Pengikut

Khamis, 18 Oktober 2012

Jadikannya Tanggungjawab Kita Bersama

11/10/2012, jam ~1700, saya tertonton separuh jalan Berita Wilayah di TV1 tentang seorang veteran, Pbt Zamri Bin Hassan, yang terlantar dek masalah kesihatan. Hanya pada 14/10, setelah menghubungi Angkasapuri,  saya berjaya menghubungi jiran beliau, Pbt Shaarani, bagi mendapatkan butir si pesakit. Saya telah menghubungi Shaarani di Kpg Memali untuk mendapatkan butir-butir veteran berkenaan.

Dengan adanya sedikit sebanyak maklumat tentang pesakit, melayanglah emel berikut kepada KP JHEV...

From: nor ibrahim sulaiman 
To: KP Veteran 
Sent: Sunday, October 14, 2012 9:10 PM
Subject: 1050170 PBT ZAMRI BIN HASSAN

Assalamualaikum Dato',

Semasa menonton Berita Wilayah pada 11/10/2012, jam 1800, telah tersiar kisah veteran perkara tajuk. Beliau sekarang ini terlantar disebabkan lumpuh di sebelah kiri badan. Sebentar tadi, saya telah menghubungi jirannya untuk mendapat butir anggota berkenaan:

1. Unit terakhir: 19 RAMD, Kem Lapangan Terbang, Sg Petani.
2. ROD: 1994.
3. Tempuh berkhidmat: 13 tahun.
4. Alamat: Kpg Memali              
    Mukim Siong              
    Baling, Kedah Darulaman

Untuk mendapat butir selanjutnya, sila hubungi jiran beliau, Pbt Shaarani (B), juga x19 RAMD, di 019-4627433.

Kerjasama Dato' memberi apa jua bantuan bagi meringankan bebanan anggota tersebut sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Melalui pengalaman, saya yakin Pak Jeneral ini akan mengambil tindakan sewajarnya kerana beliau prihatin terhadap kebajikan para veteran. Ini terbukti apabila saya terima emel berikut daripada beliau...

Salam Tuan. Tkasih di atas maklumat tsb. Semalam saya telah mengarahkan Pgh Jhev Kedah utk susuli kes berkenaan.

17/10....Saya telah menghubungi Pbt Shaarani bertanyakan sama ada wakil JHEV datang menziarah sipesakit. Alhamdulillah, jawapannya...'YA'. Sebagai penghargaan, saya telah menghubungi KP JHEV untuk mengucapkan TERIMA KASIH.

18/10...Saya telah menghubungi CO 19 RAMD Mekanize di Kem Lapangan Terbang, memaklumkan bahawa xanggota rejimen beliau sedang menghadapi masalah kesihatan. Manalah tahu, mungkin beliau atau warga rejimen dapat melapangkan masa untuk 'jengok-jengok' pesakit. Saya pasti si pesakit akan sungguh terharu sekiranya menerima kunjungan daripada xrejimen beliau...Satu penghormatan.

Sesiapa yang nak bersedekah, nombor akaun Maybank ialah 152040373168 diatas nama MOHD KHAIRUL ANUAR (anak). Kalau ada lebih-lebih tu, huloq-huloq le!

Para Veteran...Saya difahamkan Pbt Zamri terpaksa meluahkan masalahnya melalui media massa kerana jahil tentang kewujudan JHEV. Adalah tidak adil menyalahkan JHEV semata-mata kerana tidak menyedari masalah veteran berkenaan. Manalah hanya 2 orang pegawai dan seorang pemandu agensi tersebut boleh berkejar ke sana, berkejar ke sini, yang merangkumi 3 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah dan Perlis - dengan ~50k veteran! Sepatutnya kita sendiri perlu menghubungi mereka. Atau pun, bila mengetahui ada veteran yang menghadapi masalah, maklumkan kepada JHEV.

KP JHEV....Terima kasih diatas keprihatinan Dato'. 

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Sir,
Thank God there you are again with you noble deed.Indeed it is true that JHEV is understaffed,but nevertheless they acted quite fast.Ini yg saya malas ni balik balik nak hemtam PBPM.Ahli ramai sampai peringkat cwg takkan lah berita macam ni tak sampai kat diorang'.Salam

Tanpa Nama berkata...

Maj Nor ,

God bless you.
You have helped so many individuals with your blog.I salute you ,,,not many higher up officers will do what you are doing here ....helping the less unfortunate. I think i speak for all who read your blog "terima kasih"

Tanpa Nama berkata...

PBTM or ini kerja JKKK?
Kedua dua sama 2x5, 5x2 hahahah.
Tuan Nor juga jadi talian hayat.
Syabas tuan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara-Saudara Semua,

Terima kasih. Kita perlu membantu mereka yang memerlukan bantuan. Itu masa mereka. Satu-satu hari nanti, mungkin kita juga terpaksa meminta bantuan pula, wallahualam.

Ini respons KP JHEV kepada coretan berkaitang yang saya 'forwardkan' kepada beliau '....Salam Tuan, tq for your acknowledgment of JHEV's response to Pbt Zamri's case. Saya tiada masaalah dgn veteran yg membuat aduan melalui akhbar sebab mungkin beliau tidak tahu tentang kewujudan JHEV ataupun keliru dgn peranan yg di mainkan atau tidak di mainkan oleh persatuan/ pertubuhan veteran/bekas tentera. Saperti yg selalu saya katakan bahawa JHEV tidak dpt membantu sekiranya kami tidak tahu atau tidak di maklumkan tentang veteran yg memerlukan bantuan. JHEV sebagai pusat hentian setempat tidak mampu mengetahui keadaan veteran veteran di seluruh negara dgn staff yg tidak ramai di pej pej negeri. JHEV perlu bantuan dan kerjasama dari persatuan2 veteran, ahli keluiarga ataupun rakan taulan dan 'good samaritan' spt Tuan utk kami bersentuhan demi membantu mereka yg memerlukan. Selagi yg terdaya dgn peraturan yg membolehkan JHEV akan sentiasa berusaha utk membela veteran yg perlu bantuan. Insyallah.
Sekali lagi Tuan, terima kasih'.

Bantulah beliau untuk membolehkan beliau membantu mereka yang memerlukannya.