Followers

Monday, July 5, 2010

Hadapi Alam Kenyataan

Pada malam 3 Julai 2010, saya telah menghubungi tiga orang kenalan yang masih berkhidmat untuk bertanyakan tentang syarat-syarat perkhidmatan dalam TUDM. Tujuannya ialah untuk menjawab soalan seorang pembaca, Nadia, yang dikemukan dalam coretan bertajuk "Bila Terlepas Pandang, Akibatnya Meranalah Badan" di sini. Beliau bertanya sama ada seorang pegawai boleh berhenti dari perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak dan penggunaan pangkat selepas 'bersara'.

Menurut kenalan saya, pegawai TUDM sekarang ditauliahkan sebagai pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) dan kontrak perkhidmatan dalam TUDM ialah selama 13 tahun, tidak kira apa jua jurusan, seperti juruterbang, jurutera, tadbir, dll. Mulai September 2009, tempoh ditambah 2 tahun lagi sebagai opsyen. Ini bererti mereka berkhidmat selama 15  tahun. Mereka boleh memohon untuk diserapkan ke 'skim' pencen, iaitu Tauliah Jangka Tetap (TJT) sebelum tamat tempoh perkhidmatan (TTP/ROD) (13 tahun). Secara dasarnya, syarat-syarat yang ditetapkan untuk TJT ialah...
  • Lulus peperiksaan kenaikan pangkat Kapten ke Mejar.
  • Menghadiri dan lulus kursus jurusan yang diceburi.
  • Direkemen oleh Pegawai Atasan.
  • Tahap kesihatan 'memuaskan'.
Nampak memang mudah...tetapi realitinya tidak semudah itu! Dari apa yang diberitahu, faktor yang tidak kurang pentingnya ialah kuota perjawatan. Seseorang pegawai itu mungkin memenuhi syarat-syarat di atas, tetapi sekiranya tiada kekosongan dalam perjawatan bagi jurusan tersebut, sayonara TUDM....! Sebagai contoh, sekiranya kuota jurusan 'Pentadbiran (Admin)' sudah penuh, tidak mungkin permohonan Pegawai Tadbir untuk diserap sebagai TJT akan mendapat respons yang memberangsangkan.

Ganjaran yang anda akan terima berasaskan perkhidmatan selama 13/15 tahun. Pengiraannya ialah 20% gaji pokok terakhir x jumlah bulan berkhidmat. Sebagai contoh, katakan gaji pokok maksima untuk kapten ialah RM4000...

20% x RM4000 x 15 tahun x 12 bulan = RM144000...!

Andaikan anda ditauliahkan ketika berumur 22 tahun, iaitu keluar dari UPNM setelah 4 tahun bertungkus lumus mentelaah untuk mendapatkan segolong ijazah dan diserapkan ke jurusan Tadbir. Tengah 'enjoy' bagai nak rak...sedar-sedar umur mencecah 37 tahun dan ditunjuk arah 'KELUAR/EXIT' kem dengan hanya RM144000 sahaja! Jangan ingat jumlah ini mencukupi untuk hidup sehingga akhir hayat. Bayangkan...hutang keliling pinggang, anak masih bersekolah, persaingan untuk mendapat pekerjaan terlalu hebat. Berapa lama simpanan itu boleh bertahan? 

Saya berkesempatan berbual dengan seorang mantan Kapten (Pegawai Tadbir) yang berkerja di KKDR selepas bermain golf pada pagi 4 Julai 2010. Beliau memberitahu bahawa beliau telah memohon untuk TJT tetapi tidak berjaya. Beliau terpaksa mengguna wang ganjaran untuk menyara kehidupan selama dua tahun sebelum mendapat jawatan sekarang ini. Seorang rakan beliau, terpaksa menerima jawatan sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah supermarket dengan gaji RM700 sahaja.

Beliau turut menceritakan terdapat salah seorang 'squad-mate'nya terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Arwah telah memohon untuk disambungkan kontrak selama satu tahun tetapi telah ditolak kerana BMInya (Body Mass Index) melebihi tahap yang ditetapkan...tergolong dalam kumpulan obes. Fikiran beliau bercelaru memikirkan masa hadapan keluarga ketika nahas tersebut...Al-Fatihah.

Mungkin juruterbang tidak menghadapi masalah ini kerana mereka masih 'laku' dalam industri penerbangan. Mereka dari jurusan yang  lain-lain...Wallahualam!

Akhir kata...semuanya terpulang pada anda sendiri. Tepuk dada tanya selera. Sila maklumkan kepada saya sekiranya tersilap fakta supaya dapat diperbetulkan.

13 comments:

Anonymous said...

TERIMA KASIH TUAN KRN MEMBERI KESEDARAN TERHADAP GOLONGAN MUDA SPT SAYA UTK BANGKIT DRPD DIBUAI MIMPI.

SAYA MULA SEDAR AKAN KESUKARAN UTK DISERAPKAN KE TJT.

-pkdt U upnm-

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Syukur Alhamdulillah. Harap hayati coretan saya di bawah label 'Financial Management'.

mangchikla said...

Tuan, when u resign, did u continue flying? just curious.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara mangchikla,

Pertama sekali, saya tidak 'resign'. Saya memilih bersara awal setelah berkhidmat selama 25 tahun walaupun ketika itu berumur 43 tahun. Justeru, saya menerima pencen 'penuh' (separuh gaji pokok). Saya tidak melibatkan diri dalam industri penerbangan selepas itu.

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Having read the related postings, I would conclude that it is US to determine our future regardless what job are we doing with any organization we attach in, be in gomen, semi-gomen or private sector.

Upon joining the organization, we will be given an orientation or induction program in which all terms & conditions of our employment will be spell-out clearly in which they agreed.

I would suggest despite so many skill training or courses attended by military personnel, we need to include the financial management subject too with simple usage of jargon/terminology to the level easily understood by them especially LLP. This would help them plan the future from the very beginning they join the service. This should be on-going process and not only to the nearly retired personnel.

We need to over-come the public perception that ex-servicemen especially LLP only suitable to be a body-guard, security guard or taxi driver (on top of contractor). In doing so, they (ATM) should invite those ex-servicemen (LLP) who has success in what ever they are doing, to give a talk, let alone those higher rank lah. Sell the idea that they too can success should proper planning be done even during their service.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Kamal,

You're right. Financial management is an important subject and it must be given in the most simplest terms. As what I wrote in one of my postings, I offered to give a lecture on this subject to students of KTU...gratis. Nobody is interested! Hopefully, this blog would be a wake-up call to those who believe that 'tomorrow never comes'.

Maybe I should write a success story of an xcook of the popular 'Ramly Nasi Kandar', Simpang 4 Kangkong. If he can be a successful entrepreneur, why can't the others, be it officers or ORs?

Anonymous said...

Maj!!!
I think a place that not many want to be but sometimes what choice do we have especially those who can't proceed further to study due to many constrain and it is this organization that provide a 'free ticket' in a way as the survival link, so be it.
Yang aneh nya setelah berpuloh tahun keadaan sebegini berterusan and who really cares!!! so one day please don't be surprise that this organization will be full of reject and irrelevant.
So siapa yang ada anak muda tepuk dada tanya selera kerana- alahai just remember "out of sight-out of mind". And you will be ok before too late!!!

Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Anonymous,

Before I came to know about these terms of service, I'm all out for those who want to join the MAF. However, now I'm not going to say 'Yes' or 'No'...decide for yourself. They must remember, if they fail to become regular officers, the gate at the camp is wide open for their one-way EXIT 'OUT OF SIGHT...OUT OF MIND'.

Afiq Asrar said...

assalamualaikum.. yg tuan ceritakan adalah tentang pegawai. bagaimana pula anggota LLP yg berhenti / tidak disambung perkhidmatan? brape ganjaran yg akan mereka dapat? klu pegawai dlm rm144000? LLP? adakah hanya rm50k?

Anonymous said...

dear mej. nor

,,,dear nor,

,,,after 11 years service, i was given rm16k as gratuity and thats it back in 1982. PERIOD !.
,,,was offered to be a planter but i choose to fly for a living and later became an oilman kind of.
,,,Its all up to the individual to plan for his life and living plus work hard at it. Its nothing to do with luck but blood, sweat and tears.
,,,b4 i left the Airforce, i was performing the OC OCU at RMAF Klung but the appointment's pay was given to another Kelantanis officer who failed his capt. to mej. exam ! ..but he applied for regularship. I was told point blank to be a regular officer to put on the rank for the appointment plus the pay, so i said "sayonara-lah."
,,,indeed, am thankful to the RMAF plus its valuable experience but the KELANTANISM pisses me off then.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Afiq,

Maaf. Saya tiada anggaran imbuhan yang akan diterima oleh anggota LLP selepas berkhidmat 15 tahun. Itu sebab kita semua kena beringat dan membuat persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas tamat perkhidmatan. Siapa pun tidak boleh menolong melainkan diri sendiri.

Dear Sharif,

After 25 years of sevice, my gratuity was RM36K only. Fortunately, I was financially prepared when I decided to retire from RMAF.

Anonymous said...

Dear maj,

Just nak tanya, bagi pegawai yg regular service (25years), what happen if he/she breach the contract, i.e keluar airforce sebelum tamat 25 tahun? What are the punishment? Kena bayar ke?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Pegawai Tauliah Jangka Tetap boleh memohon untuk berhenti bila-bila masa. Ramai rakan saya yang menamatkan perkhidmatan sebelum 25 tahun berkhidmat. Mereka akan diberi ganjaran mengikut peraturan yang ditetapkan.

Perkhidmatan 25 tahun itu bagi melayakkan mendapat pencen 50% daripada gaji pokok...itu saja.

Sesiapa boleh membantu dengan maklumat mutatakhir tentang 'Terms of Service'?