Pengikut

Rabu, 30 Disember 2009

Masih Hangat Diperkatakan

Kemarahan saya masih belum reda...Malah sehingga kini, dah masuk minggu kedua, media massa masih turut melapor skandal 'kecurian enjin' walaupun bukan lagi di muka hadapan.

TUDM...Jangan salahkan sesiapa apabila organisasi Mu dijadikan bahan ketawa...SUNGGUH PEDIH SEHINGGA MENYUSUK KALBU...!




Mingguan Malaysia 27 Disember 2009

Pengkhianat...Terfikirkah anda implikasi perbuatan anda ini? Sedikit-sebanyak perbuatan anda telah menggugat keselamatan negara. Andaikan anda masih mempunyai kapasiti untuk berimaginasi dan sekelumit perasaan patriotisme...Cuba bayangkan satu senario yang ekstrim ini...'Uncle Sam' mengistiharkan Malaysia termasuk di dalam 'Buku Hitam' mereka. Ini bermakna satu hari nanti semua pesawat buatan Amerika Syarikat dalam inventori TUDM  seperti C130 Hercules, F18 Hornet, Nuri, Cessna, akan tersadai ....GROUNDED!! Manakan tidak...tiada pembekal berani menjual alat ganti sepertimana yang dialami negara-negara tertentu. Apa akan terjadi sekiranya ada pihak tertentu mengekploitasi kelemahan pertahanan negara?

Mujurlah pesawat-pesawat pejuang kita diperolehi dari pelbagai negara...tidaklah lumpuh sepenuhnya pertahanan negara! Kedaulatan negara terancam semata-mata RM mengaburi pemikiran anda. Tidakkah anda merasa bersalah? 

Lihat sahaja tajuk laporan Utusan Malaysia pada 27 Disember 2007.....

Kerajaan terpaksa menjelaskan kepada AS bagaimana kejadian ini boleh berlaku...sungguh memalukan! Hanya kerana perbuatan segelintir kecil rakyat yang tidak bersyukur diatas limpah rahmat Maha Berkuasa!

Sekali lagi sahabat saya menghantar gurindam untuk saya 'ciplak' (beliau seorang pencinta seni)...

Hidup di dunia kaya raya
Bila mati seorang saja
Harta tinggal berjuta-juta
Yang hidup enjoy gila
Al Fatihah pun tak merasa

TAPI APA NAK DIKATAKAN, YOP OI...NASI DAH JADI BUBUR!!

4 ulasan:

Akmal Bashir berkata...

Assalamualaikum, Mejar.

Memang setiap hari berita ini keluar dan kita tak boleh salahkan media kerana mereka hanya melaporkan apa yang perlu diketahui oleh umum. Tapi apa yang saya tidak setuju adalah, ilustrasi-ilustrasi yang mengejek TUDM. Walaupun saya bukan warga TUDM tapi hati saya terbakar dan sakit bila tengok kartun-kartun ini. Bagi orang lain mungkin lawak tapi bagi saya tidak. Ini bukan lawak tapi perkara serius. Malah tidak keterlaluan jika saya menganggap kartun-kartun ini sebagai penghinaan kepada TUDM kebanggaan kita. Pilu hati saya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kapten,

Saya lagi sedih dan marah. Sedih kerana saya adalah mantan warga TUDM dan berasa megah berkhidmat dengannya. Marah kerana ada segelintir rakyat sanggup menggadai kedaulatan negara semata-mata kerana RM. Pada saya, mereka adalah PENGKHIANAT NEGARA!

Tanpa Nama berkata...

malu malu malu..........

Mej Din berkata...

Malaysia ... bak kata Pakcik Astro, MACAM-MACAM ADA, mayat diletupkan dengan bom C4, stadium baru setahun jagong runtuh, mungkin Malaysia kempunan nak masuk Guiness Book of Recordskut .............