Followers

Monday, December 28, 2009

Di Renjis...Renjis...



 Disember...Cuti sekolah = 'Musim Walimatul Urus...". Bulan yang menguntungkan bagi mereka yang terlibat dalam industri 'Perkhawinan'. Ya...pengendalian and pengurusan perkahwinan sudah boleh dianggap satu bidang perniagaan yang lumayan. Masakan tidak, bayangkan dari kad jemputan, makanan, sewa dewan/khemah/hotel, pakaian, video, penyedian pelamin, pakaian pengantin, dll. Sekiranya tidak mahu pening kepala dan kewangan bukan satu halangan, gunakan saja khidmat Jururunding Perkahwinan. Berbagai pakej disediakan...Semuanya bisa diatur...pokoknya ongkos ada!

Sekiranya majlis perkahwinan diadakan di kampung, sudah pasti kosnya berkurangan. Pada 26 Disember 2009 saya berkesempatan menghadiri majlis Sarah & Dziauddin di kawasan kampung berhampiran dengan rumah saya.

Ibu pengantin perempuan, Cikgu Azizah, adalah rakan setugas sebelum persaraan isteri saya. Oh ya...'gotong royong' masih lagi dipraktikkan. Nasi dan lauk-pauk dimasak di rumah dengan bantuan jiran tetangga. Satu pemandangan yang jarang dilihat di kawasan bandar. Kari daging lembu boleh tahan sedapnya ...!

Bagaimana pula majlis yang diadakan di kawasan perumahan 'Taman'? Ha...di sini jalan raya jadi 'No Entry' kerana khemah didirikan menutupi jalan dengan meja-meja di atasnya. Satu hari penghuni Taman kenalah buat 'lencongan'. Syukur Alhamdulillah...saya tidak pula mendengar sebarang rungutan penduduk di kawasan tersebut...Apalah salahnya untuk bertolak ansur!

Ada juga yang menggunakan kemudahan dewan dan hotel. Ini sudah pasti melibatkan kos yang boleh tahan jugalah. Saya berpeluang menghadiri perkahwinan Ahmad Fathi & Nurul Aini pada 27 Disember 2009 di dewan Kelab. Semasa En Ghazali, bapa pengantin lelaki menjemput saya, sungguh terserentak saya dibuatnya apabila beliau memberitahu putera beliau akan melangsung perkahwinan. Manakan tidak, rasanya baru sahaja puteranya lulus SPM. 

Perkahwinan Ahmad Fathi & Nurul Aini

Saya masih ingat...Ahmad yang saya kenali semenjak beliau di Tingkatan 3 lagi. Beliau ketika itu belajar di sekolah asrama penuh di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Selepas PMR, bapanya mendaftarkannya di MRSM, Beseri, Perlis sehingga SPM. Yang buat saya ingatkan beliau ialah beliau menjadi 'bilal' di surau kami semasa bercuti. Dengan suara nyaringnya...beliau azan untuk solat magrib dan isyak. Dengan keputusan SPM yang memberangsangkan, beliau mengambil 'A' Level sebelum meneruskan pengajian dalam bidang 'Mechanical Engineering (Majoring Aeronautic)' di Nottingham University, UK, dibawah tajaan MARA. Satu hari saya terserempak dengan beliau di surau dan apabila di tanya, beliau memberitahu yang beliau sudah tamat 4 tahun pengajian di University 'Robin Hood'. Sekarang nak kahwin pula...Oh, Sungguh cepat peredaran masa !

 Terserentak dari lamunan...ingatkan diri ini masih muda lagi, engkuhnya sudah.........(anda fikirlah perkataan yang sesuai). Patutlah permainan golf saya tidak lagi sama 'standard' dengan Tiger Woods...He...he...he... Tolong jangan pandang serong...perangai saya sama sekali tidak macam beliau. Sekarang standard golf saya hanya boleh dibandingkan dengan Jack Nicklaus, Gary Player atau Arnold Palmer sahaja...he...he...he.

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan putera Osman Khairi (sepupu), Mohd Hanif Izwan &  Shahiza, di Tapah pada 26 Dis '09 dan putera Lt Kol Tajudin TUDM (B), iaitu Mohd Effendy & Norsaidatul, di Banting pada 27 Dis '09. Walaubagaimana pun, kepada kesemua mempelai saya ucapkan...

"SELAMAT PENGANTIN BARU SERTA DIPANJANGKAN JODOH SEHINGGA KE AKHIR HAYAT". Sila klik di sini.

No comments: