Pengikut

Khamis, 26 Ogos 2010

Memerlukan Bantuan

Pembaca...Saya telah membaca kisah sedih ini yang 'Abah' memaklumkannya dalam ruangan 'komen'. Apa yang saya mampu lakukan ialah menghantar e-mel berikut...

Hulurkanlah Bantuan...
Wednesday, 25 August 2010 19:02:22
From:
nor ibrahim sulaiman 
Add to Contacts
To:KP Veteran ; PBTM KL 
Assalamualaikum Dato',


Sungguh sedih membaca penderitaan mantan warga tentera. Mungkin JHEV dan PBTM dapat membantu En Sabri mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung beliau.

Keperihatinan Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya berdoa agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya, InsyaAllah.

4 ulasan:

Abah berkata...

Tuan,

Sebagai insan kita sekadar menagih simpati kepada pihak yang berkenaan dan berkemampuan demi meringankan pemasalahan yang dihadapi oleh individu berkenaan. Paling tidak dalam apa bentuk bantuan sekalipun.
Tidak dinafikan usaha yang tuan lakukan juga adalah merupakan satu bentuk bantuan yaani bantuan menyampaikan berita kepada umum. Tidak rugi kita beramal dibulan yang mulia ini 'Ramadan Almubaraq'

FMZam berkata...

Salam tuan, Sdr Abah,

Minta maaf kalau saya cadangkan disini agar dapat kiranya blog tuan ni upkan kat ruang kanan blog ni rayuan derma untuk Sdr Sabri dan paparkan nombor akaun bank rasanya lebih mudah untuk sesiapa yang ingin menderma tu tak payah cakap apa2 terus pergi ke bank masukkan saja ke akaun beliau, banyak ke sikit ke tak jadi hal janji ada flow masuk. Banyak dah saya tengok cara ini di lakukan di blog2.

Salam.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Abah & FMZam,

Terima kasih. Saya setuju dengan cadangan FMZam tu. Nanti nak belajar masukkan widget berkaitan. Buat sementara waktu, butir-butir beliau adalah seperti berikut ialah:

SABRI BIN CHE HASSAN
MAYBANK A/C # 163046200945

FMZam berkata...

Salam tuan,

Baru saya tau Widget namanya. OK sekarang ni kita dah dapat No Akaun Sdr Sabri, marilah kita semua menderma untuk beliau, bila pergi ke bank masukkanlah berapa saja yang setiap seorang kita nak derma tanpa rasa segan nak bagi RM 10 ke, 50 ke, 100 ke atau lebih ke, no fuss man so comfortable this way like we send money to our children.

Ni ada orang cakap "I believe it is more blessed in giving than in taking". Salam semua.