Followers

Sunday, December 20, 2009

Afrilaysia

Eh...eh...eh...Masih ada lagi rakyat Malaysia tertipu dengan "Duit Hitam" oleh 'Awang Hitam'...Melayang RM78,000 kerana mengharapkan US$5juta (RM17.5juta)!!(Laporan akhbar The Star pada 12 Disember 2009).  

Saya sebenarnya sungguh kagum dengan warga Afrika ini kerana dengan mudah sekali dapat 'memukau' segelintir rakyat Malaysia untuk 'bersedekah', baik tubuh badan dan juga wang ringgit. Bukan saya tuduh melulu...Baru-baru ini media massa dan elektronik berhari-hari menyiarkan gelagat mereka yang sungguh mesra dengan gadis-gadis Malaysia. Mungkin sekarang ini sudah ramai anak 'Afrilaysia' - Afrika + Malaysia - berkeliaran terutama di bandar-bandar utama. Kesian anak-anak yang tidak tahu tarafnya dan tidak berdosa ini!

Cuba fikir sejenak...secara rasionalnya, sekiranya Awang Hitam ini mempunyai wang sebegitu banyak, mengapa mereka sanggup merantau ke Malaysia? Lebih baik mereka 'enjoy' di negara Barat yang kebanyakannya mengamal kehidupan hedonisme.

Sungguh 'power' mereka ini. ..kerana mereka ada rakyat Malaysia - baik lelaki mahupun perempuan - yang dah sampai ke tahap 'global'. Mereka sanggup menjadi 'keldai' untuk membawa dadah dan akhirnya menghuni bilik yang disediakan oleh negara asing...dengan percuma, termasuk makan/minum, untuk beberapa tahun. Apalah ilmu yang mereka pakai...atau mengapalah rakyat kita ini sungguh mudah diperdaya!

Penyangak Awang Hitam kebas jumlah besar. Satu lagi golongan penyangak hanya kebas jumlah kecil sahaja dan tidak perlu bersemuka dengan bakal mangsa mereka. Saya sendiri ada menerima  sms berikut...

"...TAHNIAH!SimCard Anda t'lah Berjaya menangi Cabutan BERTUAH wang RM.9000 dr "POWER ROOT" SDN BHD sila Hub: Office Ditalian:0142033414/0322887676..."(tanpa edit).

Wow...saya sungguh bertuah. Mana tidaknya! Dari 28 juta telifon bimbit, 'sim card' saya diundi dan tanpa membeli sebarang keluaran Power Root . Inilah orang kata rezeki datang menggolek. Untuk pengetahuan anda, sms ini saya terima dari telifon bimbit #60145607857 pada 28 November 2009, jam 1424. Pada 8 Disember 2009, saya telah menelifon ketiga-tiga nombor tersebut tetapi tiada jawapan.

Bukannya apa...saya ingin mengetahui 'modus operandi' penyangak/penipu ini untuk dijadikan bahan coretan dalam blog saya. Akhbar-akhbar kerap melapor berita begini yang menggunakan nama syarikat-syarikat gergasi. Malah, syarikat-syarikat tersebut berkali-kali  menafikan sebarang penglibatan mereka dalam 'cabutan bertuah' ini. Tetapi...masih ada orang percaya!

Mengapa? Kesimpulan saya mudah sahaja...SIKAP TAMAK MENGABURI SEGALANYA!! Peribahasa Melayu ini sepatutnya menjadi pegangan hidup kita...'orang tamak selalu rugi'.

Bacalah pengalaman En P. Jaya Kumar yang diperdaya oleh sindikit penyuludupan dadah antarabangsa sehingga terkandas di Argentina selama beberapa bulan...


Beliau bernasib baik kerana dapat diselamatkan dan kembali ke Malaysia. Bagaimana mereka yang masih merengkok dalam penjara? Jadikanlah pengalaman ini satu iktibar...!

Saya cuba nak dapatkan lagu "Duit Duit" oleh Dato' Daud Kilau tapi tak dapat. Jadi dengarlah lagu 'mat saleh' ini...Apa kata anda klik di sini.

6 comments:

mangchikla said...

lagu Duit Duit oleh M Nasir adola tuae, muaakakaakakak:


Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara mangchikla,

Saya cuba nak 'embedded' lagu ni tapi tak dapat. Jadi, mainlah lagu Money, Money. Anyway, terima kasih.

Robert Rizal Abdullah said...

Squad,

The latest "skim cepat kaya" is the "makan & untung" Island cafe. This is a single level marketing, not multi level.

After amassing RM26m, the "towkay" cabut.

My advice is never get involved with:

1. Single level direct selling.
2. New and unproven direct selling.
3. Go for established and stable company.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Squad,

Thank you.

Pembaca,

Dengar nasihat Squad saya itu.

noir said...

sering saya berdebat dengan bapa tentang fenomena ini yang seolah2 hanya unik kepada kaum melayu, tak kira dimana mereka berada.

saya fikir, mungkin kekurangan ilmu berserta kemahuan mengecap kesenangan antara faktor.

'greed + clueless + insincere' is the main reason, my dad always insisted. i guess you're right. sikap tamak mengaburi segalanya!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Noir,

Sungguh hairan, baru 19 tahun seorang gadis Melayu dah kena tahan dalam penjara di Africa Selatan. Tak terfikirkah mereka bahawa majoriti rakyat sesebuah negara tidak akan merantau sekiranya tiada kesempitan hidup di negara asal.