Pengikut

Sabtu, 9 Januari 2010

Pulangan Berkala

Pembaca...Saya yakin anda mesti ada tarikh/bulan/tahun tertentu yang sungguh bermakna atau yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun. Mungkin harijadi orang tersayang, tahun menjinjang pelamin, menunaikan rukun Islam ke5, pukulan 'hole-in-one', dll. Tidak dinafikan, saya juga sentiasa menunggu...Disember setiap tahun dan Januari - hari pertama bank beroperasi di tahun baru.

Sungguh tepat tekaan  anda...Pertengahan Disember - PENGUMUMAN DIVIDEN/BONUS oleh  PNB. Januari - Untuk mengemaskini buku akaun ASB.



Sungguh teruja dibuatnya!! Sudah tentulah saya ingin tahu berapa amaun dikreditkan dalam buku akaun ASB hasil mengikat perut di suatu ketika dahulu. He...he...he.

Sebenarnya, apabila PNB mengumumkan dividen/bonus pada 14 Disember 2009, saya sudah pun membuat anggaran pulangan yang akan diterima. Kebiasaannya...perbezaan anggaran saya dengan jumlah sebenar sangat kecil.

4 Januari 2010...Habis menarik troli 9 lubang dan bermesyuarat di Gymkhana Cafe untuk menyelesaikan masalah negara, saya terus pergi ke bank di Jitra. Sungguh sesak dengan pelabur ASB. Malah, di mesin '# giliran' ditampal notis 'TUTUP'. Apabila ditanya, Pengurus Cawangan memberitahu sehingga waktu itu, jam 1100, sudah ada lebih dari 100 pelabur sedang menunggu. Saya disyorkan datang  selepas jam 1400. Kepada pertanyaan mengapa tidak diadakan kaunter khusus untuk mengemaskini akaun sahaja, jawapan beliau '...kurang staf'. Saya tidak berhasrat untuk menunggu berjam-jam dan membuat keputusan untuk pulang sahaja. Buat pertama kali semenjak ASB dilancarkan pada 1990, saya tidak dapat mengemaskini buku pada hari pertama ASB beroperasi!!

5 Januari 2010...Seperti kelmarin, selepas sahaja semua masalah negara dibincang dan diselesaikan, saya sekali lagi pergi ke bank. Keadaan masih sama sahaja. Saya terpaksa menunggu lebih dari 100 pelabur hanya untuk mengemaskini buku. Saya telah meluahkan perasaan kekecewaan ini kepada staf bank. Saya perhatikan, kesemua ada 8 kaunter tetapi hanya 6 yang beroperasi; 3 untuk ASB dan 3 untuk lain-lain urusan. Dari pemerhatian saya, kaunter ASB sahaja yang paling sibuk. Sepatutnya, satu kaunter dijadikan untuk mengemaskini buku ASB sahaja sepertimana yang dipraktikkan tahun-tahun sebelum ini. Beliau mencadangkan saya berjumpa dengan Pengurus. Sudah tentu saya enggan berhadapan dengan bos beliau buat kali kedua. Seterusnya, staf tadi meminta buku akaun saya dan beliau masuk ke bahagian dalam bank dan mengemaskinikan buku tersebut. Hairan...Sekiranya saya tidak meluahkan kekecewaan...berjam-jamlah menunggu. Sungguh tidak mesra pelanggan!

Berapa perolehan yang saya dapat? Hampir dengan pengiraan saya!! Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang dilampahi Allah.

Pembaca...Sekiranya anda akan bersara atau sampai masanya untuk mengucap sayonara, dan memikirkan apa yang patut dilakukan dengan ganjaran yang akan diterima tanpa mengambil risiko tinggi...fikirkan opsyen berikut dengan andaian...
  • Anda seorang yang berdisplin.
  • Tidak mudah terpengaruh dengan pelawaan sahabat handai supaya melabur dalam 'projek' mereka.
  • Purata pulangan 7%.
  • RM200K untuk dilaburkan.
Opsyen 1...Melabur kesemua RM200K dalam ASB. Setahun kemudian, perolehan anda ialah RM14K=~RM1100 sebulan.

Opsyen 2...Melabur RM100K dalam ASB dan ASD. Bayangkan senario ini...Anda melabur dalam ASB dan ASD serentak pada 4 Januari 2010...
  • ASD mengumumkan pengagihan dividen/bonus pada Jun 2010. Ini bermakna perolehan yang anda akan terima untuk 6 bulan pelaburan ialah RM3500=~RM580 sebulan. Ini pendapatan tambahan untuk Julai hingga Disember 2010.
  • ASB mengumumkan pengagihan dividen/bonus pada Disember 2010. Perolehan anda untuk 1 tahun pelaburan ialah RM7K=~RM1100 sebulan untuk Januari hingga  Jun 2011.
  • Jun 2011 genap setahun simpanan ASD dengan pulangan RM7K=~RM1100 untuk Julai hingga Disember 2011.
Perhatikan...benih yang anda tanam hanya memerlukan 6 bulan untuk mengeluarkan hasil, tanpa memerlukan baja dan dan penyelengaraan...RM580 sebulan untuk 6 bulan. Selepas itu RM1100 sebulan. Saya percaya anda sedia maklum, ASD mengumumkan dividen/bonus pada Jun dan ASB pada Disember. Sekiranya anda boleh 'berpuasa' selama setahun, saya cadangkan melabur dalam ASB kerana sehingga kini, pulangannya melebihi dari lain-lain dana PNB.

Sekiranya anda berkemampuan lagi...melabur pula dalam ASW dan/ atau A1Malaysia. Dividen/bonus diistiharkan setiap Ogos. Ini bermakna, setiap Januari, Julai dan September anda boleh mengemaskini buku akaun anda...eh...eh...eh!

Mungkin ramai akan menganggap cara saya ini terlalu 'konservatif'. Tak apalah...seperti kata pepatah Melayu '...Biar lambat asalkan selamat'. Lagi pula, pelaburan pokok tidak menjadi asap kerana dijamin Kerajaan.

Wang dalam tangan...instrumen pelaburan sudah tersedia...tip diberi oleh 'pakar' kewangan (saya le tu...he...he)...Tepuk dada tanya selera!! Hanya anda sahaja (dengan izin Allah) yang boleh menentukan hala tuju masa hadapan demi untuk kesejahteraan anda sendiri, InsyaAllah.

4 ulasan:

Ibrahim Isa berkata...

akaun saya masih zero :)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Baim,

Terima kasih kerana membaca blog saya. Sebenarnya anda telah memulakan satu perjalanan dengan kesedaran yang 'akaun masih zero'. Masih tidak terlambat untuk memulakan pelaburan.

Abdul Kadir Jilani berkata...

salam pck....dah lama saya baca blog pck..boleh panggil pakcik ker...ahhahahaah..suka kiranya saya baca tentang pengalaman pck tentang pengalaman semasa jd pilot dulu...org tua saya ranger tapi x banyak sangat pengalaman yg diceritakan kepada saya..saya berasal dari pokok sena ,kedah...dulu time sekolah selaalu gak naik moto ronda-ronda di pekan jitra...salam pekenalan

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kair Jilani,

Terima kasih kerana membaca blog saya. Sudah tentu saya tergolong 'pck'...dah nak masuk 61 tahun. Ayah anda tak bercerita kerana anda semua tidak bertanya. Cuba suruh dia menceritakan pengalamannya.