Followers

Friday, August 13, 2010

1 Ramadhan

1 Ramadhan 1431 H (11 Ogos 2010)...Kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia mula melaksanakan rukun Islam ke 3. Pekerja di sektor awam dan swasta di Kedah Darulaman menikmati cuti umum untuk membeli belah bagai nak rak bagi berbuka puasa. (Tidak memberi sebarang makna kerana saya sentiasa bercuti dengan 'separuh gaji'). Saya dan keluarga tidak keluar ke hotel/kelab/restoran untuk berbuka puasa, memadai berbuka di rumah sahaja. Kami berbuka ala kadar sahaja...nasi goreng, udang goreng dan salad sahaja. Minum air kosong dengan 'nescafe'; air sirap, air 'bandung', atau apa-apa air...tak suka. Kuih pula...seri muka yang 'seri kayanya' lebih tebal daripada pulut... Kuih kegemaran saya selain cok kodok  (lihat gambar - bukan beli dari pasar Ramadhan tetapi buat sendiri). Pada bulan Ramadhan ketepikan sikitlah bab kalori. Saya memerlukan tenaga kerana masih menarik troli 9 lubang. Tak terliur ke? Makan sekali, sudah tentu...sehingga menjilat sudu. He...He...He.

Surau kawasan perumahan saya, Surau Darulaman, mula menyediakan 'bubur kanji' untuk sesiapa yang berminat. Saya kurang suka dengan bubur kanji ke...bubur lambuk ke...Jangan main, nampak saja surau ni tak ada kelas tapi perbelanjaan untuk memberi makan untuk orang berpuasa untuk 27 hari menelan belanja  RM20K...lebih kurang RM600 sehari. Ini termasuk upah untuk tukang masak. Namun demikian, kos bukannya satu masalah besar kerana ramai yang sedia menyumbang wang dan juga beras. Maklumlah, salah seorang ahli kariah adalah toke' kilang beras.

Selepas berbuka dan solat maghrib di rumah, berjalanlah ke surau untuk solat isyak dan terawih. Jarak rumah ke surau hanya 'short par 4' sahaja...standard saya pun boleh buat 2 'on'.

Keesokan hari, 2 Ramadhan, Khamis...Kumpulan 'Quartet' bertukar kepada 'Trio' kerana Abang Tad mengambil cuti rehat sebulan. Kami - Hamid, Cikgu dan saya - meneruskan rutin harian 4 hari seminggu menebas dusun yang luas terbentang. Saya akan mengambil peluang ini untuk memperkemaskan lagi kepakaran mengguna 'irons'.  Selepas ini, setiap bulan tak ada nama lain yang menjadi johan 'Monthly Medal'...asyik-asyik orang yang sama...Nor Ibrahim. He...He...He.

No comments: