Pengikut

Ahad, 14 Oktober 2012

Macam Biskut

Sekejap tak ada...Sekejap ada. Macam iklan biskut 'Oreo' saja kecuali perkataan dikalihkan. Eh...Eh...Eh!!   Apa yang saya membebelkan ini ada kaitan dengan coretan di sini. Pihak berwajib mendakwa bahawa S/Sjn Mazri TIDAK membuat tuntutan berkenaan. Justeru,  kes ditutup. Saya bukan mudah mengalah begitu sahaja. Sebagai usaha terakhir, saya pun hantaq emel kepada Pak Menteri agar 'tengok-tengok' le rentetan orang kecik-kecik ni. Tut...Tut...Saya terima emel berikut....
From: maz17md ;
To: nor ibrahim sulaiman ;
Subject: Re: TUNTUTAN TERBENGKALAI
Sent: Wed, Oct 10, 2012 1:19:10 AM 


Assalamualaikum  Tuan....maklumat terkini yang diterima dari Peg Gaji (Kapt Hafiz) dan anggota Gaji unit terakhir saya (kpl Nazira)  menyatakan kedua-dua tuntutan itu telah iaitu klim posting dan elaun gangguan akan dibayar secepat mungkin....saya tidak mahu ceritakan kepada Tuan kenapa dan mengapa setelah perkara ini dibangkitkan dan dipanjangkan kepengetahuan pihak tertinggi ATM maka setiap orang bertungkus lumus bertindak....saya rasa Tuan pun faham...

BERANI KERANA BENAR....saya tidak takut untuk menyuarakan hal ini kerana saya berpegang kepada prinsip tersebut....Walaupun dikatakan saya tidak pernah berurusan dan membuat tuntutan terhadap dua klim ini akhirnya terbukti dengan adanya satu salinan dokumen serah terima diantara Kerani  Gaji unit lama saya dan seseorang di Mindef....

Alhamdulillah...akhirnya dengan bantuan Tuan dapat juga perkara ini diselesaikan....ribuan terima kasih tidak terhingga saya zahirkan kepada Tuan...saya hanya lah insan kecil...TAAT SETIA saya tidak berbelah bagi...walau pun kadang kala ada ribut dan taufan KESETIAAN  saya usah lah diragui....walaupun tidak lagi menyarung pakaian tempur tetapi jika dipanggil tetap saya akan datang walaupun bertongkat...

Jasa Tuan dalam memanjangkan hal ini amat besar ertinya kepada saya...tidak dapat saya balas dengan wang ringit mahu pun harta....insyaallah...satu hari nanti saya berharap benar dapat bertemu dengan Tuan...hanya kepada Allah swt saya pohon semoga Tuan dan keluarga sentiasa diberkati....

Bagi menghargai kepekaan Pak Menteri, saya pun hantaq le emel berikut cc kepada bintang-bintang di bahu...

Assalamualaikum YB Dato', 

Syukur alhamdulillah, dengan keprihatinan Dato', kemungkinan besar 1081036 S/Sjn Mazri bin Ahmad@Marzuki akan menerima tuntutan di atas dalam masa terdekat, insyaAllah. Saya sungguh menghargai tindakan positif Dato' terhadap rentetan xwarga tentera tersebut.  Mungkin saya bermimpi di siang hari mengharapkan penjawat awam, tidak terkecuali anggota ATM, mencontohi kepekaan Dato' terhadap rentetan para xveteran tanpa mengira pangkat dan darjat. 

Akhir kata, TERIMA KASIH.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya tidak menafikan cara saya ini sudah pasti tidak disenangi oleh mereka yang terbabit. Tak apa le...Itu hak mereka. Sesiapa yang nak membuat aduan, saya cadangkan hantaq emel kepada No 1 Bos sesuatu organisasi, seperti Pengarah terbabit cc kepada KP, KSN, KSU. Perkara melibatkan tentera, terus kepada Pang5 Perkhidmatan berkenaan, cc kepada PAT. Tapi mesti ingat, tentukan ada fakta. Jangan sombreno saja. Dan paparkan nama. Alangkan saya yang terpampang nama pada setiap surat/emel pun di'delete'kan, apakan pula penghantar 'Anonymous'! Dengan cara ini, sekurang-kurangnya ramai yang mengetahui masalah yang diajukan. Keberangkalian tindakan diambil itu mungkin kurang daripada 50% , wallahualam.

Saya hairan juga bila memikiokan terdapat segelintir penjawat awam yang berlagak macam mereka akan berkhidmat dengan gomen sepanjang hayat. Mereka lupa ke yang mereka juga akan bersara apabila tiba masanya nanti? Hanya segelintir kecil saja yang 'so indispensable  pada gomen; kontrak disambung, dilantik sebagai duta ke, Presiden ke, CEO ke, Pengurus Besar ke, dan entah apa jua jawatan bila pencen nanti. Lupakah mereka yang kehidupan ini seperti roda yang sentiasa berputar? Ada masanya di atas dan ada masa di bawah. Tidak terfikirkah kemungkinan mereka juga akan melalui apa yang menghantui anggota terbabit?

Jujur saya katakan, saya ingat Pak PAT bolayan emel mejar pencen ni. Engkohnya tidak kerana beliaulah yang telah menimbulkan masalah anggota berkenaan semasa mempengerusikan mesyuarat dengan stafnya setelah membaca emel saya. Untuk itu...Terima Kasih Tan Sri. Saya harap penjawat awam akan mempraktikkan usaha murni Pak KSN yang nak 'mengrakyatkan perkhidmatan awam' (entah apa maknanya). Apalah salahnya melaksanakan tugas dengan penuh amanah demi untuk mendapat keberkatanNya!

S/Sjn Mazri....AMIN. 

KRITIK MEMBINA, PUJIAN MENGKHAYALKAN

8 ulasan:

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

Antara petikan kata2:

"TAAT SETIA saya tidak berbelah bagi...walau pun kadang kala ada ribut dan taufan KESETIAAN saya usah lah diragui....walaupun tidak lagi menyarung pakaian tempur tetapi jika dipanggil tetap saya akan datang walaupun bertongkat..."

BEGITULAH TAAT SETIA SEORANG ANGGOTA LLP PADA JANJI YANG DIPEGANG KETIKA MULA MENJAWAT JAWATANNYA. KEIKHLASANNYA TERPANCAR WALAUPUN BELIAU TELAH BERSARA. Beliau tidak mengharapkan lebih dari yang tidak wajar diterimanya, tetapi cukuplah sekadar yang beliau patut terima. Sifat keikhlasan beliau menzahirkan kata2 ini...

"Jasa Tuan dalam memanjangkan hal ini amat besar ertinya kepada saya...tidak dapat saya balas dengan wang ringit mahu pun harta".

"Lupakah mereka yang kehidupan ini seperti roda yang sentiasa berputar? Ada masanya di atas dan ada masa di bawah "...Yes…setuju sangat dengan kata2 Tuan ini. Memang wujud orang2 yang lupa diri sebegini di organisasi ‘makan gaji’ ni. Kata2 yang ada maksud tersirat dan hanya boleh difahami mereka2 yang tajam fikiran dan sedar akan adanya balasan dan ketentuan Tuhan...Allah swt itu Maha Adil dan doa mereka yang teraniaya tiada hijabnya.


p/s… love these words "WHAT GOES AROUND, COMES AROUND"….and some just love to GO ROUND the mulberry bush, being defensive and giving excuses! LOL …Mudah2an kita tidak tergolong dalam kumpulan manusia yang lupa diri dan asal usul…Berjaya dan cemerlangnya kita pun mungkin adalah dari usaha kita, namun kejayaan kita tidak akan terjadi tanpa sokongan dan bantuan dari orang bawah atau ‘clients’ kita…dan keredhaan keberkatan Illahi jika kita tidak ikhlaskan diri.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

Perkara yg berlaku ini bukan sahaja sering terjadi pd anggota LLP malah pernah juga berlaku kpd pegawai ATM. Sebagai contohnya, sy telah bertukar keluar dr unit lama sy di KK pada bln Dis 07 dan melapor ke unit baru di Langkawi pd bln yg sama. Memandangkan sy telah berkhidmat di unit lama yg berpangkalan di Malaysia Timur hampir 5 tahun maka saya layak untuk membuat claim Elaun Gangguan.Malangnya setelah beberapa bulan claim dibuat keadaan masih sunyi sepi dan setelah beberapa kali dibuat pemeriksaan secara telefon di pihak Ugat barulah sy dimaklumkan bahawa segala borang dan dokumentasi saya telah hilang. "Maaf tuan, borang claim tuan dah hilang jadi kami tak akan proses claim Elaun Gangguan tuan." Sy masih ingat lagi kata2 staf Ugat tu...tapi bila sy buat surat tak puas hati kpd Pengarah Ugat salinan kpd PTL dan PAT secara tiba2 sahaja borang claim sy boleh wujud semula dan urusan pembayaran claim Elaun Gangguan diselesaikan dalam masa 1 minggu selepas surat tak puas hati saya kpd Pengarah Ugat.

Moral of the story, mmg saya tak nafikan kebanyakan staf di Ugat berkhidmat sambil lewa sbb saya pun pernah terkena dgn mereka. Tp kalau mereka ingat mereka boleh terlepas begitu shj maka mereka tersilap besar. Kecuaian dan kesilapan mereka yg tidak mempunyai integriti tu harus dibongkar sewajarnya.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
You effort has made another ex serviceman very happy.
Well done indeed.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tuan, atas usaha tuan dapat la juga sahabat kita tu dapat apa yang sepatutnya. Begitu juga dengan apa yang telah saya alami dimana untuk membuat tuntutan terakhir( tamat perkhidmatan) mengambil masa dan "red tape" oleh pihak Gaji. Oklah mungkin itu kerja mereka dan saya juga tidak nafikan ada sahabat yang sama-sama tamat service tidak membuat tuntutan kerana masalah 'red tape' ini, ditambah dengan komisen yg perlu diberi kepada mereka2 ini... That is our Arm Forces now... No Money No Talk..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara/Saudari,

Terima kasih. Kecewa bila membaca kerenah pihak tertentu di KEMENTAH. Sebentar tadi saya telah emel kepada Pengarah UGAT, cc PAT & AKSPA....

' Assalamualaikum,

Berikut adalah komen-komen yang saya 'copy & paste' terhadap coretan bertajuk 'Macam Biskut'. Saya harap persepsi negatif terhadap segelintir anggota UGAT hanya persepsi sahaja. Namun demikian, anda sedia maklum peribahasa Melayu ada mengatakan 'kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang'.  Diharap selepas ini blog saya tidak lagi menjadi Biro Pengaduan Veteran.

Akhir kata, fikir-fikirkanlah.'

Unknown berkata...

Sir.
Well done,you should be The President of PBPM instead of that cpl.I have been following yr blog and very proud of what you are doing now.Keep it up.May ALLAH BLESSED YOU ALWAYS.Salam.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Askar Tua,

Terima kasih. Awal tahun ini ada seorang ahli PBTM menghubungi saya mencadangkan saya bertanding di kawasan saya. Jujur saya katakan saya tak berminat. Melalui pengalaman, persepsi saya terhadap PBTM tidak memberangsangkan. Saya telah menghubungi YDP sendiri menyatakan tanggapan ini. Kebiasaannya, apabila diberi cadangan, tanpa berfikir panjang, terus diberi jawapan tak boleh atau pun bukan peranan persatuan...semuanya negatif. Sekurang-kurangnya kata le 'akan dibincang semasa mesyuarat jawatankuasa' walaupun sebenarnya bolayan. Jadi, baiklah saya membantu secara bersendirian, wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

PBTM?
sembang pasai projek untuk kroni boleh le.