Pengikut

Selasa, 11 September 2012

Tiada Rekod!!!

Saya terima emel berikut yang jelas maksudnya...
From: Bazlie Lei
To: "nibsny@yahoo.com"
Sent: Monday, 10 September 2012 2:15 PM
Subject: Arwah Hassan b Mustapha - 3RAMD - 1076
Assalamualaikum, saya Abd Bazli b Ismail, mewakili ayah saya - Ismail b Mustapah ingin mendapat maklumat mengenai arwah abgnya - Hassan b Mustapha yg gugur dlm pertempuran di Baling Kedah dalam tahun 1976. Lokasi saya kurang pasti tapi difaham arwah pak ngah saya meninggal kerna terkena booby trap yg menebusi bahagian leher dan badan. Juga difaham arwah akibat ledakan boom yg turut mengenai 02 orang rakan sperjuangan yg difahamkan msh hidup pd masa itu. Arwah dikatakan meninggal dalam helikopter . Arwah telah disemadikan di tanah perkuburan orang Islamdi Sg Baong Miri, Sarawak. Ayah menceritakan bahawa dlm tahun 1980'an 3RAMD telah berpindah ke Miri, Sarawak dan ada anggotanya menziarahi datuk saya - Allahyarham Mustapha b Mohd ALi di Kpg Hj Wahed, Miri. Atok saya seorang guru silat di Miri. Saya mohon jasa baik pihak tuan jika ada rakan seperjuangan arwah pak ngah, kami ingin sgt nak berhubung. Laman sosial fb ayah saya   Ismail John atau hp ayah 017 8090887 atau ibu saya Zainab Semail 016 8094798. Saya ucap ribuan terima kasih.

Blog simejar pencen ni dah jadi ruangan 'jejak kasih'...Eh...Eh...Eh. Tak apalah, orang nak minta tolong...tolonglah mana yang termampu! Saya telah menghubungi seorang kenalan di 6 RAMD berkenaan perkara ini. Beliau telah menyarankan saya menghubungi 'squad-mate'nya di 3 RAMD, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Saya pun menghungilah pegawai berkenaan dan menceritakan hasrat Saudara Abd Razli. Bagi tujuan itu, saya telah memanjangkan emel di atas kepadanya, 'cc' kepada pengirim, untuk tindakan selanjutnya. Pegawai tersebut berjanji akan cuba membantu, insyaAllah.

Juga, saya telah melayar laman sesawang 3 RAMD. Terdapat Persatuan x3 RAMD di bahagian utara yang memaparkan nama dan # telefon ahli-ahli persatuan. Apa lagi, saya pun menghubungi seorang mejar (B) selaku 'Penasihat'. Dipendekkan cerita, beliau memaklumkan bahawa insiden yang melibatkan arwah Hassan bukannya di Baling, tetapi di kawasan operasi Gubir. Ketika itu, unit berkenaan beroperasi di Mong Gajah. Arwah adalah anggota Kompeni 'Bravo'. Maklumat ini turut saya maklumkan kepada pegawai di Lok Kawi bagi memudahkan beliau membuat semakan.

Xmejar berkenaan juga menceritakan anggota-anggota unitnya yang terkorban dalam tragedi 26 April 1976. Ketika itu beliau hanyalah seorang Lt M dan berada di Mong Gajah. Arwah Lt Ibrahim dan arwah Sjn Khamis Dolmat telah menaiki Nuri di LP untuk membawa mereka keluar ke Gubir. Kedua-dua mereka akan menghadiri kursus mortar. Beliau telah mengiringi jenazah Sjn Khamis balik ke Melaka untuk disemadikan. Berlandaskan kepada maklumat ini, saya berpandangan arwah Hassan terkorban pada Mac - Apr 1976, wallahualam.  

Para pembaca....Sekiranya sesiapa mengetahui insiden jerangkap samar berkenaan, apa kata emelkan kepada saya untuk disiarkan dalam blog ini. Marilah kita kongsi bersama pengalaman yang tak terhingga nilainya daripada terkubur dengan jasad apabila tiba masanya nanti. Perkayakanlah khazanah sejarah negara untuk tatapan  generasi akan datang. Jangan salahkan rakyat 100% sekiranya mereka tidak menghargai pengorbanan kita kerana kita 'menyembunyi' bahan sejarah itu sendiri. Subjek sejarah yang dipelajari di sekolah hanya menceritakan sejarah secara 'makro': 'perencah' cerita datang daripada individu yang terlibat. Mana orang nak tahu kalau kita sendiri 'segan' menceritakannya. Fikir-fikirkanlah!!

Terkini: Hari ini, 11/9...

1. Terima emel daripada Saudara Abd Bazli, petikan '...Terima kasih. Saya hanya surf info melalui internet coz kta tidak ada maklumat . Saya ucap jutaan terima kasih.' Satu kepuasan bagi saya kerana dapat membantu seorang hambaNya....Alhamdulillah.

2. Terserentak juga bila pegawai 3 RAMD terbabit memaklumkan bahawa tidak terdapat sebarang rekod dalam simpanan unit berkenaan insiden jerangkap samar yang mengorbankan arwah Hassan dan juga arwah Lt Ibrahim dan Sjn Khamis Dolmat yang terkorban dalam nahas Nuri pada 26 April 1976 di Gubir.  Beliau akan menghubungi Sekretariet RAMD untuk mendapatkan kepastian. Saya menyarankan beliau menghubungi Penasihat Persatuan x3 RAMD untuk mendapatkan cerita selanjutnya, wallahualam

3. Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

2 ulasan:

Arunzab berkata...


Saudara Nor,
I wonder how many soldiers are out there who need help in form of information of their loved ones who have passed away. Then there are those who seek redress for not being rewarded for action in service / not getting their pension. etc,etc. You will remember the case of Capt Mukhtiar Singh and L/Cpl.Rani in which I was involved.
In case of Mukhtiar I managed to convince the authorities to give him an ex gracia and he was paid RM.37.000/ as for Rani due to lack of records his case was dismissed.

I would like to suggest that with your excellent credentials could you talk to Pengarah Veteran Dept. to appoint a small cell in Vet.Dept to handle all such cases . The reason I say this is that they have the manpower and the clout to it. In future all such cases could be directly channelled either by the individual himself or through their respective state Veteran Associations to this cell. I don't really know how workable this idea is but perhaps it is worth a try.









Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Arunzab,

Thank you. Sure I remember the case of Capt Mukhtiar Singh and Pte Rani. I hope something is being done to ensure official documents are properly recorded. I'm sure we learnt a bitter lesson when we lost Pulau Batu Putih.

I'm flattered with your statement on my 'rapport' with the decision makers. Frankly, I don't think I'm in their good book. A nuisance....yes!

By the way, I'd forwarded your email to KP JHEV. To date, no news.