Pengikut

Selasa, 26 Julai 2011

Yayasan Bekas Komando

23 Julai 2011 jam 0830...Saya tolak ketepi bermain golf di KKDR untuk memenuhi jemputan menghadiri Mesyuarat Agong Yayasan Bekas Komando di Restoran Ya' Ali Baba, Alor Setar. PW 2 Mohsin (B), merangkap Pengerusi Yayasan, telah menjemput saya sekiranya saya berminat untuk menjual "Coretan Xnuripilot". Sudah pasti saya tidak melepas peluang ini.

Sebelum mesyuarat bermula, banyak cerita yang saya dengar. Para veteran komando mengimbau semula pengalaman mereka semasa berkhidmat dalam pasukan elit itu...sungguh menarik! Bila mereka terlihat gambar arwah Lt Kol Ahmad Rashit PGB dalam buku saya, keluarlah pengalaman mereka bersama arwah. Kesimpulan yang saya boleh buat ialah arwah memang disenangi oleh anak buahnya.

Saya sempat berbual dengan Dato' Wira Yusof Nayan, xDatuk Bandar Alor Setar, yang turut hadir. Beliau adalah Penasihat Yayasan dan akan merasmikan mesyuarat tersebut. Saya telah mencadangkan agar beliau mencalonkan ahli-ahli Yayasan, yang difikir layak dipertimbangkan, untuk anugerah pingat negeri Kedah. Beliau menyatakan bahawa, secara purata, 30% anugerah kebesaran diperuntukkan kepada anggota Pasukan Keselamatan.  Jawapan saya, itu memang benar tetapi hanya untuk mereka yang masih berkhidmat. Bagaimana pula mereka yang telah bersara dan tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan golongan yang berpengaruh...bergesel bahu dengan mereka yang membuat keputusan? Rub shoulders dengan xnuripilot nak dapat apa....nasib tak baik melayang RM40.00 beli buku kerana malu alah...He...He....He. 

Serius sikit....Apakah saluran untuk mereka mendapat pengiktirafan Persektuan dan kerajaan negeri? Tidak dinafikan ada segelintir xanggota ATM yang mendapat anugerah daripada 'Tan Sri' hingga 'Dato'. Kebanyakan mereka ini adalah xPanglima Perkhidmatan, seperti PTD, PTU, PTL atau Pak Jeneral. Yang lain pula tergolong daripada ahli perniagaan yang berjaya atau berkedudukan dalam parti politik. Bagaimana dengan xanggota LLP atau xpegawai yang bukan pegawai kanan (istilah baru 'pegawai kiri')?

Beliau menyatakan sepatutnya pencalonan ini datang daripada persatuan xtentera. Ha...Bab ini saya tidak boleh memberi sebarang komenlah.
Para hadirin di Mesyuarat Agung Yayasan Bekas Komando

Ketika menyampaikan ucapan rasmi beliau....tut....tut...Dato' Penasihat telah memaklumkan kepada para hadirin tentang cadangan Mej Nor Ibrahim ni. Terkejut juga saya dibuatnya! Beliau berjanji akan membuat sesuatu agar ahli Yayasan ini akan dicalonkan untuk anugerah pingat negeri Kedah. Dapat atau tidak...tu lain cerita. Sekurang-kurang roda sudah mula berpusing. Sekarang terserahlah kepada ahli Yayasan untuk memperjuangkan isu ini. Itu sajalah sumbangan saya kepada Yayasan Bekas Komando.

En Mohsin....Terima kasih.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam, Saya bg pehak yayasan mengucapkan terima kasih kdp tuan hadir brsama dgn bekas-bekas komando di hari mesyuarat agung 23/7/11, burung sdah dtg... RTB. tq. smoga dpanjangkan siatulrahim, slmt menunaikan ibadah posa, Yusof Isa Pengerusi YBKM

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Tuan Mejar, saya ingin bertanya kepada mejar jika sudi membantu.

Abg Ipar saya adalah bekas komando berkhidmat dgn 22komando. Bagaimana jika beliau ingin menyertai yayasan bekas komando ini.

Nama Beliau : Sabri Masri

No Tel : 014 230 2418

Mungkin Tuan Mejar dapat memberi sedikit info.

Terima kasih

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Terima kasih. untuk maklumat lanjut, sila hubungi PW2 Mohsain, selaku YDP, di 013-4678373.