Pengikut

Khamis, 11 Oktober 2012

Serang Hendap Di Ulu Kinta - Sungguh Ironis Sekali

Sambungan daripada coretan di sini.

Sebelum tiba di persimpangan dimana trup berpecah kepada 2 kumpulan, Lt Zainal mendapati kesan pergerakan musuh masih baru. Justeru,beliau telah mengarahkan anak buahnya menanam sebahagian rangsum. Ini bagi memudahkan pergerakan mereka mengejar PK.   Kebiasaannya, purata berat 'haversack' anggota komando ialah lebih kurang 30 kg. Beban ini terpulang kepada tempuh sesuatu operasi. Mengambil keluhan seorang mantan komando, seorang operator radio, ketika mendaki bukit, boleh dikatakan dagu hampir mencecah kepala lutut. Dan apabila berehat pula, kebiasaannya mereka tidak sanggup untuk duduk kerana menghadapi masalah untuk berdiri nanti. Jadi, terpaksalah mencari pohon/batang pokok untuk menyandang haversack sambil berdiri! Itu belum mengambil kira set radio yang terpaksa dipikulnya. Dengan pengurangan bebanan dan waktu malam makin menjelang, mereka 'lari anak' menjejaki musuh.

Anjing baka Labrador, Ben, yang bersama dalam kumpulan Lt Zainal, tiba-tiba berhenti dan duduk. Ini bererti Ben telah menghidu kehadiran musuh. Memang tepat sekali beberapa saat kemudian....bang...bang...bang. Mereka dihujani oleh peluru daripada musuh yang berada di atas bukit. Tindakan Ben telah menyelamatkan anggota kumpulan tersebut kerana tidak ramai yang berada dalam zon pembunuhan (killing zone) semasa diserang hendap. Musuh tidak melepaskan peluang untuk menembak anjing pengesan kerana haiwan seperti Ben merupakan sasaran yang mesti dihapuskan. Kewujudan anjing pengesan sangat berbahaya kepada mereka kerana haiwan tersebut dikurniakanNya dengan pancaindera yang boleh mengesan kehadiran musuh. (Gambar hiasan).

Ketika mendapatkan perlindungan di belakang ketulan batu, Lt Zainal telah tercedera di lututnya. Namun demikian, beliau menceritakan 'tembakan musuh telah reda sedikit, dengan dibantu oleh tembakan perlindungan (covering fire) daripada Kpl Zaki, saya terus merangkak ke kedudukan Pbt Amin dan terus mengheret sambil memapah beliau ke tempat selamat. Ketika itu, Tpr Mohd Ali, yang berada di posisi No. 7 semasa roadaan, bergegas ke posisi saya untuk memberi bantuan (rajah 3).

Kpl Zaki memberi tembakan perlindungan

Selepas itu, saya bersama Kpl Zaki telah melakukan 'Frontal Assault' sambil menembak ke arah kedudukan musuh di atas bukit tersebut. Pada masa yang sama, Tpr Mohd Ali telah melakukan 'Flanking Attack' dari arah kiri musuh (rajah 4). 

'Frontal & Flanking' assault

Setelah kehabisan peluru, saya mengisi lagi dengan kelopak kedua dan terus mara sambil melepaskan tembakan ke arah musuh. Apabila saya dan Kpl Zaki sampai ke lokasi musuh di atas bukit kecil, Tpr Ali muncul pada masa sama. Kami dapati TIGA (3) orang PK terbunuh dan yang lain telah melarikan diri meninggalkan 20 beg galas (haversack) berisi pakaian dan makanan serta 2 pucuk senjata bersama sejumlah peluru.'

Di waktu yang sama, mendengar sahaja tembak-menembak itu, kumpulan Lt M Anuwa bergegas ke puncak bukit. Dalam proses memberi bantuan ini, Tpr Abu Kassim telah tercedera di siku akibat ditembak oleh musuh. 

Walaupun pertempuran masih belum reda, Lt Zainal telah memohon bantuan helikopter untuk mengambil 'casevacs'; Pbt Amin yang tercedera di lutut dan banyak kehilangan darah serta Tpr Abu Kassim. Bantuan si burung besi, Nuri, sangat diperlukan bagi menyelamatkan kedua-dua casevac tersebut sementelah hari makin gelap. Sebuah Nuri yang dikendalikan oleh Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman PGB PTU (bersara Brig Jen Dato'), Lt M (U) Raja Badrulzaman bin Raja Husain (ko-pilot) (bersara Mejar) dan arwah Sjn Abd Rahman (Kuatermater Udara) (bersara PW1) telah berlepas dari Kem Tambun ke lokasi pertempuran. Disebabkan waktu sudah hampir malam, Kapt (U) Rahim mengarahkan anggota komando untuk membakar sesuatu bagi mewujudkan asap dan juga menembak pistol 'Verey Light'. Berpandukan asap dan cahaya tembakan pistol berkenaan, kapten pesawat berjaya mengesan lokasi pertempuran. 2 orang casevac dan bangkai Ben telah dinaikkan ke dalam pesawat melalui kaedah winching. Ketika dalam proses winching, pengganas komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak Nuri tetapi tidak membawa sebarang kecelakaan. Hanya keesokan hari, sebuah Nuri telah terbang ke lokasi terbabit untuk membawa 3 mayat musuh dan juga barang-barang peninggalan pengganas komunis.

Bangkai Ben telah dibawa balik ke Pulada dan disemadikan di kubur khusus untuk haiwan yang banyak berjasa kepada negara di era insurgensi. 

Lt Zainal dan trupnya meneruskan pemburuan mereka selama lebih kurang seminggu sebelum dikeluarkan dengan Nuri balik ke Ipoh. Keberanian Lt Zainal berhadapan dengan situasi yang begitu getir diperakui oleh Tpr Mohd Ali bin Ahmad...'beliau (Lt Zainal) turut dan bertindak sebagai ketua trup yang berani dan tangkas sehingga kami berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis'. Sjn Chandan pula memberi komen terhadap kepimpinan Lt Zainal kepada Pegawai Latih beliau di Pulada....'Tuan Zainal Commando, memang berani betul'. 

Pada Mej Zainal pula,  'Kejayaan ini merupakan salah satu fakta sejarah kepada Kor Gerakhas dalam menumpaskan musuh demi pengorbanan kepada tanahair tercinta. Pertempuran ini menjadi kenangan kepada saya sepanjang hayat'.

Arwah Kpl Zaki bin Nordin (bersara Sjn) dan Tpr Mohd Ali bin Ahmad (bersara PW1) telah dianugerah PGB. Lt Zainal Abidin bin Husin (bersara Mej), Ketua No 9 Trup 1 RGK....Hanya KPK. Sungguh ironis sekali!!! Dimana silapnya atau apakah rasionalnya? Hanya pencalon sahaja yang boleh menjawabnya. Wallahualam.

Mejar Zainal Abidin (B)...Terima kasih.

NB:

1. Rujuk: PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia, Penerima S.P. dan P.G.B. JILID 2, bertajuk '9 Terup Z Skn. RGKM dalam Op Gonzales di Hutan Simpan Kinta',  halaman 26-33, oleh Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar. 

2. Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Mengapa terperanjat Trp ali dapat PGB da Lt Zainal dapat KPK? adakah kemestian yang pegawai dianugerahkan PGB?,saya telah tengok blog tuan dengan cerita tuan sendiri,mengapa tuan dan chong sahaja dapat PTU sedangkan sjn tuan dapat KPK? Sjn tuan mengalami insiden lebih dari 3kali dan dapat anugerah yang tidak setimpal dengan tugasnya sedangkan tuan hanya sekali? dimana resionalnya eh.....jangan isi bakul angkat sendiri dan tuan jangan pertikaikan anugerah Trp Ali,tuan patut pertikaikan apa resionalnya Sjn tuan dapat KPK anugerah yang tiada nilai lansung.

Veteren ATM

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Veteran ATM,

Terima kasih diatas komen anda. Saya agak terkeliru diatas tuduhan anda yang menyatakan saya mempertikaikan penganugerahan PGB kepada En Md Ali dan arwah Sjn Zaki. Ayat mana yang merumuskan pandangan saya itu? Pada saya, MEMANG MEREKA LAYAK MENERIMA ANUGERAH PERKASA TERSEBUT. Apa yang saya cuba sampaikan ialah sepatutnya Mej Zainal juga dianugerah pingat tersebut.

Untuk maklumat anda, ini petikan surat En Md Ali kepada KP JHEV pada April 2010, perenggan 2 'Walaupun peristiwa tersebut telah berlalu lebih 36 tahun yang lalu, namun dihati kecil saya sering tertanya-tanya sehingga kini kenapa ketua saya tidak disokong sebagai salah seorang penerima Pingat PGB bersama kami. Beliaulah yang sebenarnya hero ketika pertempuran tersebut dimana dengan arah beliaulah saya dan Kpl Zaki bertindak. Jika tidak tentunya perkara lain yang berlaku dan saya belum tentu memiliki apa yang saya meliki sekarang ini.' Tambahan beliau lagi (perenggan 3)'...beliau sepatutnya diberi Pingat yang lebih tinggi daripada saya jika ada kerana sememangya beliau layak'.

Saya sendiri telah menghubungi En Md Ali pada 7/10/12, jam 1843, untuk mendapat pengesahan cerita versi Mej Zainal. Beliau mengesahkan kebenaran cerita itu.

Berkenaan dengan penganugerahan PTU kepada saya, jujur saya katakan bahawa saya tidak mengetahui langsung yang saya dicalonkan. Semuanya terpulang kepada si pencalon. Saya sendiri tidak faham kenapa krew saya tidak dicalonkan. Malah, kenapa arwah Kapt Mustapha Kamal dan arwah Lt Wan Munsiff hanya dianugerah KPK. Ini semua diluar bidang anak kapal. SEMUANYA TERPULANG KEPADA SI PENCALON, IAITU, PIHAK YANG MENCALONKAN SESEORANG UNTUK DIANUGERAH SEBARANG PINGAT, wallahualam.

Arunzab berkata...


Veteran ATM, 
I have read Maj.Nor's comments very carefully and there is no where that he has indicated that the Lt Zainal should rightly be awarded the PGB over Trp Ali. He has also never questioned the well deserved award award of Trp.Ali . What he has said is that, given the part that Lt Zainal played in this incident he too should have been awarded the PGB. What is so wrong with that ?

Your comments of Maj.Nor getting a PTU and his Sgt. only a KPK is not a fair comment. It is not within his powers as to who gets what award.All awards are recommended by superior officers and decided by the awards committee. Such awards remain confidential untill the day one receives an official letter.

 Your comments that the KPK is an award that is  "tidak nilai langsong" (has no value at all) is not only an insult to all recipients but  also an insult to the DYMM.Yang Di Pertuan  Agong who awards them. I can also guess that you are not a holder of any gallantry award including the KPK other wise you will not write as you did.

 

Abah berkata...

Penganugerahan pingat keberanian adalah atas sokongan pihak atasan dan juga daripada hasil laporan yang diberikan oleh 'Commander on the Ground'. Disamping itu juga keterangan dari individu yang terlibat juga akan diambilkira untuk diberi sokongan untuk diberikan sebarang penganugerahan tertentu.

Namun demikian tidak semua Pegawai Memerintah bertindak sedemikian iaitu menyokong untuk diberikan pingat. Adakalanya Pegawai Memerintah akan memberi berbentuk lain ganjaran kepada anak buahnya seperti "Field Promotion". Ini memandangkan Kenaikan pangkat seseorang kesatu anak tangga keatas secara tidak langsung akan menaikan gaji yang akan diterimanya setiap bulan dan juga wang Pencen yang diterimanya setelah bersara. Itu adalah satu-satu caranya seseorang Pegawai Memerintah itu menghargai kejayaan anak buahnya didalam sesuatu pertempuran atau kejayaan menghapuskan musuh Negara.

Walaubagaimana pun setiap penghargaan yang diberikan itu samaada Penganugerahan pingat keberanian atau kenaikan Pangkat Medan secara tidak langsung memberi sesuatu pencapaian serta kepuasan kepada individu tersebut disepanjang perkhidmatan yang dilalui sepanjang masa bertugas dan juga setelah bersara.

Unknown berkata...

As soldiers never cross in our mind of awards.We sacrificed our lives and souls for the sake of nation and religion,so gentlemen pse do not discuss the merits of awarding the awards as it may hurt the heart of some of us who really deserved.Treat it as bonus or rezeki from ALLAH for those who had received.Salam

TAG berkata...

Salam Saudara Nor.

Saya yakin maksud Anon tentang KPK tiada nilai langsong adalah di segi monetary value sahaja. Let us not misjudge him.
While we agree that it is in bad taste to question the merits of a bravery award given to any particular person,it is wrong to ignore cases of bravery that for some reasons or other did not get the recognition they deserved.
When bravery awards now have lifelong monetary value, inevitably there will be veterans who would appeal to the authorities to review their cases. These people could have lived with the heartache and disappointment before because no money is involved. Hence they were prepared to suffer in silence and leave matters be. Some may have prematurely left the Services just to ease their pain for the injustice suffered.
With a monetary value attached to the awards now,the matter enters a different dimension.
I feel that if the political masters feel it is necessary to attach a monetary value to these awards after so many years, they should look into the appeals of veterans who want their acts of valour be reviewed either because they were not recommended for various reasons or when recommended the awards were not just.After all as Mej Nor put it, it was highly dependent on the Si Pencalon then and that alone could give rise to many possibilities if you know what I mean.
There could be many stories like Lt Zainal's (as he was then)and it is most unjust if they were just ignored.A review may not out turn a favourable outcome but one would be much happier nevertheless as his appeal had been attended to.At least then he can attribute it to 'tak ada rezeki'.

Arunzab berkata...



Salam Saudara TAG,
There is no question of me misjudging any one, the man clearly stated that " Sjn tuan dapat KPK anugerah yang tiada nilai lansung" (your Sgt recieved the award KPK which has no value at all) Are you suggesting that it is ok to say that a bravery award  by the King can be described as "tidak nelai lansung" just because it have no monetary value? For your information the PGB award was first introduced in 1960 and till 1976 no allowance was approved for it.  Does that mean the PGB award before the monetary award was approved was also "tidak nelai langsong" It is a shame that someone who styles himself as (veteran ATM) should use such degradotry language in describing an award by the King.
Also let me share my experience  for a review/ appeal of such bravery award. (Maj Nor is aware of this case) I  had appealed through the Veteran Dept / and Mindef and through the NST/ The Star for a PGB on for Capt Mukhtiar Singh who during the Emergency in the fifties had personally killed 7 CTs and got 3 CTs to surrender. I had enclosed all the old documents and letters of praise from his superiors including a dozen or so old newspaper cutting about his exploits. Yet it was turned down as I was told if they approve one case this will open the fold gates for all others who may also want a review. Bravery awards are recommended immediately after an incident following the proper channel.  I have learnt that there is no such thing as appealing for it years later. I don't know if since then any one has appealed of such an award.  Till this day as far as I know there has not been a single case in the history of our Armed Forces that an award has been approved for a belated bravery award. 
It is best that we accept our fate and accept what ever rezeki 'Allah' had given and be contented with it.
  

mohamad adel berkata...

KPK....is conferred on members of AF or RMPF for acts of gallantry deserving recognition but not to the extent of meriting a decoration.
so, kalau kita baca cerita di atas siapa yg layak dapat PGB dan siapa yg layak dapat KPK?

mohamad adel berkata...

KPK....is conferred on members of AF or RMPF for acts of gallantry deserving recognition but not to the extent of meriting a decoration.
so, kalau kita baca cerita di atas siapa yg layak dapat PGB dan siapa yg layak dapat KPK?

Alias Bin Hasan berkata...

Salam semua...

Pingat yang paling penting adalah ikhlas, tak siapa buleh nilai kecuali pencipta kita, so kita ada baiknya kita pungut pingat selepas dari alam fana ini kerana ia kekal selamanya...