Pengikut

Isnin, 11 Julai 2011

Penerbangan Terakhir Dari Saigon

Jatuhnya Saigon (Ho Chi Minh City)....

Pelarian menaiki helikopter di 'LP' atas bumbung Kedutaan AS

Bagaimana pula warga Malaysia yang berada di Vietnam Selatan ketika itu, termasuk Kol Borhan Hj Ahmad (xPAT)? Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk membawa mereka kembali ke Malaysia?  

Tugas ini dipikul oleh No 4 Skuadron, TUDM Kuala Lumpur. 2 buah pesawat Dart Herald telah ditugaskan untuk melaksanakan misi ini: hanya sebuah pesawat sahaja yang terbang ke Saigon manakala sebuah lagi 'stand-by' di Kota Bahru untuk mengambil alih pesawat yang berada di Saigon sekira pesawat tersebut mengalami kerosakan. Ikutilah kisah penerbangan terakhir bagi pesawat TUDM ke Saigon sebelum bertukar nama kepada Ho Chi Minh City sepertimana yang tercatat dalam majalah 'Perajurit' keluaran Julai 2011....


Satu bahan sejarah untuk TUDM.

Terkini....Saya difahamkan bahawa ada pihak tertentu yang sedia menaja untuk menerbitkan buku tentang pengalaman-pengalaman wira-wira (bukan wira sukan) seperti yang  diceritakan oleh Mejar Dato' Salehuddin - "SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN". Pihak tersebut mencadangkan biarlah ada cerita sekurang-kurangnya 4-5 wira. Saya pasti ramai di luar sana ada banyak cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Apa kata anda ceritakan kisah yang tak didendangkan itu supaya dapat diabadikan dalam sebuah buku. Sekurang-kurangnya generasi akan datang mengetahui tentang pengorbanan para veteran di suatu ketika dulu. E-melkan kepada saya, kalau ada gambar, rajah, dll, lagi baik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman,

saya tertarik dengan attachment dalam entry Penerbangan Terakhir Dari Saigon yang dipetik daripada majalah Perajurit. Namun makin tertanya saya dibuatnya kerana adakah Malaysia semasa Perang Vietnam sedang berlangsung terlibat sama dalam konflik tersebut? apakah peranan yang Malaysia mainkan di Vietnam Selatan pada masa itu?...mungkin kah khabar angin yang kadang kala kerap saya dengar (sumber tak pasti kesahihan nya) tentang penglibatan tentera Malaysia terutama pasukan Komando kita dalam membantu tentera Amerika / Vietnam Selatan untuk menjejaki komunis Vietnam Utara dan Vietcong? Itu sahaja persoalan saya :) (Medical Imaging Technologist a.k.a juru x-ray)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Maaf. Mungkin saya silap. Setahu saya ATM tidak terlibat dalam peperangan di Vietnam. Mungkin kita akan Atache Tentera di Kedutaan.