Pengikut

Rabu, 14 September 2011

Usaha...Terus Berusaha

Saya tertarik dengan cadangan seorang ahli forum 'Kelab Veteran ATM' ini...

Mohd Sattar Hms
Mohd Sattar Hms13 September 11:06
Assalam, dan hamba pernah sarankan dan teus sarankan, semasa perbarisan MERDEKA, mereka mereka yang dianugerah Pingat SP,SPGB,PGB dan JPP serta PTU, berada di pentas UTAMA bersama barisan kabinet berdiri segak dan megah, menyaksikan perbarisan lalulintas. Selayaknya mereka dipentas utama bukan dalam perbarisan. Pandaaaaaaaaaaang kanan.
Semenjak 2009 lagi, saya telah meluahkan perasaan yang terbuku di dalam kalbu...Mengapa penerima JPP, PTU & KPK tidak turut dijemput mengambil bahagian dalam perarakan menyambut hari keramat itu (coretan ini)? Petikan perenggan akhir surat saya itu '...Malah, mereka tidak dijemput untuk mengambil bahagian semasa perarakan Hari Merdeka; hanya penerima SP ddan PGB sahaja dijemput'.

Saya ni bukannya seorang yang boleh duduk diam dan hanya menunggu....dan terus menunggu sahaja. Justeru, pada 25 Julai 2010, melayanglah e-mel kepada bos Bahagian Istiadat & Protokol di JPM, petikan '.....Satu perkara lagi. Hari Pahlawan hampir tiba...31 Julai 2010. Kenapakah agaknya kami, penerima Darjah Perkasa JPP, PTU & KPK dipinggirkan untuk menghadiri majlis memperingati Pahlawan negara. Jauh sekali sempena menyambut Hari Kemerdekaan, 31 Ogos! Adakah darjah-darjah tersebut dianggap kelas kedua?'. 

Ini petikan respons JPM yang diterima pada 27 Julai 2010 '....Untuk makluman tuan, jemputan untuk bekas-bekas tentera bagi menghadiri Sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan pada 31 Julai ini adalah diuruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia. Memandangkan jemputan adalah terhad, maka ia hanya dipanjangkan kepada penerima anugerah S.P. dan P.G.B. Walau bagaimanapun, Bahagian Istiadat mengambil perhatian ke atas input yang diutarakan oleh tuan dan akan mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan Jawatankuasa Sambutan bagi memanjangkan jemputan kepada penerima-penerima J.P.P., P.T.U. dan K.P.K di masa-masa akan datang.' Bermulalah proses taichi-menaichi...biasa le tu!!!!


Saya telah memanjangkan emel tersebut kepada pihak yang difahamkan bertanggungjawab di KEMENTAH untuk mendapatkan maklumat. Petikan respons yang diterima pada 4 Ogos 2010 '.... utk makluman Tuan penglolaan termasuk tanggungjawab utk menentukan jemputan ke sambutan tsb adalah di bawah bidangkuasa JPM dan Markas ATM.' Pi Mai Pi Mai..Tang Tu!!!

Pada 6 September 2011, saya telah menghantar e-mel kepada JPM sama ada mereka masih ingat e-mel bertarikh 27 Julai 2010. Dan turut bertanya adakah kami sekarang layak dijemput sementelah gomen telah bersetuju untuk memberi Elaun Kenangan kepada para penerima JPP & PTU. Well...Well....Well...Ini jawapan rasmi yang saya terima pada keesokan harinya....
From: Datuk Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim 

To: Muhammad Firdaus bin. Mohd Ramli 
Cc: Kamis b. Samin ; Mohd Hanafiah bin Moktar ; nibsny@yahoo.com
Sent: Wednesday, 7 September 2011 7:39 AM
Subject: FW: HARI PAHLAWAN & KEMERDEKAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam 1Malaysia

KPSU (L),

Perkara ini telah dibincangkan. Sila hubungi ATM dan PDRM supaya memastikan jemputan bagi Sambutan Kemerdekaan pada 16 September 2011 akan datang dipanjangkan kepada penerima-penerima J.P.P., P.T.U. dan K.P.K.  seperti yang telah diputuskan.


Terima kasih jua.

"Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

WAN HAMIDAH WAN IBRAHIM
07092011

Untuk makluman, sehingga kini tiada sebarang berita daripada KEMENTAH (PDRM saya tak tahulah). Pada saya itu masih boleh diterima. Pokoknya, gomen telah bersedia menjemput penerima JPP, PTU & KPK ke acara menyambut Hari Merdeka!!! Manalah tahu, mungkin tahun depan kami akan menerima kad jemputan (itu pun kalau depa guna Pos Laju), sekiranya dipanjangkan umur, insyaAllah. Pada saya, ini juga satu kejayaan hasil usaha melobi dan melobi...terus melobi, syukur alhamdulillah.

Pembaca....Hayatilah apa yang dikatakan oleh squad saya ini...


Robert Rizal Abdullah
Robert Rizal Abdullah13 September 08:26
Trend masa kini bukan TUNGGU DAN MENGHARAP sesuatu di buat pehak atasan
untuk kebaikan kita. Kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita
mahu. Umpama 1: Mej (U) Nor Ibrahim Sulaiman (Bersara) telah berusaha
supaya pemegang anugerah JPP dan PTU di beri allowance tiap-tiap bulan dan alhamdullilah hari ini mereka dapat allowance RM1000 sebulan dan juga diberi pengiktirafan seperti SP dan PGB. Syabas Squad!!! Umpama 2. Pada tahun 1998
saya juga telah berusaha supaya SP dan PGB di beri allowance. Umpama 3: Pemindahan kubur Iban Trackers dan Sarawak Rangers ke negeri asal mereka Sarawak. Tentu anda ada terbaca kisahnya dalam surat-surat khabar. Saya
telah memulakan usaha itu semenjak tahu 2008. Sekarang ini saya tengah
berusaha untuk menghidupkan Sarawak Rangers (dalam bentuk lain) dan
menubuhkan Sarawak Rangers Association untuk membela nasib mereka.

Apa yang hendak saya utarakan disini adalah: BERUSAHA UNTUK APA YANG KITA
MAHU. BERURUSAN DENGAN PEHAK TERTINGGI SUPAYA USAHA KITA DAPAT PENGETAHUAN
PEHAK ATASAN. JANGAN SENANG PUTUS ASA. ATASI SEGALA RINTANGAN. Mej Nor
Ibrahim dan saya telah mengalami banyak rintangan sebelum berjaya dalam
usaha kami.

Tun Mahathir pernah berkata: "IN MALAYSIA YOU DON'T GET WHAT YOU DESERVE
BUT YOU GET WHAT YOU FIGHT FOR."

Selamat berjuang.
Dato' Wan Hamidah, Lt Kol Rizal (B) & PakLang Hamzah....Terima kasih.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jemput semua penerima pingat perkasa negara kecualin penerima KPK. KPK tak layak sebab tak di iktiraf.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan sahabat!

Tk info dan respon......di mana salah dan silapnya thn ini.Masih belum TERIMA jemputan tapi tak apalah kot depa dah jemu!!!!!!Wallahu aqlam!

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,
Selain daripada ini, saya amat berharap tuan juga memberikan perhatian terhadap layanan buat anggota pesara bila mendapatkan rawatan di HAT. Tiada keistemewaan buat mereka yg datang dr jauh utk mendapatkan rawatan. Sama procedure spt mana-mana anggota yg sedang berkhidmat. Mana dia janji "Mentah" ttg keutamaan buat pesara spt yg terpapar di dada-dada akhbar. Rasanya ada komen dr anak tentera pasal hal ini dlm blog tuan.
... anak pesara tentera ...

masterginn berkata...

Salam Skod,
Tahun ini Markas Angkatan Tentera lupa untuk menjemput kita semua.Tiada jemputan yang dikeluarkan kepada Pahlawan Pahlawan Negara.
Markas ATM selaku penganjur utama memandang hanya mereka sahaja berjuang untuk kemerdekaan. kita terpaksa menerima hakikatnya.
Pahlawan Yang Luput Domakan Zaman

Tanpa Nama berkata...

Salam, pembetulan ... bukan komen di blog tuan tetapi di blog Pak Chad ..."mindnoevil"
... anak pesara tentera ...

Nizarimi berkata...

Salam tuan,

Saya berharap apa yang tuan usahakan ini akan menjadi kenyataan. Kegigihan tuan dalam membela nasib bekas perajurit amat saya kagumi. Penghargaan tidak semestinya dengan pemberian pingat dan elaun tetapi dengan menjemput dan meraikan bekas2 perajurit ini dalam majlis2 seperti Sambutan Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Tentera Darat dsbnya.

Temuk berkata...

Assalam Mej.
Semoga ada kejayaan pada penghujung apa juga yg tuan usahakan untuk bekas tentera. Usaha ikhlas dan konsisten tuan, insyaAllah akan diberi ganjaran oleh-Nya dan akan menghasilkan kebaikan kepada yang wajar memperolehinya.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Petang kelmarin baru terima ....depa terlewat kot.Lazimnya satu minggu sblm dah terima.....jemputan!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Saya telah menghantar emel berikut kepada PAT....

Assalamualaikum YBhg Tan Sri,

Pertama sekali, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Dan juga, SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.

Saya sungguh teruja apabila menerima e-mel daripada YBhg Dato' Wan Hamidah, Bahagian Istiadat, JPM. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana cadangan saya semenjak 2009 agar Kerajaan menjemput kami, penerima JPP, PTU & KPK, turut dijemput menghadiri hari sambutan Hari Pahlawan dan Hari Kemerdekaan akhirnya dipersetujui.

Namun demikian, saya ingin merakamkan kekecewaan saya kerana sehingga kini kami, para penerima anugerah berkenaan, tidak menerima jemputan walaupun 'arahan' telah dibuat oleh JPM. Di manakah silapnya? Sebagai seorang insan biasa, saya tidak dapat lari daripada beranggapan bahawa pihak ATM sendiri yang tidak menunjukkan minat untuk menghargai pengorbanan para veteran mereka sendiri. Berlandaskan kepada isi kandungan e-mel berikut, ATM dipertanggungjawabkan untuk menjemput kami. Namun demikian, sehingga kini, tiada sebarang berita daripada KEMENTAH. Saya berterima kasih kepada JPM yang telah memaklumkan kepada saya keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan. Malang sekali, tiada tindakan susulan!!!

Sekian untuk pertimbangan pihak Tan Sri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
http://xnuripilot.blogspot.com

Saudara Anon (14/9 9:26 AM),

Maaf. Saya tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh pihak veteran ketika berurusan dengan HAT. Ini kerana saya tidak pernah pergi mendapatkan rawatan di HAT. Saya hanya menggunakan perkhidmatan RSAT di Kepala Batas, Kedah. Sehingga kini, saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh anggota RSAT terkenaan. Tanpa mengetahui masalah yang dihadapi, bagaimana nak membawa kepada pengetahuan pihak berwajib.

masterginn berkata...

Salam Skod,
Saya baru terima kad jemputan pagi tadi jam 11.30. Sudah dijolok baru nak luruh agaknya

Tanpa Nama berkata...

From the young Malaysian(YM).

"To the young Malaysians especially, I'm proud to say that our sacrifices, loyalty and dedication in defending this beloved country of ours contribute to the prosperity you are enjoying now"

Terima kasih atas pergobananmu yang tak terhingga. Sebagai anak MALAYSIA yang menghargai semua pejuang-pejuang tanahair, jasa dan pergorbanan anda dan pejuang-pejuang lain amat2 kami hargai. Apalah sangat ucapan "TERIMA KASIH" berbanding dengan jasa,tenaga,keringat dan darah - yang telah di korbankan. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa Mejar(B)Nor Ibrahim Bin Sulaiman dn juga semua anggota2 keselamatan yang lain. Syukur pada Illahi ats pergorbanan yg dilakukan. SELAMAT HARI MALAYSIA!!! Salute to you Mejar and to all anggota keselamatan Khasnya ATM!! Salam AIDILFITRI wlaupun dlm 2mggu dh raya.

P/s: tkasih kepada SYARAK MENGATA ADAT MENURUT kerana pautan anda membawa ke blog ini. Jasamu(pemilik) juga tetap dikenang!!!

KPK RX berkata...

saudara anonymous, memang senang cakap KPK tidak di ikhtiraf,if you got the guts pls talk to the gov or mindef to pull back the award and banish the award from the system, sedar kah awak mereka yg menerima award itu adelah anggota yg bertugas di barisan hadapan operasi menentang komunis regardles from the army or airforce ( officer and other rank)tapi sedeh sekali yg gugur dapt PGB yg hidup habuk pun de.Mengape perlu di pilih?just bcos awak tidak ade dalam gulongan ini membuatkan awak berkata KPK tidak di ikhtiraf. KPK award bukan award kerana rajin buat kopi atau teh tarik utk pegawai atasan ok, pls get your fact right