Bila saya cerita masalah navigasi semasa nak terbang ke Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima, sekarang Pulau Layang Layang (PLL), ramai yang tak faham apa yang saya tulis. Tak salah depa juga kerana 'power of expression' saya sangat kelam kabut. Jadi, hantar le 'mayday call' pada saudara Mangchikla. Saya lakarkan apa yang dikehendaki. Jeng...Jeng...Jeng...Ini hasilnya..
'Mayday' saya ini telah membawa kenangan kepada saudara Mangchikla. Beliau telah menghantar emel ini '....yr 'back-bearing' reminded me during cadet days when my group were lost around Bukit Bajula area, Seremban during '3 day & night' compass marching. It was raining heavily, n most of the features in the terrain map like rivers were no longer on the 'ground'. First thing we did was hike to the highest point , get the the 'back-bearing' of the two highest visible peak, and where the 'back-bearing' crosses was our location. We got lost for 3 days, By the time we reached SK in the evening, it was 'Aidil Adha' the next , n that night n early next morning we got 'hell' from the DO, an Army Engineering officer, dah arwah dah not sure if he was a Lt Col or Maj when he died due to road accident, Ex KE VII 'Tiger', 'org tepen', nama die Nasir .. tq for 'jolting' the memory hahaha :D'
Labuan-Pulau Layang Layang
Jarak PLL dari Labuan ~170 bn (batu nautika): penerbangan dengan Nuri ~1jam 30 min. Radius 'radar coverage' Labuan ~ 60 bn. Ini bermakna 110 bn Nuri tidak ada dalam skrin radar. Tidak dinafikan pada masa tu memang dah ada 'hand-held' GPS; antara jenama yang popular ialah 'Magellan' (gambar hiasan). Masalahnya, kami tidak dibekalkan dengan alatan tersebut. Alatan navigasi yang ada dalam Nuri hanyalah 'radio compass' dan 'standby compass'. Dan yang paling canggih sekali...Mark2 eyeballs (mata kurnian-Nya). Mungkin ada akan berkata...Apa masalahnya? Masalahnya ialah, silap haribulan 'TERterbang' di ruangangkasa negara asing. Amboyna Cay (Pulau An Bang) yang diduduki oleh Vietnam yang hanya ~50 bn saja dari PLL. Saya percaya mereka tak akan sambut Nuri dengan bunga manggar dan kompang kut!!
Jadi, untuk menentukan lokasi terkini, kena le tune radio Brunei dan Kota Kinabalu. Ambil 'back-bearing' dan di mana garisan itu bertemu, itulah lokasi pesawat! Perlu diingati juga, Nuri tidak dilengkap dengan 'radar cuaca'. Kami tak tahu ada ribut ke, hujan ke, arah dan kelajuan angin ke. Begini le, andainya arah dari Labuan ke PLL ialah 340*. Berlepas saja dari Labuan, 'set course' 340*. Melepasi 60 nb, tanpa disedari angin dari arah 90*. Pesawat masih terbang dengan arah 340* tapi ia sebenarnya telah 'drifted' ke kiri, tidak lagi di 'flight path' yang asal. Kalau cuaca elok OK lagi kerana PLL dapat dikesan dari jauh. Tapi, bila cuaca buruk....Ingatkan PLL..Tengok-tengok dah mendarat di Vietnam. Baru haru dibuatnya! Alangkan dengan negara China (PRC) depa sanggup berperang '....Tahun 1988 di Spratly terjadi perang terbatas selama 22 menit,[1] 12 Juli 1991 dimana pasukan Cina menenggelamkan tiga kapal perang Vietnam dan menewaskan 77 korban' (petikan di sini) inikan pula sebuah helikopter tentera terkonteng-konteng terbang di kawasan mereka. Tak menghairankan jika semua 'POB' (persons on board) hanya tinggal dalam kenangan!
Di awal tahun 1983, saya telah diarahkan untuk menghantar sebuah Nuri membuat detasmen di atas kapal KD SRI BANGGI (di sini). Misi ialah membantu warga Jurutera membina 'hotel terapung' khusus untuk para penghuni terumbu tersebut bersantai - komando/Paskal. Bahan binaan, air yang diisikan dalam tong drum 44 gelan, scaffolding, dll, diterbangkan dari kapal ke lokasi pembinaan. Sebelum pembinaan hotel, pemastautin terpaksa berlindung dalam basya di waktu siang hari yang panasnya terlalu terik: berbumbungkan ponco...berlantaikan air laut. Mana ada walau sebatang pokok pun. Ketika ribut, berlindung di celah-celah batu. Inilah pengorbanan warga tentera di perbatasan paling hadapan.
'Hotel Terapung' dalam proses pembinaan
PLL pada September 2012. Bayangkan bagaimana warga komando/Paskal yang ber'R&R' berhadapan dengan cuaca buruk sebelum terbinanya infrastruktur seperti sekarang ini
Saudara Mangchikla...Terima kasih.
1 ulasan:
Gempur ! wira!...gEmpur! Wiraa ! Gempurr!! Wiraaa !!
Catat Ulasan