Pengikut

Jumaat, 18 Mei 2012

Rezeki Mereka

Cikgu-cikgu betul-betul menerima durian runtuh! Mana tidaknya. Pengumuman TPM pada 16 Mei, sempena Hari Guru di Kuala Kangsar, sungguh mengembirakan 200000+cikgu. Bayangkan implikasi pengumuman tersebut. Pemahaman saya terhadap apa yang tersiar dalam akhbar ialah semua guru lepasan ijazah akan dinaikkan gred secara 'time-based': daripada gred DG41 ke DG54 dalam masa 25 tahun sahaja! 

Ini telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, petikan '...Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said as long as a teacher went to school, performed his duties and completed the number of years stipulated, he would be entitled for the promotion.
“This will allow teachers to be promoted easily. Promotions will no longer be subject to availability,” Wee said. (Laporan penuh klik di sini - 'No performance based criteria for teachers to be promoted'). 

Saya tidak mengambil kira mereka yang berkelulusan diploma. Ini kerana apabila mereka (diploma holders) bersara nanti, semua cikgu akan berkelulusan ijazah sarjana muda. Matlamat ini dah mula dilaksanakan di mana guru-guru pelatih di Institute Pendidikan Guru (IPG) dianugerahkan ijazah sarjana muda apabila tamat pengajian.

Mengapa saya terpegun? Saya tidak dapat bayangkan, dalam hanya tempuh masa 25 tahun, beribu-ribu guru 'berpangkat' bersamaan Brigadier Jeneral dalam ATM...Dan masih muda lagi! Apa kena mengena persamaan dengan Brig Jen? Oklah, sebagai perbandingan...
  • Gred 52 = Kolonel 
  • Gred 54 = Brig Jen 
  • JUSA C  = Mej Jen
Dalam inventori TUDM, hanya ada lebih kurang 63 Kolonel, 22 Brig Jen & 3 Mej Jen sahaja. Kenaikan pangkat dalam ATM tertakluk kepada kekosongan perjawatan yang terhad, bukannya time-based. Sebagai contoh, di Kedah ni, hanya ada seorang saja penjawat Gred 54, iaitu Panglima 6 Briged. Dan seorang Gred 52, iaitu Komandan KTU. Di Pulau Pinang, hanya Komander PU Butterworth sahaja berpangkat Brig Jen (54); Panglima Div pula Mej Jen (JUSA). 

Cakap pasal umur pula. Andaikan seorang remaja memasuki IPG selepas lulus SPM. Umur beliau ketika itu baru 18 tahun. Setelah tamat kursus selama 5 tahun, beliau memegang segulung ijazah dan gerenti diserap dalam perkhidmatan perguruan. Umur baru 22 tahun. Ketika mencecah 47 tahun, cikgu kita ini dah 54 = Brig Jen. Ini bermakna beliau masih mempunyai 13 tahun sebelum pencen. Dengan tempuh sebegitu panjang dan andainya tak naik ke JUSA, beliau sempat juga menikmati kenaikan gaji maksima dalam gred 54.

Sekarang ni, penyarah IPTA pula dah merajuk kat TPM. Depa kata lebih baik jadi cikgu sekolah daripada pensyarah. Sebagai pensyarah, depa ni bermula dalam Gred 45. Kenaikan pangkat bukannya berdasarkan kepada time-based tapi 'academic excellence' (apa ukurannya, wallahualam). Kalau laporan bos kurang menggalakkan, jangan mimpilah nak naik ke 'Pensyarah Kanan (52)' atau 'Profesor Madya (54)'! Menurut laporan, Pak TPM telah mengarahkan Pak Menteri KPT untuk 'tengok-tengokkanlah' isu ini. 

Cikgu-Cikgu Semua....Banyak-banyaklah bersyukur di atas limpahan rezekiNya dan terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan cemerlang tanpa mengira di mana jua anda ditukarkan demi generasi akan datang. Terima kasih cikgu.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum, tuan,
time based promotion bagus juga.
Guru guru yg kaki tidoq seperti cikgu shaari pun boleh dapat gaji besar.

Zulsystem berkata...

Walaumacam mana banyak sekalipun gaji yang kerajaan berikan kpd mereka, meraka masih merungut mengatakan merekalah bidang pekerjaan yang paling banyak dan teruk. Mereka patut bersyukur, tidak perlu berjaga lewat malam di ketika sesetengah bidang pekerjaan lain terpaksa bersengkang mata, berjuang melawan penjenayah, mengutip cebisan daging org2 yg mati kemalangan jalanraya. Mereka masih boleh tidur lena ketina para doktor dan jururawat bertugas di malam hari. Mereka boleh tidur lena ketika anggota bomba bersedia jika berlaku kemalangan. Mereka masih tidur lena, ketika anggota pasukan keselamatan yang berada di hutan belantara serta perairan negara bersedia mempertahan dari diceroboh.

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera buat semua warga Malaysia, saya guru siswazah gred 44 time-based, realiti kehidupan guru tidaklah seindah impian dan sangkaan, k/tgn awam yang lain, selepas waktu bertugas tiada lagi komitmen kerja, guru juga bertugas 8 jam sehari 7pg - 3ptg sementara tuan/puan bekerja, guru lah yang jd baby sitternya, balik ke rumah mengelek buku anak tuan/puan atau kertas ujian, pada sebelah malanya perlu dibuat persediaan apa yang hendak diajar esok, kini k/tgn lain kerja 5 hari cikgu pulak yang 6@7 hari seminggu tanpa overtime, cuti sekolah pun, guru besar boleh menggil bertugas pada bila2 masa

Ahmad H Al-Qadah berkata...

Gred gaji sepatut nya bukan menjadi ukuran... tetapi elaun hardship angkatan tentera perlu dinaikkan... malah tanggagaji angkatan tentera wajar mempunyai kadar yang tersendiri...

(Cikgu kerja 1/2 day... cuti sekolah panjang.... senang banyak...)

Tanpa Nama berkata...

Askar lagi teruk kerja nya 24 jam tapi gaji hampas apabila tamat perkhidmatan terus dilupakan ramai yan kais pagi makan pagi... ini yang nak UBAH. Jom UBAH je.

kaloi berkata...

sebenarnya, semua kerja adalah penting,cuma mungkin kita tidak berada pada jawatan itu maka kita tak faham bidang tugas mereka,yang kita faham adalah bidang kita saja,maka kita katalah yg kerja cikgu setengah hari,kerja bomba bila ada kebakaran saja,kerja tentera kilat kasut aje,kerja polis saman orang aje.....kenapa ini berlaku? kerana kita tak berada dalam situasi mereka..hanya mereka yg tahu beban tugas masing2.janganlah kita membandingkan beban tugas berlainan disiplin ini sebaliknya ucap tahniah kepada yg dapat rezeki,mungkin lain tahun rezeki kita pulak..insyallah

Tanpa Nama berkata...

as salam.. Saya juga seorang guru gred DG44. Apa yg nak saya kata disini, ramai org akan bkata, kerja guru adalah sangat mudah, pegi pagi balik rumah petang (2pm). cuti pulak banyak. Tapi, jgn anda lupa, tanggungjawab kami sangat banyak (bagi yg komited, bagi yg tak 'kesah', diorang tetap tak kesah). Kami memang byk menggunakan tenaga, client kami sehari menjangkau 200 (bygkan kalau sehari ada 5 kelas, setiap satu kelas ada 40 org pelajar yg boleh dikatakan 50% memang tidak minat belajar, walaupun yuran semuanya percuma. Mereka ke sekolah sbg syarat saja, kerja langsung tanak buat, buku teks percuma tinggal bawah meja. Mereka mengantuk selalu sebab ramai yg keje malam2 cari duit belanja sekolah. Kami mengajar, mereka endah tak endah.. bila ditegur, melawan. Bagi anda yg duduk di ofis berhawa dingin, kerja cuma depan komputer, anda tidak akan tertekan. Kami niy, majoritinyer bergerak, turun naik tangga setiap hari. Gunakan suara lagi. Sekarang, semua kerja pengkeranian memang menuntut 50% masa bekerja kami. Cuma, orang yg bukan guru takkan faham. Cuti panjang kami buat tuisyen disekolah sbb risau pelajar tak cukup bimbingan. Waktu cuti kami menanda kertas2 peperiksaan. Jadi, istilah cuti panjang tu, anda kena kaji semula... tak semuanya mudah bagi kami. Tapi kami reda, sebab kami juga ada anak2...

Zulsystem berkata...

Assalam.
Guru bertugas di bawah bumbung, x kena hujan dan panas. Guru tidak menggadaikan nyawa seperti mana anggota pasukan keselamatan lain. Anggota pasukan keselamatan, kehidupan mereka penuh dgn disiplin. Guru - guru x pernah merasai lagi kehidupan anggota pasukan keselamatan yang bertugas nun jauh di pulau contoh Pulau Layang2, yg ada liputan telekomunikasi untuk berhubung dgn anak @ isteri. Guru2 boleh pulang utk berhari raya, x perlu mohon cuti awal, tpi anggota pasukan keselamatan, bomba, doktor, jururawat dan pasukan penguatkuasa kena minta cuti awal, entah dibenarkan atau tidak belum tentu dpt berhari raya bersama keluarga. Hendaknya cikgu2 tdk menganggap kerjaya sebagai seorang cikgu terlalu membebankan. Kalau rasa terbeban mungkin boleh melepaskan jawatan tersebut dan apply jawatan lain yang lebih mudah. Boleh begitu? Kalau tak boleh bagi alasan? tak boleh nk lepas sebab gaji lumayan?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara/Saudari Semua,

Terima kasih. Betul kata 'kaloi' tu. Saya setuju bebeno. Pada saya, semua kerjaya adalah penting asalkan halal. Saya tahu beban yang terpaksa ditanggung oleh guru kerana isteri saya seorang xcikgu. Harapan saya agar guru2 semua MESTILAH terus melaksanakan tugas dengan amanah, dedikasi dan cemerlang. Selain itu, janganlah melobi sana dan sini apabila tidak ditukarkan ke tempat yang diidami. Kalau pun ditukar ke kawasan pedalaman, gomen beri 'hardship allowance' RM1500.

Tanpa Nama berkata...

Assalam, nk bercakap hal gaji, gaji doktor n akauntan lg tinggi, gaji polis yg grad lewat drp guru pun lebih tinggi, apa pun imbuhan yang diberi tu diukur dari kelulusan, kepayahan susahnya belajar bidang masing-masing dan berapa kritikalnya perkhidmatan di mata orang besor, bersyukurlah dengan rezeki kurniaan ilahi, nescaya akan ditambah lagi dan tidak bersikap meminta2 & mengemis dr bukan yg haknya...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

agak agaknya bila lah pulak gomen nak naikkan pencen pesara tentera?

Tanpa Nama berkata...

rezeki cikgu. askar jugaklah yg kesian,keje pressure,perjawatan terhad,ramai terpaksa jadi weekend husband bertahun tahun. gaji dan elaun pun ciput saja. pilot tudm yg grounded pun x dapat elaun terbang. itulah hakikat perwira.

Tanpa Nama berkata...

tak patut kata cikgu asyik lena je. besar sumbangan depa nih. askar pun ramai yg lena n kaki tuang.

Tanpa Nama berkata...

GOMEN BN BERAT SEBELAH, TERLAMPAU NAK JAGA HATI ORANG GOMEN SEHINGGA PEKERJA SEKTOR SWASTA DI ABAIKAN...............PEKERJA SWASTA SEMUANYA AKAN UNDI PAKATAN RAKYAT JIKA TUNTUTAN PEKERJA SWASTA TIDAK DI LAYAN.

Tanpa Nama berkata...

pekerja swasta pasai apa nak tuntut dari kerajaan. Swasta is swasta. Tuntut la dari majikan mu.
majikan mu tu kedekut. Buat lah industrial strike menuntut kebajikan dari majikan mu.
Betultak?

amir berkata...

Semua kerja adalah sama, ada susah dan ada senang, tak perlu la guru senaraikan aktiviti harian mereka kerana orang lain juga ada aktiviti harian mereka yang berbeza sebagaimana digambarkan. Saya bertugas sebagai arkitek, tetapi taklah seharian depan komputer dan lukisan semata mata. Tidak pula pulang sebaik jam 5, dan tidak hanya duduk dalam pejabat aircond. Guru pening dengan masalah pelajar, kami warga teknikal pening dengan masalah bapak pelajar.ini hanya secebis daripada kisah ribuan pekerjaan lain. Hormatilah profesion org lain, yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Zulsystem berkata...

Dari banyak page yang saya baca, golongan guru banyak membebel tentang kerja banyak yang perlu dilakukan. Sedangkan saya tidak pernah mendengar rintihan dari golongan pekerjaan lain pula, walaupun mereka mendapat gaji yang rendah dan terdedah kepada bahaya. Bersyukurlah anda mempunyai pekerjaan yang tetap, terjamin masa depan, boleh mengatur tidur yang secukupnya,sekitaran yang selamat,mendapat cuti yg banyak walaupun sekali sekala anda kena mengikut kursus2 jabatan. Janganlah nak kena panjat tangga sekolah pun nak merungut, kena bercakap pun merungut. Ada bidang perkerjaan lain yang menuntut terpaksa tidur berhari - hari dalam hutan, terdedah kpd bahaya binatang berbisa, binatang liar, badan berbau masam, sebagai contoh renjer2 perhutanan, renjer2 perhilitan. Bersyukurlah dengan pekerjaan yang anda ada kerana masih banyak lagi yang memohon tetapi tidak ada peluang untuk mendapat jawatan sebagai guru.

Tanpa Nama berkata...

Teringat aku masa sekolah dulu sajak hari guru.....kata2 SEGALANYA BERMULA DARI GURU. Besar kecil ke gaji yg kita dapat janganlah nak jadikan isu sangat dan berbangga gaji besar; yg penting halal sesuai dgn tugasan tindakan yg dilaksana dan tanggungjawab amanah yg ditanggung. Lagipun itu sebenarnya ujian dalam bentuk gaji. Besar periuk besarlah keraknya. Akhir kesudahannya sama aje gaji banyak manapun. Pengurus, askar, doktor buruh akauntan sama aje. Menjadi sbb didikan cikgu. Yg penting bersyukurlah kerja halal dan jadi orang. Allah akan gandakan rezeki bila kita bersyukur.

Agaknya cikgu2 ni banyak bersyukur sbb tulah rezki mreka bertambah2 berkat doa2 anak2 murid mreka yg ramai yg sayangkan dan hargai jasa cikgu2 mreka tu. saya antara muridnya.

TERIMA KASIH BANYAK2 CIKGU. JASA PENGORBANANMU AKU KENANG.


IR-engineer pencen

mohamad adel berkata...

aku pun teringat juga English teacher aku dulu. "You boys can go to sleep but don't make noise, ok? "Ok teacher, thank you teacher'
Kenagan lama semasa sekolah dulu dulu.