Pengikut

Ahad, 17 Jun 2012

Wacana

14 Jun 2012....Hari ini saya tak main 'weekly medal' dengan members dan menghadiri mesyuarat 'kitchen cabinet' di D'Kembung. Semalam terima panggilan daripada seorang ahli Persatuan Sejarah Cawangan Kedah menjemput saya ke Majlis Wacana Karya Affifudin Omar.  Majlis diadakan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis. Saya sebenarnya kurang minat perkara seperti ini. Tapi, apabila difikirkan semula, mengapa tidak? Semuanya ini, saya percaya, akan 'mengkayakan' pengetahuan saya. Jadi, tak apalah korbankan satu hari untuk mengembangkan lagi lingkungan kenalan.

Sebelum majlis dimulakan, sempat bertemu dengan KP ANM, Puan Hajah Daresah. Dan membuatkan saya paling teruja sekali ialah, jeng...jeng...jeng...


dan akhirnya bersua muka dengan orang yang saya mengenali hanya melalui telefon...

Bersama Tuan Haji Noh, Timbalan Pengarah ANM Kedah/Perlis. Juga seorang 'Tiger' (Edwardian)

Saya sungguh tertarik mendengar cerita Dato' Wira Affifudin bagaimana beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan novel; daripada berlatarbelakang pendidikan sains kepada penulis kreatif. Secara ringkasnya, beliau menyatakan bahawa beliau telah menulis lebih kurang 40 buku/jernal/kertas ilmiah. Persoalannya, siapa yang minat membaca topik seperti 'soil chemistry' melainkan mereka yang dalam bidang tersebut. Ambil saya sebagai contoh, setakat nak tanam pokok....korek lubang, taruh baja dan terus  tanam pokok yang dibeli daripada nursery. Lepas tu jirus air. Instant trees. Noktah.

Menurutnya, ketika mengambil PhD di Cornell University dalam bidang Sosial Sains, beliau mendapati ada seorang scientist terkemuka yang telah menulis beberapa novel. Scientist tersebut menerima hakikat bahawa formula/findingsnya tidak ramai yang berminat kerana tak mudah untuk difahami. Jadi, beliau menulis novel berlandaskan kepada kepakarannya. Barulah orang boleh faham  teori siscientist itu. Berpegang kepada prinsip inilah yang membuat Dato' Wira menulis novel.

Paling asas sekali, melalui karyanya, beliau mematahkan klise yang sering diucap bagi menghalalkan apa yang Maha Kuasa haramkan ketika melakukan maksiat...'minyak dan air tidak bercampur' yang turut diperkatakan dalam buku 'PARADOKS'. Beliau selitkan'....Mereka tidak tahu bahawa melalui proses sains air boleh bercampur dengan minyak menghasilkan apa yang dipanggil emulsion' (ms 91).  Ala...Contoh paling mudah dan paling hampir dengan kita - CAT/PAINT. Kan ke bahan utamanya adalah air dan minyak?

Saya membeli buku tersebut dan beliau telah sudi menandatanganinya. Harga - RM25. Sehingga kini, beliau telah menulis 6 buku dan 1 buku lagi akan berada di pasaran Julai nanti. Saya tidak berhasrat mengupas buku itu kerana saya bukannya seorang yang layak menganalisis karya seseorang. Saya ada pandangan saya tersendiri dan tak perlulah diluahkan. Nawaitu saya hanyalah agar para ilmuan mengutarakan kepakaran mereka menerusi penulisan kreatif bagi memudah pembaca seperti saya ini memahami yang cuba disampaikan.

Oh ya, saya setuju bebeno bila beliau mengatakan mungkin susah sikit para penulis Malaysia nak jadi kaya. Untuk bukunya, royalty hanyalah RM2.50 sebuah buku sekiranya diterbit oleh penerbit yang bukan penulis itu sendiri. Kira tu OK jugalah kerana bukan semua penerbit memberi 10% royalty; kebanyakannya ~ 7%. Tapi, yang paling mustahak sekali, ianya memberi satu kepuasan...personal satisfaction yang tidak boleh dinilai dengan RM!!
Pakar-pakar di luar sana....Tak nak ke mencontohi xtimbalan menteri itu?

1 ulasan:

mangchikla berkata...

http://www.arkib.gov.my/en/puspawangsa-1_2012