Pengikut

Jumaat, 16 Julai 2010

Menagih Simpati




Respons Datuk Wan Hamidah, Ketua Bahagian Istiadat, JPM, kepada e-mel saya...

RE: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK
Tuesday, 13 July 2010 7:53:06
From: Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim wanhamidah@istiadat.gov.my
To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com
Cc: basar@jpa.gov.my; abubakar@jpa.gov.my

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mejar Nor Ibrahim,

Terima kasih di atas maklumbalas. Saya kurang pasti apa yang berlaku pada email saya seperti yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, dalam email tersebut saya menyatakan bahawa perkara ini dalan tindakan Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.

Sekian, terima kasih jua.

Wan Hamidah
13.07.2010

Saya telah menghantar e-mel (termampat) berikut kepada Datuk Wan Hamidah. Dengan adanya gambar-gambar, saya berharap beliau akan lebih memahami dan bersimpati dengan pengorbanan warga tentera, InsyaAllah. 

Tuesday, 13 July 2010 14:32:05
From: nor ibrahim sulaiman Add to Contacts
To: Datuk Wan Hamidah
Cc: sidek ksn ; Dato Abu Bakar JPA ; Dato' Basaruddin JPA ; Dato' Zahid Hamidi ; Tan Sri Azizan ; Hamzah Hussin MoD ... more 

Assalamualaikum Datuk,

Lihatlah gambar mereka yang terkorban pada 26 April 1976 apabila sebuah helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di kawasan operasi Gubir. Kesemua 11 warga tentera yang berada di dalam pesawat tersebut 'Killed In Action'...

Anak kapal Nuri tersebut ialah:

Mendiang Kapt (U) Choo Yeok Boo - PGB
Arwah Kapt (U) Mustapha Kamal - KPK
Mendiang Lt (U) Chung Ming Teck - PTU
Arwah Lt (U) Wan Munsiff - KPK
Mendiang Sjn Leong - PTU

Untuk makluman, isteri arwah Wan Munsiff sedang mengandungkan anak kedua mereka ketika kejadian tersebut. Sekarang anak lelaki arwah berumur 34 tahun...beliau tidak sempat melihat ayahnya! Isteri Wan Munsiff dan isteri arwah Mustapha Kamal tidak berkahwin lain sehingga ke hari ini.

Penerbangan terakhir untuk seorang anggota komando, L/Kpl Sibki, yang terkorban dalam pesawat Nuri. Ketika operasi di Gubir dan Kroh, anggota komando yang ditugaskan sebagai Air Rescue Team (ART), dianggap sebagai sebahagian anak kapal untuk memberi perlindungan kepada kami, krew Nuri. Kami sentiasa menjadi sasaran pengganas komunis dan ditembak boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan. Kami diburu...bukannya pemburu. L/Kpl Sibki dan L/Kpl Ismail telah terkorban dalam dua insiden berasingan yang melibatkan krew Nuri yang sama, iaitu Kapt (U) Chong Keng Lay PTU, Lt (U) Johan KPK dan Sjn Mohsain KPK. Mereka berdua terkorban ketika Nuri sedang 'hover' di 'landing pad'.

Ini pula pengorbanan warga tentera yang terlibat ketika membina tugu di Terumbu Layang-Layang di tengah-tengah Laut China Selatan pada 1980. Mereka terpaksa membuat tempat tidur di atas 'scaffolding' untuk mengelak air laut ketika air pasang.

Apakah yang perlu dilakukan agar pengorbanan warga tentera ini diiktiraf oleh Negara? Yang mana satu pengiktirafan Negara...Nyawa atau Nama?

Imbuhan untuk pemenang pingat Olympic


Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar Kerajaan akan mengumumkan berita gembira kepada penerima Darjah Perkasa di atas sempena Hari Pahlawan pada 31 Julai di Dataran Merdeka nanti...Amin!

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Tak cuba...tak tahu!

19 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Ikut pemahaman saya, intonasi e-mail Datuk Wan Hamidah tu boleh dikatakan macam marah ajer. Heheeheee...

Mungkin padanya ini merupakan isu remeh-temeh tapi pada saya dan mungkin yg lain-lain, ianya merupakan isu yg sangat besar.

Biar org kata menagih simpati kerana perkara ini adalah seperti kita menjual sesuatu. Kena selalu buat follow-up, tak segan bertanya dan tak jemu berjumpa. Lama-lama terbeli jugak org ngan barangan kita tu.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,

teruskan usaha murni ni..i'm right behind you!!!

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Syabas kerana punya tenaga dan istiqamah dalam perjuangan...biar apa orang nak kata kita terus dok minta.....sampai pada penhujung nya. Macam saya kata dulu...kita doakan agar Allah melembutkan hati2 mereka untuk ada rasa simpati dan kesian,Insyaallah!

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih terhadap sokongan anda. Bayangkan...hanya dengan menulis 'DISOKONG' oleh seorang penjawat awam, kemungkinan besar 695 penerima darjah-darjah tersebut akan menerima imbuhan yang saya perjuangkan selama melebihi 2 tahun.

Abah berkata...

Tuan,

Teruskankan usaha murni ini sehingga perkataan 'DILULUSKAN' oleh Kerajaan Malaysia di tintakan dan dizahirkan didalam semua media cetak dan media elektronik kerajaan dan swasta di Malaysia ini.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Abah,

Terima kasih.

Maaf, ada kesilapan pada jawapan saya di atas-typo error. Maksud saya '..perjuangan selama melebihi 1 tahun'.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
I wrote this letter in the hope the authorities will do something to help our ex-servicemen. Sometimes I wonder if we are knocking our heads against the wall. What ever it is the fight must go on. You are doing just great,lets hope and pray that your sterling effort will yield some positive results
Salam


Ex-servicemen: Pay ex gratia to veterans of Emergency

Tuesday, July 13, 2010, 06.56 PM (NST)

THE Skim Bayaran Pampasan Bencana Kerja ex-gratia payment was introduced by the Treasury on Oct 20, 1994, to pay compensation to all civilian government employees injured or maimed as a result of action by undesirable elements (akibat anasir-anasir jahat) when on official duty.
The Treasury later reviewed and approved payment of ex-gratia to all soldiers, including veterans who had been killed or disabled in the line of duty. This was subject to verification of the records of the serviceman or veteran.

However, the irony and unfairness of this scheme is that it only covers servicemen killed and maimed in the line of duty on or after Oct 20, 1994.

This is in fact long after the last of the hostilities had effectively ceased on Dec 2, 1989 with the signing of the peace treaty by the government with the Communist Party of Malaya.

Why should those injured during peace time service, and who had not fired a shot in combat, be given priority over hundreds of servicemen who died or were maimed? Some of them were blown up by booby traps during the Emergency but have been left out. What was the basis for this cut-off date?

Most of these old veterans consist of "other ranks" and "junior officers" who, by the nature of their job, fought at the frontlines. Most are now in the twilight of their lives while others have passed on.

I urge the authorities, in line with the "People First" concept, to urgently consider all veterans who have suffered disabilities in the line of duty for this ex-gratia payment.

There was a proposal by the Malaysian Armed Forces Veterans Affairs Department for the disabled ex-servicemen's allowance of RM100 to RM200 to be increased to RM500. The proposal has not yielded any result.

The call for youths of all races to join the armed forces would be better served when issues affecting the lives of soldiers, especially those injured in the line of duty, are promptly addressed.


Kuala Lumpur

FMZam berkata...

Sdr Arunzab,

May I say this caption as a gratitude on your small but a mindful effort, "There's nothing more that I am fear of and there's no one else braver than me to do it". Maybe you may browse the internet to find whose line is this, but to me you deserve it. Good nite sir.

Tanpa Nama berkata...

Maj!!!
Macam mana lah orang nak hormat dengan tentera. Kalau mengikut Sarjan yang di tuduh mencuri injin tu.... selama dia di tahan di Sungai Buloh, tak ada siapa dari TUDM yang datang bertanya khabar... saya ingat maj pun tahu sama ada anggota kita dalam tahanan ke atau di hospital ke maka ada lah menjadi tanggung jawab untuk memastikan mereka di beri bantuan.
Sudah lah semasa penyiasatan di buat kena torture ... nasib baik tak mati macam TBH..... Yang suruh seksa supaya dia mengaku ia lah PTU yang sekarang jadi PAT.... apa punya malaon yang memimpin ATM sekarang ini.... akal pun tarak.... that is why your effort masuk telinga kiri keluar telinga kanan...even the still serving sargeant is ignored so what more to the a'out of sight".
Semoga di berkati ALLAH amin....

Arunzab berkata...

Sudara FMZam,
Thank you for your kind words.
Just trying to do what little I can.

salam

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Arunzab,

I read your letter in the NST. The problem is that our own people, ie, the generals, are not fighting for the men. Don't expect the PTD officers to fight for you.

Dear Anonymous,

Agaknya sekarang ini, 'you're guilty unless proven not..' Ingat keratan akhbar seorang pilot yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah tentera dalam blog saya? Saya masih ingat kata-kata PTU ketika beliau melawat crew-room No 3 Skn '...good luck to him'. Apa maknanya? Fikir-fikirlah sendiri.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
Frankly I had never expected much from our generals, neither do I expect the PTD blokes to lift a figure to assist us. But that should not discourage us from doing what we do, To give a VOICE to those who have no voice of their own. If the end brings us out victorious, that would be fine. If not then so be it. Failure should never be for the lack of trying.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Arunzab,

I totally agree with you. At least we must make an effort. By the way, did Capt Mukhtiar Singh & Pte Rani get their PGB? I was looking for the list of bravery award's list last month but did not see any.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
Our generals did not think that both these brave men Capt Mukhtiar Singh & Pte Rani deserve to get a PGB!!. You are right about our generals. What else can I say!!!

salam

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Arunzab,

I'm sorry to hear about this. Well, at least you tried.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

KOMUNIS (PKM) MEMANG TAK BERGUNA !
MASA DARURAT DULU BIKIN KACAU...
BILA DAH SURENDER MAHU KACAU LAGI?
ADA KE PATUT NAK SAMAN KERAJAAN?
DENGAN KOMUNIS NI JANGAN DIBERI MUKA ! MEREKA TU PENGKHIANAT !

Kerajaan Tidak Langgar Perjanjian Dengan PKM ( Sumber : Utusan Malaysia - 28/7/2010 )

" PUTRAJAYA 27 Julai - Kerajaan Malaysia tidak melanggar perjanjian yang ditandatangani dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng berikutan penyiaran artikel dalam dua buah akhbar yang didakwa mencemar reputasinya.

Ini kerana perkataan yang terkandung dalam akhbar The Star bertarikh 21 Mac 2005 dan The Sun pada 6 Mei 2005 itu di luar daripada terma yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut.

Demikian keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan hari ini ketika menolak dengan kos rayuan bekas pemimpin komunis tersebut untuk mempertahankan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia."

July 28, 2010 10:35 AM

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Nota Fikir,

Syukur Alhamdulillah ramai diantara warga Malaysia yang masih patriotik. Terima kasih kerana telah menurunkan laporan Utusan Malaysia berkenaan Chin Peng.

abu muaz berkata...

tempoh lama sangat memerintah menyebabkan ketandusan idea, tiada fokus, mengambil mudah ... sekarang baru sibuk hendak menjenguk dan cakna rakyat... kerajaan Amerika pun sentiasa bertukar tampuk pemerintahan, Jepun juga begitu.