Followers

Wednesday, December 30, 2009

Masih Hangat Diperkatakan

Kemarahan saya masih belum reda...Malah sehingga kini, dah masuk minggu kedua, media massa masih turut melapor skandal 'kecurian enjin' walaupun bukan lagi di muka hadapan.

TUDM...Jangan salahkan sesiapa apabila organisasi Mu dijadikan bahan ketawa...SUNGGUH PEDIH SEHINGGA MENYUSUK KALBU...!




Mingguan Malaysia 27 Disember 2009

Pengkhianat...Terfikirkah anda implikasi perbuatan anda ini? Sedikit-sebanyak perbuatan anda telah menggugat keselamatan negara. Andaikan anda masih mempunyai kapasiti untuk berimaginasi dan sekelumit perasaan patriotisme...Cuba bayangkan satu senario yang ekstrim ini...'Uncle Sam' mengistiharkan Malaysia termasuk di dalam 'Buku Hitam' mereka. Ini bermakna satu hari nanti semua pesawat buatan Amerika Syarikat dalam inventori TUDM  seperti C130 Hercules, F18 Hornet, Nuri, Cessna, akan tersadai ....GROUNDED!! Manakan tidak...tiada pembekal berani menjual alat ganti sepertimana yang dialami negara-negara tertentu. Apa akan terjadi sekiranya ada pihak tertentu mengekploitasi kelemahan pertahanan negara?

Mujurlah pesawat-pesawat pejuang kita diperolehi dari pelbagai negara...tidaklah lumpuh sepenuhnya pertahanan negara! Kedaulatan negara terancam semata-mata RM mengaburi pemikiran anda. Tidakkah anda merasa bersalah? 

Lihat sahaja tajuk laporan Utusan Malaysia pada 27 Disember 2007.....

Kerajaan terpaksa menjelaskan kepada AS bagaimana kejadian ini boleh berlaku...sungguh memalukan! Hanya kerana perbuatan segelintir kecil rakyat yang tidak bersyukur diatas limpah rahmat Maha Berkuasa!

Sekali lagi sahabat saya menghantar gurindam untuk saya 'ciplak' (beliau seorang pencinta seni)...

Hidup di dunia kaya raya
Bila mati seorang saja
Harta tinggal berjuta-juta
Yang hidup enjoy gila
Al Fatihah pun tak merasa

TAPI APA NAK DIKATAKAN, YOP OI...NASI DAH JADI BUBUR!!

Monday, December 28, 2009

Di Renjis...Renjis...



 Disember...Cuti sekolah = 'Musim Walimatul Urus...". Bulan yang menguntungkan bagi mereka yang terlibat dalam industri 'Perkhawinan'. Ya...pengendalian and pengurusan perkahwinan sudah boleh dianggap satu bidang perniagaan yang lumayan. Masakan tidak, bayangkan dari kad jemputan, makanan, sewa dewan/khemah/hotel, pakaian, video, penyedian pelamin, pakaian pengantin, dll. Sekiranya tidak mahu pening kepala dan kewangan bukan satu halangan, gunakan saja khidmat Jururunding Perkahwinan. Berbagai pakej disediakan...Semuanya bisa diatur...pokoknya ongkos ada!

Sekiranya majlis perkahwinan diadakan di kampung, sudah pasti kosnya berkurangan. Pada 26 Disember 2009 saya berkesempatan menghadiri majlis Sarah & Dziauddin di kawasan kampung berhampiran dengan rumah saya.

Ibu pengantin perempuan, Cikgu Azizah, adalah rakan setugas sebelum persaraan isteri saya. Oh ya...'gotong royong' masih lagi dipraktikkan. Nasi dan lauk-pauk dimasak di rumah dengan bantuan jiran tetangga. Satu pemandangan yang jarang dilihat di kawasan bandar. Kari daging lembu boleh tahan sedapnya ...!

Bagaimana pula majlis yang diadakan di kawasan perumahan 'Taman'? Ha...di sini jalan raya jadi 'No Entry' kerana khemah didirikan menutupi jalan dengan meja-meja di atasnya. Satu hari penghuni Taman kenalah buat 'lencongan'. Syukur Alhamdulillah...saya tidak pula mendengar sebarang rungutan penduduk di kawasan tersebut...Apalah salahnya untuk bertolak ansur!

Ada juga yang menggunakan kemudahan dewan dan hotel. Ini sudah pasti melibatkan kos yang boleh tahan jugalah. Saya berpeluang menghadiri perkahwinan Ahmad Fathi & Nurul Aini pada 27 Disember 2009 di dewan Kelab. Semasa En Ghazali, bapa pengantin lelaki menjemput saya, sungguh terserentak saya dibuatnya apabila beliau memberitahu putera beliau akan melangsung perkahwinan. Manakan tidak, rasanya baru sahaja puteranya lulus SPM. 

Perkahwinan Ahmad Fathi & Nurul Aini

Saya masih ingat...Ahmad yang saya kenali semenjak beliau di Tingkatan 3 lagi. Beliau ketika itu belajar di sekolah asrama penuh di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Selepas PMR, bapanya mendaftarkannya di MRSM, Beseri, Perlis sehingga SPM. Yang buat saya ingatkan beliau ialah beliau menjadi 'bilal' di surau kami semasa bercuti. Dengan suara nyaringnya...beliau azan untuk solat magrib dan isyak. Dengan keputusan SPM yang memberangsangkan, beliau mengambil 'A' Level sebelum meneruskan pengajian dalam bidang 'Mechanical Engineering (Majoring Aeronautic)' di Nottingham University, UK, dibawah tajaan MARA. Satu hari saya terserempak dengan beliau di surau dan apabila di tanya, beliau memberitahu yang beliau sudah tamat 4 tahun pengajian di University 'Robin Hood'. Sekarang nak kahwin pula...Oh, Sungguh cepat peredaran masa !

 Terserentak dari lamunan...ingatkan diri ini masih muda lagi, engkuhnya sudah.........(anda fikirlah perkataan yang sesuai). Patutlah permainan golf saya tidak lagi sama 'standard' dengan Tiger Woods...He...he...he... Tolong jangan pandang serong...perangai saya sama sekali tidak macam beliau. Sekarang standard golf saya hanya boleh dibandingkan dengan Jack Nicklaus, Gary Player atau Arnold Palmer sahaja...he...he...he.

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan putera Osman Khairi (sepupu), Mohd Hanif Izwan &  Shahiza, di Tapah pada 26 Dis '09 dan putera Lt Kol Tajudin TUDM (B), iaitu Mohd Effendy & Norsaidatul, di Banting pada 27 Dis '09. Walaubagaimana pun, kepada kesemua mempelai saya ucapkan...

"SELAMAT PENGANTIN BARU SERTA DIPANJANGKAN JODOH SEHINGGA KE AKHIR HAYAT". Sila klik di sini.

Saturday, December 26, 2009

...Pagar Makan Padi?

Oh TUDM...Apalah malangnya nasibmu. Begitu teruk tercalarnya reputasimu. Dimomokkan...diketawakan...dipersendakan...dicerca! Siapalah yang punya angkara!

Hanya kerana nila setitik...rosak susu sebelanga!!


Utusan Malaysia pada 24 Disember 2009

Kepada sesiapa yang terlibat...anda semua adalah PENGKHIANAT ...orang yang tidak setia kepada negara (Kamus Dewan edisi ke4). Sejahat-jahat perompak pun mereka tidak mengkhianati negara. Adakah anda hidup di dunia ini hanya berpaksikan semata-mata kerana RM sahaja? Jika itulah jawapannya...sungguh murah nilai dirimu...boleh dibeli seperti membeli sesuatu barang di kedai! Di manakah maruah anda?

Saya berharap dengan kenyataan Peguam Negara, mereka yang terbabit akan didakwa untuk dibicara di mahkamah. Sekiranya terbukti bersalah, sepatutnya menerima hukuman sewajarnya.

Saya 'ciplak' gurindam kawan saya...he...he...he...
Kaya tapi resah gelisah
Buat duit tak payah susah
Duit Kerajaan kau belasah
Orang berkerja kau tak payah
Apa jadi kau tak kisah
Di dunia hidup mewah
Di akhirat selamanya pasrah

Sudah pasti saya sedih dan marah kerana saya adalah seorang mantan warga TUDM dan pernah menabur bakti selama 20 tahun.

Oh ya...Saya sungguh hairan kenapa TUDM beriya-iya membuat pengumuman yang seorang Brig Jen tidak terlibat dalam skandal ini. Sebaliknya...


Utusan Malaysia pada 25 Disember 2009

Ini sudah pasti mengundang rakyat untuk membuat pelbagai andaian...apa yang tersirat sebenarnya?  Ada apa-apa ke?  Apa yang perlu dinafikan...! Sehingga kini, tiada seorang pun yang telah di pertuduhkan. Ingatlah prinsip undang-undang kita "...tidak bersalah sebelum didapati bersalah oleh mahkamah/you're innocent until proven guilty".

Selain persepsi tersebut, turut timbul jugalah persoalan-persoalan sebegini"...Dah jadi Jeneral pun masih tak cekap? Kalau begitu...bagaimana beliau boleh dinaikkan pangkat? Ini bererti pegawai yang menaikkan pangkatnyalah  yang tidak cekap...!" Jangan salahkan rakyat membuat spekulasi  kerana ini yang dilaporkan oleh media massa/elektronik. Jangan lupa...Kami pun boleh berfikir juga!

Hai TUDM...Mulut tempayan boleh ditutup...mulut manusia? Tambah pula mereka yang menganggap diri mereka teraniaya.

Wahai orang-orang beriman...Ingatlah...Setiap saat kita menghampiri destinasi terakhir kita!!





Thursday, December 24, 2009

The Birth Of Trolley "X"


Once upon a time...at No 5 Squadron, RMAF Base, Labuan...

Nuri pilots...I'm sure you've experienced difficulties in starting the ever faithful Nuri using the batteries. During my flying days, it was a real problem and it could cause an embarassment to the RMAF, especially during VVIP communication flights.

Readers...remember my article entitled "MacGyver Of The Air Force"? The pilot was unable to start the Nuri at Tenom grass strip. The captain attempted to start the engine a few times until there was no more fuel in the fuel line. The root cause for this 'snag' was due to weak batteries.

Readers...There is no problem to start one engine at RMAF bases or at airports since the Auxiliary Power Units (APU), eg, Houchin, are available most of the time. At airports, I often used the services of MAS's APU, where possible, and they had never rejected my request.

Of course without the APU, the engine is started using 2 x 28VDC Nickel Cadmium batteries. One is located in the 'nose' compartment (picture on the left) and the other in the battery compartment (picture on the right).

  Just like your cars, the batteries will be recharged during flight. However, if there are too many short 'hops', then the batteries have no time to recharge. This type of flight was very peculiar to VVIP/VIP communication flights.

Let me tell you something about 'engine start' limitations...

...When you press the starter button on the SSL (Speed Selector Lever), either you or your co-pilot presses the 'T5' button on the 'cyclic stick' to control the T5 (Turbine Inlet Temperature) so that it does not exceed 745*C. If it exceeds...abort. Wait for 3 minutes before the 2nd attempt. Maximum...3 attempts. If the T5 exceeds 940*C the engine experiences 'over temp'. If this happens, then the engine requires a check to ensure no damage to its parts, eg, turbine blades.

During my daily 'pow-wow' with all my aircrew, engineering officer and his SNCOs, we discussed this matter. Well, the Crewman Leader, WO1 Arumugam, suggested that what we should do was to have an 'improvised auxiliary power' using additional batteries. What needed to be done was to have 2 x Nickel Cadmium batteries set in parallel and connected by a cable which was then plugged to the aircraft using a NATO plug. Peanuts...isn't it?

WO1 Arumugam voluteered to undertake this project. Within a week, he demonstrated his innovation. 2 batteries were placed in a box complete with a cable and a NATO plug. The demonstration was a success. Of course, the electricians were in the team too. For no apparent reason...we called it "Trolley X". Mind you, this trolley was heavy...each battery weighed 50 lbs. Total weight was about 110 lbs. Sometimes we had to use the hoist to winch it in or out of the Nuri.

Well...it was worth the effort since I never heard my pilots complain of 'engine over temp' after this 'power booster' became part of the aircraft equipment.

Now...of course you don't have this problem anymore. Your Nuri is equipped with 'Power Pact Trolley X'...Lucky you!!


Power Pack Trolley "X"


Sitting: Left to Right: WO1 Arumugam, Capt (U) Mohd Sulong, Capt (U) Aziz Laji, Maj (U) Nor Ibrahim, Capt (U) Hassim, Capt (U) Hashim Darus, Flt Sgt Patrick Lee
Standing: Left to Right: Sgt Hood, Sgt Jaafar, Lt (U) Ali Ghani, 2Lt (U) Mohd Merejok (arwah), 2Lt (U) Sharbe, Lt (U) Lau, Lt (U) Muru, Lt (U) JH Loh, Lt (U) Ibrahim Hashim, Lt (U) Sabri Adam, Flt Sgt Azizan, Sgt Yeap (Taken in early 1982)

I'm very proud to say that No 5 Sqn was then the only Nuri squadron using this 'prototype' Trolley X before the Power Packs are introduced as part of Nuri standard equipment. It makes me wonder why the Power Pack is also called 'Trolley X'? Is it an established name for the Power Pack? In all honesty, I never knew of its existence then. Or... Is it in recognition of my Sqn's remarkable 'innovation'? If so...I'm greatly honoured! Or, is it purely coincidental? As far as I can remember, my squadron was the only one using this 'home-made' technology; the other Nuri squadrons, ie, No 3, No 7 and No 10, did not have this in their inventory.

I would really appreciate if anyone could enlighten me on this matter.

Encik Aru...wherever you may be...Thank you.








                                              

Tuesday, December 22, 2009

Abracadabra...



Frankly...I'm lost for words when I read NST's front page headlines on 19 December 2009...I don't know whether to laugh or feel sad over such an embarrassing news!!

...to make the matter more agonizing, the Chief of the Armed Forces, an ex- Air Force Chief, Gen Tan Sri Azizan Arffin said......(see newspaper cutting).

Eh...eh...eh..engine vanishes into thin air...is this an illusion by David Copperfield? ...He...he...he!!


How could this F5E Tiger 11 and RF-5E Tigereye General Electric J85-21A engine (see picture of similar engine) get  stolen? Mind you, normally the engine is stored and transported in an airtight, big, bulky and heavy metal container.

Through my observations, RMAF always steal the limelight  during
the  4th quater of the year, especially in December almost  every year. Normally it involves tragic aircraft accidents. Syukur Allahamdulillah, up to the publishing of this posting, there is no such incident. However, it comes in a different form...a totally unwanted publicity!!

Of course I feel sad because I spent 20 years of my best productive years in the Air Force...and very proud of it. I'm where I'm now because of the organisation, and for that...generally, I'm very gratefull. This negative publicity will surely tarnish it's image. During my time this type of news was unheard of. In fact, RMAF those days  projected an image of air power to be reckoned with. Its roles, especially the Nuri helicopters, contributed to the success of the country's fight against communist terrorists. Something I will cherish forever.

Readers... you may wonder who would want to buy this engine. Let me tell you something about procuring US-made military hardwares, in this case military aircraft. A nation may have 'unlimited' funds to buy US aircraft. However, if that country is in Uncle Sam's black book, then forget about...this in one occassion where money cannot buy everything. If a country has US-made aircraft in the inventory but no longer 'buddy-buddy'...the aircraft will be grounded because no suppliers and authorised overhaulers worldwide will be allowed to sell or overhaul the aircraft's components. For US companies, they will be prosecuted if they do so. For others...they will be blacklisted. If a country wants to sell her US-made aircraft, she must get the approval seal of Uncle Sam, otherwise she will be blacklisted. And, no pilot wants to commit sucide flying an aircraft with engines/components long overdue for replacement or overhaul. But, of course, there are unscrupulous people willing to sell anything through 'black market' for a huge profit.

Perpetrators...How can you betray the nation by selling parts of her defence assets? Don't you love this country of yours? Does MONEY  mean EVERYTHING to you?  Very sad indeed...!

I'm glad to know that the investigation papers have been submitted to the Public Prosecutors. Let's wait and see what happens next. For more interesting reading on this topic, please read  "RMAF JET ENGINE GONE MISSING!"  here and "Missing Fighter Engines - A Fishy Explaination" here.





Sunday, December 20, 2009

Afrilaysia

Eh...eh...eh...Masih ada lagi rakyat Malaysia tertipu dengan "Duit Hitam" oleh 'Awang Hitam'...Melayang RM78,000 kerana mengharapkan US$5juta (RM17.5juta)!!(Laporan akhbar The Star pada 12 Disember 2009).  

Saya sebenarnya sungguh kagum dengan warga Afrika ini kerana dengan mudah sekali dapat 'memukau' segelintir rakyat Malaysia untuk 'bersedekah', baik tubuh badan dan juga wang ringgit. Bukan saya tuduh melulu...Baru-baru ini media massa dan elektronik berhari-hari menyiarkan gelagat mereka yang sungguh mesra dengan gadis-gadis Malaysia. Mungkin sekarang ini sudah ramai anak 'Afrilaysia' - Afrika + Malaysia - berkeliaran terutama di bandar-bandar utama. Kesian anak-anak yang tidak tahu tarafnya dan tidak berdosa ini!

Cuba fikir sejenak...secara rasionalnya, sekiranya Awang Hitam ini mempunyai wang sebegitu banyak, mengapa mereka sanggup merantau ke Malaysia? Lebih baik mereka 'enjoy' di negara Barat yang kebanyakannya mengamal kehidupan hedonisme.

Sungguh 'power' mereka ini. ..kerana mereka ada rakyat Malaysia - baik lelaki mahupun perempuan - yang dah sampai ke tahap 'global'. Mereka sanggup menjadi 'keldai' untuk membawa dadah dan akhirnya menghuni bilik yang disediakan oleh negara asing...dengan percuma, termasuk makan/minum, untuk beberapa tahun. Apalah ilmu yang mereka pakai...atau mengapalah rakyat kita ini sungguh mudah diperdaya!

Penyangak Awang Hitam kebas jumlah besar. Satu lagi golongan penyangak hanya kebas jumlah kecil sahaja dan tidak perlu bersemuka dengan bakal mangsa mereka. Saya sendiri ada menerima  sms berikut...

"...TAHNIAH!SimCard Anda t'lah Berjaya menangi Cabutan BERTUAH wang RM.9000 dr "POWER ROOT" SDN BHD sila Hub: Office Ditalian:0142033414/0322887676..."(tanpa edit).

Wow...saya sungguh bertuah. Mana tidaknya! Dari 28 juta telifon bimbit, 'sim card' saya diundi dan tanpa membeli sebarang keluaran Power Root . Inilah orang kata rezeki datang menggolek. Untuk pengetahuan anda, sms ini saya terima dari telifon bimbit #60145607857 pada 28 November 2009, jam 1424. Pada 8 Disember 2009, saya telah menelifon ketiga-tiga nombor tersebut tetapi tiada jawapan.

Bukannya apa...saya ingin mengetahui 'modus operandi' penyangak/penipu ini untuk dijadikan bahan coretan dalam blog saya. Akhbar-akhbar kerap melapor berita begini yang menggunakan nama syarikat-syarikat gergasi. Malah, syarikat-syarikat tersebut berkali-kali  menafikan sebarang penglibatan mereka dalam 'cabutan bertuah' ini. Tetapi...masih ada orang percaya!

Mengapa? Kesimpulan saya mudah sahaja...SIKAP TAMAK MENGABURI SEGALANYA!! Peribahasa Melayu ini sepatutnya menjadi pegangan hidup kita...'orang tamak selalu rugi'.

Bacalah pengalaman En P. Jaya Kumar yang diperdaya oleh sindikit penyuludupan dadah antarabangsa sehingga terkandas di Argentina selama beberapa bulan...


Beliau bernasib baik kerana dapat diselamatkan dan kembali ke Malaysia. Bagaimana mereka yang masih merengkok dalam penjara? Jadikanlah pengalaman ini satu iktibar...!

Saya cuba nak dapatkan lagu "Duit Duit" oleh Dato' Daud Kilau tapi tak dapat. Jadi dengarlah lagu 'mat saleh' ini...Apa kata anda klik di sini.

Friday, December 18, 2009

Salasilah Keluarga

Saya sungguh takjub apabila membaca satu-satu keluarga membuat perjumpaan atau menubuh persatuan untuk mengumpul kaum keluarga. Seperti yang tersiar dalam Utusan Malaysia baru-baru ini, Persatuan Keturunan Pahlawan Mat Kilau memohon agar Kerajaan menjadikan kampung pahlawan tersebut sebagai salah satu 'warisan' negara.

Apabila direnung sejenak, tok-nenek saya pun apa kurangnya. Hai, bukanlah nak 'eksen' pula...tok-nenek saya boleh tahan juga! Janganlah kata anda tidak pernah dengar nama "Dato' Maharaja Lela"...Di Kuala Lumpur nama tersebut diabadi sebagai 'Jalan Maharajalela'. Kalau tak silap saya, berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Stadium Merdeka. Untuk mereka yang 'samar-samar' pengetahuan sejarah, beliau telah disabitkan oleh penjajah Inggeris  berkomplot  membunuh 'Resident' British, J.W.W Birch di Pasir Salak, Perak pada 2 November 1875.  Setelah dibicara, beliau didapati  bersalah dan dihukum gantung hingga mati pada 20 Januari 1877.

Saya pun menghubungi adik di Taiping bertanyakan salasilah keluarga yang diusahakan oleh salah seorang dari 7 adik-beradik saya, arwah Mohamad Hanafiah. Dalam keluarga Sulaiman Bin Khairuddin (meninggal pada 3 November 1988), hanya arwah sahaja yang berminat mengkaji sejarah keluarga.

Maaflah...ilmu IT saya masih lagi di tahap 'tak-tih'. Nak buat carta pun tak tahu. Kawan cakap mudah saja..guna 'excel', 'power point', dll. Mudah bagi mereka...susah bagi saya. Bukankah 'mudah' dan 'susah' itu relatif? Jadi terpaksalah 'modify' sikit...janji mesej sampai. Dengan 'inovasi' ini...diperturunkanlah 'salasilah' penulis blog ini...he...he.. he.

MAHARAJA LELA PANDAK LAM BIN MAULUD
[Maharaja Lela Pancung Tak Bertanya]
(LONG LIJAH)
|
UTIH RAKSIAH
(WAN MUHAMMAD AKIB BIN WAN ABBAS)
|
 WAN YEOP HANAFIAH, WAN ISMAIL, WAN ABDUL SHUKOR, 
 WAN ROGAYAH 
(KHAIRUDDIN BIN SULAIMAN)
|
ZUBAIRI, MOHD AZRAII,  AHMAD RAFAEI,  HALIMATUN SAADIAH,
           HARIAH, SULAIMAN, UMI KHALTOM 
(RAHAMAH BT MAT WAHI)

|
Belakang: Ahmad Kamaruddin (5), Rabaiah@ Arbaayah (1), Rahamah (Ibu),  Thalasiah (4), Nor Ibrahim (3). Depan: Mariatul Haniza (8), Wahinuddin (7) (Gambar pada 28 Disember 2008)




Arwah bapa - Sulaiman Bin Khairuddin
(Kembali ke Rahmatullah pada 3 November 1988)







Arwah adik - Ahmad Hanafiah @ Ami Bin Sulaiman
(Kembali ke Rahmatullah pada 8 Januari 2007)



Nota:
  1. Abang saya, Ahmad Sukhai (2), meninggal dunia semasa berumur 5 bulan.
  2. Susunan tidak mengikut 'seniority'.
  3. Suami-isteri
  4. Anak-anak
Ha...sekurang-kurangnya sekarang anda sudah tahu bagaimana saya mewarisi semangat 'patriotisme' yang tidak boleh dipersoalkan. Maklumlah...darah keturunan pahlawan mengalir dalam diri tubuh ini, katakan. Tak percaya? Boleh hantar sampel darah saya kepada Lt Caine dari CSI: Miami untuk membuat DNA...he...he...he.

Keluarga Khairuddin Bin Sulaiman ada membuat 2 perjumpaan di Kuala Kangsar pada 2006 dan 2008. Sambutan memang menggalakkan. Diharap selepas ini ada pihak sudi mengadakan perjumpaan untuk keturunan Maharaja Lela pula, InsyaAllah.

Sekiranya terdapat salah fakta, sila beri komen untuk diperbetulkan. Terima kasih.

Sila klik di sini untuk butir-butir selanjutnya.

Wednesday, December 16, 2009

Labur...Jangan Tak Labur

Syukur Alhamdulillah...berita yang ditunggu-tunggu sudah pun diumumkan pada tengah hari 14 Disember 2009. PNB mengistiharkan...


dividen ASB 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit. Untuk memudahkan perkiraan...purata 8.00 sen seunit! Pada saya, ini merupakan satu pulangan yang tidak dijangkakan memandangkan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan ketika ini. Sekarang apa yang saya perlu lakukan ialah untuk mengemaskini buku akaun pada 4 Januari 2010 nanti, InsyaAllah.

Bayangkan...sekiranya pelaburan anda pada 2 Januari 2009 sehigga 31 Disember 2009,  jumlah dalam buku nanti menunjukkan...
  • RM200,000  ~ RM216,000...(+RM16,000) = RM1,333 sebulan.
  • RM500,000  ~ RM540,000...(+RM40,000 )= RM3,333 sebulan.
  • RM1,000,000 ~RM1,080,000...(+RM80,000) = RM6,666 sebulan.
Yang 'best'nya pula...tanpa kena cukai pendapatan...tax-free money...Wow! Tapi...jangan lupa bayar zakat untuk mendapat keberkatan Allah.

Mungkin ada diantara anda mengatakan mana boleh sampai RM1juta dan lebih. Percayalah...BOLEH!! Sekiranya nak tahu bagaimana, sila baca semula coretan saya berlabelkan 'Financial Management'. Secara jujur, saya sendiri belum sampai jumlah itu  tetapi sekiranya tiada aral melintang, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan panjang umur...mungkin satu hari nanti...InsyaAllah. Namun itu bukan lagi objektif utama saya. Syukur kepada Allah kerana sehingga kini saya hidup tanpa sebarang hutang...Alhamdulillah! Hutang rumah dan kereta telah dilangsai dengan hasil simpanan ASB.

Anda juga boleh menikmati kehidupan lebih selesa apabila bersara nanti dengan syarat terpaksa 'mengikat perut' sikitlah. Maksud saya, sekiranya anda berprinsipkan 'bio pape ase begaye'...banyak susahlah!  Bayangkan anda membeli kereta mewah berharga RM200K secara ansuran. Kerana sayangkan kereta, anda pakai sampai 20 tahun. Nilainya nanti?...orang Perak kata 'timbang kati' - nilai besi buruk. Sebaliknya, katakanlah anda pinjam RM200K untuk melabur dalam ASB, andaikan dividen/bonus 8% sepanjang tempuh tersebut dan tidak mengusik sesen pun. 20 tahun kemudian...~RM932,200...Wow...!

Tidak dinafikan nilai sebenar akan menyusut disebabkan inflasi, tetapi masih ada nilai. Tidak seperti pembelian kereta. Ini yang dikatakan...pinjam duit buat duit! Sekiranya BLR 8% sekali pun, anda mendapat pinjaman tanpa faedah...'interest-free' loan. Betul tak?

Saya bersyukur kerana tidak melepaskan peluang keemasan ini. Sepertimana yang saya ceritakan di coretan terdahulu, saya hanya 'percaya' dan melabur dalam ASN pada Januari 1985. Jadi, apabila PNB melancar  ASB pada 1990, saya tidak lagi mahu melepas peluang ini. Saya mengguna kemudahan pinjaman yang diberikan oleh bank dan tidak 'mengusik' walau sesen pun selama 13 tahun. Semasa melabur dalam ASB, saya berumur 41 tahun. Berkat kesungguhan itu, Syukur Alhamdulillah...!

Bukan nawaitu saya untuk berbangga dengan pencapaaian setakat ini. Sebaliknya adalah untuk menyedarkan segelintir rakyat Malaysia supaya beringat demi untuk masa hadapan anda semua.  Tahukah anda hanya Malaysia dan Korea Selatan sahaja dalam dunia ini yang mewujudkan satu agensi Kerajaan untuk membantu warga mereka menangani masalah kewangan? Di Malaysia...Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) - sebuah agensi Bank Negara Malaysia (BNM). Saya sedih apabila membaca terdapat golongan muda diistiharkan muflis. Dan, beribu-ribu rakyat terpaksa mendapat kaunseling percuma dari AKPK.

Pembaca...sebagaimana yang saya kerap tekankan dalam coretan berkaitan 'Pengurusan Kewangan', saya melabur dalam produk PNB semata-mata kerana saya bukan seorang yang sanggup mengambil risiko. Anda bagaimana? Saya bukannya seorang pakar Perunding Kewangan...apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya sendiri lalui. Ingatlah peribahasa Melayu...'susah-susah dahulu...senang-senang kemudian' dan 'sikit-sikit lama-lama menjadi bukit'...Ada kebenarannya!

Pokoknya...peluang ASB ini diberi kepada semua kaum Bumiputra. Mengapa anda tidak mengambil kesempatan ini?

Apa kata anda renung sejenak saranan Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman...


Petikan laporan Utusan Malaysia pada 15 Disember 2009

Merancanglah...Allah yang menentukan. Masih tidak terlambat. Fikir-fikirkan lah...!

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431"

Monday, December 14, 2009

"Its Tolerable"

Pembaca...masih ingat coretan bertajuk "Syukur Alhamdulillah...Lepas Satu Ujian!!" tentang 'HCV' yang terpaksa ditanggung oleh isteri saya? Sekiranya ada masa terluang, sila baca coretan beliau seterusnya bertajuk "It's Tolerable" di sini. Terima kasih.

Saturday, December 12, 2009

As Always...Not My Day!

10 December 2009....Indian Festival Golf Competition at Royal Kedah Club (RKC). I sacrificed my 4-day weekly routine at DGCC with my members. This competition is held 3 days over 18 holes. Members are given the options either to play on Thursday - morning and afternoon - through Saturday morning.  I chose to play this morning since I have to attend my friend's son  wedding reception on Saturday. In fact, he called me at about lunch hour to remind me of the reception. Normally, RKC organise sanctions competitions over 3 days, ie, Thursday through Saturday.

 I always choose to play on Saturday so that I have 4 days pulling the troley at DGCC with my gang. Friday is out...I can't afford to miss Friday prayers. Well, you can't have your way all the time. By not playing even for one day with my gang, the nation is deprived of solutions to the current economic woes. You see, currently our main topic of discussion is the nation's economic crisis and how best we can resolve the problem...he...he...he.


Left to right: Sivananthan, Mong Khon, Nor Ibrahim, Dato' Jamil Ahmad

Before leaving the house, I told my wife that I had no choice but to attend the prize-giving dinner on Sunday night, 13 December 2009, at the club. It's rude of me not to attend since  HH the Sultan will be giving away the prizes and I'm one of the potential winners...he...he...he. Well, top 10...sure not; bottom 5...guaranteed. What do you expect if the net score was 79? Imagine...hole # 4 - Par 3 - I scored '2 pars'...even Tiger Woods can't beat me. People can score 'hole-in-one', 'birdie', 'par', 'bogey'...and I...'double par'...eh...eh...eh, what a game!

But, I improved tremendously on 2nd 9. Hole #13 (#4 for 1st 9),  I scored 'Birdie' ...tweet...tweet... and 2 pars! Gross...47...wow! Mong Khon played 9 holes only. You see, those 75 years and above have the option to play 9  holes and the use of buggy. He always prefers walking. This chap is really fit for his age. By the way, he's writing a memoir and the book should be coming out soon. Mong Khon...10% for promoting your book...he...he.

For competitions, including the Monthly Medal, the club imposes the policy of using caddies. To be honest, I'm not that happy with this policy, and in fact, I made my  views known to the club management through an e-mail. All I requested was that it should be optional...that's all. As expected...turned down! My caddy or should I say, 'trolley puller', that day was a Form 1 student. When I asked for a 'putter', he gave me a 'hybrid' club. When I hit the ball, I had to look for it myself since he was unsure where the ball landed (normally 'tree-under' lah...). Well, for the services rendered, I'm poorer by RM30. Never mind lah...at least these youngsters earned an honest pocket money during school holidays.

Well, I told my friend Siva to take the prize on my behalf since I won't be attending the dinner. The reason is that my 'batek' shirt is not yet ready  for the function...he...he...he. On a positive side, the 'nasi beriani' for lunch after the game was good.

Actually, not that I couldn't play, but the weather was hot. Mind you, this was one of the reasons given by our golfers in one of the major golf tournaments...in Malaysia! This tournament was only a practice round for the coming 'Evergreen' some time this month with the prize money of RM50 for the champion...he...he...he.

Note: My new outlook. 2 readers sent sms to me complaining that my 'rainbow' writings were 'destroying' their eyesight. The truth is ...I'm showing off my 'prowess' after discovering new templates!

Thursday, December 10, 2009

Oh Sungguh Malangnya Nasib Mu...! Episod 2




Saya sebenarnya tidak menyangka coretan bertajuk "Oh Sungguh Malang Nasib Mu...!" mendapat maklum balas dari seorang pembaca. Saya menerima e-mel dari pegawai atasan Pte Abdul Rani Wok, 71, yang mengesahkan cerita wira tersebut. Seterusnya, saya telah memajukan e-mel tersebut ke Utusan Malaysia dengan harapan agar cerita tersebut disiarkan dalam Forum "Tentera". Manalah tahu...kalau ada rezeki, mungkin ada 'Hamba Allah' atau pihak-pihak tertentu yang bersedia untuk menghulur bantuan kepada beliau bagi mengharungi sisa-sisa kehidupan ini, InsyaAllah.

E-mel Lt Kol (B) Idris Hassan (tanpa edit) kepada saya...

Wednesday, December 9, 2009 5:42 PM
From: "Idris Hassan" ltcolidris@yahoo.com
To: nibsny@yahoo.com

Saudara Nor,

I read with great interest the story posted on your blog; Oh Sunggouh Malang Nasib Mu.........! about Pte 72032 Abdul Rani Wok. I know this soldier very well because at the time of the contact in Klau village near jalan Sg. Chalit Sg. Ruan he was serving under me in HQ company. He was an exemplary soldier, very hard working, and a quiet and unassuming person. Every thing he has said about out the contact and killing of the CT is true. I visited the Bn HQ the next day after the contact and was promptly mobilized by the CO to command 2 platoons to sweep from Sg Chalit all the way to Lurah Bilut near Bentong.

I have covered this contact in detail in my Commandant's Paper ,'" The History of the 12 Infantry Battalion Malaysian Territorial Army - 1960 - 1980. It is on Pg, 61. 62 & 63. on The Seventh Rangers (Mechanized) Blog. Go to archives date 11/01/2009. I also have copies of the Comd. Paper and am willing to send it to any who is interested in helping this soldier. Although I am suffering from a crippling back problem I am willing to narrate this story to Utusan Malaysia or any one in person.

In this contact there was also another hero one Capt Yusof Thamali who too killed another CT ( Read my Paper) but the irony was none of them were put up for any award. How ever the CO was well decorated !!!!!!( again read my paper)

Once again Nor thank you for high lighting this story in your blog .You are great.

If you want to post it on your blog you have my permission

Salam

Idris

E-mel saya ke Utusan Malaysia...

Wednesday, December 9, 2009 6:36 PM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: "utusan" , "utusan" othman.mohamad@exchange.utusan.com.my>, "utusan m'sia" normala.hamzah@utusan.com.my
Cc: "Idris Hassan" ltcolidris@yahoo.com

Assalamualaikum,

Rujuk kepada berita bertajuk di atas yang disiarkan di Utasan Malaysia pada 8 Dis 2009. Saya majukan e-mel Lt Kol Idris Hassan (B) yang merupakan Pegawai Pemerintah pesara Pte Abdul Rani Wok. Beliau mengesahkan kebenaran apa yang diceritakan oleh Pte Abdul Rani.

Saya ingin mencadangkan agar pihak Utusan dapat membantu dengan menulis rencana dalam Forum "Tentera" berkaitan pengalaman wira-wira yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia seperti pesara tersebut. Sepertimana yang dinyatakan oleh Lt Kol Idris, beliau bersedia mengesahkan cerita tersebut.

Diwaktu pihak tertentu menyoalkan tahap patriotisme dewasa kini, pada pandangan saya rencana seperti ini harus dihebahkan untuk pengetahuan umum.

Saya telah menjadikan laporan di atas sebagai satu pos bertajuk "Oh Sungguh Malang Nasib Mu...! di blog saya http://xnuripilot.blogspot.com.

Kerjasama pihak anda sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

E-mel saya kepada pihak yang mungkin boleh membantu wira tersebut...

Pembelaan Wira Negara

Thursday, December 10, 2009 6:51 AM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: "Dato' Zahid Hamidi" , "KSU Indef" , "S/u Politik" shahrul.yahya@gmail.com
Cc: "Idris Hassan" , "utusan" , "utusan m'sia" normala.hamzah@utusan.com.my

Assalamualaikum,

Harap Dato'/Tuan dapat meluangkan beberapa minit untuk membaca coretan bertajuk "Oh Sungguh Malangnya Nasib MU...! Episod 2" di blog saya http://xnuripilot.blogspot.com.

Janganlah lupakan mereka yang telah berkorban untuk negara di suatu ketika dulu.

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya berharap PBTM Cawangan Pekan membaca coretan ini dan seterusnya menghubungi Lt Kol Idris Hassan (B) untuk pengesahan cerita wira tersebut.

Kepada Pte Abdul Rani Wok...ini sajalah yang termampu saya lakukan. Semoga Allah meringankan apa jua bebanan yang anda hadapi, InsyaAllah!

Wednesday, December 9, 2009

Oh Sungguh Malangnya Nasib Mu...!

Keluhan seorang perwira yang berkorban demi untuk mempertahankan kedaulatan negara...di usia senjanya terpaksa menagih simpati...! 


        
KUANTAN 7 Dis. - Seorang pesara tentera yang mendakwa pernah menembak mati seorang komunis pada tahun 1979, melahirkan rasa kecewa kerana tindakannya itu tidak pernah dihargai atau diberi pengiktirafan sewajarnya.

Pesara terbabit, Abdul Rani Wok, 71, mendakwa, kejadian itu berlaku 30 tahun lalu ketika dia terbabit dalam pertempuran di sebuah ladang getah di Sungai Chalit, Raub.

Abdul Rani berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada tahun 1963 di bawah Batalion ke-12 Askar Wataniah yang kini dikenali sebagai Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Menurutnya, sepanjang 20 tahun berkhidmat dalam ATM, beliau banyak menyertai operasi menghapuskan pengganas komunis di sekitar Pahang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

"Saya agak kecewa kerana keberanian dan pengorbanan saya dahulu tidak mendapat sebarang pengiktirafan, malah saya sendiri tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan hanya bekerja kampung," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abdul Rani memberitahu, beliau bukan berniat untuk meminta-minta tetapi sepatutnya pengorbanan yang dilakukannya itu perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.

Menceritakan kembali detik-detik cemas menembak mati komunis tersebut, katanya, kejadian pada pukul 9.45 pagi, 25 Jun 1979 itu berlaku ketika beliau bersama sepasukan batalion mengesan lima pengganas yang sedang menaiki bukit melintasi Jalan Sungai Chalit.

"Kami melepaskan tembakan dan berjaya membunuh dua daripada mereka dan tiga lagi melarikan diri ke dalam kawasan kebun getah.

"Saya bersama beberapa lagi anggota lain kemudian diarah mengejar musuh dan bertindak sebagai kumpulan penyekat.

"Setelah hampir 150 meter memasuki ladang getah tersebut, saya ternampak tiga pengganas komunis itu yang sedang melarikan diri," katanya.

Menyedari kehadirannya, menurut Abdul Rani, pengganas komunis tersebut melepaskan tembakan namun dia bernasib baik kerana sempat berlindung di belakang pokok getah.

Oleh kerana tiga komunis tersebut menyangka anggota tentera yang mengejarnya telah terbunuh, pengganas terbabit mengambil keputusan melarikan diri.

Menyedari tindakan pengganas terbabit, Abdul Rani melepaskan tembakan dan berjaya membunuh salah seorang anggota komunis tersebut.

"Apa yang saya harapkan ialah ada pihak berwajib yang memberi pembelaan yang sewajarnya terhadap diri saya," tegasnya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Pekan, Leftenan Kolonel (B) Zulkiffly Mohd. Tahir berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan Abdul Rani itu kepada pihak yang berkaitan agar bekas tentera itu diberi pengiktirafan sewajarnya.

Zulkiffly yang juga Pengerusi Kempen Rayuan Hari Pahlawan PBTM Pekan, berkata pihaknya akan memohon kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), PBTM Pahang dan Batalion ke-24 RAMD bagi menangani masalah berkenaan.

"Mereka yang terlibat dalam pertempuran itu yang masih hidup juga akan dihubungi sebagai saksi," jelas beliau.
 
...Untuk mereka mengharumkan negara...dan menikmati imbuhan sepanjang hayat...!


Imbuhan bulanan kepada pemenang pingat Olympic mulai 2008

Oh sungguh malangnya nasib mu...wahai perwiraku!

Monday, December 7, 2009

Lesson Learnt

Nuri pilots,

I take the opportunity to extract this unedited comments of Capt Sharif 's episode (with his permission) flying in bad weather for you to think about. It always saddened me whenever a Nuri crashed killing all the crew and passengers. And,  more often than not, the main cause of the accident was due to flying in bad weather.

You're highly-trained all weather pilots. I'm not trying to tell you what to do, however, if you encounter bad weather as what experienced by Capt Sharif, why not focus on flying IF instead of having this IFR (I Folow Road/River) syndrome? This is the best time for you to practise what you have been trained for.


  Capt's Longhouse said...


,,,hahaha ! those were the days yaa..and i can relay another frightening experience on the Alouette in my early days too, while solo doing journey flight back along 'Tenom Valley' in Sabah, i was caught by the heavy rain and clouds..just could not escape or land in the river so i flew instrument into the clouds until i broke free at 14,400 ft !! mind you the clouds were huge and tops at approx. 30,000 ft or so !!..again i was lucky to trust on the basic Alouette instruments in-order to save the day. Held at 70 kts and blown by strong up drafts, i glued to the artificial horizon with a rate of climb to clear the high mountain range and prayed to God. After that experience, i trained myself to fly instrument i.e. proper IMC type of flying, even on the Alouette 111 which is an VFR chopper by right.

,,,most of my flights from Grik to Kota Baru were flown at 7,000 ft above the low clouds that covered the East/West highway which other aircrew had to perform "I follow road" type of flying. Radio Malaysia Kota Baru was my ADF station to home to and again my Sqn. training officer was not impressed with my kind of real IFR sorties across the high cloudy mountains then on the Alouette 111. hehehe !. Was glad to be converted to fly the Nuri with slightly better instrumentations but unfortunately until today the Nuri helicopters have yet to be fully up-graded for IFR flights, like our choppers for Off-Shore oil and gas requirements-lah. Its about time the RMAF take this subject issue seriously too because nowadays they are expected to operate far out at sea for various other mission.

,,,I hope someone from the RMAF will read this comment of mine and follow up to IFR up-grade the Nuri helicopter properly ?. Its too bloody dangerous without the right instruments to fly IFR, that i must truly admit now yaa !!. I have been through it before while serving in the RMAF and am lucky to be alife. My time spent flying as a professional pilot in the civil streets had taught me many other valuable lessons too.

,,,Perhaps I will share more of it later in my blog ?.

o.k. guys, please fly safely and i will doa for all of you chopper pilots ! yoo. (flying is indeed a high risk job, calculated risks i must say)...but get the right tools for it. We have the professional pilots but sadly not the aircrafts for it !! Come on MINDEF do the right things please..for God's sake..yaa ?..pity the aircrew and their trusting passengers and families waiting for their safe returns home.

UBAN

November 15, 2009 9:34 AM

Why not ponder over this unedited comments in one of my articles. You might be able to enjoy your retirement benefits like I do...InsyaAllah!

Anonymous said...

To Young Nuri pilots...

Please do not hesitate to request Radar Vector from Radar Control. There are willing to help you whenever you are.

Do not push your luck!

September 19, 2009 11:51 PM

Saturday, December 5, 2009

Syukur Alhamdulillah...Lepas Satu Ujian!!

24 November 2009...Syukur Alhamdulillah. Pada hari tersebut saya tidak menarik troli golf kerana membawa isteri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk temujanji dengan doktor pakar perubatan, Dato' Dr Muhammad Radzi, Pakar Perunding Perubatan & Gasteroenterologi. Beliau ketika ini berada di luar negara. Jadi isteri saya berjumpa penggantinya. Apa yang saya bersyukur ialah kerana setakat ini, isteri saya boleh dikatakan pulih dari jangkitan Hepatitis C - HCV- setelah menjalani rawatan selama 6 bulan. Malah, paras kolesterol turut menunjukkan penurunan walaupun masih di tahap tinggi.

Anda tahu apa itu HCV? Sebelum Disember 2007, saya sendiri tidak pernah dengar virus ini. Yang saya tahu, hepatitis hanya dikaitkan dengan 'demam kuning' (jaundice). Ceritanya bermula...

Satu tabiat sebagai seorang pilot yang terbawa-bawa sehingga kini ialah setiap 6 bulan saya akan melakukan pemeriksaan darah di RSAT. Maklumlah, sudah asar ni, kenalah tahu tahap paras 'Lipid Profile', 'Liver Function Tests (LFT)', 'Renal Profiles' dan gula. Isteri saya turut menjalani ujian darah. Untuk tiga ujian berturut-turut,  ALT (ujian LFT) beliau menunjukkan kenaikan melebihi had (maksima 41 U/L). Saya dinasihatkan oleh adik saya, seorang Pakar Perubatan di Hospital Ipoh, untuk membuat ujian Hepatitis B dan C. Keputusan menunjukkan beliau dijangkiti HCV - 'reactive'. Temujanji dengan Dr Pakar (DP) diaturkan.

Sebelum berjumpa dengan DP, mulalah melayar internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang HCV. Bagaimana dijangkiti virus ini, simptom, ubat, kesan pengambilan ubat, soalan yang perlu ditanya, dan sebagainya. Semasa berjumpa dengan DP, apa yang beliau terangkan sama apa yang saya baca melalui internet.

Sebelum memulakan rawatan, sampel darah isteri saya terpaksa dihantar ke Malaysian Liver Foundation (MLF) di Kuala Lumpur. Pertama kali untuk 'Hepatitis C RNA Real Time PCR, Quantitative (Viral Load)'. Bahasa mudahnya...jumlah virus. Sebulan kemudian, sekali lagi darah dihantar ke MLF untuk 'Genotyping'. Bahasa mudahnya...penentuan jangka masa menjalani rawatan. Ini diikuti menjalani 'biopsy'. Satu proses yang menyakitkan kerana secebis hati terpaksa diambil. Tujuan biopsy bagi mengetahui tahap kerosakan pada hati.

Setelah semua ujian tersebut dilaksanakan, 'genotype 3' memerlukan beliau  menjalani rawatan selama 6 bulan. Untuk makluman, rawatan hanya dua - pengambilan ubat 'ribavirin'  4 biji setiap hari dan suntikan 'interferon' seminggu sekali. Tempuh rawatan pula ialah 6  atau 12 bulan....itu sahaja!  Pada 3 Mac 2007, bermulalah rawatan HCV dengan pengambilan 4 biji pil ribavirin dan suntikan interferon. HSB menjadi rumah kedua kerana pada setiap Ahad terpaksa ke sana untuk suntikan tersebut. Buat permulaan, jururawat menyuntik interferon tetapi seterusnya saya melakukannya. Sebenarnya, suntikan ini boleh dilakukan di rumah. Masalahnya, ubat ini terlalu sentitif kepada suhu sekeliling dan mesti sentiasa disuhu sejuk. Olehkerana kawasan rumah saya kerap terjadi gangguan elektrik, saya memohon jasa baik HSB untuk menyimpan ubat tersebut dalam peti sejuk di makmal.

Kesan pengambilan ubat-ubat tersebut? Pening, vertigo...semua berpusing, loya...tidak lalu makan, rambut gugur, gatal seluruh badan, sakit sendi-sendi, terlalu letih, dll. Anda boleh membaca pengalaman beliau di sitiroffinimy.blogspot.com  bertajuk "Retirement Blues".  Dalam 2 bulan pertama menjalani rawatan, setiap minggu terpaksa periksa darah. Tujuannya ialah untuk memantau paras 'haemoglobin'. Sekiranya, turun ke tahap di bawah 7, rawatan terpaksa dihentikan. Sekiranya hendak dimulakan semula....kena sendirian berhad lah. Oi mak dato'...ubatnya mahal! Setiap kali suntikan interferon sahaja...RM600.00. Oh ya...setiap kali hantar darah ke MLF...RM400.00. Olehkerana peruntukan kewangan HSB tahun itu telah habis, saya terpaksa menghantar Kiriman Pos untuk pemeriksaan darah di MLF. Syukur Alhamdulillah, kos ini boleh dituntut dari Kerajaan.

Suntikan terakhir beliau, ke 24, ialah pada 10 Ogos 2008. Dan seperti biasa, sampel darah dihantar ke MLF. Pada 9 September 2008, laporan MLF.... "Not Detected". Untuk kepastian lagi, sampel darah dihantar ke MLF pada 5 Februari 2009. Sekali lagi, Syukur Alhamdulillah...."Not Detected".  Pada 8 November 2009, pemeriksaan darah diambil dan keputusan diketahui semasa temujanji pada 24 November 2009.

Pembaca yang dihormati, masalah jangkitan HCV ini ialah tiada menunjukkan sebarang simptom di peringkat awal! Isteri saya tiada menghadapi sebarang masalah kesihatan. Simptom hanya di kesan di tahap kritikal....barah hati - 'cyrrhosis'. Orang Perak panggil 'busung'. Di peringkat ini....kita hanya boleh berdoa sajalah!

Seorang kenalan saya turut dijangkiti HCV. Saya faham apa yang beliau hadapi dan saya sentiasa memberi semangat kepada beliau. Syukur Alhamdulillah, beliau selamat menjalani rawatan 6 bulan.

Pembaca, nasihat ikhlas saya....sekiranya "ALT" anda melebihi paras maksima, eloklah lakukan pemeriksaan HBV dan HCV. Anggota Kerajaan dan pesara sungguh bertuah kerana kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Saya difahamkan, kos rawatan HCV untuk 12 bulan  ialah RM80,000 di hospital swasta. Sekiranya virus ini awal dikesan, kemungkinan boleh  pulih setelah menjalani rawatan adalah tinggi....InsyaAllah!

Apa pun, kita hanya berupaya untuk berusaha....Allah yang menentukan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hospital Sultanah Bahiyah amnya, dan Jabatan Perubatan Dalaman khususnya, terutama Dato'  Dr Muhammad Radzi dan jururawat Faezah dan mereka yang terlibat semasa isteri saya menjalani rawatan HCV. Terima kasih.

Thursday, December 3, 2009

Patriotisme 5...BTN

Dengan jujurnya saya mengaku memang 'jahil' apabila media massa/elektronik banyak memperkatakan polemik BTN yang dibangkitkan oleh pihak tertentu. Setelah mengamati hujah-hujah di media massa, kesimpulan yang saya buat ialah kursus ini bertujuan untuk menaikkan semangat "PATRIOTISME.....CINTA KEPADA NEGARA MALAYSIA KITA INI"!! Saya menganggap diri saya seorang yang patriotik...itu sebabnya saya 'kurang senang' apabila terdapat pihak tertentu melobi untuk membawa Chin Peng balik ke Malaysia. Dan, coretan ini adalah yang ke 5  bertajukkan "Patriotisme".

Pada pandangan saya, ramai generasi muda perlu disuntikkan semangat menyayangi negara supaya mereka bangga yang mereka adalah ANAK MALAYSIA. Apabila membaca laporan Utusan Malaysia berikut, saya terus menghantar e-mel kepada KSN. Saya mencadangkan apa yang saya sarankan kepada Ketua Pengarah PLKN pada Ogos lalu yang sehingga kini 'sepi seribu bahasa'.



Kurikulum BTN

Tuesday, December 1, 2009 2:26 PM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: "sidek ksn" sidek@pmo.gov.my
Cc: "Zureen bin Zubir" zureen@pmo.gov.my, "KSU Indef" abubakar@mod.gov.my, "Dato Latt Shariman" latt.shariman@treasury.gov.my

Assalamualaikum YBhg Tan Sri,

Menurut Menteri di JPM, YB Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Tan Sri telah mengarahkan pihak BTN untuk merombak kurikulum BTN selaras dengan 1Malaysia. Secara jujur, pengetahuan saya tentang apa itu BTN terlalu cetek. Tetapi bila topik ini hangat dibincangkan di media massa dan elektronik, saya berkesimpulan bahawa salah satu objektif BTN ialah untuk menanam semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

Sekiranya diberi peluang, saya ingin mencadangkan agar BTN turut menjemput penerima-penerima anugerah keberanian negara, iaitu SP, PGB, JPP, PTU dan KPK serta anggota-anggota Pasukan Keselamatan yang cacat anggota, memceritakan pengalaman mereka.Sepertimana yang Tan Sri sedia maklum, saya telah membuat cadangan yang sama kepada Ketua Pengarah PLKN semenjak Ogos 2009. Kecewa sekali, sehingga kini tiada sebarang respons. Di sini diturunkan keratan coretan bertajuk "Sepi Seribu Bahasa!!" dari blog saya - http://xnuripilot.blogspot.com/.

 "Pada 7 Ogos 2009, saya ada mencadangkan kepada Ketua Pengarah PLKN agar penerima pingat-pingat keberanian - SP, PGB, JPP, PTU dan KPK - dan warga tentera yang mengalami kecacatan anggota semasa menjalani operasi menentang keganasan PK, dijemput untuk menceritakan pengalaman mereka kepada remaja-remaja yang mengikuti latihan PLKN. Bayangkan, wira-wira datang berkerusi roda atau hilang penglihatan menceritakan bagaimana mereka menjadi cacat. Saya percaya kaedah ini akan memberi impak yang diharapkan oleh kerajaan."

 Sekian untuk pertimbangan Tan Sri.

 MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) PTU

Anda ingat 'penerima-penerima' e-mel tersebut akan meluangkan masa untuk memberi sebarang respons? Jangan buat saya ketawa...malah saya tidak hairan mereka akan 'delete' sahaja tanpa membaca e-mel ini kerana terlalu kerap menerima e-mel dari saya. Itu tidak menjadi masalah kepada saya. Janji saya tetap akan mencuba!

Impian saya adalah untuk melihat rakyat Malaysia di satu hari nanti akan berdiri dengan megahnya dan turut menyanyi 'NEGARA KU' sebelum bermulanya satu-satu pertandingan...tak kiralah bola sepak ke...squash ke...dll. Biar bergema satu stadium seperti yang kita lihat di kaca tv sebelum bermulanya perlawanan 'American Football', bola keranjang, dll. Semangat begini yang sepatutnya generasi muda ikuti. Bukannya lagu kebangsaan dan 'Jalur Gemilang' dipersendakan oleh individu tertentu seperti yang kita tonton di suatu ketika dulu. Mengapa kita tidak mencontohi arwah Dato' Sudirman Arshad menyanyi dengan penuh semangat"...Tanggal 31 Ogos...". Sekiranya impian ini tercapai, sayalah satu-satunya rakyat Malaysia yang paling gembira!!




Tuesday, December 1, 2009

Kereta...Oh...Kereta!!


28 November 2009...Surau di taman perumahan saya membuat korban 6 ekor lembu dan 11 ekor kambing. Saya turut menyertai kerja melapah haiwan-haiwan korban tersebut. Sambutan dari qariah sungguh menggalakkan sehingga terpaksa menolak mereka yang berhasrat untuk membuat korban di saat akhir. Seperti biasa, selepas korban, diadakan kenduri...sup daging/tulang, kari kambing, acar...wow! Klinik yang paling gembira bila datangnya Hari Raya Korban. Mana tidaknya...lepas ini berderetlah orang pergi ke klinik kerana mengalami 'darah tinggi', pening-pening ke dan sebagainya...he...he. Jangan marah doktor!

Tetapi tahun ini saya tidak berkesempatan makan di surau kerana adik memberitahu bahawa ibu saya kurang sihat. Jadi, lepas makan tengah hari di rumah, pacu le ke Taiping.

29 November 2009...

Selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 1000 bertolaklah balik ke Jitra. Berhenti untuk makan tengah hari di R & R Gurun pada jam 1200. Selepas makan, semasa memandu, hawa dingin menjadi hawa 'panas'. Mungkin 'aircon' meragam. Kemudian, bila tekan 'accelerator'...tiada respons, diikuti bau sesuatu terbakar. Seterusnya lampu 'amaran' terpancar menyatakan 'battery & invertor' tidak berfungsi. Saya menalifon mekanik dan beliau memberitahu kemungkinan besar 'fan belt' telah putus dan mesti berhenti. Masalahnya, bengkel beliau masih tutup kerana meraikan Hari Raya Aidiladha. Bengkel yang kerap saya kunjungi juga masih tutup. Betul...betul masalah!



Sebuah 'tow-truck (TT)' tiba pada jam lebih kurang 1500. Pemandu TT hendak tarik dari hadapan. Saya dinasihatkan oleh mekanik jangan sama sekali berbuat demikian kerana cara ini akan merosakkan 'gearbox'...barulah beribu-ribu RM melayang. Ini kerana kereta saya  'rear-wheel drive'. Pemandu itu menyakinkan  saya yang beliau sudah biasa melakukan kerja ini, lagi pula kereta ditarik hanya 1 km sahaja untuk sampai ke rumah tol Alor Setar (Selatan). Selepas itu, beliau akan tarik dari belakang. Saya berkeras tidak membenarkannya...balik le beliau. Beliau nak peduli apa sekiranya gearbox rosak...bukan beliau yang tanggung!

Mekanik saya menguruskan penghantaran sebuah 'loader' pula. Kali ini, pemandu meminta maaf lewat sampai kerana tayar lori 'tembak' semasa memasuki lebuhraya dari rumah tol Pendang. Terkejut besar saya dibuatnya...tengah hari begini pun ada orang nak merompak dengan senjata api ke...bahaya sungguh! Beliau tunjuk tayar yang pecah. Seterusnya beliau memberitahu terpaksa membeli tayar baru sebelum meneruskan perjalanan ke Jitra.



Berhenti di 2 buah kedai tayar di Mergong tapi tiada saiz yang diperlukan. Pilihan terakhir...beliau terpaksa mengguna tayar 'spare'. Taukeh kedai mengingat pemandu loader bahawa saiz tayar spare yang dipasang tidak sama...silap-silap 'tembak lagi'. Barulah saya faham apa itu 'tembak'...meletup!





30 November 2009...



Loader semalam dihubungi untuk membawa kereta ke kedai 'aircon'. Kemungkinan besar 'compressor' terpaksa diganti. Selepas itu baru dibawa ke bengkel. Apabila ditanya bila kereta boleh siap dan berapa kosnya, 'Doktor' menjawab'...tak tahu lagi, paling awal pun 2 hari'.



Jam 1730... Saya terima panggilan talifon dari mekanik memberitahu selain compressor, 'condenser' turut rosak dan perlu diganti. Alat ganti tersebut akan ditempah esok dan dijangka siap paling awal pada Khamis, 3 Disember 2009. Ini baru aircon saja...belum lagi pemeriksaan lain seperti enjin dan gearbox! Kos?...masih belum tahu.

Inilah buat pertama kali dalam 40 tahun memandu kereta saya mengalami masalah seperti ini. Apa hendak dikatakan...sabar sajalah...mesti ada hikmahnya!!

3 Disember 2009...Berita Mutakhir...

Jam 1700... Ahkirnya, kereta selamat sampai di rumah setelah 4 hari 3 malam ditahan di 'klinik'. Mekanik memberitahu punca 'fan belt' putus kerana 'compressor jammed'. Bila ditanya bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jawapannya ialah alat hawa dingin perlu di servis sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pembaca sekalian, jadikan pengalaman saya ini satu iktibar.