Saya kerap 'menganggu' Lt Kol Basri Omar PGB dengan menelefon beliau untuk meng'emel'kan bahan cerita dari buku tertentu. Agaknya, bagi mengurangkan gangguan penulis yang sungguh tak profesional ini, jawabnya, pada 8 Jul 2011, saya terima satu sampul surat Pos Ekspres yang mengandungi buku ini.....He....He...He...He.
Buku ini memang tidak asing bagi kebanyakan anggota ATM, kecuali saya kerana 'ignorant' kewujudannya. Walaupun diterbitkan pada 1993 oleh Dewan Bahasa & Pustaka, saya sendiri tidak 'terjumpa' akannya, apatah lagi membacanya. Kepada sesiapa yang belum membacanya, beli dan bacalah buku ini sekiranya ingin mengetahui kehebatan wira-wira yang sedia berkorban demi untuk negara tercinta ini.
Saya baru 'menyelak' beberapa halaman saja. Apa yang menarik perhatian saya ialah luahan arwah Lt Kol Kassim PGB ini '.....Sistem yang kita gunakan sekarang ini memberi keutamaan dalam bidang akademik. Setiap kursus yang diadakan meliputi teori dan pratikal. Untuk lulus dalam sesuatu kursus kerjaya seseorang anggota mestilah lulus dalam kedua-dua teori dan pratikal. Bagi anggota LLP yang tidak lulus mereka tidak akan mendapat kenaikan pangkat. Dengan kata lain, mereka akan tersekat, katanya. Jadi dengan sendirinya akan membantutkan inspirasi mereka yang terlibat. Seorang anggota tentera mungkin mahir dalam tugas operasi di hutan tetapi apabila beliau diperkenalkan kepada bidang teknologi beliau tidak dapat menghayati dan memahaminya. Mungkin di situlah kelemahan sistem yang ada sekarang dan untuk mengatasinya kita harus lebih fleksibel serta pratikal, ujar Lt. Kol. Kassim'. (Halaman 152).
Apakah mereka lakukan untuk menyara kehidupan selepas mengucap 'sayonara' kepada ATM, terutama sebelum Kerajaan telah bermurah hati untuk memberi elaun bulanan RM2K untuk SP dan RM1500 untuk PGB? Bukannya semuanya bernasib baik....ada yang hanya menjadi pengawal keselamatan untuk menampung kehidupan! Realiti ini tercatat dalam buku tersebut.
Sayang seribu kali sayang....Melainkan PW1 Kanang, cerita pahlawan-pahlawan dalam kata erti sebenarnya (wira sukan?), tidak difilemkan. Kalau 'mat saleh', dah lama mereka ini dapat publicity meluas di seluruh dunia dalam bentuk filem. Kebanyakan kita pun terpengaruhlah dengan kehebatan askar orang putih ni. Sungguh sedih sekali!
Sekiranya ada penerbit filem membaca blog ini, apa kata anda terbitkan filem tentang kesemua pahlawan-pahlawan negara ini? Anda boleh menerbit berpuluh episod dan saya yakin ATM dan agensi penyiaran sudah pasti akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan pembikinan filem dan menyiarkannya nanti, insyaAllah.
Lt Kol Basri Omar....Terima kasih.
18 ulasan:
assalamualaikum tuan
sya rasa gembira dapat masuk blog ni melalui blog pakcik temuk
sya ambil masa untuk menyelak entry2 yg lama dalam blog ni, kerana bila membaca dan tahu sejarah
buat sya lebih sayangkan negara
terima kasih kerana berkongsi apa yg kami tidak tahu peristiwa dan kisahnya
sya sangat suka sejarah dan sangat menghargai sejarah
Ade cite Arwah di blog skot tuan , PGB Warrior , di 'Valour & Courage' dan ada buku khusus mengenai beliau , Letnan Kolonel Kassim wira PGB
Salam Tuan,
Saya turut sedih dengan kisah keperwiraan ATM dipinggirkan oleh pihak kita sendiri.
Setiap kali menjelang kemerdekaan, filem tempatan yang popular ialah 'Sarjan Hassan','Leftenan Adnan' dan 'Bukit Kepong'( Apakah perhargaan pihak kerjaan kepada wira Bukit Kepong ini? ), selebihnya ditayangkan filem dari luar sedangkan kita masih ada 'Darah Satria','Dimana Bumi Dipijak' dan 'Prebet Badul'....
Lihat sahaja nasib drama 'Insurgensi' yang terhenti tiba-tiba selepas berberapa episod ditayangkan....
Kalau badan penyiaran milik kerajaan sendiri sukar hendak berkompromi, apa lagi dengan pihak penyiaran swasta.....
Apa komen Tuan?
ROZAIMI (PACKK)
Buku Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia - Penerima S.P. dan P.G.B. ini ada 2 Jilid.
Jilid yg pertama mengisahkan penerima pingat dari tahun 1954 hingga tahun 1972.
Manakala jild yg kedua pula mengisahkan mereka yang menerima pingat dari tahun 1973 hingga tahun 1984.
Cetakan pertama pada tahun 1993 oleh Dewan Bhasa dan Pustaka.
Buku karangan Lt Kol (B) Syed Othman Syed Omar dan berharga RM20.00
Salam Tuan!
Niat bukan begitu cuma kalau Buku ada sendiri boleh pilih mana yang nak di terbitkan....di siarkan! P DBP tempohari- Jilid 2 out of Stock..tanya bila nak print lagi...jawapan x tau...tu nasib Buku ...lain2 Wallahu aqlam.
Betul kata Tuan..mmg depa xminat...ROI(Return of Investment)..NAHE...apa nak dikenangkan..dunia mmg tengok duit saja...Ingat kata2 Almarhum Presiden Sukarno"BANGSA YANG BESAR TU ADALAH BANGSA YANG MENGENANG JASA PAHLAWANYA"...kita bagaimana??? tk .Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!
buku pahlawan negara ade jual lg ke
saya puas keluar masuk kedai buku dan melayari internet untuk mencari buku buku berkenaan pahlawan pahlawan ketika insurgensi dahulu tetapi sayang amat sukar ditemui dan jika ada pun yang kerap terjumpa buku buku biografi berkenaan PKM .
Tanpa keuntungan yang besar pasti nya pihak penerbit tidak mahu menerbitkan buku berkenaan.
Sayang jika tiada sebarang langkah tertentu diambil sudah pastinya 1 hari nanti generasi muda lebih mengenali tokoh tokoh PKM berbanding dengan pahlawan pahlawan sama ada dari ATM,PDRM dan orang orang perseorangan yg pernah bangkit berjuang dan mempertahankan malaysia dari ancaman PKM,
Saudara Senapang Patah,
Betul tu. Lebih mudah mendapatkan buku Chin Peng, Ibrahim Chik, Shamsiah Fakeh, dll. Generasi akan datang akan menyanjung mereka sebagai wira negara. Saya sungguh kecewa saranan saya kepada pihak PLKN agar menjemput para veteran menceritakan mengalaman mereka kepada para peserta PLKN tidak mendapat sebarang respons...pengesahan penerimaan pun tiada!
Saudara Anonymous,
Tentang buku tulisan Lt Kol Dr Syed Othman, cuba hubungi beliau di 019-2356190. Mungkin beliau boleh membantu, insyaAllah.
Salam Tuan..
Drama bersiri PLATUN HARIMAU dijangkan akan ditayang pada 21 Julai ini di RTM 2..
Semoga drama ini tidak menerima nasib yang serupa dengan Drama INSURGENSI..
Waalaikumussalam SENAPANG PATAH,
Harap-harap begitulah. Kadang-kadang heran sungguh dengan sikap penjawat awam ni...kata nak naikan semangat patriotisme, realitinya sebaliknya!!
Salam tuan,
Kisah2 penerima pingat SP dan PGB pernah dibuat dokumentari doku drama dan telah disiarkan sekitar 2006-2007 di rtm kalau tak siap saya...
Waalaikumussalam Saudara jimio,
Ya ke? Nampak sangat saya ini terlalu ignorant! Maaf le RTM...tapi apa salah jika ditayangkan semula ketika semangat patriotisme, pada pandangan saya, sudah mula terhakis?
Salam Tuan,
KiTA tiba di sini lewat pos 'PANGGiLAN PERTiWi' pada 'Semalam pada pukul 3.57 ptg':
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=221147661254987&id=248973118447906
"Sekiranya ada PENERBiT filem membaca blog ini, apa kata anda terbitkan FiLEM tentang kesemua PAHLAWANX NEGARA ini? Anda boleh menerbit berpuluh episod dan saya yakin ATM dan agensi penyiaran sudah pasti akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan pembikinan filem dan menyiarkannya nanti, insyaALLAH."
AMiN .
Bersamax kita ambil kesempatan BULAN nan berkat yang MENDATANG untuk panjatkan RAFAK SEMBAH atas niat TUANX yang MURNi itu.
"TERiMA Kasih"
.
Assalamualaikum, saya sangat menyanjungi pahlawan tanahair kita yg bertarung nyawa utk mempertahankan keamanan negara. Walau bergitu saya simpati dgn nasib mereka yg tidak dihargai oleh kerajaan kecuali jika ada kepentingan spt meminta sokongan politik utk terus memerintah.
Jujur saya katakan anak2 muda lebih terpesona dgn cerita2 kehebatan askar2 org putih dari pahlawan negara. Kehebatan askar kita kurang didedahkan samada melalui penerbitan buku, filem dan internet. Adakalanya terdapat banyak sekatan dari pihak kerajaan atas dasar rahsia dan kepentingan pihak tertentu.
Sekiranya mengampu dan cerita yg molek2 aje boleh, tetapi menyatakan pandangan berbeza dan kebenaran adalah satu kesalahan. Masyarakat yg maju lebih terbuka dan berlapang dada dlm perselisihan pendapat, tetapi kita sebaliknya. Pendapat yg berbeza dikira khianat, penentang dan tidak patriotik kpd negara.
Bekas anggota keselamatan hendaklah bangkit bersatu menegakkan hak dan keadilan bukan utk mereka sahaja bahkan utk rakyat sekaliannya. Wassalam.
Singapura akan menerbitkan wayang pasal kemerdekannya. Kita tengok macam mana kita akan di lanyak dalam filem itu!!
Kita tak ada usaha pun nak memartabatkan wira kita sendiri......
macam mana nak beli buku seperti dalam gambar di atas? saya berminat.
noori
Saudara Semua,
Terima kasih. Apa nak dikatakan!
noori,
Cuba hubungi Dewan Bahasa.
LT. KOLONEL KASSIM BIN PM ABDUL KADIR... MY UNCLE... HEHEHEHE
Catat Ulasan