Pengikut

Isnin, 25 Jun 2012

Jawatankuasa Pembaikan Perkhidmatan Awam

Sepertimana yang telah diumumkan oleh gomen, satu jawatankuasa untuk memperbaiki perkhidmatan awam telah ditubuhkan. Ia dipengerusikan oleh YBhg Tun Azmi, xKetua Hakim. Jawatankuasa ini telah menjemput rakyat Malaysia, tak kira pangkat dan darjat, memberi pandangan bagi mencapai objektif kewujudan mereka.

Apa lagi, saya tak akan melepaskan peluang ini. Kekecewaan saya terhadap perkhidmatan awam ialah terhadap 'keprihatinan?' penjawat awam tertentu (sebenarnya majority) yang begitu 'berat' sekali mematuk keyboard komputer untuk membalas emel yang saya hantar. Saya tak tahulah sama ada orang lain turut menghadapi masalah yang sama!

Jadi, saya pun poskan emel berikut kepada Tun Azmi....
From: nor ibrahim sulaiman 
To: "zaki.skmtpa@jpa.gov.my" 
Sent: Monday, 25 June 2012 2:24 PM
Subject: Re: LUAHAN KEKECEWAAN

Assalamualaikum YBhg Tun,

Harap penjawat awam dapat mengenali siapa pelanggan mereka sekiranya mereka mengharapkan keberkatan rezeki-Nya yang diterima setiap bulan. Pelanggan ialah rakyat termasuk yang kerdil dan tanpa gelaran. Jangan di'persampah'kan emel/surat daripada kami. Terima kasih:) happy.

From: nor ibrahim sulaiman 
To: "zaki.skmtpa@jpa.gov.my"  
Sent: Sunday, 24 June 2012 7:40 PM
Subject: LUAHAN KEKECEWAAN

Assalamualaikum YBhg Tun,

Sekiranya ada masa terluang, berikut adalah luahan seorang insan kerdil terhadap 'keprihatinan' penjawat awam tertentu:


Sekian untuk apa jua pertimbangan pihak Tun. Terima kasih.

NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN

Harapan saya agar jawatankuasa akan memberi pertimbangan kepada rentetan veteran ini. 

Tiada ulasan: