Pengikut

Rabu, 6 Jun 2012

Penyangak Bermaharajalela

Semalam, 5/6/12, geram betul dibuatnya! Mana taknya, di antara jam 1400-1700, penyangak-penyangak telah kebas 'garden furnitures (GF)' dalam kawasan rumah saya. Ketika itu, kami bertiga berada dalam rumah. Saya sedang 'mematuk' keyboard komputer ini. Saya ada terdengar bunyi lori di luar rumah tapi tak ambil peduli. Ya lah...Kerap sangat lori-lori mundar-mandir di jalan berhadapan dengan rumah. Biasalah tu.

Perabot ini semua adalah 'harta' peninggalan arwah mak penakan isteri saya, Chak, yang telah meninggal dunia pada Ogos 2009. GF yang hilang ialah....

 4 x kerusi & 1 x meja. Atas meja inilah tempat 'Montel' tidur setiap petang sebelum didukung ke dalam rumah

1 x '2-seater'

Hari ini, saya menceritakan kisah ini kepada member golf saya, Hamid dan Cikgu Khalid: Abang Tad tak main dah 2 hari. Semasa mesyuarat 'kitchen cabinet' di D'Kembong selepas 9-lubang, tanpa Cikgu tetapi Prof Sobri turut hadir, saya terima panggilan daripada Cikgu. Beliau memaklumkan bahawa GF dia juga turut kena kebas! Bila balik ke rumah, beliau mendapati semua GFnya dah lesap.  Saya yakin kecurian ini dilakukan oleh penyangak-penyangak yang sama. Prof pula memberitahu bahawa GF Abang Tad, tinggal di Bukit Indah, juga dicuri 2 hari sudah. Eh...Eh....Eh...Tengah hari buta pun depa berani mencuri.

11 ulasan:

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Innalillah...awatlah depa ni berani sangat sampai lagu tu noo??? Berani bebetol niii!!! Memang sedihla kalau saya disituasi Tn dan family...pusaka peninggalan pulak tu.

Hmmm...mereka2 yang buat "keje giler" camni dah lupa yang pergerakan mereka dipantau olah malaikat dan Allah. Insaf2lah... sebelum nasib diri merengkok terkubur di penjara. Lagipun modes operandi pun dah tentu dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Masa akan menentukannya.

Semoga kesabaran Tn Mejar Nor dan family ada hikmah dan ganjarannya, insyaallah...


p/s...pernah jugak berlaku di kejiranan emak saya; siap bawa lori angkut barang macam pindah rumah.Sadisnya, cucu2 aje di rumah dan kekonon atuk nenek yang ke Penang yang suruh angkut barang2. Well, kekadang perlu jugak ada neighbourhood yang "kepoh" dan ambil tahu.

Tanpa Nama berkata...

Sue...

laku jugak juai besi ni kan.. hihihi..

sorry to hear this sir..

June 6, 2012 2:51 PM

Tanpa Nama berkata...

Temuk...

As-salam Mej Nor Ibrahim
Tumpang sedih, dan memang geram. Saya dah kena bertahun dulu, waktu malam. Terbaru, tutup longkang saya + jiran2 punya, dikebas. Mencuri siang lagilah orang tak jangka. Dan seboleh2nya, sebab sudah ada lori, sekali operasi, kenalah mereka memangsa banyak rumah! Tak fikir masalah ini boleh reda. Bertambah, adalah! Have a nice day and take care, Mej.

June 6, 2012 3:29 PM

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam dan selamat sejahtera,

Terima kasih. Pertama sekali, maaf le kerana terpaksa 'copy & paste' komen dari emel. Konon nak berlagaklah untuk mengpublishkan komen-komen anda melalui smart phone. Tak sedar jari saya terlalu besar dibandingkan dengan keyboard. Jadi, instead of 'publish', tertekan 'delete'. He...He...He.

Seorang kawan, dah arwah, gate rumah beliau kena kebas. Menurut arwah, tiba kat rumah selepas kerja (siang hari), gate dah tak ada. Jiran arwah memaklumkan kepada beliau yang depa ingat penyangak2 tersebut datang untuk membaiki gate atas arahan arwah. Jadi, depa tak kisahlah bila tetamu2 menaikkan gate dalam lori. Itu di Jitra.

Tanpa Nama berkata...

Rumah saya baru 2 hari lepas semua GF kena angkut. Kebetulan kami sekeluarga berada di luar negara. Jiran maklumkan seorang lelaki berkopiah beritahu jiran yang dia adalah anak tiri saya, bila pulak saya ada anak diri, isyy..penyamun tarbus betol...biarlah, rasakan diakhirat nanti balasannya mengambil hak orang. Orang yg mencuri ni takkan kaya hidupnya.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
Gone are the days when we could leave our gate open, leave our cars unlocked , leave our  shoes at the door out side the house, etc .......To day we live in a different world where even our shoes and slippers are not safe and our cars broken in, even as we say our prayers at mosques and surau's. To add further, robbery and rape has become a common crime. To day we live in prison like houses all walled and railing at every window and doors.  In spite  of all this, one laps of in security and our property vanishes. It is a sad state of affairs. 

Tanpa Nama berkata...

minggu lepas di kuala kangsar ,ada dua orang memakai pakaian pekerja hospital datang rumah seorang warga emas bertanyakan khabar dgn lemah lembut dan sopan santun .kalau sakit boleh bawa ke hospital... katanya. kebetulan isterinya sakit dan dia pun jemput masuk. bila dah masuk pak cik pun kena ketuk. dua dua kena ikat. kalau bersuara kena ketuk lg. penyudahnya habis berang kemas mak cik tu dekat 30k.

Katon berkata...

depa lompat pagaq ka?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dah pasti seorang lompat masuh untuk hulurkan perabot kepada seorang lagi di luar pagar.

Katon berkata...

org sebelah pun tak perasan ?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Katon,

Orang semua kerja masa tu melainkan pencen mejar ini sahaja yang cuti bergaji sepanjang masam