Pengikut

Khamis, 13 Disember 2012

Menunggu Penderma

Gambar terbaru anak penakan saya (10/12/12), Aidi, yang jantungnya dipam oleh alat ciptaan manusia (di sini)....

 Beg yang sentiasa dibimbit oleh Aidi (kiri) mengandungi 'jantung' kepada jantung mekanikalnya, iaitu bateri dan 'control device' 

Aidi bersama Tun Dr Mahathir & Dato' Seri Najib di IJN

Aidi perlu ke IJN setiap 3 bulan. Soalan pertama yang ditanya oleh tabib ialah tentang berat badan. Faktor ini sangat penting kerana ia mudah disesuaikan dengan penderma organ nanti, insyaAllah. Sehingga kini, hanya 5 orang rakyat negara ini yang mengguna jantung mekanikal model ini. Berapa lama beliau akan mengguna alat tersebut, wallahualam. Semuanya terpulang kepada kesedian waris penderma!

Beliau turut diundang oleh IJN untuk memberi ceramah menceritakan pengalamannya.   

PS: Sambungan 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

4 ulasan:

ltcolidris berkata...

Aidi is indeed a very brave lad lugging around a mechanical device that keeps him alive. About 20 years ago it was unthinkable that such a device could be invented that gives waiting time to the potential candidate to be given a heart transplant . Through out this period the mechanic heart device be come more and more portable until today it is almost fist size. Who can forget Dr.Christian Bernard from South Africa who in the late sixties pioneered the first heart transplant . Like the automobiles of that era we have come a really long way. My prayers will always be with Aidi, may Allah bless him.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya hanya dapat panjatkan doa semoga saudara Aidi sentiasa cekal tabah dan sabar dalam menghadapi ujian Allah ini Berkat kesabaran, insyaAllah, pasti akan ada ganjaraan dariNya. Kesabaran dan ketabahan jua bagi ahli keluarga untuk terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saudara Aidi.

p/s honestly, how i wish i could help in one way or another.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Arunzab,

Thank you. One of the patients has been waiting for the last 2 years.

Cik Nur Emyinda,

Terima kasih. Anda boleh membantu dengan memberi kesedaran kepada peserta2 kursus perihal menderma organ. Hanya mereka yg menghadapinya akan memahaminya.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

Terima kasih kembali atas cadangan Tuan. InsyaAllah cadangan baik Tuan ini akan diperpanjangkan.

Mudah2an saudara Aidi terus tabah dan diberikan kekuatan jiwa dan minda oleh Allah SWT.