Pengikut

Selasa, 27 September 2011

Faktor 'Gemuk'

Kesian....Itu saja yang saya mampu luahkan apabila membaca surat dalam 'Forum' Utusan Malaysia. Saya mengandaikan apa yang ditulis oleh FIZA, Perlis, adalah benar dan tidak ada yang tidak benar...semuanya benar belaka. Maksud saya, perkhidmatan saudara beliau dalam ATM ditamatkan setelah berkhidmat selama 18 tahun 'atas alasan kegemukan'- kurang 3 tahun untuk melayakkan beliau mendapat pencen! Saya ambil cerita 'at face value' tanpa memikir wujudnya berbagai kemungkinan.

Bayangkan sekiranya anda dalam keadaan begini. Umur mungkin belum pun mencecah 40 tahun...tiba-tiba dah tak ada kerja. Simpanan dalam bank, kalau beringat, kian menguncup kerana tiada lagi ongkos dikredit dalam akaun. Kos untuk menanpung kehidupan kian meningkat. Memang satu cabaran!!

Tapi, kan kita nak soldadu kita macam gambar ini. Malah, masalah obes dah jadi 1 phenomena yang dihadapi oleh kebanyakan angkatan tentera di seluruh dunia.

Tak tahu apa nak dikatakan. Nasihat yang mampu saya berikan kepada mereka yang masih berkerja hanya jagalah kesihatan dan pandailah mengurus kewangan anda. Dan, ikutilah kursus kemahiran. Ingat....Bila anda susah...anda yang menanggungnya. Mungkin ramai yang bersimpati tapi, setakat bersimpati sahaja tidak dapat mengeyangkan perut. Dan sekiranya dapat bantuan orang ramai, bukan berterusan sepanjang hayat. Ini adalah satu kenyataan. Dah berbuih mulut saya bercakap perkara ini. Mungkin kalau sesiapa ada masa, fikirkan apa yang saya coretkan di sini

Menurut pakar perancang kewangan (saya hanya pakar standard warong tepi jalan saja), merancang hendaklah bermula hari pertama berkerja. Betul tu. Jangan lupa peribahasa orang dulu-dulu....Langit tak lalu cerah...sediakan payung sebelum hujan...malang tidak berbau.  Buat permulaan, jadikan kisah ini sebagai satu iktibar...Wallahualam.  

Pihak berwajib...Kalau betul apa yang dinyatakan, tengok-tengoklah masalah wang pampasan tu. Kan ambil 9 bulan untuk memprosesnya kot! Ingat....Satu hari nanti, giliran anda pula akan di'sayonara'kan. Bagaimana perasaan jika ketika itu anda diperlekehkan?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kasihan..

Tanpa Nama berkata...

Tuan, saya bersetuju peringatan tuan bahawa kita merancang kewangan dari hari pertama kerja. Saya mempunyai pengalaman anak sendiri yang belajar salah satu di Institut ATM . Betapa bangganya saya bila anak diasuh membuat potongan gaji ke Tabung Haji dan potongan Ke Ibu sendiri .
Tapi masalah timbul bila ada yang mengalakkan anak -anak tersebut untuk membeli rumah pada usia muda. Saya tak tahu samaada yang mengalakkan ini ada niat untuk dapat komisen atau niat ikhlas. Saya mengetahui anak saya membeli rumah semasa sebulan lagi untuk serahan kunci (itupun terjumpa surat dari Pinjaman Perumahan Kerajaan) . Saya memang salahkan anak saya kerana tidak berbincang dengan saya atas pembelian ini .
Saya selalu terfikir adakah staf yang mengalakan itu memberi kata nasihat kepada anak tersebut yang rata-rata umur 18-21 tahun supaya berbincang dengan keluarga walaupun mereka dah ada gaji sendiri. Saya beranggapan anak-anak ini masih tidak matang lagi ,perlu mendapat nasihat dari ibu bapa mereka.
Bayangkan mereka perlu membuat potongan perumahan 25-30 tahun. Saya rasa biar lah mereka membeli rumah selepas mereka ‘posting’ dan anak ini sudah berakal sikit . Bila mereka ditempatkan di kem-kem seluruh Malaysia , rumah terbiar , disewa pun murah (bukan kawasan strategik spt KL),gaji pun dah tinggal sikit. Bagi ibu bapa yang ada pendapatan lebih boleh lah bantu anak-anak tersebut. Ini akan timbul gejala yg tidak sihat kpd anak anak yang baru nak mula hidup. Umur baru 21 tahun , hutang keliling pinggang.Biar lah mereka mantap dulu dengan gaji dan pandai menguruskan kewangan.
Cadangan tuan untuk beri ceramah atas urusan kewangan elok sangat terutama di Institut tersebut ..