Pengikut

Sabtu, 22 September 2012

Kecewa...Sedih...Hampa

KECEWA...SEDIH...HAMPA!!! Mana tidaknya apabila menerima emel berikut (tanpa edit) yang ada kaitan dengan coretan di sini. Saya sungguh bersimpati dengan saudara Bazlie yang merayu dengan penuh harapan!!!

From: Bazlie Lei
To: nor ibrahim sulaiman
Sent: Tuesday, 18 September 2012 9:27 AM
Subject: Re: Arwah Hassan b Mustapha - 3RAMD - 1076

Assalamualaikum. Semalam saaya menziarahi pak wa saya. Saya difaham arwah Hassan b Mustapha meninggal di lokasi di Weng Baling, Kedah dan batu nisan arwah tercatit PBT 27986 Hassan b Mustpha - meninggal dunia pd 16 Julai 1976. Adalah difaham arwah baru balik dari hutang 6 bln dan dipanggil untuk operasi arwah yg terakhir. Kononnya semasa pengkebumian keluarga arwah telah dimaklum akan penganugerahan pingat namun arwah telah dipanggil balik beroperasi ( his last one  -  I supposed ) But upon seeing pusara arwah , doesn't seems any penganugerahan or at least acknowlwdgement . Saya diceritakan oleh pak wa bahwa arwah pernah membunuh seorng komunis yg giginya semua hitam di Gua Musang dan sebelum balik ke kem dari Miri ke Kepala Batas ( his last visit/leave) arwah memberitahu ,pak wa bahawa he feel this is his last visit and he can't make it - could be being jus jenazah balik. Sorry - pendek kata , sya mohon jika ada sebarang maklumat lain or mungkin saya kurang faham akan regimen or kompeni. Saya benar2 mnta maaf or boleh tunjukkan kpd siapa kita dpt buat rujukan. Saya hanya in - contact dgn tuan kerana hanya tuan yg ada menjawab e-mail saya. Yg belum ada sebarang info. Tiada niat lain sekadar nak menjejak perjuangan arwah pak ngah for the future 'telling' to the next generation.
Apa yang saya boleh lakukan hanyalah memanjangkan emel tersebut kepada 3 RAMD dan salinan kepada PTD, KP JHEV...

Harap pihak anda dapat membantu saudara Bazlie dalam pencarian beliau untuk mendapatkan maklumat tentang bapa saudaranya, arwah 27986 PBT  HASSAN BIN MUSTAPHA (kiri).

Apa jua kerjasama yang diberikan sangat dihargai. Terima kasih.

Dan pada malam 19/9, sekali lagi menghubungi Mej Zaini, Penasihat Persatuan 3 RAMD, untuk membuat sesuatu.  Apa yang saya harapkan hanyalah pihak terbabit menghubungi saudara Bazlie bagi memaklum yang tindakan sewajarnya sedang diambil...Itu sahaja. Agaknya kerana pak penakan beliau  hanya seorang PREBET saja, orang tak ada masa nak melayannya...bolayan!  Dan apa si mejar pencen ni buat menyebuk pula? Jangan salahkan saya mempunyai persepsi sebegini. Wallahualam.

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini

3 ulasan:

Temuk berkata...

As-salam Mej.
Ada "orang" amat berpegang kepada dogma "pipit sama pipit, enggang sama enggang". Tapi ada pula "ular" yang sentiasa menyusur akar.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Touched by this entry...the email received by you. The end life's journey of arwah 27986 PBT HASSAN BIN MUSTAPHA. A promised not kept and fulfilled by ..???...Semoga Allah swt yang memberi ganjaranNya kepada arwah.Pahala syuhada'...

Cikgu (Temuk),
Well said indeed! A stigma amongst the arrogant lots do exist in our society!

p/s...No one can whistle a symphony. It takes an orchestra to play it. Thus, one man can be a crucial ingredient on a team, but one man cannot make a team.
My personal view, arwah Hassan had been one of that crucial ingredient and he deserved to be honoured, regardless of what his rank in the military. Moreover, he had displayed an act of valour and had been promised an award for it!

Well, i'm trying hard to have this positive thoughts though...perhaps THEY are now trying hard as well to work on this for arwah. Lets ensure and be assured THEY do! (residing my prayers now onwards...;-))

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Cikgu Temuk & Cik nur_emyinda,

Terima kasih. Saya sungguh simpati dgn En Bazlie. Salah seorang pengalamat memaklumkan maklumat yg dikehendaki adalah diluar bidang tugas jabatannya. 3 RAMD pula sepi seribu bahasa. Saya sudah 'copy & paste' 2 coretan berkenaan & emelkan kpd persatuan 3 RAMD untuk tindakan mereka selanjutnya, wallahualam.

Apa nak dikatakan, pangkat darjat memainkan peranan penting.