JPP PTU
30 Julai 2011...YAB PM telah mengumumkan pemberian Elaun Kenangan kepada penerima JPP & PTU sebanyak RM1K ketika menghadiri perbarisan tamat latihan perdana ATM-PDRM di Port Dickson, berkuatkuasa 2009. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, waris akan menerima RM10K. Syukur Alhamdulillah....Usaha saya semenjak 2009 telah dimakbulkan Allah....Hayatilah Surah Alam Nasyrah ayat 5-8:
5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Apa pencetus sehingga melembutkan pihak JPM membuat pusingan 360*? Sepertimana yang anda mungkin sedia maklum, mana boleh saya duduk diam...Perjuangan masih belum selesai!
Semenjak 2009 lagi, surat/e-mel ke PM & Menteri Pertahanan...sudah dihantar; surat ke KSN & KSU...juga sudah: ke Parlimen...sudah dibincang; malah kepada Datin Seri Rosmah selaku Penaung Rayuan Hari Pahlawan tidak termampu mengubah kedegilan mereka yang boleh membuat keputusan. JPM tetap tidak berganjak dengan keputusannya bahawa penerima JPP, PTU & KPK '...tidak wajar dipertimbangkan' untuk menerima 'Elaun Kenangan'. Rayuan demi rayuan daripada KEMENTAH tidak dapat membolos 'rumah tol' di Bahagian tertentu di JPM: terhenti di situ sahaja! Jawabnya, cuba pula melayangkan surat ini kepada 'Super-Duper Boss' Perkhidmatan Awam....Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (klik untuk membaca).....
Tut...Tut....Tanpa diduga, surat ini telah berjaya menembusi kubu kuat Bahagian terbabit kerana pada 7 Julai 2011, KEMENTAH telah dijemput hadir ke mesyuarat untuk membincang isu yang tiada kesudahan dibangkitkan oleh mejar veteran ini di JPM. Kali ini, siapa lagi kalau tak KSN sendiri yang mempengerusikannya! KEMENTAH telah diwakili oleh AKSPA.
Saya percaya surat tersebut adalah salah satu faktor sehingga berjaya 'melembutkan' sikap Bahagian berkenaan di JPM.
Ketika berjumpa dengan KP JHEV pada 29 Julai di Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur, sempena Majlis Pelancaran "RAYUAN HARI PAHLAWAN 2011", beliau menyatakan PM mungkin mengumumkan sama ada pada 30 Julai atau 31 Julai. (Saya dijemput oleh beliau untuk menjual 'Coretan Xnuripilot' di majlis tersebut. Usunglah 200 naskah...Laku hanya 12 naskah sahaja...tak pulang modal. Tapi tak apa....no problem. He...He...He). Beliau turut menyatakan '...credit goes to you'.
'Yes...Indeed it had been an uphill and lonely struggle amidst unsavoury comments from certain quarters'.
Syukur alhamdulillah, komen-komen negatif itu semuanya tidak melunturkan sama sekali semangat saya untuk melobi kerana masih ramai lagi pembaca yang memberi sokongan supaya saya terus memperjuangkan isu ini. Kan ini semuanya dah jadi asam garam bagi sesiapa pun yang cuba memperjuangkan sesuatu isu! Jadi, terkejut juga bila menerima sms ketika dalam perjalanan balik ke Jitra yang mengucapkan tahniah tentang pengumuman PM hari ini (30 Julai).
Saya telah menghantar sms ini kepada Pak Menteri Pertahanan pada 30 Julai, jam 1538 '...Assalamualaikum Dato'. Akhirnya kerajaan telah meluluskan elaun untuk JPP & PTU walaupun kadarnya kurang daripada yang dicadangkan. Dan, rasa sedikit kecewa kerana KPK tidak dipertimbangkan. Namun demikian, syukur alhamdulillah. Maka, berakhirlah satu perjuangan selama 2 tahun dengan jayanya dengan adanya sokongan padu Dato'. Harap Dato' masih sedia membantu kerenah mejar tua ini. Terima kasih.'
Saya berharap ada penerima KPK yang sedia mengambil alih tugas meneruskan perjuangan yang telah saya terokai; cuba apa jua saluran agar pihak berwajib mengambil tindakan yang diharapkan. Cuba...Jangan tak cuba. Bakal penerima 'durian runtuh' pula, tak ke nak menghargai usaha saya dengan membeli buku saya...Kesian saya! Kan tak boleh kut...He...He...He.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN
Pembaca Semua....TERIMA KASIH di atas sokongan anda!
20 ulasan:
tuan...sayang sekali KPK tidak dinyatakan...jika arwah abah saya masih hidup rasanya beliau akan merasa teramat...bukan wang ringgit yang kami mahu...tetapi penghargaan daripada kerajaan...sudah lah permohonan arwah abah nak masuk ke tanah rancangan ditolak atas alasan bekas orang kerajaan ...jasa2 arwah abah dalam TENTERA pun dinafikan...ZALIM SUNGGUH KERAJAAN...MASA HIDUP..SEHINGGA KE LIANG LAHAD MASIH MASIH DIZALIMI OLEH KERAJAAN...
TAHNIAH TUAN, SAYA ADA SEMASA PENGUMUMAN DIBUATDI PD PADA 3OHB JULAI ITU. BILA PM ANNOUNCE PERKARA ITU, MY MIND STRAIGHT AWAY CLICKED TO YOUR NAME.
SEMOGA ALLAH TERUS MENGGANJARI SEMUA PAHLAWAN NEGARA DUNIA DAN AKHIRAT. DAN AGAR SLOGAN T\'RAKYAT DIDAHULUKAN' ADALAH JUGA RAKYAT 'DAHULU' BUKAN RAKYAT AKAN GENERASI BARU SAHAJA.
Segala puji pujian pada Allah Azzawajal. Yg x syioknye saya dapatmenyumbang pada gambar 'naik bukit' tu. Maka apa yg 'tersembunyi' selama ni telah 'terserlah' akhirnya. :D
Saudara Nor Ibrahim,
Manusia mesti jangan berputus asa mencuba dan Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
Saya juga turut bersyukur disamping saudara dan bos saudara yang menulis "citation" menyokong penganugerahan "PTU" dan "JPP" kepada saudara dan kawan-kawan.
Setinggi tahniah semoga saudara terus berbakti.
Salam.
Tamingsari
Tahniah tuan,
akhirnya perjuangan tuan telah tercapai. I salute you. Tabik spring 20x. Happy ending to your struggle. Nampaknya 2011 tahun tuan. Terbit buku. Keluar MHI dan akhir sekali dapat elaun. Semalam buletin utama berita tu jadi headline. Dan, nama tuan keluar tv semasa ditunjukkan senarai penerima pingat PTU dan PJP dari tahun bila tah..Tahniah, sekali lagi, perjuangan tuan menjadi inspirasi kepada semua.
Assalamualaikum....
Congrats sir....
Xxx Xxxxxxx
Assalamualaikum Mejar.
Marilah kita perbanyakan syukur kepada Allah atas berita gembira ini.Bukan mata dunia yang kita harapkan tetapi jasa-jasa wira-wira sejati yang tuan dan rakan-rakan seangkatan perjuangkan itulah terlebih utama.Pada saya,seperti yang tuan coretkan dulu,kurangnya filem atau drama perjuangan(kisah benar)menyebabkan sesetengah pihak tidak merasa keperitan menjaga keamanan negara.Saya amat berharap suatu hari nanti usaha tuan dan rakan-rakan memaparkan tragedi Gubir akan menjadi kenyataan pula.Begitu juga kisah benar perjuangan yang lain.
Assalamu'alaikum Tuan,
Tahniah tuan di atas usaha tuan.
Selamat Menyambut Ramadhan.
Tuan,
Terima kasih atas segala pengorbanan dalam perjuangan solo tuan untuk kami penerima anugerah JPK, PTU dan KPK. Walaupun kecewa dan terkilan kerana penerima anugerah KPK tidak tersenarai, saya tetap rasa bangga kerana Tuhan lebih mengetahui. May Almighty GOD Bless You.
Terima Kasih Tuan.
Salam tuan...
Bila sy baca sj cerita elaun utk penerima PTU dan JPP dlm suratkhabar minda sy terus teringat kat perjuangan tuan. Tahniah kerana segala perit getir perjuangan tuan telah berhasil. Inilah contoh perjuangan yg tidak pernah mengenal erti menyerah selaras dgn ikrar kesatria. Perkara sebeginilah yg harus dicontohi oleh org lain. Bravo Zulu sir.
Khaidir
Salam tuan,
Tahniah!!! Segala usaha gigih tuan membuahkan hasil akhirnya. Saya percaya ini merupakan langkah pertama, langkah kedua semoga KPK akan dapat juga mengikut jejak JPP dan PTU. Mungkin juga suatu ketika nanti PJM akan mengikuti sama akan diberikan elaun. Hanya takdir yang akan menentukan.
Assalamualaikum Saudara Semua,
Terima kasih. Tidak malu saya katakan, terdetik juga nak 'give up' tetapi dengan sokongan anda semua, menaikkan semangat saya untuk terus berjuang. Untuk itu, sekali lagi ...TERIMA KASIH.
Saudara Tamingsari,
Saya memang berterima kasih kepada Ketua No 3 Skuadron (Dato') kerana menulis 'citation' untuk PTU dan Pegawai Memerintah (Dato') yang 'endorsed' pencalonan tersebut ke pihak atasan. Saya tabik Dato'-Dato'.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Tahniah, Mejar. Satu inspirasi.
Salam Semua,
Tahniah buat tuan Nor Ibrahim & semua followers di atas pengumuman pemnerian Elaun untuk semua perwira, bintara & perajurit yang menerima pingat PTU & JPP di atas jasa & pengorbanan yang diberikan untuk mempertahankan negara Malaysia yang tercinta.
Ikhlas drpd JeffNSP@hotmail.com
Salam Ramadhan Tuan dan Peminat2 Blog X NuriPilot!
Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak! Syukur Alhamdulillah dgn tibanya Bulan Mulia ,Tuan dan para penerima Anugerah Bintang2 JPP dan PTU di kurniakan Allah limpahan nikmatNya.Segala jerih dan penat TERUBAT walaupun terpaksa DI CEMUH dan di ejek....Itulah perjalanan HIDUP...Jika Allah menghendaki Sesuatu itu TERJADI tiada siapa yang boleh Menentang KEHENDAKNYA...itulah Elaun Kenangan yang Tuan mohon selama ini.....Syukur banyak2 kepadaNYA!
Bekas warga RAJD- 2 orang turut menerima Imbuhan/Elaun Kenangan ...Brig Jen Dato' Pahlawan Jamil bin Tahir(Bersara)(Bekas Ketua Jurutera)dan Bekas S/Sjn Zakaria.Kedua mereka terlibat dalam Insiden Japanese RED Army menculik tebusan di Bgnan AIA di KL dlm tahun 1976 dulu.(Ni pun bahan Sejarah yang perlu di dokumenkan...)
Sebagai Pesara RAJD,bagi pihak kedua Mereka,saya ucapkan TERIMA KASIH banyak2 pada Tuan....Jazakallah!
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH2 RAMADHAN-moga2 Allah mengganjarkan kita SEWAJARNYA!
Squad,
Well done dan syabas! Akhirnya usaha squad berjaya juga.
Syukur Alhamdullilah.
Salam Tuan,
Pertamanya tahniah di atas kejayaan perjuangan Tuan, inilah rezeki dan berkat bulan ramadhan....
Tahniah juga diatas pelancaran buku Tuan ( Coretan Xnuripilot ) oleh PTU dan Menteri Pertahanan.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan Tuan iaitu Tuan Robert Rizal di atas kejayaan 'Op Ngerapuh' dan 'Op Mai Pulai'.
Rozaimi ( PACKK )
Saudara Semua,
Terima kasih.
Saudara Basri,
Terima kasih. Saya telah menghubungi Dato Jamil mencadangkan beliau menceritakan kisah Red Army. Memang benar ia sudah disiarkan dalam program Astro tapi tidak diabadikan dalam buku. Mungkin satu hari nanti saya akan ke Permaipura untuk mendapatkan cerita sekiranya beliau bersetuju. Terima kasih juga kerana di atas 'desakan' saudara, beliau telah memesan 3 buku.
Salam Ramadha Tuan!
Syukur juga beliau beli 3 buah....bolehlah jadi promoter ?????
Minta saja beliau ceritakan ...moga2 menjadi Bahan yang Baik!Insyaallah.
salam tuan, mungkin tuan kurang promosi punca buku2 tuan tidak mendapat sambutan. trend2 negara2 membaca buku ni slalu depa akan wat talkshow, radio talk, book review oleh keratan surat khabar dan majalah sblm melakukan upacara perasmian buku itu sendiri.
kiranya ni dilakukan utk menarik minat dan perhatian org ramai. seperti trailer2 movie yg ringkas dan padat. lebih kurang begitulah.
Catat Ulasan