Pengikut

Ahad, 4 September 2011

Di mana Ada Kemahuan....

Saya tabik spring kepada Saudara Jamal Md Yunus di atas kejayaannya sebagai seorang usahawan sepertimana yang dilaporkan.....

Para penganggur termasuk siswazah...Mengapa tidak jadikan pengalaman usahawan ini sebagai ikon untuk berjaya dalam kehidupan sementara ini? Lihat, walaupun tanpa segolong kertas daripada mana-mana IPT sekali pun, beliau berjaya memiliki kereta idaman kebanyakan penghuni negara, termasuk saya. Teringin juga nak memandu Ferrari...He...He...He.

Kalau beliau boleh berjaya....Mengapa anda tidak? Apa gunanya ilmu yang ditimba di IPT sekiranya tidak dipraktikkan? Segolong kertas itu tidak menjamin apa-apa sekarang ini, kecuali kelulusan tertentu sahaja seperti doktor. 

Saya melanggan akhbar di sebuah kios berhampiran dengan rumah....


Terfikir juga mengapa sipenjual, seorang perempuan, hanya menjual surat akhbar sahaja. Saya perhatikan beliau berada di lokasi mulai jam 0730 hingga 1100, ada kalanya sehingga jam 1230. Beliau masih menjual sehari sebelum Hari Raya dan buka semula pada Raya ke-3. Apabila ditanya tentang komisyen, beliau memaklumkan beliau diberi antara 15-20 sen (20 sen untuk hari minggu) bagi setiap akhbar yang dijual.  Jumlah akhbar diterima daripada pengedar tidak sampai 100 naskah pada hari berkerja: hanya hari minggu melebihi 100 naskah.  Andaikan purata jualan 100 naskah sehari dan komisyen 15 sen, ini bermakna pendapatan sehari ialah RM15.00. Jawapan kepada soalan saya mengapa tidak menjual kuih-muih dan nasi lemak ialah nanti pemilik kios di sebelah akan marah kerana warong mereka menjual makanan dan minuman. Mengapa tidak pindah ke lokasi lain? Susah...Ini hanya seronok-seronok saja kerana suami  mempunyai kedai di Taman Serina yang turut menjual akhbar. Jadi, shut-up sajalah dan tiada lagilah nak jadi Pak Penyebuk.

Para penganggur yang masih mencari pekerjaan....Semunya terpulang kepada anda untuk menentukan arah haluan yang anda kehendaki. Susah-senang hanya anda yang akan tanggung...Tepuk dada tanya selera.

6 ulasan:

MOHAMED berkata...

Salaam Hari Raya Tuan Nor.Setuju benar dengan pendapat Tuan.Generasi baru tidak mampu berpeluk tubuh dan hanya mengeluh dengan nasib diri dan menyalahkan orang lain dalam dunia yang semakin kompetitif sekarang.Masaalahnya generasi baru ni dilahirkan zaman senang,dan masih nak lagi senang,sedangkan orang lain sudah melangkah jauh kehadapan.Dengan mengharapkan segulung ijazah untuk menjamin masa depan belum tentu tanpa skil2 kehidupan yang lain seperti skil komunikasi serta IT dan sikap ingin belajar yang positif terhadap isu2 kehidupan seperti karier,kesihatan,keluarga,dll.Cuma menyingkap sedikit tirai pengalaman saya cuma SPM 3,tapi mampu dibayar gaji lima angka,serta insentif2 lain yang diimpikan oleh ramai pemegang ijazah kita,Alhamudlillah syukur tak terkata atas nikmat Allah.

KANG LATEP berkata...

ish-ish ingatkan saya saja tertarik dan terpaku dengan kandungan artikel ini..sungguh kagum dengan beliau ikuti ulasan peribadi saya esok...kalau sudila..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Mohamed,

Terima kasih. Apa kata anda e-melkan tentang kejayaan untuk saya siarkan dalam blog ini. Tujuannya agar ia dapat memotivasikan golongan yang masih mencari-cari pekerjaan.

Saudara KANG LATEP,

Saya akan baca ulasan anda nanti, insyaAllah.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Aidil Fitri...

Anak muda zaman sekarang terutama baru lepas pengajian di IPTA/IPTS lebih gemar makan gaji daripada berniaga kecil-kecilan yg mungkin boleh menjadi besar-besaran.

Bila makan gaji pulak, mereka lebih berminat utk kerja-kerja pejabat di sektor awam skalipun bergaji rendah. Ini jelas klu dilihat di dalam portal JobMalaysia.

Sektor swasta pula menawarkan gaji permulaan yang tinggi tapi pengalaman saya menemuduga mereka, dari 10, 9 tak layak skalipun semua ada ijazah. Faktor utama adalah komunikasi & daya pemikiran kritikal kerana sektor swasta memerlukan sesuatu keputusan dibuat dgn cepat dan tepat selepas analisa SWOT.

Lagipun skrg ni, any dick, tom & harry boleh belajar di IPTA/IPTS skalipun gred SPM rendah kerana pendidikan telah menjadi barang komoditi yg menguntungkan. Janji ramai student maka tinggilah untung IPT terutama swasta. Mcm Tuan kata lor "Quantity - yes, quality - don't ask"

Zaman mereka zaman senang. Lahir ke dunia saja, semua disediakan sebab itu mereka tidak tahu jadi independent sampaikan ibubapa pun nak kena tolong carikan pekerjaan utk mereka.

.

FMZam berkata...

Sorilah kalau saya tulis ni akan buat orang merah telinga dan memaki hamun. Pada saya cerita kejayaan sesaorang yang berjaya hidup mewah senang lenang hasil titik peluh menjalankan perniagaan itu memang saya kagumi kerana terdapat ramai bekas2 tentera yang telah menjadi contoh baik untuk diteladani dan dijadikan motivati. Apapun kejayaan itu mesti ada harga yang perlu dibayar untuk berjaya dan kalau Mohammed sambut kata Tuan NIBS untuk menceritakan kejayaannya yang SPM3 tapi diberi gaji 5 angka (makan gaji, bukan berniaga) maka kalau tak disambut kata Tuan NIBS tu, saya tertanya2 apa agaknya kerja si Mohamed ni, untuk diberi gaji sebanyak itu, padahal lebih murah digaji siswazah yang lebih tinggi kelulusannya dari menggaji seorang bekas tentera yang semakin tua semakin mahal, kecuali, saya ulang KECUALI, dia mempunyai cara yang hanya dia saja boleh lakukan untuk mendatangkan keuntungan kepada syarikat yang memberi dia gaji sedemikian rupa. Umpamanya, ada ramai bekas2 tentera, bekas2 jeneral, bekas2 pegawai tinggi askar yang berkerja dengan syarikat2 yang berurusan dengan tender2 ATM, yang sentiasa berjaya mendapat tender, maka saya tidak hairanlah kalau kelulusan tak seberapa tapi gaji mengalahkan menteri, cuma, CUMA apakah itu mahu dikongsi sebagai cerita untuk dijadikan teladan dan motivasi?

Maaflah Mohamed bukan saya irihati dengan kejayaan kamu tu tapi kalau kamu sudi berkongsi biarlah cerita kejayaan kamu itu cerita yang berkualiti seperti kata sdr Kamal.

Anak Perelih berkata...

sebenarnya budaya minda/pemikiran kita orang melayu ni bila cakap nak berniaga, ramai akan nampak negatif... terutama ibu bapa.. kalau boleh nak anak kerja makan gaji dengan kerajaan... "terjamin masa depan" sebab ada pencen... itu pengalaman dalam keluarga saya sendiri bila saya cuba masuk lapangan "pertanian itu satu perniagaan"... satu lagi , kalau sekali gagal/tidak berjaya dalam perniagaan.... terus dilebel akan gagal selamanya... "orang melayu tak boleh berniaga"...

Terdapat orang Melayu asyik compare/marah orang cina dah menguasai ekonomi negara... tapi kalau tak masuk bidang perniagaan ni, sampai bila kita nak kejar mereka? takkan nak suruh mereka stop supaya kita dapat kejar mereka kut? Kita harus menukar minda orang melayu supaya memiliki minda perniagaan dan jika berniaga pun , jangan harap kepada kontrak kerajaan semata... go for the public market... macam peniaga cina... kalau dok harap kontraks kerajaan, selalunya kena ada link/kabel politik... kalau kabel tu terputus akibat orang politik tu dah jatuh (walaupun sama parti) ATAU orang lain naik memerintah, kan business lingkup... ramai ahli perniagaan melayu yang dok harap kontraks kerajaan macam ni dah lingkup dah...

untuk mengubah minda orang melayu ni saya rasa satu pekerjaan yang payah dan mengambil masa... dulu MECD siap buat kursus skim usahawan siswazah... tujuan utama kursus ini bukan untuk melihat peserta terus buka perniagaan lepas habis kursus, tapi untuk menukar minda inilah dan seterusnya membuka perniagaan kemudian...

oleh itu saya rasa bukan minda siswazah sahaja yang perlu diubah.. tetapi juga minda keluarga mereka.. kerana jika siswazah ada minat nak berniaga tetapi tak digalakkan/ ditentaang oleh keluarga kerana kerja kerajaan lebih terjamin, tak jadi juga...

itu pandangan saya dalam isu siswazah berniaga ni...