Seperti yang sudah dijangkakan, apa lagi...saya pun mengambil kesempatan untuk mempromosi buku "Coretan Xnuripilot". Sambutannya sungguh menggalakkan.
Dari kiri: Lt Kol Hj Khairuddin (B), PW2 Abd Ghani (B), PW2 Mohd Razali (B)
Rancak bersembang
Ada di antara xsappers, seperti Encik Mohd Razali, menceritakan pengalaman mereka terkena jerangkap samar ketika menjalankan tugas sehingga ada yang kaki terpaksa dipotong. Ini membuatkan saya terfikir...adakah pengorbanan mereka ini diiktiraf oleh negara? Pengiktirafan yang saya maksudkan ialah dianugerah pingat. Saya tidak pasti sama ada mereka menerima sebarang pingat.
Saya sokong kata-kata Datuk Kanang ketika beliau menerima anugerah PGBK baru-baru ini, petikan '...Kanang berkata penganugerahan ini merupakan satu penghormatan kepada seorang pegawai rendah tentera sepertinya' (Mingguan Malalysia 25/9/2011) dan '....Kanang hoped more soldiers would be given such recognition' (New Sunday Times 25/9/2011).
Sepertimana yang saya cadangkan kepada Yayasan Bekas Komando (YBK) di sini, apa kata Pertubuhan XSappers mencalonkan ahli-ahli tertentu untuk dianugerah pingat. Apa yang perlu dilakukan hanya hantarkan saja borang pencalonan kepada pihak kerajaan persekutuan atau negeri: Pertubuhan sebagai pencalon. Saya yakin kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya, terutama negeri teman...Perak. Tidak menghairankan...Tut...Tut...ada ahli yang 'terpaksa dalam kegembiraan' menempah sepasang Baju Melayu hitam nanti, InsyaAllah. Ingatlah, sebagai tergolong dalam kategori 'mantan/x', manalah ada avenue terbuka bagi mereka mendapatkan penghormatan ini, wallahualam!
Satu kelebihan para veteran ialah kita semua tidak tertakluk kepada 'Kelayakan' berikut...
Kelayakan Pencalonan Bagi Sektor Kerajaan Untuk Negeri Pahang
Ini bermakna sesiapa pun, tak kira pegawai atau LLP, layak dicalonkan untuk anugerah sehingga membawa gelaran 'Dato/Tan Sri'. Dah banyak bukti dan yang mutakhir sekali ialah Datuk PW1 Kanang (B). Ada Dato' Kpl/Kapt/Mej/Lt Kol/Kol......: Tan Sri Kapt/Mej..... Malah, sekarang ni ada Dato' Prebet (dia bergelar Dato' sebelum masuk ATM). Cuba teka...He...He...He.
Mungkin ramai yang akan mempertikaikan cadangan ini. Itu tidak menjadi masalah pada saya. Yang tak nak, tak usahlah dicalonkan...Itu hak seseorang individu. Tapi saya yakin ramai yang akan terhutang budi kepada Pertubuhan dan teruja sekiranya mereka menerima surat berklasifikasi 'RAHSIA' menawarkan anugerah darjah pingat/bintang negeri diikuti kad jemputan untuk hadir di acara penganugerahan darjah/pingat nanti, InsyaAllah.
Apa pun....Terpulanglah kepada Pertubuhan XSappers. Oh ya, jangan lupa selit juga nama saya nanti. He...He...He.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan XSappers Wilayah Utara & Mej Fauzi (B)....Terima kasih.
16 ulasan:
Salam tuan,
Saya pun dah dapat gelaran 'DATUK'. Malah anugerah original lagi...... Apa tidak nya sudah mempunyai enam orang cucu.
Jangan marah!!!!! Cuma bergurau sahaja.
Apa yang saya perhatikan cerita bab Pingat-pingat ni, Orang Politik agak senang sedikit berbanding dari sektor lain sprti NGO dsbnya. Untuk pengetahuan tuan, saya terlibat dengan NGO dan salah satu nya sebagai Pengerusi PDK semenjak 1992 lagi dan sehingga sekarang. PDK merupakan sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti iaitu sebuah Pusat bagi kanak-kanak OKU yang juga dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Saya pernah diberikan "Borang percalonan" yang difikirkan sesuai dengan kerja-kerja yang saya jalankan iaitu "KEBAJIKAN". Saya juga beranggapan pemberian borang tsb merupakan setelah ditapis dan yang difikirkan layak oleh sesebuah jabatan itu. Tambahan pulak borang itu merupakan "Borang terhad yang mempunyai Nombor siri dsbnya. Oleh kerana mungkin Borang itu cuma disokong oleh seorang yang bergelar Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri sahaja dan bukan oleh seorang yang bergelar YB maka borang itu tenggelam begitu sahaja. Tidak habis begitu sahaja Pemberian Kali kedua begitu jugak. Malah kecewa dengan peberian borang Kali ketiga diberikan borang itu saya pulangkan 'Kosong' tanpa diisi sebarang butir didalamnya. Selepas itu tidak ada lagi borang-borang percalonan diberikan kepada saya. Jadi sehingga kesaat ini cukup lah apa yang ada dan saya anggapkan kerja amal saya itu sekadar "amal jariah'sahaja. Lagipun Pengerusi PDK itu bukan lah merupakan satu jawatan yang glamour berbandingkan dengan Pengerusi JKKK atau Ketua sesebuah Parti Siasah yang memerintah. Waallahuwallam
Saudara Nor,
The case of Kanang was a very special case where he is the only soldier to have been awarded the SP and PGB back to back which is a very difficult act for any one to follow . For the ordinary retired Joe what ever his rank may be he too can be recommended for a suitable award only if his achievements as a civilian have reached a level that deserves recognition. Getting ones leg blown up by a bobby trap is not a legitimate reason for an award, if that was so the army would have done the need full when the soldier was in service.There has to be some accompanying act of valor such as,despite being injured the soldier action to fight on while under enemy fire saved his comrades. As for Privates being Datuks is a new phenomena on in the army with the VIPs volunteering to join the Territorial Army but certainly not in the regular army other wise command and control will go hay wire
Having said that of late the army/police as in the Sauk incident awarded four PGBs. One for policemen whose only act was to get captured by a third rate enemy. Another police man for getting captured and killed. Another soldier also for getting captured an getting killed and lastly another senior police officer whose only act was to accompany a army general in a APC up the Jenalik hill when the enemy had all but surrendered. The General of course got the SP for charging up hill in a convoy of four APCs laden with commandos after all but one enemy had laid down their weapons.In the end not a shot was fired by the security forces,we lost two men(killed)
Fikir fikirkan lah !!!!!
Salam Tuan!
Tk kerana memaparkan cerita tu.....memang benar Persatuan ini aktif . Saya tak dapat bersama di hari tersebut kerana ada program lain dKL ,Insyaallah jika umur panjang jumpa thn depan.
Salam. Saya penah hadiri perjumpaan x tentera mcm nie, ikut sekali ayah sy (1 RAMD) mak, kakak adik & famili. Tp lebih pada family day. Memang semangat persaudaraan antara mereka mmg tinggi w/pun dah lama bersara. Mengenangkan pahit maung kehidupan dlm perkhidmatan membuatkan sy rasa seperti menghadiri satu perjumpaan keluarga besar. Mmg sy salute pada perajurit2 semua x kira yg bertugas & yg bersara.
Terima kasih tuan kerana cadangan yang baik ini. Untuk pengetahuan tuan memang ada cadangan drp ahli-ahli semasa AGM yg baru lalu. Walaubagaimanapun AJK sedang mengenalpasti ahli-ahli yg layak & juga akan membentangkan kepada Comittee pemilihan sblm di majukan kpd Penaung & Penasihat Pertubuhan,sblm dimajukan kpd pihak2 tertentu. Pihak kami terpaksa mengambilkira nama-nama yg betul2 layak utk dimajukan kerana almaklumlah nanti ada segelintir yg tak berpuashati.Wlu apapun pihak pertubuhan akan membentangkan dalam mesy khas sebelum tarikh 19Apr,2012.Hrp2 nama saya pun akan dicalunkan juga..kerana saya juga dilahirkan di Taiping..Bkt Gantang,Kpg teman...!!
Salam .. Drama bersiri mengisahkan tentang komando kita bertajuk Beret Hijau akan ditayangkan pda 2100 di TV2 malam ini
Setakat tawan anggota almaunah dalam kebun durian tak payah nak ceritalah,siapa anggota almaunah tu? pakai senjata pun tak tau,operasi Sauk?what is there men.. compare to ops gubir,Kroh, Selamat Sawadee,doyai musnah 1&2chahaya bina 1&2 ops kota echo dll ops di masa zaman komunis di sepadan Thai. Untuk pingat, yang penting siapa yang tulis reccomandation tu dan siapa yang terlibat dalam operasi tu, kalau satakat yang bawah2ni sorry cakap le jangan mimpi kirim salam dah terbukti..tq
Betul cakap kawan di atas tu.
Siapa yg bertempur dan siapa yg buat recommendation? Silap silap haribulan yg tak bertempur yg dapat PGB/SP.
kalau tak caya boleh tanya tuan Blog ini...
Tak perang pun boleh dapat SP. Bodoh kena tawan dan jadi cooli batak Al-Mauna gali kubor pun dapat PGB. Orang yang buat recommendation 'hebat' betul !!!!!
Untuk info,ahli-ahli Ex-Sappers Wilayah Utara ada 10 orang yang cacat putus kaki & buta sebelah mata kerana jerangkap samar semasa operasi menentang pengganas komunis.Yg terkorban tak tau la brapa ramai.Yg terselamat pun ramai..tetapi semenjak bersara ni kdg2 pengorbanan mereka ini dipandang sepi. Oleh itu Kami Ex-Sappers tlh menubuhkan persatuan ini utk berjumpa setahun sekali serta bertanya khabar & memberi sedikit sumbangan kpd mereka2 ini,sekurang2nya mereka akan dpt merasai yg mereka ini masih dihargai.Bkn pingat yg menjadi harapan tetapi ingatan terhadap mereka yg dpt menyentuh perasaan..!Tetapi sekiranya ada pihak2 tertentu yg ingin memberikan pingat2 kpd mereka maka akan memberikan sidikit senyuman di wajah2 mereka2 ini.
fausiabd. ana sokong cadangan tu. Sekiranya ada pihak 2 tertentu yg ingin menyumbang pingat dipersilakan. Persoalanya pingat pingat ini dari aspek economi, adakan ianya boleh membantu kehidupan seharian mereka
kalau Ya, baguslah kalau tidak....takyahlah.
Saudara Semua,
Terima kasih diatas komen-komen. Tentang pencalonan itu, semuanya terpulang kepada pencalon...very subjective. Saya tidak mempertikaikan mereka yang dianugerah pingat/bintang kerana bukan mereka yang minta dicalonkan. Itu adalah rezeki mereka.
Pada saya, tiada apa masalahnya sekira dicalonkan seseorang itu sekiranya beliau telah berbakti kepada negara/negeri. Saya percaya penerima pingat, seperti PJK, akan merasa gembira kerana kecacatan yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat ketika melaksanankan tugas mempertahankan negara mendapat pengiktirafan.
Saya harap Pertubuhan XSappers akan mencalonkan ahli-ahli yang difikirkan layak menerima anugerah. Kenan-kenanlah sikit pada pihak yang berpengaruh tu di negeri teman...Perak.
Apa ade pada pingat? apa yg bolih pingat beri, cuma SP,PGB,JPP,PTU saja yg ade harga yg lain tu apa ada,itu pun orang yg tertentu saja dapat, satakat PJK tu apa bolih dapat,dah cedera nak buat apa? beri yg bolih merengankan beban mereka berbaloi gak bila nak pergi ke ATM mechine. Kalau macam itu lebeh baik minta pingat BAT sahaja lagi senang tak payah minta pada sasiapa pun sendiri bolih buat.Kita kena ingat masa dalam perkhidmatan dulu yang cedera telah terabai, dah pencen...... lagi lupa la..yang ade sekarang akan kat atas tu akan cakap bos dulu pasal apa tak buat eh?.Sekarang saya kena buat alamak saya sibuk lah.
Fikir2 lah
Apa ade pada pingat? apa yg bolih pingat beri, cuma SP,PGB,JPP,PTU saja yg ade harga yg lain tu apa ada,itu pun orang yg tertentu saja dapat, satakat PJK tu apa bolih dapat,dah cedera nak buat apa? beri yg bolih merengankan beban mereka berbaloi gak bila nak pergi ke ATM mechine. Kalau macam itu lebeh baik minta pingat BAT sahaja lagi senang tak payah minta pada sasiapa pun sendiri bolih buat.Kita kena ingat masa dalam perkhidmatan dulu yang cedera telah terabai, dah pencen...... lagi lupa la..yang ade sekarang akan kat atas tu akan cakap bos dulu pasal apa tak buat eh?.Sekarang saya kena buat alamak saya sibuk lah.
Fikir2 lah
salam semua.
dapat gelaran Dato banyak nilai ekonominya. Bisa bergeseran dgn pihak atasan untuk dapat projek, ada masyuk.Fikir fikirkan.
Terima kasih kpd Sdr yg memberi komen.Utk info sebenarnya apa yg cuba diketengahkan ini bukanlah dari aspek ekonomi tetapi dari aspek moral. Kerana pemberian pingat tidak boleh kita terjemahkan menjadi wang ringgit. Hanya pingat2 yg tertentu shj yg mendapat elaun spt yg sdr sedia maklum.Kalau pingat yg bergelar Dato’ tu lain lah. Pada pandangan saya aspek moral & ekonomi adalah dua aspek yg berbeza. Aspek moral adalah salah satu cara yg dibuat spt menghargai pengorbanan spt yg dicadangkan ini, oleh org2 disekeliling kita yang menghargai pengorbanan kita. Manakala aspek ekonomi adalah dari diri kita sendiri yg perlu berusaha utk meningkatkan taraf ekonomi kita sendiri, kita tidak digalakkan utk meminta-minta dan berharap org lain yg akan membantu kita untuk menyara keluarga kita. Jadi pada pandangan saya jgnlah kita mengharap semua pengorbanan kita akan berupa wang ringgit. Klu hendak diambilkira banyak mana sekali pun wang yg diberi sudah tentu tidak akan mencukupi & tidak akan berpuashati, itu sudah menjadi fitrah manusia. Sebenarnya diwaktu yg senja ini kita sepatutnya bersyukur sekiranya ada insan2 lain yang menghargai pengorbanan kita selama ini. Walaupun kita merasakan kita tlh banyak berkorban tetapi masih ada yg tidak memperdulikan pengorbanan kita buat ketika ini….tetapi mungkin dimasa & ketika yg lain. “Allah SWT yang lebih Mengetahui”. Sekiranya ada organisasi spt JHEV,PBTM,PZ atau badan2 korporat yg ingin membantu dan menyumbangkan wang ringgit maka kita sepatutnya menyokong dan membantu rakan2 yang memerlukan spt yang diusahakan oleh blog XNURIPILOT ini. Syabas & teruskan usaha yg murni ini..!! Kalau Sdr "Anonymous" dah dpt Dato’ jgn la lupa bantu yg memerlukan..!! TK
Catat Ulasan