Duduk. Dari kiri: Kapt (U) Fauzi Narawi, Kapt (U) Mushar, Mej (U) Nor Ibrahim, Lt Kol (U) Agil, Mej (U) Affendi, Mej (U) Abdullah Nasution, Kapt (U) Wee Hong Chong
Berdiri. Dari kiri: Kapt (U) Mohd Sulong, F/Sjn Peter Nunis, Sjn ?, mendiang PW2 Lai, F/Sjn Hassan, Lt (U) Arif
....Dan ini....Anak buah ketika di No 5 Skuadron yang berjaya dalam kerjaya mereka (hanya 3 orang sahaja yang masih berkhidmat)....
Dari kiri: Mej Jen Dato' Mohd Sulong TUDM (B), Mej Jen Dato' Sabri Adam TUDM, Brig Jen Ibrahim Hashim TUDM, Brig Jen Sharbe Hussein TUDM
Ini gambar yang terjumpa setelah menggeledah almari....
Ini pula gambar yang dipos lajukan oleh Mej Ishak (B) bagi melengkapkan coretan ini...He...He...He.
'Para parade'...Jump Master 'KOMPENI BRAVO ' membuat peneriksaan ke atas penerjun sebelum menaiki C130 Hercules
Penerjun menaiki pesawat sebelum nama bertukar kepada 'KOMPENI B.R..K' ....jangan marah ye
Saya harap janganlah ada yang tersinggung...Kan tak pernah dengar 'Humour In Uniform' kot!
Saudara Mangchik Mangchuk & Mej Ishak....Terima kasih.
7 ulasan:
wah... seronok nye tgk gamba2 lama ni tn.. :)
Gambar lama
Tak pudar ceriteranya
Jadi teladan
Jadi sempadan
Walau apa pun
Kebaikanlah dipohon.
Semoga sihat ceria selalu, Mej.
Salam.
Tuan, sejak dpt pautan blog ni, diam xdiam...3 hari sy kt sini. Satu persatu kisah perajurit sy baca. Sungguh myayat hati, kagum, rasa hormat, syukur dan bermacam2 lagi.
Tuan, 1.dh ada ke kisah "Great Escape"? 2. Ada tak kisah tentera dengan anjing pengesan dan juga bantuan orang asli semasa apa2 operasi terutama ketika menentang
PGK?
YOUNG MALAYSIAN
Waalaikumussalam Tuan2 dan Puan,
Terima kasih. Sayang banyak gambar telah dimakan anai-anai.
Saudara Anon,
Saya pasti tentu ada kisah tentang anjing pengesan & penglibatan orang asli. Masalahnya, ramai yang agak keberatan untuk menceritakan pengalaman mereka. Akhirnya, berkubur sajalah cerita itu nanti!!
Assalamualaikum WBT...nak tanya sikit..adakah setiap pilot TUDM akan membawa senjata seperti pistol atau masa dulu M-16 dalam setiap flight ketika operasi?
Waalaikumussalam Saudara afi,
Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang juruterbang Nuri sahaja. Ya, di era saya, kami membawa pistol Browning 9mm dengan 'shoulder holster' dan M16 'short butt'.
terima kasih.
Catat Ulasan