Pengikut

Ahad, 6 Mei 2012

Yayasan Bekas Komando Malaysia

5 Mei 2012...Tak main golf hari ini kerana saya dijemput ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ke-9/12 Yayasan Bekas Komando Malaysia yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar...

Ini kali kedua saya menerima jemputan daripada Yayasan tersebut. Sudah pasti saya terharu kerana saya bukan seorang komando untuk menerima penghormatan ini. Saya perhatikan para jemputan termasuk warga syarikat swasta.

Para Hadirin

Tetamu Kehormat

Dalam ucapan aluannya, Pengurusi telah memaklum perancangan untuk memajukan Yayasan. Projek yang dirancang melibatkan industri penternakan lembu. Seterusnya, seorang warga syarikat swasta telah membentangkan projek yang akan dikemukakan kepada kerajaan negeri-negeri tertentu. Kalau ia menjadi kenyataan....Wow!

Tapi yang buat saya terkejut berok ialah bila Pengerusi memaklumkan kepada para hadirin bahawa saya akan menulis sebuah buku berkenaan pengalaman para ahli...It's a tall order indeed! Tak apalah. Lagi pun saya memang berhasrat untuk mendokumentasikan lagi pengalaman para veteran dengan syarat mereka sudi mengisahkannya dan e-melkan kepada saya, insyaAllah. Inilah masalah yang saya hadapi...Memang susah nak dapat bahan cerita!

Sebelum balik, saya telah menyerahkan salinan e-mel ini kepada PW2 Mohsain (B) untuk dibuat apa yang difikirkan perlu. Saya pun baliklah kerana terpaksa menghadiri 2 jemputan ke majlis perkahwinan di DGCC dan Padang Sera. Apabila dihubungi, saya difaham oleh Mohsain bahawa beliau telah membaca emel tersebut kepada ahli Yayasan. Keputusannya ialah mereka akan cuba membawa usul itu ke pihak tertinggi kerajaan negeri Kedah...Wallahualam. 

Kepada Pengerusi dan ahli-ahli Yayasan...Terima kasih kerana menjemput saya. Saya sedia memenuhi hasrat anda sekiranya anda sedia menceritakannya, insyaAllah.  

4 ulasan:

azharcameron berkata...

SayA sokong usaha Mejar nak tulis buku XKOMANDO......para veteran CDO sekelian,sila hantar kisah masa dalam servis kepada Mejar Nor.....

Tanpa Nama berkata...

salam Mejar,saya adalah salah seorang anak pesara tentera.Memang bagus apa yang yayasan nak buat ni...Saya ada satu kemuskilan untuk bertanya dengan Mejar.Apakah yang Definasi Darurat yang melayakkan bekas-bekas polis menerima wang RM 3 ribu secara lumpsum.Rmai bekas tentera yang berkhidmat sebelum merdeka hingga 1957 tidak menerima apa -apa imbuhan berbentuk RM.Begitu juga dengan Veteran Congo.MOga Mejar dapatpanjangkan kebahagian veteran ATM.

mohamad adel berkata...

Kaum FELDA dapat durian runtuh, Polis Melayu dan pasukan keselamat dibawah pemerintahan British semasa darurat dulu dapat RM 3K. cdo yg lawan kominis zaman insurgensi tak teringin ke? kalau ye. buat sesuatu untuk kawan rakan tuan tuan yg telah bekorban mempertahankan malaysia daripada PKM.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara azharcameron,

Terima kasih. Harap-harap ada yang sedia berkongsi pengalaman untuk generasi akan datang.

Saudara Anonymous & mohamad adel,

Kalau tak silap saya, ada terbaca penjelasan mengapa warga ATM yang berkhidmat di era darurat pertama tidak diberi insentf RM3k.