Pengikut

Selasa, 25 Disember 2012

Fikir-Fikirkanlah



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka" (Ar-Ra'du:11)

21 Dis 2012….Akhirnya berita yang dinanti-nantikan sepanjang tahun diumumkan…..Syukur Alhamdulillah.

Maaflah coretan 'retro' berkali-kali ni memuakkan. Tapi saya  nak ceritakan juga kerana saya rasa bersalah jika tidak kongsi bersama pengalaman. Mana le tahu mungkin ada yang berfikir sejenak sama ada apa yang simejar pencen membebelkan ini ada kebenaran atau sebaliknya. Ia tak lain tak bukan ialah tentang merancang keteguhan ekonomi bila tibanya diri tidak lagi relevan kepada sesiapa, hanya kepada kaum keluarga terdekat sahaja. 

Nasihat ini lebih menumpukan kepada warga ATM. Al-maklum, bermula Januari 2013, semua anggota ATM, tidak kira pangkat, akan menikmati RM200 sebulan sepanjang perkhidmatan mereka. Untuk itu, berterima kasihlah kepada gomen yang begitu prihatin terhadap kebajikan soldadu-soldadunya (saya juga akan dapat kenaikan pencen 2% = RM44, insyaAllah dan syukur alhamdulillah).

Apa yang nak saya katakan, boleh tak anggapkan lebihan RM200 itu nanti tidak wujud sama sekali? Tanpanya, anda masih boleh hidup. Sebaliknya, pergi ke bank-bank yang menyediakan pinjaman ASB, seperti CIMB, Maybank, RHB, dll.

Skim Pelaburan ASB

Tetapi sebelum terus melalut, saya mengandaikan....
  • Mereka ini turut 'berdisplin' dari aspek pengurusan kewangan.
  • Memikiokan 'esok masih ada', iaitu ....Apa akan terjadi bila bersara nanti.
  • Takut mengambil risiko seperti saya.
  • Purata 8% dividen/bonus sepanjang tempuh pinjaman.
Dengan RM200 tu, anda boleh pinjam RM30k untuk tempuh 20 tahun. Bayaran bulanan RM202...kan tak boleh tambah RM2 kut! Lepas tu, 'hilangkan' buku ASB selama 20 tahun. Kalau 'terjumpa' pun, biarlah  setahun sekali di awal tahun bagi mengemaskinikan buku. Itu saja, OK?

Dengan diizinkanNya, 20 tahun kemudian, jumlah yang tercetak dalam buku akaun ASB adalah lebih kurang RM139,830 ~ RM140,00, insyaAllah. Pengiraannya berlandaskan kepada formula ini:

FVn = PV(1 + k)n di mana FVn = Future Value; PV = Present Value; n = Tempuh (tahun); k = Dividen/Bonus.

FV20  = RM30,000(1 + 0.08)20 = RM30,000(4.6610) = RM139,830~RM140,000

Atau guna jadual berikut bagi memudahkan pengiraan...

Data untuk kadar dividen/bonus dan tempuh

Jumlah bayaran sepanjang 20 tahun hanyalah  RM48,480 (RM202 x 240 bulan); lebihan RM91,350 (RM139,830 - RM48,480).    

Selepas tempuh tersebut, anda terus menyimpannya kerana tiada keperluan. Setiap tahun, dividen/bonus ~ RM 11,200 (RM140k x 8%) = RM933~RM1k sebulan. Ini bermakna 'pencen' bertambah RM1k, insyaAllah. Tidak dinafikan ketika itu nilai wang pasti akan menguncup, tapi RM1k tetap RM1k. Kan harga petrol Ron 95 masa tu meningkat sampai RM100 seliter kut!

Sebenonya, saya ini bak kata pepatah Melayu bagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Pergi le terhegeh-hegeh mempelawakan diri untuk menceritakan pengalaman saya perihal topik ini kat satu organisasi berdekatan. Nawaitu saya hanyalah agar dapat memberi kesedaran kepada mereka yang 'terlupa' bahawa satu-satu hari nanti mereka akan terpaksa dikeluarkan dari 'comfort zone' yang mereka nikmati sekarang ini. Ingat nak lantik diri sendiri jadi 'role model' le kerana saya pun xsoldadu juga. Malangnya, tiada siapa pun yang menunjukkan minat...kesian saya! Yalah, saya bukannya Pakar Pengurusan Kewangan bertauliah. Hanya sekadar MBA saja. Cerita pun berlandaskan pengalaman sendiri. Atau pun mungkin yuran yang saya ajukan terlalu tinggi sampai mereka tak sanggup membayarnya....segelas nescafe ice kurang manis!  

Ini adalah coretan terakhir tentang bab ASB. Jangan salahkan sesiapa jika menghadapi masa hadapan yang gelap. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera. Anda senang...nikmatilah kesenangan itu. Anda susah...tanggunglah sendiri. Noktah.

INGATAN: SESIAPA PUN TIDAK BOLEH MERAMALKAN APA AKAN TERJADI DI MASA HADAPAN. KITA HANYA BOLEH MERANCANG DAN BERUSAHA, ALLAH MENENTUKANNYA, WALLAHUALAM.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Tuan
Utk pengetahuan tuan saya adalah salah seorg yg sentiasa mgikuti entry2 dari blog tuan, malah saya jadikn tuan sbgai rolemodel/sifu dalam pgurusan kewangan. InsyaAllah 1Jan nti saya akn dpt div pertama dari perlaburan saya, & akan saya gunakn utk buat duit kawin saya. Mulai tahun depan saya akan lenyapkn buku akaun & saya akn ttp bayar ansuran bulanan. Doakan saya berjaya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikmussalam Saudara Ezwanrahimy,

Terima kasih. Tak sia-sialah saya membebel selama ini. Anda telah memulakan langkah pertama, alhamdulillah. Bila ekonomi bertambah baik, terus melabur. Saya doakan agar anda berjaya, insyaAllah.

SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Tanpa Nama berkata...

http://beritasemasa.com/pelaburan-pinjaman-asb-asb-loan

boleh x tuan komen?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Maaf saya katakan saya tiada formula untuk mengira 'FV' sekiranya melabur setiap bulan untuk sesuatu tempuh. Saya akan cuba dapatkan jumlah untuk simpanan RM200 sebulan untuk 20 tahun berandaian dividen 8% setiap tahun. Saya yakin jumlahnya masih rendah.
Seperti yang saya katakan, tiada sesiapa yang boleh meramal masa hadapan. Memang benar apa yang dikatakan oleh penulis tersebut. Mungkin BLR akan naik: mungkin dividen akan turun...wallahualam. Saya perhatikan semenjak ASB dilancar pada 1990, dividen/bonus masih melebihi 8%.

Untuk makluman, bila nak labur juga penting. Jika nak dapat dividen untuk bulan Jan, pelabur mesti deposit selewat-lewatnya 7/1. Deposit pada 8/1 tidak layak dapat dividen untuk itu. Dan begitulah seterusnya. Masalah ini tidak timbul jika melabur melalui pinjaman.

Namun demikian, semuanya terpulang kepada pelabur. Memang ada pros & cons bagi setiap kaedah. Saya melabur melalui pinjaman. Bila ada duit lebih, saya tambah pelaburan. Sekarang ni...syukur alhamdulillah.

minat buku berkata...

Pelaburan ini sangat bagus saya yg pendapatan tak tinggi ini mampu melakukannya setakat ini separuh perjalanan telah diikuti. Pinjaman boleh dikata banyak berbanding pendapatan saya yg rendah.

Saya lebih suka menyatakan ia lebih kepada satu jenis simpanan yg mendispilin setiap individu. Itu yg penting