Sebelum masuk dewan. Kapt (U) Aziz, xPaskau, turut hadir (2 dari kanan)
Sebelum naik ke pentas
Dr Mardiana (Pemudahcara) dan Mej Ishak
Sebelum bersurai, makan tengah hari
Saya bersyukur kepada Ilahi kerana sedikit sebanyak masih dapat menyumbang bakti kepada negara tatkala usia dah menjangkau senja. Sepertimana yang saya katakan di sini, saya tidak menyalahkan 100% rakyat yang tidak mengetahui sejarah tanah air mereka sendiri. Malah, ramai anggota ATM dewasa kini yang juga 'buta' sejarah pasukan mereka sendiri. Terdapat pegawai berpangkat Lt Kol TUDM tidak mengetahui yang ada sebuah Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis! Tak percaya? Itu yang dimaklumkan oleh seorang rakan seperjuangan yang masih berkhidmat. Kejahilan ini kerana mereka tidak mendapat pendedahan sewajarnya.
Ramai veteran yang masih hidup dan sedia menceritakan pengalaman mereka, tapi tidak diberi peluang. Akhirnya, berkubur dengan jasadnya nanti, wallahualam! Untuk mengetahui kisah kepahlawanan anak watan sendiri, tunggulah tayangan di 'History Channel' yang diterbitkan oleh 'mat saleh', baru ada 'credibility' kut. He...He...He.
6 ulasan:
Saudara Nor,
I am really surprised at the lackluster attitude taken by the athorities on your noble effort to promote and instill in the younger generation the awareness in the history of our country where our veterans have played a significant and heroic part. We have the veterans ready to share their experience in the various episodes of trails and tribulations that they went through to make our beloved country safe. Yet they has been rebuffed by the authorities. It is ironic that those who wave our flag once a year and shout Merdeka are called patriots, while it the real patriots the veterans who made all this possible are sidelined. Achieving Merdeka was not only all about the political battle that made it possible it was also about the thousands of brave veterans who were killed and maimed in the fight to defeat the enemies of our country.
By right it is the authorities that should be chasing the veterans to come forward to share their experience and not the other way around. Very strange indeed. 'Sunggoh ajaib sunggoh aneh tak masuk akal'
Tuan arunzab,
Ini kerja tarak masyuuuk punya. So, who cares. Pelik bin ajaib. Dan jadi macam timba cari perigi pulak.
Apa pun, Tahniuah Tuan Nor Xnuripilot kita. Teruskan usaha semoga Allah bersama Tuan sebilang masa.
Saudara anonymous ,
I am sorry I don't understand what you are writing " Ini kerja tarak masyuuuk punya. So who cares. Pelik bin ajaib." What language is this. Can you please clarify as this does not make sense to me. My worry is that you don't understand what I have written. If you don't I will be happy to clarify.
zaman sebelum merdeka , lawan British dikatakan patriotik. Zaman darurat lawan kominis pun kira patriotik. Tahun tahun insurgensi cari dan musnah pengganas kominis pun di kira patriotik. Zaman sekarang siapa di kira patriotik?
Ahli sukan? penyanyi yng nyanyi lagu patriotik? atau Malaysians yg lawan rasuah, berintegriti, amanah, cintakan negara, patriotik?
Politikus masa kini bagaimana?
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
Tahniah dan semoga usaha murni Tn dianugerahkan ganjaran sewajarnya dari Ilahi. InsyaAllah semoga dengan "bicara pejuang" yang berterusan sebegini dapat menjadi suntikan semangat kepada generasi muda sekarang demi kelangsungan keamanan dan kedaulatan negara. Jika tidak dimulai dari hari ini/sekarang, bila lagi??
TAHNIAH TUAN...
p/s... teringat saya akan kata2 dalam filem Left Adnan, rentetan dari sifat keberaniannya "Jika kita mempunyai 10 orang yang bersemangat seperti beliau, tentera Jepun mungkin memerlukan sepuluh lagi batalion untuk menakluk Malaya".
Saudara Arunzab,
It's not easy to convince those decision makers to consider suggestions made by an insignificant retired major! I've been pushing this issue since 2009. Syukur Alhamdulillah, at least the wheel is slowly starting to roll now.
Saudara Mohamad Adel,
Terima kasih. 'Perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air', Kamus Dewan, edisi ke4. Ambil paling asas sekali, menyanyikan lagu NEGARAKU dengan penuh semangat...itu patriotisme. Mengibar JALUR GEMILANG menjelang Hari Kemerdekaan tanpa di'rayu' dan didermakan bendera...itu juga patriotisme, wallahualam.
Cik nur_emyinda12,
Terima kasih. Seorang pensyarah dpd IPG Bahasa, KL, bertanya pendapat saya bagaimana nak menanam semangat patriotisem. Jawapan saya ialah ianya bermula dengan IPG kerana bakal pendidik memainkan peranan penting dalam mencorakkan generasi akan datang. Mereka mesti diperkayakan dengan ilmu sejarah. Selain itu, lain-lain agensi, seperti PLKN, INTAN, BTN, IPT, juga bertanggungjawab. Dan, proses ini bukannya bermusim...ia mesti berterusan.
Catat Ulasan