Berbalik kepada mesyuarat tersebut, ini buat kali kedua saya mendaftar untuk hadir. Kali pertama, dah lupa berapa tahun lalu, bertahan sehingga ucapan pembukaan oleh tetamu jemputan. Saya cabut semasa minum pagi. Menurut program kali ini, tetamu VIP akan merasmikan mesyuarat pada jam 0950 pagi. Tunggu sehingga jam 1000, kelibat beliau masih belum nampak. Saya pun terus balik kerana ada majlis baca yasin di rumah ahli kariah masjid. Saya difahamkan VVIP tiba lebih kurang jam 1015.
Antara yang saya bersua di majlis tersebut....
Dari kiri: Kamal@Aziz (xATC), saya, Man (xUBAT), Samad (xPASKAL)
Kiri saya: Lt Kol Mustaffa 'Pedro' TUDM (B)
Ketika membelek 'Usul-Usul Tahun 2011 Persidangan Perwakilan Tahunan Negara 2011' , saya mendapati PBTM Johor'...merayu pihak kerajaan untuk menimbangkan semula keputusan pemberian pencen kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan 10, 13, 15, 18 dan genap 21 tahun'. Saya dah tak 'current' lagi tentang 'Terms of Services (ToS)' dalam ATM sekarang ini. Dan kalau tak silap, topik ini dah pun dijelaskan oleh pihak berwajib.
'Prinsip' saya tentang bab ini mudah saja. ATM tidak 'merayu-merayu' pada saya untuk berkhidmat dalam tentera. Saya yang galak sangat memohon. Masa saya dulu, ada Tauliah Jangka Tetap (TJT) (mudah cakap...berpencen) dan Tauliah Jangka Pendek (TJP) (kontrak). Dokumen ToS tentang had umur bersara wajib adalah seperti berikut:
- Kapten (persamaan) - 45 tahun (sekarang 47 tahun)
- Mejar (persamaan) - 50 tahun (sekarang 52 tahun)
- Lt Kol (persamaan) - 52 tahun (sekarang 55 tahun)
- Kol ke atas (persamaan) - 55 tahun (sekarang 60 tahun)
Kalau tak setuju....Jangan sign. Itu saja. Saya tetap sign.
Kalau saya tak silap, beberapa tahun lalu YAB PM, ketika menjadi Menteri Pertahanan, ada mengumumkan pengwujudan 100 Lt Kol untuk 'Flexi Appointment'. Apa yang maksudkan, mejar yang berumur 49 tahun akan dinaikkan pangkat ke Lt Kol walaupun jawatan yang disandang hanyalah untuk mejar....Lebih kurang begitulah. Sekarang, umur kelayakan ini dinaikkan ke 51 tahun.
Kalau saya tak silap, beberapa tahun lalu YAB PM, ketika menjadi Menteri Pertahanan, ada mengumumkan pengwujudan 100 Lt Kol untuk 'Flexi Appointment'. Apa yang maksudkan, mejar yang berumur 49 tahun akan dinaikkan pangkat ke Lt Kol walaupun jawatan yang disandang hanyalah untuk mejar....Lebih kurang begitulah. Sekarang, umur kelayakan ini dinaikkan ke 51 tahun.
Saya juga dimaklumkan, sekarang tiada lagi pengambilan pegawai TJT: semuanya TJP. Kontrak graduan UPNM, kalau tak silap saya, ialah 13 tahun. Walaupun mereka memenuhi syarat yang ditetapkan bagi melayakkan memohon TJT selepas tamat kontrak awal, kemungkinan besar permohonan terpaksa ditolak kerana ketiadaan kekosongan perjawatan. Jadi, jangan salahkan sesiapa jika perkhidmatan tidak disambung. Ini adalah satu kenyataan!!
Sama juga ToS untuk LLP. Semua anggota sedia maklum daripada awal lagi, hanya mereka yang berkhidmat 21 tahun sahaja yang layak menerima pencen: kurang daripada itu...TIDAK! Ketika pengumuman bajet tahun lepas, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta bagi melatih mereka yang tak berpencen mengikuti kursus-kursus yang membolehkan para veteran mempunyai kemahiran yang diminati. Program yang ditawarkan oleh PERHEBAT termasuk....
Terpulanglah kepada para veteran sama ada bersedia mengikuti kursus-kursus yang dipamerkan.
Jujur saya katakan, buat masa terdekat ini, saya tidak nampak rayuan itu akan menjadi kenyataan kerana ia melibatkan dasar. Menyedari hakikat inilah, saya tak jemu-jemu cuba 'menyedarkan' mereka agar mula memikirkan masa hadapan kaum keluarga. Ingat, kesempitan hidup yang mungkin dihadapi selepas tamat perkhidmatan, hanya diri sendiri yang akan menanggungnya. Justeru, apa kata mula menabung dari sekarang juga. Wallahualam.
Harap perbetulkan sebarang kesilapan fakta. Terima kasih.
3 ulasan:
Saudara Nor,
This group may not get the pension that they are asking for as you have correctly analised because there are no regulations as such. However from the report below I believe the government will pay them some sort of one off payment just before the coming elections
Good news for army veterans without pensions
April 26 2012 The Star
PUTRAJAYA: Non-pensionable ex-servicemen will get their dues and more once the Non-Pensionable Army Veterans Association (KVTTB) gathers as many of its ex-colleagues as possible.
The association’s president, Mohd Sabri Abd Malek, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has promised a raft of financial assistance packages for non-pensionable veterans, who have been unhappy over the slow disbursement of a RM50 million fund allocated under Budget 2012 for them.
Sabri claimed that the Ex-Servicemens Affairs Corporation (Perhebat) — which was appointed to manage the fund — had been neglecting them.
He said there were some 200,000 ex-servicemen who fell in the non-pensionable category.
Ex-servicemen who do not complete at least 21 years of continuous service do not qualify for pension, unless they are forced to quit due to valid medical conditions.
The KVTTB has been asked to go on a nationwide roadshow, using RM1mil in funds from the Prime Minister’s office, to register as many non-pensionable veterans as they can.
“We will go on a roadshow, probably starting on Tuesday in Malacca.
“At the end of the roadshow, we will have a massive gathering of only non-pensionable veterans, and that is when the Prime Minister is expected to make his announcements,” Sabri said after a meeting with Najib’s political secretary, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh at the Prime Minister’s Office here.
Sabri urged non-pensionable veterans who are not members of the KVTTB to contact him directly at 019-3187898 or 019-6191234 for more details.
Sent from my iPad
Sent from my iPad
The best thing is to remind people to understand the term of service which many who join the AF are clueless, only realizing it later. So beware to those who think sacrificing is a two way effort. Or you will be in the situation like beggars.
Between national interest and self interest... it is recommended that Malaysian chose the later and that is what leadership in this country is all about.
Ini respons daripada Dato' KP JHEV yang diemelkan pada 28/5 jam 11:44 AM...
'YBhg Tuan, berkaitan dgn perkara yg Tuan utarakan itu berikut adalah ulasan saya. Semua fakta dan pandangan yg Tuan nyatakan berkaitan dgn Terms of Svc adalah betul dan ulasan Tuan itu juga bertepatan sekali. Mengenai komen arunzab, ianya juga betul saperti yg tlh dilaporkan dln beberapa akhbar. Sebenarnya KVTTB itu tidak setuju dgn program RM50juta kerajaan melalui Perhebat utk membantu veteran tidak berpencen dgn kursus berkaitan keusahawanan dan perkerjaan kedua dlm usaha menaikkan taraf sosio ekonomi mereka. KVTTB mahukan wang tunai sbg imbuhan sekali gus kepada mereka. Permintaan mereka kini sedang di pertimbangkan oleh kerajaan. Dana utk business entity spt koperasi juga adalah diantara opsyen yg tlh di kemukakan kpd pimpinan kjaan. Bagi perkara usaha KVTTB bergerak mendaftar veteran dari kalangan tidak berpencen dan perkara perhimpunan akan datang tidak JHEV ketahui tentang butirannya dan ianya bukan suatu program yg melibatkan JHEV.
Itu sahaja yg saya boleh komen tentang perkara ini. Salam'
Terima kasih Dato'.
Catat Ulasan