Pengikut

Jumaat, 30 Julai 2010

Satu Kejahilan

Pembaca...Saya sungguh kecewa apabila membaca komen terhadap coretan saya di sini. Sedih kerana masih ada segelintir mantan warga ATM (mungkin juga mereka yang masih berkhidmat) yang terkeliru dengan status PTU & KPK seperti yang diperhatikan ketika mesyuarat PBTM negeri Melaka pada Sabtu, 24 Julai 2010. Justeru, saya telah menghantar surat ini melalui faks ke Persatuan tersebut...


Bandar Darulaman
06000 Jitra
Kedah Darulaman

25 Julai 2010

Yang Dipertua
PBTM Negeri Melaka
Fax: 06-2821518

Assalamualaikum,

ANUGERAH PTU & KPK

Rujuk:

  1.  http://www.malaysianmonarchy.gov.my/.
  2. xnuripilot.blogspot.com di bawah ‘label - Medal’.
Saya mengambil kesempatan ini untuk meluahkan perasaan kekecewaan saya kerana masih terdapat mantan warga ATM yang masih keliru dengan status anugerah di atas. Saya difahamkan, ketika mesyuarat PBTM Negeri Melaka pada 24 Julai 2010, usul untuk merayu agar Kerajaan turut memberi elaun kepada penerima PTU & KPK telah tidak dipertimbangkan dengan alasan anugerah tersebut hanyalah anugerah ATM!

Untuk makluman, di bawah ini dimuat-turunkan senarai anugerah mengikut susunan Darjah Kebesaran Persekutuan.
Senarai Anugerah Mengikut Susunan Keutamaan
 BIL
 ANUGERAH
 HURUF RINGKAS
 TARIKH ZAHIR
 1.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
 S.P.
 29.07.1960
 2.
Darjah Yang Maha Utama Kerabat  Diraja Malaysia
 D.K.M.
 18.04.1966
 3.
Darjah Utama Seri Mahkota Negara
 D.M.N.
 16.08.1958
 4.
Seri Maharaja Mangku Negara
 S.M.N.
 16.08.1958
 5.
Seri Setia Mahkota
 S.S.M.
 15.04.1966
 6.
Darjah Bakti
 D.B.
 26.06.1975
 7.
Panglima Mangku Negara
 P.M.N.
 16.08.1958
 8.
Panglima Setia Mahkota
 P.S.M.
 15.04.1966
 9.
Panglima Jasa Negara
 P.J.N.
 01.06.1995
 10.
Panglima Setia Diraja
 P.S.D.
 03.09.1965
 11.
Johan Mangku Negara
 J.M.N.
 16.08.1958
 12.
Johan Setia Mahkota
 J.S.M.
 05.04.1966
 13.
Johan Setia Diraja
 J.S.D.
 03.09.1965
 14.
Kesatria Mangku Negara
 K.M.N.
 16.08.1958
 15.
Kesatria Setia Diraja
 K.S.D.
 07.01.1993
 16.
Ahli Mangku Negara
 A.M.N.
 16.08.1958
 17.
Pingat Pangkuan Negara
 P.P.N.
 09.08.1960
 18.
Bentara Setia Diraja
 B.S.D.
 03.09.1965
 19.
Panglima Gagah Berani
 P.G.B.
 29.07.1960
 20.
Jasa Perkasa Persekutuan
 J.P.P.
 29.07.1960
 21.
Pingat Tentera Udara
 P.T.U.
 17.07.1968
 22.
Pingat Kebaktian
 P.K.
 29.07.1960
23.
Pingat Khidmat Berbakti
 P.K.B.
 29.07.1960
 24.
Pingat Perkhidmatan Am
 P.P.A.
 08.06.1967
 25.
Kepujian Perutusan Keberanian
 K.P.K.
 29.07.1960
 26.
Pingat Perkhidmatan Setia
 P.P.S.
 29.07.1960
 27.
Pingat Peringatan Malaysia
 P.P.M.
 19.09.1965
 28.
Pingat-Pingat Pertabalan

Sekiranya anda berkelapangan, sila layari rujuk A. Anugerah SP, PGB, JPP, PTU & KPK di letakkan di bawah Darjah-Darjah Perkasa.

Saya telah dan masih memperjuangkan isu pemberian elaun untuk JPP, PTU & KPK semenjak Jun 2009. KEMENTAH telah memajukan cadangan agar penerima ketiga-tiga darjah tersebut diberi imbuhan tetapi tidak diluluskan. Seterusnya KEMENTAH telah membuat rayuan dan dewasa ini ianya berada di Bahagian Istiadat & Urusetia, JPM. Anda boleh mengikuti perjuangan saya  dalam mengenengahkan isu ini di rujuk B.

Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan persepsi mantan warga ATM tentang anugerah-anugerah tersebut. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Salinan:

YBhg Brig Jen Dato’ Nik Zaaba
Setiausaha PBTM
Fax:  03-22725114

Yang Dipertua
PBTM Negeri Kedah
Alor Setar
Fax: 04-7725924

Pada 26 Julai 2010, saya telah menalifon Setiausaha PBTM Melaka menyarankan agar beliau membaca blog saya mengenai topik ini. Saya yakin sekarang ini jumlah mereka yang jahil tentang anugerah berkenaan makin berkurangan, InsyaAllah. (Berita mutakhir: Difahamkan PBTM Melaka  akan membawa usul pemberian elaun ini ke mesyuarat agung PBTM nanti). Baguslah tu.

2 ulasan:

Abah berkata...

Tuan,

Ada perkembangan positif kearah itu. Semoga usul tersebut akan dibawa oleh PBTM Negeri Melaka, setelah mendapat penerangan terperinci tentang kecelaruan kedudukan Pingat yaani yang mana satu anugerah Persekutuan dan yang mana satu anugerah ATM.

Satu-satu nya lagi kesedaran Mantan-mantan kita 'berinternet' masih bertaraf kurang mengalakkan. Semoga suatu hari nanti istilah 'Buta Internet' tidak lagi menghantui mantan-mantan kita dan berdaya maju didalam segala hal.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Abah,

Ini bermakna dua negeri, Kedah & Melaka, akan membawa usul yang sama ketika mesyuarat PBTM nanti.

Saya ingat saya ini 'buta' IT sampai nak membuat 'arrow' pun masih tak tahu. Tapi saya bersyukur kerana saya tak segan bertanya sehingga sanggup menghantar S.O.S kepada pembaca seperti Katon Tin-Ton. Betul peribahasa orang tua kita '...segan bertanya, sesat jalan'. Dewasa ini, kita golongan 'magrib' terpaksa mengikuti peredaran zaman, seperti IT, sekiranya tidak mahu ketinggalan.