Setelah hari siang, saya terus berjalan pergi ke Balai Polis Engkelili untuk menghubungi Balai Polis Semanggang, mendiang Deputy Superintendent Polis Bobby Ong Yon Chuan bagi memaklumkan kejayaan yang telah dicapai disamping meminta beliau menghantar Prebet Omar, pemandu MIO, untuk mengambil kami kembali ke Semanggang. Setibanya kami di Balai Polis Semanggang, saya terus menyerahkan kesemua SDO, SEP dan senjata serta peluru kepada DSBO, DSP Bobby Ong Yon Chuan.
Sebagaimana yang dirancangkan, saya terus bergerak menuju ke Kem Wongpadong untuk untuk membawa masuk anggota-anggota daripada Batalion keEmpat (4) Rejimen Renjer dibawah pimpinan Lt Col Anthony Silva (Lt Col Dato Anthony Silva) ke tempat kejadian untuk membawa mayat-mayat pengganas komunis yang telah berjaya saya bunuh. Batalion KeEmpat Rejimen Renjer ketika itu memberi saya anggota kekuatan satu Kompeni di bawah pimpinan Major Hafifi sebagai ‘show of force’.
Sebagaimana yang dirancangkan, saya terus bergerak menuju ke Kem Wongpadong untuk untuk membawa masuk anggota-anggota daripada Batalion keEmpat (4) Rejimen Renjer dibawah pimpinan Lt Col Anthony Silva (Lt Col Dato Anthony Silva) ke tempat kejadian untuk membawa mayat-mayat pengganas komunis yang telah berjaya saya bunuh. Batalion KeEmpat Rejimen Renjer ketika itu memberi saya anggota kekuatan satu Kompeni di bawah pimpinan Major Hafifi sebagai ‘show of force’.
"Orang ramai..", ujar Lt Gen Dato Maulub Maamin, "...sehingga kini masih tidak mengetahui cerita sebenarnya disebalik pembunuhan Commander Fam Tze Heong dan Comrade Hoi Yin kerana kematian mereka tidak pernah dihubungkait dengan Major Dato Salehuddin Abd Muttalib dan kumpulannya. Ini oleh kerana Operasi Teliti 2 adalah Operasi yang bertaraf ‘Rahsia Besar’ yang mana orang-orang yang berkenaan saja mengetahuinya. Berita yang disiarkan melalui akhbar dan media electronic sebagai tindakan yang telah dilakukan oleh anggota-anggota Batalion ke 4 Renjer Rejimen dalam operasi biasa mereka. Di dalam akhbar yang disiarkan, musuh yang ditembak mati ialah 4 orang kesemuanya." (Petikan buku "Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia" Jilid 1 oleh Lt Kol Dr Syed Othman (B)).
Sejurus selepas itu, saya dikehendaki kembali ke Lundu, Bahagian Pertama, kerana dikhuatiri dikenali oleh penduduk tempatan. Selain itu, pertukaran saya ke Lundu juga mungkin disebabkan pada ketika itu kegiatan pengganas komunis di Lundu cukup aktif. Segerombolan pengganas komunis telah menyerang hendap Batalion 7 Renjer Rejimen dan 15 anggotanya telah terkorban di Jalan Biawak/Titiakar/Lundu. Di Lundu, saya dapat bantuan daripada anggota Gerak Khas yang ditumpangkan ke ATCK (mereka dikenali sebagai unit tempur Pasukan Khas Perisikan Tempur) untuk membantu saya mencari maklumat medan dan juga memusnah musuh-musuh. Pasukan ini diberi nama Pasukan Khas Perisikan Tempur. Anggota- anggota yang ditumpangkan kepada saya terdiri daripada:-
Saya juga mempunyai anggota-anggota Perisikan Medan sendiri, terdiri daripada:-
1. Sgt Asun.
2. Cpl Hamdan Edi.
3. Cpl Hendry Ajun.
4. Cpl Hadi.
Kami ditempatkan di sebuah rumah di luar kawasan Kem Tentera di Lundu. Dibawah pentadbiran saya, Special Branch telah menempatkan 2 anggota seperti berikut:-
1. Cpl Anthony Sim.
2. MM Ayub.
Semasa di Lundu, Batalion ke Tujuh Renjer Rejimen membuat ‘follow-up’ setelah anggota mereka dibunuh untuk menjejak saki-baki pengganas di sekitar kawasan tersebut. Satu pasukan dibawah Captain Ropee Adnan dapat menjejak pengganas komunis hingga terjadi satu pertempuran yang mana seorang pengganas komunis bernama Lee Chi (Rakyat Indonesia) telah ditembak mati. Banyak maklumat-maklumat penting diperolehi dalam beg galasnya. Dari situ, saya mendapat maklumat bahawa pengganas komunis ini berada di kem yang begitu padat dengan lubang panji (highly protected). Kem tersebut telah dinamakan ‘Victory Camp’ (nama diambil sempena kejayaan pengganas komunis membuat serang hendap keatas anggota Batalion Ketujuh Renjer Rejimen) berada Gunung Pueh, di sempadan Indonesia/Sarawak dan lebih kurang 60-70 pengganas komunis berada di sana.
Semasa itu juga, seorang pengganas komunis telah pun menyerah diri kepada orang kampung di kawasan Titiakar. Satu operasi besar-besaran telah dilancarkan oleh Pasukan Gerak Khas bersama Cawangan Perisikan Tentera. Semasa operasi tersebut, kesemua pengganas komunis telah sempat lari keluar dari Victory Camp. Semasa serangan dibuat, Cpl Zuki telah terjatuh ke dalam lubang panji.
Setelah kem pengganas komunis ini ditawan, saya telah pergi mencari bahan bahan perisikan yang ditinggalkan oleh pengganas komunis ini. Pada keesokan harinya, jam 0630 pagi, saya telah dengar satu bunyi tembakan di bawah Victory Camp berhampiran dengan satu anak sungai yang tidak jauh dari kem tersebut. Oleh kerana kami berada diatas bukit yang tinggi dan tiada punca air, Sgt Hamzah telah diarah untuk mengambil air selaku ketua ‘water party’. Beliau telah terdedah kepada serangan hendap musuh. Saya terdengar satu jeritan dari bawah mengatakan bahawa Sgt Hamzah telah ditembak mati oleh ‘snipper’. Ketua Terup telah mengarah satu ‘follow up’ dilaksanakan dengan segera. Saya tinggal di Victory Camp untuk meminta bantuan helikopter supaya mengambil mayat Sgt Hamzah.
Cuaca ketika itu bekabus dan sukar untuk helikopter mendarat atau pun membuat ‘winching’. Saya berhubung dengan Major Goh Seng Toh (Brig Gen Dato Goh) selaku BASO ( Brigade Air Support Officer) yang ditempatkan di Markas Briged supaya helikopter dihantar pada jam 1000 pagi apabila cuaca dan keadaan disekitar selamat. Saya masih ingat lagi pilot helikopter semasa itu ialah mendiang Capt Choo Yeok Boo (mendiang Kapt (U) Choo (kiri) bersama arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal). Kami tidak dapat membuat ‘LP’ oleh kerana kawasan bukit terlalu curam dan hutan di situ amatlah tebal sekali. Helikopter hanya berlegar-legar di udara menunggu arahan daripada saya untuk membuat satu approach yang selamat untuk menurunkan anggota serta anjing dan mengambil bodevac (Sgt Hamzah) secara winching.
Setelah kawasan untuk membuat winching disahkan selamat, barulah saya mengarahkan supaya process winching dilaksanakan dengan segera. Semasa itu juga, Brigadier General Hassan Saleh (Major General Dato Hassan Saleh), ketika itu menghantar satu ‘trecker dog’ team. Mereka turun dengan mengunakan ‘winching’ sahaja dan menaikkan mayat Sgt Hamzah melalui cara yang sama. Saya mencucapkan ribuan terima kasih kepada Major Goh (BASO) serta Capt Choo (pilot helikopter Nuri) yang bersusah payah untuk mengambil mayat Sgt Hamzah dan menurunkan tracker team demi membantu operasi menjejak musuh.
Semasa di dalam kem pengganas komunis ini, saya telah mendapat satu maklumat perisikan yang amat penting sekali. Saya menemui satu surat dalam bahasa Cina di dalam botol berbalut dengan plastic ditanam di dalam pangkal pokok yang condong melingtangi jalan masuk ke kem tersebut. Saya membawa surat tersebut kembali ke Lundu untuk mendapat penterjemahanya dengan teliti. Pada masa itu juga, Batalion 7 Rejimen Renjer Malaysia tamat tugas-tugas mereka selama 1 tahun di Daerah Lundu dan digantikan oleh Batalion 2 Askar Melayu DiRaja.
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan