Followers

Tuesday, January 19, 2010

Akhirnya...Cerah


Syukur Alhamdulillah...

Pembaca...Masih ingat keratan akhbar di atas di coretan saya bertajuk "Oh Sungguh Malangnya Nasib Mu" diikuti "Sinar Harapan"? Cerita berkaitan seorang pesara tentera, Pte Abdul Rani Bin Wok, merayu bantuan untuk mengurangkan bebanan kewangan di usia senjanya.

Mengikut laporan Mingguan Malaysia pada 17 Januari 2010, rayuan Pbt Abdul Rani Wok telah mendapat perhatian KEMENTAH melalui JHEV. JHEV akan memberi bantuan kewangan untuk membantu menyara kehidupan beliau. Syabas JHEV...anda telah menunjukkan keprihatinan terhadap rentetan wira-wira yang tidak diketahui rakyat jelata sebelum ini...malah di kalangan warga ATM sendiri sekali pun.

Juga, KEMENTAH akan mencadangkan agar beliau dianugerah Pingat Gagah Berani (PGB). Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, bererti beliau akan layak menerima elaun bulanan RM1500.

Akhirnya...Pbt Abdul Rani mendapat pembelaan dari pihak berwajib dan pengiktirafan  sebagai    Pahlawan Negara walaupun insiden tersebut berlaku 31 tahun dahulu! Saya bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat mempercepatkan proses pengiktirafan ini. Satu kepuasan yang tidak boleh dinilai dengan RM.

Untuk Lt Kol Idris Hassan (B)...Tahniah kerana bersedia mengesahkan kesahihan cerita Pbt Abdul Rani. Pengesahan anda melalui 'Kertas Komandan' semasa mengikuti kursus di MTAT telah mempercepatkan proses pengiktirafan beliau.

Terima kasih kerana menghantar e-mel berikut (tanpa edit)...

Re: Pbt Abdul Rani & Nasib "Wira" Negara )

Sun, January 17, 2010 3:05:11 PM
From: Idris Hassan  
To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com

Assalamualaikum Saudara Nor,

Thank you for your e-mail. Yes I too read the news in the Utusan Malaysia this morning and was elated that one of our brave member of our fraternity ( Pbt Abdul Rani Wok (72032) will soon be getting his just dues .The fact that he was my former soldier certainly makes me very proud . Before this my wife and I had called him and we chatted about old times.

Syukur Alhamdulillah your posting of Pte Rani's plight on your blog alerted me and I was able to forward the extra information required by (JHEV) Pahang of this particular contact that happened in Kg.Klau. Sg. Ruan in on 25th June at 1979 at 0930 Hrs. some 31 years ago. This was the contact I had recorded in my Commandant's paper while attending Armed Forces College (1983) when I wrote on the history of my Battalion ( 12 Inf Bn MTA)

Syukur Alhamdulillah like you I am proud that the authoritie's have acknowledged the sacrifices of this old soldier at last.

I am also been following your blog ( Nasib "Wira" Negara ) on your lone herculean effort to get recognition of for all those who have been bestowed with the Federal award for gallantry namely the JPP, PTU and the KPK. I cannot thank you enough for you perseverance and dedication to this mission . Hopefully the authorities will consider your appeal for all those recipients especially when you have presented the case in a very compelling way .

I agree with you that our authorities are known to go berserk trying to out do each other when it comes to rewarding our athletes .But when the is a cry for recognition from those who have sacrificed much for the nation the remain quite aloof . These brave men should not be treated as though they are asking for alms .( Minta sedekah ).They are in fact asking very little in return for what given . They have given our country the greatest gift. The gift of freedom for it's citizens to live in peace and harmony . You could not ask more from than.

Salam

Lt Col . Mohd Idris Hassan (Retired)

Untuk Pbt Abdul Rani Bin Wok...Tahniah...Semoga Allah mencucuri rahmat keatas anda dan keluarga.

Maka...berakhirlah satu saga dengan jayanya...Syukur Alhamdulillah!

T A M A T

No comments: