Syukur Alhamdulillah! Kelmarin dulu, 1 Dis 2012=17 Muharram 1434, hari SABTU, genap 36 thn 7 bln 6 hari kami ditimpa MUSIBAH dgn di UJI oleh Allah SWT, terkena letupan Jerangkap dlm Terowong PGK semasa melaksanakan pembersihan dalam Operasi Gubir 2 ,di sempadan Malaysia/Thailand pada 25 April 1976 hari SABTU. Allahyarham LKpl Abdullah Majid aka Mazlan terkorban , saya mendapat cedera di bhgn belakang dan tangan kiri, manakala Spr Misnan cedera ringan.
Ketentuan Allah mempertemukan saya dan balu Allahyarham, Puan Hjh Salmah binti Hj Ali (62 thn), ditemani anak mereka, En Saiful ,Chef di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor( berumur 3 bln dlm kandungan ketika insiden tu berlaku 36 thn lalu) . Pertemuan ulung bertempat di rumah Puan Hjh Salmah bersebelahan Surau Hj Ali, di Kg Bkt Senggeh, SELANDAR, Melaka.(Penantian selama lbh 36 thn!)
SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH ,ALLAHU AKBAR,MASYAALLAH! SEKIAN LAMA MENUNGGU SAAT INI......Pilu ,Sedih,Sayu dan TERKEDU mengenang PERISTIWA yang meragut jiwa Allahyaraham LKpl Abdullah Majid....masih terdengar SUARA akhir Allahyarham " TUAN, SAYA KENA!"......Ketentuan Allah SWT ,beliau dipggl pulang MENGADAPNYA dlm usia Muda...Allah menyayanginya...ALFATIHAH buat ROH Allahyarham , doa agar ROHnya di cucuri Rahmat dan di tempatkan bersama para Syuhada, Insyaallah.
Pertemuan ini dimungkin dan disusunaturkan oleh bekas PW 1 Azmi, xTUDM(xstaf PESAMA,Mk ATM), kini pencen dan menetap d Kg Jus Permai,Selandar...Terima kasih bnyk2 En dan keluarga..moga2 kerjabaik ini di ganjarkan Allah setimpalnya! Turut hadir Ajk PBTM kwsan Selandar di ketuai oleh Presiden En Selamat Sap ,n Zaharin Yusuf ,En Sabtu Abd Ghani dan En Mohd Yasin ( beliau mengetuai bacaan Doa dan Tahlil Ringkas), Bekas Sjn Abd Rahman Mohd Dewa aka Rahman Chong(x 3 Skn RAJD-Driver Terup Nombor Satu) pencen dan kini menetap di Alor Gajah.....Turut sama Rombongan kami dari Kuala Lumpur, Isteri saya Hjh Siti Zawyah, Blogger d Suarang, Kanda Hj Abd Majid Baharom aka UDA, Kanda Hjh Alimah dan ankanda Liana (Juru gambar).
Pertemuan diakhiri dgn ucapan oleh Tuan Hj Yusof (Suami Hjh Salmah kini) mewakili Puan Hjh Salmah ...diikuti Doa dan Tahlil Ringkas KHAS utk Allahyarham LKpl Abdullah Majid..Al fatihah.
Kami dipandu utk ziarah Kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan SELANDAR.
SATU Episod yang TERAMAT mengusik JIWA! Moga2 Allah SWT Memberkati dan Merahmati kita semua dalam meneruskan PERJALANAN Hidup yang BERBAKI semakin SEDIKIT!
Terima Kasih dan Penghargaan Yang Tak TERhingga kpd Puan Hjh Salmah bin Hj Ali PJK, Anakanda Saiful, Hj Yusof dan sanak saudara yang sudi MENERIMA Rombongan kami ini. JAZAKALLAH!
Wassalam ,
Basri bin Hj Omar
Nota :
Puan Hjh Salmah Hj Ali masih menerima pencen bulanan RM 500.00
Di kurniakan bintang PJK (Melaka) oleh TYT Melaka Tun Syed Ahmad Shahabudin kerana aktif dan terlibat dalam Pergerakan Wanita UMNO.
Semasa melahirkan anak Saiful , pihak Mk 3 Divisyen memberi bantuan sapenuhnya kpd beliau BERSALIN d Hosp ATM Kem Terendak...TK 3 Divisyen.
Di hari perkahwinan arwah Abdullah dengan Salmah
36 tahun kemudian......Puan Salmah & Saiful
Bila menulis coretan ini, timbul soalan-soalan berikut, secara amnya...
- Adakah kebanyakan mereka yang terkorban atau cacat anggota badan ketika operasi, diiktiraf pengorbanan mereka dengan dianugerah darjah kebesaran?
- Jika tidak...Mengapa?
- Adakah kerana pengorbanan mereka tidak layak dipertimbangkan, memadai saja dengan PPA?
- Rugi bebeno ke sekiranya agensi gomen tertentu atau persatuan/kelab/yayasan terbabit mencalonkan anggota/ahli mereka?
Saya tak salahkan gomen, di peringkat persekutuan atau pun negeri, kerana mana le mereka nak tahu sekiranya tiada mendapat sebarang pencalonan. Semuanya terpulang kepada organisasi-organisasi terbabit, itu pun jika mereka prihatin terhadap anggota/ahli mereka! Mungkin ada yang tidak mahu sebarang pengiktirafan, itu hak mereka. Tetapi, saya yakin ramai, termasuk waris, yang mengharapkan pengorbanan mereka dihargai oleh majikan (pencalon) dan juga negara/negeri, wallahualam.
Lt Kol Basri....Saya tabik spring kepada anda di atas usaha menjejaki kasih dan terima kasih.
7 ulasan:
Salam Tuan!
Tk paparan utk di kongsi....I'm lost for words kecuali SYUKUR ALHAMDULLILLAH atas SEGALA KETENTUAN Allah SWT....moga2 kita terus di BERKATI dan DI RAHMATI ...Al Fatihah.AMIN!
Salam Tuan Xnuripilot,
Memang suatu peristiwa yang mengusik jiwa . . . pertemuan pada hari itu!
Walaupun saya bukan seorang anggota tentera . . . saya tetap berminat mengikuti setiap perkembangan dalam angkatan tentera kita . . . khususnya yang berkaitan dengan kebajikan mereka setelah bersara.
Saya sekadar mampu mendoakan agar rakyat Malaysia terus menghargai jasa dan bakti golongan yang selama ini memastikan keamanan dan ketenteraman dapat kita nikmati bersama . . . dan amat berharap mudah-mudahan pihak berwajib dapat mempraktikkannya . . . melalui balasan yang setimpal kepada golongan pembela bangsa ini!Amin.
Salam Tuan Basri .. Tahniah atas kejayaan jejak pertemuan setelah 36 tahun berlalu,saya yg menlihat gambar2 di dsuarang.blogspot pun turut terasa terharu tuan,bak kata perpatah sekeping gambar memberi 1001 kisah dan cerita.
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
Entri yang benar2 menyentuh rasa meruntun jiwa…@ dsuarang juga.
Alhamdulillah...setelah 36 tahun akhirnya tercapai juga niat baik Tn Kol Basri untuk bertemu dengan keluarga Allahyarham L/Kpl Abdullah b Majid. Sebak dada dan bergenang airmata saya membaca entri kisah jejak kasih ini...
"A picture paints a thousand words"-melihatkan foto2 yang disertakan, sudah cukup menceritakan segala emosi yang dialami setiap mereka yang ada ketika itu, apatah lagi Tn Kol Basri yang telah sekian lama tercari2 rakan seperjuangan.
Tn Kol Basri, Tuan adalah contoh seorang pemimpin yang berjiwa mulia… Alangkah bertuahnya setiap anggota perajurit di bawah pimpinan Tuan dahulu berkhidmat bersama Tuan !
Bagi arwah Abdullah b Majid, tiada yang lebih membahagia dan menenangkannya di sana melainkan sedekah doa dari kita yang masih diberikan kesempatan berbakti dan beribadah ini oleh Illahi. Sesungguhnya ganjaran pahala Allah SWT itulah yang lebih abadi.
Bagi pihak berwajib yang mengenali, pengorbanan arwah Abdullah b Majid, begitu besar pada kita semua. Arwah menggadaikan nyawa dan usia mudanya demi kesinambungan sebuah bangsa agama dan negara.
Harus bagaimanakah lagi seorang perajurit itu berkorban untuk dihargai negara??? Fikir2kanlah Tuan2 semua...
Al Fatihah pada arwah L/Kpl Abdullah b Majid
Salam Tuan dan Sdr/Sdri!
Tk ats paparan ini....Alhamdulillah Syukur kerana di beri kesempatan dan ruang utk bertemu sua dgn klrga Allahyarham LKpl Abdullah Majid....mmg tak dapat di coretkan melalui perkataan...Moga2 Allah sentiasa MEMBERKATI dan MERAHMATI Kita semua kita, Amin!Hasrat yang terpendam sekian lama d MAKHBULKAN Allah....SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHU AKBAR-lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Alfatihah.
Major ,
youtube bout sa61a on youtube below
http://www.youtube.com/watch?v=I64lwpLkg1I
Saudara & Saudari,
Terima kasih. Jika dimakbulkanNya, gambar arwah akan diabadi dalam buku saya yang tidak sepertinya itu, insyaAllah.
Catat Ulasan