Followers

Sunday, March 31, 2013

Glemer Di Hujung Senja

Eh...Eh...Eh...Dah senja-senja ni glemer pulak...He...He...He.

New Sunday Times 31/03/2013 (klik  di sini)

Ikhlas saya katakan, sebenonya bukan saya yang menghubungi NST untuk menulis tentang 'kehebatan' mejar pencen ni (macam dah tak ada orang lain yang lebih hebat...Masuk bakul angkat sendiri le. He...He...He). Wartawan terbabit, Cik Shahimah, telah menghubungi saya bertanya sama ada saya sudi ditemubual untuk rencana beliau. Jawapannya sudah pasti le ....No Problem. Bukannya kena satu sen pun dan lagi pula saya nak mencari platform untuk buku kedua saya. Jadi, pada 02/11/2012, beliau telah bertandang ke rumah saya dari KL. (Sekarang berstatus 'Puan' bermula awal 2013. Beliau mengundang saya sekeluarga ke majlis perkahwinannya di Bangi tapi saya tak dapat hadir).

Ingatkan tak disiarkan kerana dah lama bebeno menunggu. Tut..Tut...Pagi tadi  beliau menghantar sms mengatakan rencana beliau disiarkan hari ini. Kelewatan ini memang mempunyai hikmah-Nya. Mana tidaknya.

Pertama sekali, inilah masa yang sesuai untuk menyemarakkan semangat patriotisme sementelah negara menghadapi ancaman pengganas Kiram. Kisah-kisah para veteran yang menentang pengganas komunis di era insurgensi, perlu dikitar semula. Mana le tahu, mungkin dapat menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara Malaysia kita yang satu ini. Sama le macam lagu patriotik nyanyian arwah Jamaludin Alias. Sungguh teruja mendengar anak muda turut menyanyikannya. Apalah salahnya kisah-kisah pengalaman para wira diulang semula. Mungkin sekarang ramai rakyat yang nak tahu kisah wira-wira yang tak didendang itu, wallahualam.

Kedua, saya memerlukan 'avenue' untuk melariskan buku ke2 saya - "Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain". Dah lengoh mulut saya mengatakan, bukan mudah nak jual buku oleh penerbit persendirian tanpa 'nama', gelaran dan 'the right connections'. Bayangkan, buku dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis....bukan main glemer ke. Jualan? Hanya 2 naskah saja...Kesian saya. Mujur le kos ulang-alik ke Kangar tak le begitu tinggi. Pelancaran buku pertama oleh Pak Menteri di KEMENTAH, Kuala Lumpur, pada 02/08/2011, laku hanya 21 naskah saja. Tu pun beri diskaun RM10. Tak cukup nak menampung kos petrol, tol dan hotel....Memang tak berbaloi!

Saya dah menghubungi beberapa perpustakaan negeri-negeri. Sehingga kini, kecuali Perlis dan Sabah yang telah membelinya, respons lain-lain negeri, Perpustakaan ATM tak terkecuali,.....Masih tiada peruntukan! Namun demikian, saya bersyukur kepada-Nya kerana Melaka, melalui Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), telah membeli sejumlah besar. Memang melegakan. 

Apa pun, buat masa ini, keadaan tidak begitu mendesak, syukur alhamdulillah. Kalau ada rezeki, habis le buku itu nanti, insyaAllah. Janji saya perlu merancang, berusaha dan berdoa....Allah menentukannya.

YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam & Puan Shahimah....Terima kasih.

Thursday, March 28, 2013

Penempatan Semula

Menurut berita dalam tv malam semalam berkaitan 'Ops Daulat', gomen akan menutup Kpg Tanduo dan semua penduduknya akan dipindahkan ke suatu lokasi yang akan dikenalpasti nanti. Pada pemahaman saya, gomen akan mengimplimentasikan strategi ala 'Briggs  Plan' yang telah dilaksanakan di era Darurat Pertama 1947-1960 dulu.
Orang lama tentu le tahu apa dia plan ini. Kepada sesesiapa yang 'terlupa', semasa era darurat pertama dulu, Lt Jen Sir Harold Briggs, Pengarah Operasi, telah merancang beberapa strategi bagi menentang pengganas komunis (PK). Salah satunya ialah memutuskan hubungan PK dengan penduduk-penduduk kampung. Caranya ialah dengan menempatkan semula penduduk kampung-kampung yang dikenal pasti di lokasi-lokasi baharu yang dikawal rapi. Seluruh kampung dipagar dengan dawai berduri dengan hanya satu pintu 'keluar-masuk'.

Objektifnya adalah bagi menghalang PK mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, duit, dan sebagainya. Penghuni kampung dikenakan catuan makanan yang mereka boleh bawa keluar dari kampung ke ladang-ladang mereka.

Berkesan ke plan ini? Bacalah petikan 'My Side of History' oleh Chin Peng "...However, as more and more people were herded into the new villages with their high cyclone wire fencing, their barbed wire, flood light, police guards, constant searches, frequent interrogations and general restriction on movement, we realized we were nothing less than a crisis of survival" (ms 268).

Sudah pastilah penempatan penduduk Kpg Tanduo, 'kampung baru' mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan moden. Saya yakin strategi ini dapat menghindar negara dari sebarang pencorobohan oleh pengganas Kiram. Dengan kewujudan ESSCOM yang melibatkan ATM, PDRM, APMM dan lain agensi berkaitan, dan yang paling penting sekali, penglibatan rakyat sendiri, rasa-rasanya bukan mudah musuh nak mencoroboh lagi. Di laut saja, mereka perlu memboloskan diri daripada kawalan TLDM, lepas tu APMM. Di darat pula, TDM dan PDRM. Terakhir sekali, mengelak daripada dikesan oleh para penduduk.

Sejarah....Jangan sama sekali dipandang remeh. Tidak dinafikan keadaan sudah berubah. Tapi, kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah. Prinsipnya tetap sama.

Thursday, March 21, 2013

Pelancaran Buku

Dua minggu ni saya memang sibuk bebeno. Akhbar ke, tv ke, blog ke....dah tak sempat nak tengok. Member golf bukan main seronok kerana asyik depa dapat minum free kat D'Kembung. Bukannya apa, saya telah dipelawa oleh Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis (PNMNP) untuk melancarkan buku saya yang tak sepertinya itu. Kali pertama depa pelawa untuk dilancarkan pada penghujung Feb. Saya terpaksa menolak kerana buku tak siap.

2 minggu lepas, depa pelawa lagi sekali untuk dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada 19 Mac di bangunan mereka. DYTM menghadiri Majlis Perasmian "Keunggulan Naskhah Lama & Artifak Menerusi Kegemilangan Melayu". Sempena majlis tersebut, pihak PNMNP memberi peluang kepada saya. Mana boleh lepas saja peluang keemasan yang datang menggolek begitu saja. Sudah pasti jawapan.....Mahu....Mahu...Mahu. Masalahnya....Buku masih tak siap!

PNMNP nak satu naskah untuk menentukan kesesuaian ia dilancarkan oleh Tuanku. Jadi, saya 'push' PNMB untuk satu 'dummy' buku untuk dinilai oleh PNMNP. Terpaksalah berulang-alik  ke Kangar. Push punya push, akhirnya PNMB berjaya mencetak beberapa naskah, termasuk 2 naskah untuk dipersembahkan kepada Tuanku.

Program

 Aturcara majlis

Bersama Puan Norma, Pengarah PNMNP

'Bila mula menulis?'

Keberangkatan pulang DYTM Raja Muda Perlis

Saya sangat-sangat bersyukur kepadaNya keatas penghormatan yang diberikan kepada mejar pencen ini. Siapalah saya untuk mendapat pengiktirafan sebegini....sesuatu yang di luar impian saya. Syukur alhamdulillah. Saya sungguh menghargai pihak PNMNP yang tidak lupakan saya. Agensi inilah yang pertama yang membeli buku pertama dan kedua saya. Dan juga menjemput saya serta rakan-rakan sebagai pengkisah akhir tahun lepas.

Puan Norma dan semua warga PNMNP....T E R I M A   K A S I H.

Thursday, March 14, 2013

Kandungan Buku

Bila saya pi kedai nak beli buku, sudah pasti saya nak selak buku tu sebelum membelinya walaupun dah dilekatkan dengan tape...Dulu-dulu le, sekarang tak lagi. He...He...He. Tapi bila pesan buku melalui alam maya, mana nak tahu apa kandungannya....entah-entah kelentong yang lebih. Saya tak nak pembeli buku saya terkilan apabila membeli buku yang saya hebohkan satu dunia. Justeru, bagi mengelak sebarang kekesalan nanti, bio le saya secara jujur memaklumkan apa yang terdapat dalam buku itu - "Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain".

Kandungan

Sekapur Sireh

Kata Alu-Aluan

Dari awal lagi saya dah katakan buku ini adalah kompilasi coretan yang terdapat dalam blog saya. Ini bermakna selain 1 nukilan pendek saya, saya membukukan kisah-kisah para veteran. Saya telah meminta kebenaran daripada tuan empunya cerita. Nak tahu ceritanya, klik saja di'link' berikut, itu saja. 
  • Pendahuluan: Di sini.
  • Bab 1: Di sini. 85 gambar. Termasuk komen-komen oleh Lt Kol Basri Omar (7/7/2010), Anonymous (7/7/2010), Trooper_knife (7/7/2010 & 15/4/2011), Kamal Sanusi (8/7/2010 & 28/3/2011), mangchikla (9/7/2010), FMZam (9/7/2010), Jibeng (11/7/2010), azlee (13/7/2010 & 1/10/2012), Anonymous (28/7/2010), abu muza (28/7/2010), Marniyati Mohd. Nor (20/10/2010), ~me myself~ (26/12/2010), Aiey Aziz (17/5/2012), nur_emyinda12 (25/8/2012 x 2, 10/9/2012, 27/9/2012, emel 1/10/2012), SENAPANG PATAH (27/9/2012), CharliePondok (27/9/2012), Arunzab (28/9/2012), bob villa (28/9/2012), Anonymous (28/9/2012), emel Siva Velu (27/9/2012), 2 x emel Johari Ahmad, Arunzab (30/9/2012 & 4/10/2012)), muhd akmal (1/10/2012), Anonymous (1/10/2012),  Sham@Kumai@KG@Jack (4/10/2012) dan F (4/10/2012). 
  • Bab 2: Di sini.
  • Bab 3: Di sini. Diedit sikit. 
  • Bab 4: Di sini.
  • Bab 5: Di sini. Termasuk komen oleh Lt Kol Robert Rizal & FMZam.
  • Bab 6: Di sini.
  • Bab 7: Di sini.
  • Bab 8: Di sini.
Sekarang terpulanglah kepada para pembaca blog yang saya hormati sama ada nak beli atau sebaliknya. Mungkin minggu depan kesemua 1500 naskah yang dicetak akan siap, insyaAllah.

Sunday, March 10, 2013

Bersatu Demi Negara

Saya beno-beno menyokong PM bahawa Malaysia tercinta ini akan mempertahankan walaupun seinci buminya dicerobohi. Memang sedih diatas gugurnya 8 orang pahlawan negara dek angkara kedurjanaan para pengganas yang begitu zalim. Namun demikian, saya sungguh terharu apabila melihat gambar ini....

Utusan Malaysia 9/3/2013
....Mana tidaknya, lihat saja bagaimana golongan muda, dengan semangat yang membara, menyanyikan lagu 'Barisan Kita'. Tragedi ini telah menyemarakkan semangat majoriti rakyat Malaysia, syukur alhamdulillah. 

Saya dah berbuih mulut dan sampai nak kematu jari-jemari mengetuk keyboard komputer dalam usaha mengetengahkan saranan kepada gomen agar proses memupuk kecintaan terhadap negara sepatutnya berterusan...bukannya bermusim/on-going process, not seasonal. Tapi apakan daya, siapa nak layan si mejar pencen ini...kesian saya! 

Pada 8/3, saya telah menghantar emel kepada Pak Menteri Penerangan. Petikan...'Saya berbangga dengan ketegasan kerajaan dan kewibawaan Pasukan Keselamatan menangani pencerobohan terhadap negara tercinta ini oleh para pengganas yang tidak berhati perut. Walaupun sedih diatas kematian 8 orang wira negara, namun demikian, pada pemerhatian saya, insiden ini telah menaikkan semangat patriotisme di kalangan majoriti rakyat, syukur alhamdulillah.

Sebagai seorang veteran, saya dan beberapa rakan seperjuangan sedia menyumbang tenaga melalu acara pengkisahan. Sekiranya agensi-agensi dibawah KPKK berhasrat menganjur majlis tersebut, kami sedia menceritakan pengalaman kami di era insurgensi, jika diundang.'  

Saya tidak kisah sama ada Pak Menteri atau pembantunya 'sedar' adanya emel tersebut. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Sebagai seorang pesara, ini sajalah yang termampu saya lakukan. 

Wednesday, March 6, 2013

Nostalgik

Bila menonton berita di tv malam semalam yang menayangkan gambar wira-wira yang terkorban  dalam 'Ops Sulu' dan 'Ops Daulat' dengan berlatar-belakang tiupan 'bugle', sungguh menyayat hati mejar pencen ini. Manakan tidak, ia mengimbaukan semula pengalaman ketika berkhidmat di 70'an dulu.

Semasa bertugas sebagai Pegawai Gaji di 7 RAMD, Pengkalan Chepa, Kelantan, salah satu tugas saya ialah memaklumkan kepada waris-waris apabila gugurnya wira-wira kelahiran Kelante. Di waktu itu, Tentera Darat bertungkus-lumus dalam operasi menentang pengganas komunis, termasuk unit saya. Para pegawai kompeni terlibat dengan operasi manakala saya hanya tinggal di kem. Lagi pula, unit ini satu-satunya unit di seluruh negeri tersebut ketika itu; markas 4 Briged di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang. Justeru, 7 RAMD dipertanggungjawabkan untuk memaklum dan mengurus pengkebumian wira-wira yang terkorban di Kelantan.

Bayangkan perasaan keluarga, baik ibu-bapa atau isteri dan anak-anak, apabila terdengar suara memberi salam di waktu dinihari. Dengan menaiki Land Rover dan berbush-jacket dan songkok, saya pergi ke rumah kaum keluarga yang kebanyakannya di kampung-kampung, untuk menyampaikan berita yang menyedihkan! Mereka boleh meneka berita yang akan didengari. Belum sempat nak memaklumkan, ada yang terus menangis. Bila jenazah tiba pula, saya akan turut berada di tanah perkuburan dimana arwah disemadikan, tak kira waktu. Kadang-kadang jenazah dikebumikan jam 2-3 pagi. Sungguh menyayat hati.

Melihat pula F18 berterbangan dan gambar 'the old but faithful' Nuri yang masih setia  menyumbang bakti....

Utusan Malaysia 6/3/2013

.....mengingatkan saya operasi-operasi yang dilancarkan di Gubir dan Kroh. Selama 6 hari terturut-turut, pesawat F5 dan Tebuan telah mengebom kem pengganas komunis di kawasan operasi Gubir. Selepas itu, barulah 1 skuadron komando diterbangkan oleh 4 buah siburung besi. Di Kroh pula, sebelum Nuri mendarat di LP, Alouette gunship akan straff kawasan yang telah dikenalpasti.  Malah, dalam usaha menyelamatkan seorang casevac 6 RAMD, F5 telah memuntahkan beberapa bom dan roket, diikuti dengan ratusan butir 20mm mesin-gan gunship. Kemudian, barulah  'talian hayat' ini terketar-ketar mendarat. Dan soldadu itu selamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang.  Kini, si 'Cepung' ini tidak lagi berperanan sebagai gunship, hanya digunakan untuk latihan penerbangan di Kolej Tentera Udara. 

Sebagai seorang rakyat negara tercinta ini, saya memang sangat marah dengan pengganas yang tak berhati perut. Dah le menceroboh negara orang, lepas itu menzalami jenazah pula. Dimanakah sifat-sifat kemanusiaan dan sebagai orang Islam? Saya berharap krisis ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme rakyat negara ini dan janganlah ada sesiapa yang cuba memperlekehkan pengorbanan warga Pasukan Keselamatan. HARGAILAH MENGORBANAN MEREKA KERANA PENGORBANAN MEREKA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARALAH KITA DAPAT MENIKMATI APA YANG DIKECAPI SEKARANG INI!!!!

Kepada wira-wira yang terkorban yang beragama Islam....Al-Fatihah.

Saturday, March 2, 2013

Tragedi 1 Mac 2013

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un انا لله وانا اليه راجعون


Satu sejarah hitam negara angkara Pencerobohan Lahad Datu yang mengakibatkan....

2 'bodevacs' 

 dan 3 'casevacs' anggota VAT 69

Dengan mandat yang diberikan oleh pihak tertinggi negara kepada Panglima-Panglima Pasukan Keselamatan untuk memusnahkan saki-baki para penceroboh, saya berdoa agar wira-wira kita berjaya melaksanakan tugas dengan kadar seberapa segera tanpa sebarang kecelakaan keatas mereka (wira-wira), amin.

Kepada kaum keluarga allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat & Kpl Sabarudin Daud...Ucapan takziah saya sekeluarga dan berdoa semoga  roh mereka ditempatkan bersama dengan golongan yang soleh. Al-Fatihah...