Pengikut

Sabtu, 10 September 2011

65:35

Wow....Sungguh mengkagumkan!!! Memang tidak terlintas dalam pemikiran saya seorang OKU, tanpa kaki 'ORI',  berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam acara 400m di World Athletics Championship, di Daegu, Korea Selatan. Mind you, beliau bertanding bukannya dalam pertandingan 'paralympic' tapi dengan mereka yang semuanya ORI. Sepatutnya,  kita jadikan jaguh pelari Afrika Selatan ini, Oscar Pistorius, sebagai idola dan sumber inspirasi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diberkatiNya.
Mungkin ramai 'pemecut' (semuanya 'ori) Malaysia tak dapat mengatasi masanya, termasuk saya....(100m pun setengah mati) He...He...He 

Sayang seribu kali sayang! Sebaliknya, terdapat segolongan remaja, terutama kaum lelaki,  memilih keseronokan dengan berempit saja....

Nak kata akrobatik tak juga...

yang akan berakhir sebegini bukannya sesuatu yang mustahil.....

Hanya akan ditangisi oleh kaum keluarga sahaja!

Kesan kehebatan 'jaguh' yang mengabaikan pelajaran, maka tidak lagi mengejutkan apabila kemasukan kaum lelaki ke IPT terus menurun setiap tahun semenjak 2002.... 

Di UKM, nisbah siswi-siswa ialah 65:35!!

Bilalah mereka yang terbabit nak sedar!!!

9 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Aidil Fitri Tuan

Persoalan pokok yg harus dikaji oleh pihak2 berkenaan (tu pun kalau ada working brain lor) adalah kenapa golongan muda merempit?

Otak seminit saya pernah mengutarakan satu alasan kepada seorang Ahli Parlimen iaitu golongan muda ni mempunyai masa lapang yg banyak tetapi tidak tahu nak buat apa. Nak bersukan, padang bola awam makin kurang. Nak main jugak kena sewa gelanggang, malah kemudahan sukan pun kurang di tempat mereka. Mereka bukan ada duit byk sgt.

Oleh itu, pengisian masa dibuat dgn cara melepak + pembimbing rakan sebaya yg tak elok, maka terjerumuslah mereka ke budaya negatif seperti sekarang.

Itu baru satu alasan. Banyak lagi faktor2 penyumbang termasuklah ibubapa itu sendiri dan tekanan eko-no-money hatta kenaikan mendadak harga keperluan.

Persoalan "bilakah mereka nak sedar" adalah sesuatu yg sukar dijawap dan tak mustahil it will getting bad to worst.

Masuk PLKN pun ibarat mcm pergi summer camp. Jurulatih buat lebih2 skit, 1Malaysia riuh rendah. 2-3 komandan kem PLKN who are my friends dah kena tindakan. Jgn kata dlm PLKN, dlm askar pun sama saja. Belum kira lagi kelulusan nak masuk askar pun dah makin susah yg latihan singkat tak mampu nak mengubah mentaliti civilian ke army.

MALAYSIAN ARE TOO PAMPERED!!!...





.

abu muaz berkata...

mereka sedang tidur dengan mimpi yang indah tuan.

rover berkata...

yang merempit satu hal, trend lelaki suka berlemah-lembut, melawa ,lelaki suka sama lelaki pun sekarang dah jadi satu trend sekarang ini.jadi satu kebanggaan dan "ikut trend" kata mereka ini...

mangchikla berkata...

Blade Runner

basri bin omar berkata...

salam Tuan dan para sahabat!

Terpanggil untuk berkongsi...mohon baca the Sun harini 12 Sep ms 19...artikel The Right Approach by Hee Tieng Fok..very interesting indeed! antara kandungannya " In the home, a wise parent brings up well-behaved and responsible children. He does not wield control with a strong iron-hand , nor does he shower excessive love on his children who may grow up to become irresponsible spoilt brats.
The wise parent does not MAKE unreasonable demands or expectations on his children and then PUNISH them indiscriminately for not meeting up his standards.
His parenting style is SIMPLE-a good mix of WARM tender LOVE with FIRM discipline,and striking a perfect balance between the two.

Sebagai IBU BAPA yang bertanggong jawab,Kita PERLU perbanyakan doa untuk anak2 dan zuriat agar mereka menjadi anak2 yang SOLEH dan SOLEHAH..... agar menjadi ORANG,Insyaallah!Wallahu aqlam.

rover berkata...

ya, kita perlu banyak berdoa untuk anak-anak...saya setuju

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Nor Ibrahim,

Sangat2 menyedihkan melihat anak bangsa sendiri yang banyaknya terlibat dalam gejala merempit, dadah, dan bermacam-macam lagi. Di manakah silapnya...seperti kata2 skrip P Ramlee "apakah salah ibu mengandung???". Kita mungkin sudah terlalu lama hidup di zon selesa dan perlu dikejutkan segera dari lena yang panjang dan mimpi yang mengkhayalkan. Setelah sekian lamanya kita merdeka, sayangnya minda kita masih belum dapat dimerdekakan dari perkara negative yang membinasakan diri sendiri. Ada diantara kita masih terikut2 dengan budaya asing tanpa berfikiran matang dan rasional dalam tindakan kita. Memang betul sepertimana kata2 saudara Basri dan Rover; perbanyakkan berdoa...Semoga anak bangsa kita diberikan taufik hidayah dan diselamatkan dari terus hanyut dengan era globalisasi sehinggakan nak jadi 'all rounder' dalam semua bidang; terutamanya dalam perkara2 dan tingkahlaku yang negatif - Bagi saya, baik lelaki mahupun perempuan; sama saja! dan walaupun saya tergolong dalam kumpulan generasi ini saya setuju dengan kata2 "jika kita nak tahu nasib negara di masa depan, kita lihatlah akan generasi muda yang ada sekarang"...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Mereka akan sedar tetapi ketika itu sudah terlambat untuk membuat sesuatu!!

Tanpa Nama berkata...

Budak2 Melayu banyak yang tercicir - hanya belajar disekerat jalan (setakat SPM saja) banyak mmembuang masa dengan melepak, merempit motor bapa(bapa yang tak reti kawal anak), kacau anak2 gadis dan mnghisap rokok (dadah?) ditepi2 jalan, itu diantara sebabnyalah kebanyakan hanya pelajar perempuan saja mendominasi bilangan pelajar2 di menara gading...
Anak2 lelaki bangsa lain tiada ketara masalah mereka...Mereka itu lebih bijak guna peluang dan lebih matang berfikir untuk masa depan.