Kakitangan gomen dah raya sakan kerana dah terima pelarasan gaji sehingga 15% dan tunggakan 3 bulan gaji. Warga Felda pula sedang berangan-angan apa yang nak dibuat dengan RM15k yang akan diterima nanti. Kalau adalah di antara mereka yang memikirkan masa hadapan, mejar pencen ni tak-tak habislah nak menasihatkan tentang pengurusan kewangan.
Ada sesiapa membaca laporan ini...? Laporan oleh Standard Chartered Bank menyenaraikan instrumen pelaburan oleh orang-orang kaya di Malaysia: emas, pelaburan yang memberi ROI 15%, amanah saham dan hartanah. Amanah Saham....Ingat tu! Sekurang-kurangnya ada juga persamaan diantara jutawan dengan saya. Tidak pula disebut menceburi bisnes yang nilainya bermilion-lion.
Emas. Kalau ada duit berlebihan tu, melaburlah dalam komoditi ini kerana ia adalah satu-satunya pelaburan yang menguntungkan dari awal ia ditemui. Kalau tak nak buka akaun emas atau beli jongkong emas, belilah barang perhiasan untuk orang tersayang. Kita boleh jualnya nanti tapi mungkin pada harga 75% daripada harga pasaran. Namun demikian, mesti perlu diingati...Pelaburan emas adalah satu pelaburan jangka panjang - 2/3 tahun. Kalau keluar selepas sebulan melabur, kemungkinan anda akan kerugian.
ROI 15%. Kalau jutawan pun hanya mengharapkan pulangan 15%, mana masuk akal jika ada orang boleh menawarkan pulangan 30% atau lebih untuk sesuatu pelaburan! Saya tidak arif tentang bisnes yang boleh memberi pulangan tersebut. Bank Rakyat beri bonus/dividen lebihkurang jumlah itu. Masalahnya, keahliannya sudah ditutup.
Amanah Saham. Pembaca sudah sedia maklum pendirian saya. Tak lain tak bukan...ASB. Selain pencen, pulangan daripada ASB menanggung kehidupan saya dewasa ini, syukur alhamdullah.
Hartanah. Memang tidak dinafikan. Tapi tengok pula lokasinya. Silap haribulan tiada pembeli walaupun ditawar harga di bawah kos.
Para pembaca yang dihormati....Semuanya terpulang kepada anda. Senang-susah anda sekeluargalah yang menanggungnya. Fikir-fikirkanlah.
3 ulasan:
Salam Tuan
I would agree with you on the matters.
Investment in real-estate must be accompanied with the location factor and the best is on non-bumi couple with the future development plan of the said area and its surrounding.
Amanah Saham is the best instrument which is safe and sound BUT I believe only ASB, others no comment.
Bank Rakyat is the best and I won't miss to top-up if offer being made by them.
Gold is another good investment as our global currency is based on value of gold. I'm pretty sure it won't drop but need to be patient.
The rest like unit trust is not really convincing despite having noted sugary explanation by the agent.
YES, it is up to individual to manage their own $$.
p/s: Tuan, can you amend you profile name to be Mej Nor Ibrahim Bin Sulaiman (B). Look better, heheeheee...
Salam Tuan. Artikel yang sangat bagus. Ada satu game seakan akan permainan saidina. Game ini sangat bagus untuk melatih tubi diri kita cara cara mengawal dan mengurus kewangan dengan lebih berkesan
Ia diberi nama cashflow 101 yg diasaskan oleh Robert Kiyosaki penulis buku rich dad poor dad.
Sangat bagus dan kita boleh bermain bersama sama keluarga kita.
ada pelaburan yg boleh dapat 30% setahun,seperti asb-loan.
contoh loan 200k bayar bulan rm1333(20thn)
setahun total bayar loan 'hampir' 16k,dividen bonus setahun hampir 16k,jadi dividen bonus bayar untuk loan sahaja,jadi mana untungnya?..
untungnya tak nampak sebab asb-loan
yg kita buat 200k lepas setahun dah jadi 195k,jadi untungnya 5k setahun ....modal 16k untung 5k anggaran dlm 30%...
Catat Ulasan