Followers

Sunday, December 23, 2012

Rempuh Saja

Saya dah fax surat kepada Datuk Seri Ali Rustam yang saya coretkan di sini. Keberangkalian menerima sebarang respons tu sangatlah rendah. Tapi saya terima hakikat kemungkinan besar surat insan kerdil seperti saya ini tak sampai pun pada penerimanya! Tak apalah....sekurang-kurangnya saya telah mencuba.

Ketika melayari 1 blog, saya terbaca yang KM akan datang ke Alor Setaq pada 21/12 untuk merasmikan satu majlis. Apa lagi, saya pun menghubungi pejabat beliau di Melaka dan seorang hamba Allah di sana telah memberi satu nombor untuk saya hubungi bagi mendapatkan butir-butir selanjutnya. Saya pun hubungi pegawai berkenaan dan memaklumkan yang saya berhajat nak berjumpa dengan bosnya di Alor Setaq. 'OK...Hang tunggu kat airport masa dia nak balik nanti'.  Penerbangan balik ke KL pada jam 1830 dengan Firefly. Jadi, pada jam 1650, terpacaklah saya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas. Tak apalah tunggu lama kerana bukannya KM yang nak jumpa saya...saya yang terhegeh-hegeh nak jumpa beliau...He...He...He.

Lebih kurang jam 1815, KM pun tiba. Bila orang buku pintu MPV, saya pun meluru pada dia. Agaknya beliau terfikir siapalah veteran ni. Sambil berjalan, saya pun memaklumkanlah yang saya ini hanya sekadar menyahut seruan beliau untuk dipertimbangkan pembiayaan kos penerbitan buku. Dan saya berikan draf kepada beliau. Banyak lagi nak beritahu beliau tapi masa terlalu suntuk. Malah staf MAS memaklumkannya yang pesawat dah nak berlepas.  Apa pun, saya sudah 'physically' menyerahkan draf tersebut kepada beliau sendiri. Sama ada dibaca atau sebaliknya, wallahualam.

Bergambar dengan Datuk Seri Ali Rustam di lapangan terbang Kepala Batas

Dalam kesuntukan masa tu pun, saya masih sempat memaklumkan bahawa masalah utama penerbit persendirian seperti saya ialah nak menjual buku-buku itu nanti. Apa yang saya harapkan ialah kerajaan negeri membeli sejumlah besar buku-buku tersebut untuk diagih-agih ke sekolah-sekolah, perpustakaan dan agensi-agensi kerajaan di Melaka. Itu saja. 

Tak tahulah apa keputusan beliau....Tunggu sajalah! Saya sudah berusaha, Allah menentukannya.

2 comments:

Temuk said...

Menyerahkan salinan draf kepada KM itu satu usaha hebat dan murni. Semoga darinya terhasil sesuatu yang konkrit. Insya-Allah.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Cikgu Temuk,

Terima kasih. Sekarang ini saya sedang menunggu 3 jawapan: KEMENTAH, VVIP & KM Melaka. Respons KM sekadar meringankan kos yang penerbitan; VVIP untuk Sekapur Sireh. Dan yang penting sekali ialah Bhg Perisikan. Sama ada buku boleh diterbitkan terpulang kepada mereka, wallahualam.