Pengikut

Selasa, 16 Oktober 2012

Puan Xxxxxxxx...Anda Boleh

Saya terima emel berikut daripada seorang surirumah. Saya percaya beliau telah membaca coretan di sini yang mendorongnya menghubungi saya. Masalah dengan HCV ialah tiada sebarang tanda di peringkat awal. Pesakit tidak tahu yang beliau dijangkiti HCV. Tanpa rawatan awal, ia akan melarat kepada barah hati. Di peringkat awal, ia boleh dikesan melalui pemeriksaan darah. 

Sent: Fri, Oct 12, 2012 12:21:28 PM 
saya tidak pandai dan tidak mempunyai blog..sebab itu saya menghantar email kepada tuan..untuk pengetahuan tuan saya telah disyaki menghidapi HVC pada 27/7/11..saya mendapat panggilan daripada hospital melaka meminta saya hadir ke jabatan pathologi..

doktor memberitahu saya bahawa terdpt antibody HVC dlm darah tetapi weak reactive..

saya sangat takut..saya menangis sy terkilan kerana usia saya terlalu muda hanya 25tahun..belum mempunyai ank..saya kasihankan suami saya..

tetapi doctor menyatakan yang masih belum dapat dipastikan lagi samada saya benar positif atau pun tidah dan mengambil darah saya lagi untuk dihantr ke kuala lumpur

pada 4/10/11 saya telah dipanggil utk kali kedua dan doktor tetap
mngatakan bahawa keputusan masih belum pasti dan mengambil darah saya sekali lagi..nurse yg bertugas mengatakan keputusan darah akn dtg dlm masa3 bulan..tetapi selepas 3bln tidak ada sebarang apoinment yg ditetapkan..sehinggalah hari ini saya mendapat surt meminta saya dtg pada 19/10/12..

saya ingin bertnya mengenai rawatn yg dijalani oelh isteri tuan dan bagaimanakeadaannya sekarang?adakah kessan dr rawatn itu kekal?

saya sangt takut..sy tidak sanggup utk terima ini semua memndgkan doktor yg bertugas mengatakan tiada peluang utk sembuh bagi pesakit HVC

Respons saya hanyalah '....Anda mesti redha atas ujianNya. Dan bersyukur kerana dikesan peringkat awal. Peluang utk sembuh adalah lebih cerah bila dikesan awal dgn syarat patuhi segala arahan dr. Dan juga anda masa muda. InsyaAllah.
Isteri saya sendiri akan menghubungi anda. Terima kasih'.

 Ini emel isteri saya kepada beliau....

'Salam Xxxxxxxx,
Saya tahu perasaan anda. Saya pun menangis apabila saya dapat tahu yang saya positif HCV dan pada masa itu umur saya 55 tahun, lebih dua kali ganda umur anda sekarang. Tetapi tak kira usia, perasaan adalah sama. Saya pun kesiankan suami saya dan emak saya. Saya pun tiada anak.

Sebelum appointment saya dengan doktor, saya dah baca segalanya tentang hep C dari internet. Semuanya sungguh menakutkan tetapi setelah berjumpa dengan gastroenterologist (doktor pakar), dan diterangkan dengan jelas olehnya, persepsi saya berubah. Saya bersemangat untuk menjalani rawatan walaupun diberitahu yang rawatan tidak dapat menjamin saya akan pulih.

Setelah berkali-kali darah saya diambil untuk menentukan genotaip, viral load dan berbagai lagi, barulah doktor dapat menentukan rawatan yang spesifik untuk saya. Saya bernasib baik kerana genotaip saya memerlukan 24 minggu rawatan. Ada genotaip yang memerlukan 48 minggu rawatan.

Sebelum rawatan dimulakan, saya terpaksa menjalani biopsy, satu prosedur ringkas untuk mendapat maklumat tentang tahap kesihatan hati (liver) saya. Sakit sikit saja.

Rawatan adalah suntikan Interferon setiap minggu dan pengambilan ubat ribavarin sebanyak 4 biji sehari untuk saya. Jumlah ubat bergantung pada berat badan. Berat saya kurang dari 50kg, jadi perlu ambil 4 biji sahaja. Kalau lebih berat, maka ubat pun lebih.

Saya agak lemah kerana telah berumur, jadi kesan rawatan agak teruk. Pening, hilang selera makan, rambut gugur tetapi saya tidak pernah ponteng ambil ubat dan suntikan. Setiap minggu pergi hospital untuk ambil darah dan berjumpa doktor.

Pada peringkat awal rawatan, memang agak teruk tetapi apabila badan dah biasa dengan ribavarin dan Interferon, keadaan bertambah baik.

Setelah selesai tempoh rawatan, doktor memberitahu saya "Keadaan anda sekarang seperti orang normal yang lain". Saya sungguh bersyukur. Walau bagaimana pun, saya masih dipantau rapi sehingga sekarang, setelah 5 tahun tamat rawatan.

Nasihat saya pada anda:
1 Ikut segala nasihat doktor
2 Jangan ambil ubat-ubat yang tidak diprescribe oleh doktor
3 Jangan dengar kisah-kisah dongeng dari orang-orang yang cuba memandai jadi doktor
4 Dapat sokongan daripada suami. Suami mesti kesian anda pada masa ni bukan anda kesian dia.
5 Berdoa.

InsyaAllah, anda akan sembuh.'

Saya memahami perasaan beliau. Saya bersyukur dengan kenyataan yang diluahkan setelah membaca' komen saya dan pengalaman isteri saya. Beliau menyatakan '...Motivasi dr mejar buat sayabrase ringan..suami juga bagi sokongam tapi sy rasa lgi baik dpt motivasi drpada org yg pernah mengalami...'   dan '...sy amat bertemia kasih kerana puan sudi membalas email saya..sb saya tidak ada tempat utk mengadu..feedback dr puan buat saya rasa tenang sedikit..' 

Para Pembaca....Pi lah kerap buat pemeriksaan kesihatan. Banyak penyakit yang tidak menunjukkan tanda-tanda di peringkat awal. Sebagai contoh, mana ada tanda seseorang mengidap 'kencing manis' di peringkat awal. Anda kenalah kesiani diri anda sendiri. Fikir-fikirkanlah!

Puan Xxxxxxxx....Sekiranya anda disahkan dijangkiti HCV, nasihat saya patuhilah arahan doktor dan sentiasa berdoa kepada Allah, insyaAllah, anda akan sembuh. Anda boleh!  

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

3 ulasan:

Arunzab berkata...

Saudara Nor,

There is no advise more assuring than one that comes from a fellow sufferer of HCV,because only that person will know what the other person is going through. It is for 
this reason that only those who have overcome their fight of a certain illness are chosen as counsellors to help and advise those who still suffer from that illness. I really do admire your wife for coming forward to share her story in a frank and simplistic manner. Under 
the guise of confidentiality not many people will do it.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Arunzab,

Thank you. It's my believe that we should share our experiences if it could assist in reducing the sufferings of others. I'm glad that my wife shares the same belief.

Tanpa Nama berkata...

Salam, Tuan. Major...

Nama saya Mohd Aznan. Saya berasal dari Sabah. Mungkin saya ada sedikit petua untuk Tuan Major. Boleh Tuan Major hubungi saya (sms or call) di 013 - 222 7019?

Thank you.