Pengikut

Jumaat, 15 Jun 2012

1 Cabaran

Saya ni kira canggih juga le. Ketika masih menetap di Cheras Perdana di awal 90'an lagi dah beli 'Acer' PC. Bukanlah saya memerlukannya sangat kerana sebenonya tak tahu pun nak menggunakannya kecuali menaip surat. Itu pun 4-5 surat setahun. Tapi, macam depa kata, orang lain ada, saya pun kenalah ada. Bila pindah ke Jitra, terpaksa beli PC lain kerana Acer kaput.

Pada lewat 2007, sekolah di mana isteri saya mengajar, telah menarik balik notebook 'Dell' kerana beliau akan bersara pada awal 2008. Jadi, beliau beli notebook 'Acer' untuk kegunaan di sekolah sebelum mengucap sayonara. Tak dan pakai lama, keluar pula 'netbook'. Maka, beli pula Acer netbook dan saya pula upgrade daripada PC ke notebook. PC pun dilucutkan tauliah. Flat-monitor Samsung disedekahkan: hanya tinggal CPU saja. Sekarang, Mrs guna Samsung Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Note.

Beberapa bulan dulu, saya telah bertanya kepada toke kedai komputer di mana Mrs beli notebook. Komputer tersebut mengguna 'Window Vista'. Masalah yang saya hadapi ialah terlalu 'slow'. OK ke kalau saya tukar ke Window 7? Beliau jawab tak perlu kerana saya akan menghadapi masalah nanti (beliau tahu tahap kepakaran IT saya ini!). Mrs pun beri pandangan yang sama. Tapi, pada 13/6/2012, saya bernekad untuk terjun ke satu alam baru. Pergi kedai komputer dan arahkan mereka tukar ke sistem Window 7 dan download 'photoshop'. Juruteknik kata Window 7 Ultimate dan photoshop 'CS4' sesuai dengan saya dan ramai orang guna. Juga, saya dinasihatkan untuk upgrade RAM kepada 3G (apa maknanya...wallahualam).   Saya mahukan photoshop (sekurang-kurangnya tahu juga bukanlah kedai gambar ini...He...He...He) kerana tak nak lagi menyusahkan saudara Katon Tin-Ton dan Mangchikla, konon-kononyalah. Asyik-asyik mereka inilah yang saya melolong meminta tolong. Saya sungguh berterima kasih kerana mereka sedia melayan mejar pencen ini. He...He...He.

Balik saja ke rumah, terus 'on' komputer. Oh...Oh...Kelam-kabut dibuatnya kerana gambar-gambar dalam 'download', 'pictures', 'bluetooth' dan 'download' melalui documents semuanya tak ada...Mana pi semua itu? Jawabnya pergi balik ke kedai. Tak tahu di mana silapnya, sehingga sekarang gambar-gambar dalam 'download' tidak dapat diretrieve. Saya pula tidak buat back-up dalam pen-drive. Sungguh sayang sekali!!!

Photoshop? Nampak gayanya saudara berdua tu akan terus menerima panggilan 'Mayday' dari veteran ini...He...He...He.  Apa pun, saya tabik spring kepada diri saya sendiri kerana tak takut untuk mencuba. Ada rakan seperjuangan yang masih berkhidmat, belum khatam bab 'scan'. Beliau menghantar apa jua bahan melalui surat. Eh...Eh...Eh. Jadi, kira saya terror jugalah...He....He....He.

Oh ya, saya tetap setia dengan notebook vintage ini (bateri pun dah 'mati'). Kerananyalah saya menjadi seorang blogger...kerananyalah juga saya berhasil menerbit 'Coretan Xnuripilot'. Saya menganggap kesulitan yang dihadapi sebagai satu cabaran dan hanya sementara saja, insyaAllah. Tanpa cabaran...Tiada kematangan...Tiada kejayaan...Hanya mendatar  ---------!

4 ulasan:

ayaq hitam kedah berkata...

salam Tuan,

data yang hilang tu boleh didapatkan kembali dengan menggunakan software tertentu spt POWER DATA RECOVERY PRO dengan syarat pernah sekali je format.kl dah 2@3 kali format, mmg tak bleh dapat balik dah.Tapi mgkn x kan dapat balik 100%. rasanya dalam 70-90% je.

mangchikla berkata...

cepat2 download program disini... tapi kalau die format rasanya abis la tu...

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

The best thing to do is keep backing-up always all your data elsewhere namely external hard disc. We never know when our computer will crash as all electronic gadgets are very sensitive namely when there is a power-surge.

Wafie G74506 berkata...

Ok la tu Tuan... Saya masa mula-mula nak kenal komputer lagi teruk. Entah macam mana ada kepercayaan silap tekan butang Komputer meletup. Mengigil - gigil dalam kelas komputer. Sekarang alhamdulillah, dah boleh pasang sendiri, install sendiri OS.... Pilhan menggunakan Win 7 tu tepat. Pertamanya ia lebih stabil dari Vista. Ke 2, ia kurang mentekedarah RAM berbanding Vista, jadi kalau tuan buka pelbagai program dalam satu masa, RAM akan digunakan untuk menjalankan program yang di buka. Tuan guna OS format berapa bit ? Kalau 32 bit , memory maksimum 4 Gigabyte sahaja, kalau 64 bit, boleh tambah sampai 128 gigabyte. Walaubagaimanapun, dekstop biasa hanya menyokong antara 8 gigabyte ke 16 Gigabyte. Teruskan menulis, seronok belajar sejarah Malaysia dari otai-otai seperti tuan.