Followers

Friday, October 5, 2012

Bab 1

Saya dalam proses menerbitkan buku ke2, insyaAllah. Bab 1 yang bermain dalam fikiran saya ialah transformasi awal 'Swallow Reef' kepada Pulau Layang Layang (PLL). Dan saya nak jadikan gambar berikut di kulit hadapan buku itu nanti....Ia sungguh memberi kesan kepada saya!

'Aku di sebuah pulau'

Masalahnya ialah gambar tersebut terlalu pudar. Justeru, kalau ada mana-mana pakar photoshop yang sudi membantu 'touch-up' gambar itu, saya sangat2 menghargainya. Emelkan kepada saya.

Dewasa ini, saya sedang menunggu 'nota' daripada seorang pegawai Jurutera yang terlibat dalam operasi  transformasi berkenaan. Bila akan diterima....wallahualam. Percayalah, bukan mudah untuk meyakinkan pegawai berkenaan untuk menceritakan pengalaman beliau. Mujurlah ada Lt Kol Basri  (B) yang sedia melobi si pengkisah sehingga akhirnya dia mengalah, petikan emel '... I am proposing to write about the Sappers' involvement from the day I was asked to do a feasibility study of building something on TLL to the day I left TLL after completing my scope of work on the EEZ. The write up will be in note form grouping various aspects of the whole operation - the technical side, the human side, the tragic  side and the funny side. Yes, there were some funnies! It may take some time as I really have to search my memories since I want it to be as accurate as possible.'

Saya menfokuskan hanya kepada PLL sahaja. Saya tidak berhasrat untuk menyentuh apa yang berlaku sebelum penempatan anggota Paskal seperti yang diceritakan oleh Kept Johari TLDM (B) di sini.

Sesiapa yang sudi menyumbang bahan cerita untuk dikongsi bersama, sila emelkan kepada saya - nibsny@yahoo.com. Hanya TERIMA KASIH yang mampu saya ucapkan.

1 comment:

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Syukur alhamdullilah! Allah smpaikan juga hajat kita...cuma bersabar.Beliau ni boleh di katakan otoriti dlm pembinaan ni..sama2 kita tggu Laporan beliau...after all we have been waiting for a long time!