor Ibrahim.Nak tanya Tuan Nor, bila lambang TUDM atau roundell RMAF itu ditukarkan dari yang lama kepada yang sekarang? Saya gemar yang lama, lebih 'patriotik' dan klassik pada pandangan saya,walau pun yang sekarang nampak lebih dinamik dan nampak lebih synergy nya.Wassalam.
Kapt (B) Ridzuan Ab Salam.
Perth , Australia Barat.
ridzlam@yahoo.com

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Kapt (B) Ridzuan,

Terima kasih. Maaf, saya sendiri tak perasan. By the way, anda dah bermustautin di sana ke? Care to share your stories?

pickupburuk said...

Tuan,

kalo dilihat gambar heli terbang tu, mcm ala-ala perang vietnam nampaknya situasinya. renungan anggota dari jauh sayup2 heli yang semakin hilang dalam kabus...