Pengikut

Selasa, 6 September 2011

ANTARA DARAH, MARUAH DAN PENGHARGAAN - BHG 1

Saya terima e-mel daripada PW2 Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Kadir (B), mantan 'X' Skuadron. Beliau menceritakan pengalaman dalam operasi menyelamatkan seorang pegawai tentera yang telah ditangkap oleh pengganas komunis ketika berkelah di Batu 16 Jalan Gombak (jalan lama). Saya hanya edit nama pegawai tersebut, yang lain-lain...as is where is.

PENULIS                         :Hj.Abdul Ghani bin Hj.Abdul Kadir
MULA BERKHIDMAT    :6Hb.Spt.1968
BERSARA                        :5Hb.Spt.1990
PANGKAT                    :PW 2
PASUKAN                    :REJIMEN GERAKHAS MALAYSIA

Selama lebih kurang 22 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia berbagai suka duka yang saya tempuhi membuatkan saya begitu berpengalaman dalam menghabiskan sisa-sisa hidup selepas bersara.
Masih terbayang jelas difikiran saya yang kini seolah-olah menjadi trauma apabila  saya kenang-kenangkan.
Banyak peristiwa,dan operasi yang saya ikuti,tapi tidak seperti operasi yang saya tempuhi ini.
Ianya sungguh meninggalkan kesan memberikan kenangan hingga ke hari ini.
Sudah lebih dari 20 tahun saya bersara dari Angkatan Tentera,tetapi peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya.
Kejadian berlaku pada tahun 1987. Ketika itu hanya 3 tahun lagi perkhidmatan yang akan saya jalankan bagi mencukupi 21 tahun persaraan wajib bagi seseorang tentera.
Satu gerakan pembersihan kawasan telah ditugaskan terhadap pasukan kami. Ianya bermula dari sebelah Ulu Selangor menuju ke Pahang.Saya dan ketua Sekuarden Mej. Damian Christoper Anak Dalang bersama-sama Kapt Muzaini Ssgt.Idris Sgt Md.Zain Lk.Yusof Tpr Zam Zam Tpr Zulkifli sebagai kumpulan tadbir.Kami ditempatkan di Bukit Cincin Genting Highland, bersama-sama askar WATANIAH yang menjaga kawasan tersebut.
Sebagai kumpulan TADBIR aku sentiasa mengawas pergerakan rakan-rakan hari demi hari. Aku sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.Bimbangkan rakan-rakan yang sedang menjalani gerakan,kalau-kalau bertempur dengan pengganas atau terpijak jerangkap samar yang merata-rata ditanam oleh pihak musuh.
Setelah 16 hari lebih kurang pasukanku menjalani gerakan pembersihan ,Aku masih ingat ketua sekuardenku menerima satu massage (BERITA) melalui anggota semboyan dari Markas Gerakan yang sentiasa memantau pergerakan kami.
Berita berbunyi demikian; Dua Pegawai Tentera telah ditangkap oleh PGK semasa berkelah di batu 16 Jalan Karak Highway.
Mej.Damian memanggil ku serta menunjukkan massage yang baru diterima  sabentar tadi.
Aku secara bergurau mengatakan sekejap lagi habislah Pegawai tu..taulah Pengganas, di Serawak dulu pun peristiwa begitu pernah terjadi. Tuan,dipotongnya kemaluan dan disumbat kedalam mulut dan macam-macam lagi penyiksaan yang dilakukan hingga mati. Aku menceritakan satu kisah yang serupa terjadi di Serawak dulu.
Lebih kurang 10 minit berselang dari penerimaan massage yang pertama ,datang lagi satu massage yang berbunyi `` Anda dikehendaki menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun’’.
Ternyata markas gerakan telah dapat mengesan kumpulan kami yang kini sedang menjalani gerakan,itulah sebabnya massage ditujukan khas kepada kumpulan kami yang berada diBukit Cincin Genting Highland.
Dengan tidak melengahkan masa, Ketua Sekuardenku, Mej.Damian memanggil aku dan Kapt Muzaini untuk membahagi-bahagikan anggota yang hanya ada 8 orang sahaja kepada 2 kumpulan iaitu 4 orang satu kumpulan.
Satelah berkemas menyiapkan peralatan dan senjata serta mendengar taklimat ringkas aku dan kumpulan terus menaiki 2 buah LandRover menuju ketempat yang diarahkan.
Jam ketika itu baru 2.30 petang.
Ketika berada didalam LandRover, puas aku memikirkan bagaimana pegawai itu ditangkap oleh Pengganas, bagaimana keadaannya sekarang berada didalam rumah, terikat atau bagaimana?
Bukan satu tugas yang mudah untuk menyelamatkan seseorang tawanan jika berada ditempat yang tidak menentu ,maksudku dihutan lainlah kalau didalam bangunan,segala tumpuan kita terhadap bangunan tersebut sahaja.
Lebih kurang setengah jam perjalanan kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Pergerakanku agak laju kerana perjalanan menurun bukit.
Sesampai sahaja aku ditempat kejadian kami berpecah dua ,kumpulan satu diketuai oleh
Mej.Damian,terdiri dari aku sendiri dan Tpr  Zam Zam Tpr Zulkifli.
Manakala kumpulan kedua diPimpin oleh Kapt.Muzaini anggotanya terdiri Sgt Md.Zain kpl\
 Yusof dan SSgt Idris Q-Skn.
Kumpulanku menaiki bukit yang menghala ke sasaran ,manakala kumpulan Kapt Muzaini
Bergera kasebelah  kiri kami bagi mengawasi jika sekiranya ada pihak musuh yang sedang
Menahan Kapt Xxxx .
Kumpulan kami yang diketui oleh Mej.Damian bergerak perlahan menuju ke sasaran , apabila
sampai sahaja di pertengahan bukit. Mej.Damian memberitahu Tpr Zam Zam yang beliau akan
Balik semula kebawah (tempat permulaan) untuk menunggu pasukan 8 Melayu Diraja yang
akan datang membantu,Berita ini disampaikan oleh Tpr Zam Zam kepadaku atas perintah Mej
Damian. Aku bergerak lagi kedepan lebih kurang 10 langkah ,aku terpaksa merangkak oleh
kerana dihadapanku tiada apa-apa perlindungan lagi.
Alangkah terkejutnya aku apabila terpandang 5 orang Pengganas,terdiri daripada 2 Perempuan dan 3 lelaki sedang  mengacu sesuatu terhadap Kapt Xxxx.

Bersambung...

11 ulasan:

mangchikla berkata...

first time dgr peg tentera kene tangkap. Inside job ke, camner diorang tau yg kene tngkp tu peg tentera atau just plain lucky..

gogo berkata...

baru beberapa minggu lepas saya mahu bekas anggota 'x' skuadron ceritakan story mereka dalam blog ni..tup tup timbul cerita ni....suspen la bila ada cerita sambung-sambung ni....harap banyak lagi story2 macam akan keluar....ala kalau ada benda2 yang sensitif tu,pandai-pandai la Tuan Mejar edit...

SENAPANG PATAH berkata...

TERBAIK TUAN !! 1st time juga sya dengar pegawai kena tangkap

dswami berkata...

Sir,
One of the Officer's served with me in 7. He told me what happened, how many officers were involved. That place was on the fringes of one of late General's wife's estate.

Abah berkata...

Salam Tuan,
Ada timbul sedikit konflik setelah operasi itu berjaya dilakukan tanpa kehilangan nyawa samada pasukan lawan atau pskn sendiri ketika itu. Walaubagaimana syukor Alhamdulillah kerana Task utama adalah menyelematkan nyawa Peg tsb berjaya dilakukan dengan jayanya.

Macamana dapat tuan dapat berjumpa dengan En Ghani nie? Setahu saya dia menetap di Negeri Trengganu.

Setelus Hati Zinnirah berkata...

salam tuan, suka baca entry2x yg tn tulis.. mmg terbaik!

Katon Tin Ton berkata...

agak2 mcm mana depa boleh kesan kedudukan hostage ?

skydiver berkata...

GGK terbaik..!

DEN COMANDO berkata...

Salam Tuan, samapaikan salam saya pada en ghani, ex KSM .Last sekali saya dengar dia di teranggau, sekarang dimana ya ?
dan kapt Muzaini telah meninggal dunia kalau tak silap saya tahun lepas dan semasa itu beliau besara dengan pangkat Mej .Alfatihan untuk roh arwah. and Kol damian sekarang adalah Panglima 10 Bde.

9w2msg berkata...

Berlaku tahun 1987?? Wow, tak sangka ya sebab tak pernah terbaca dlm mana2 papers..... Dulu Bukit Cincin mesti kawasan laranagan. Tapi sekarang Bukit Cincin tu sesiapa pun dah boleh pergi.. Terima kasih kpd semua anggota keselamatan yang berjaya mengekang ancaman. Camping kat sana best gak, tp sejuk sangat sbb kawasan laluan angin.. hehe

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Sdr Den Cdo!

Terkini di maklumkan Panglima 10 Bde ialah Brig Jej Tengku Ahmad dan Kol Damian Timbalan Panglima.Tk