Pembaca...Saya telah mengemaskini coretan bertajuk "Jangan Dilupai Pengorbanan Mereka"di sini dengan fakta yang dimaklumkan oleh 'Abah' dan keratan akhbar dengan gambar Kpl Yaacob.
Keratan akhbar yang dah naik kuning warnanya ditelan zaman tu, dengan coretan tulisan tangan tu memang sah tulisan tangan Tn Hj Basri Omar, confirmed, tengok tulisan tangan beliau itu pun dah satu nostalgia buat saya.
Tentang perkara fakta tu diharap siapa2 yang tau silalah tolong perbetulkan supaya kisah sebegini unik dalam sejarah ketenteraan kita tidak akan jadi bahan propaganda yang kemudian akan jadi gimik seperti kata kawan kita tu.
Berita kecil yang benar itu lebih bernilai dari berita besar yang separuh benar. Half truth is equal to one lie that spoils the soup.
Saya terpaksa menarik balik keratan akhbar kerana fakta yang dilaporkan mengelirukan setelah mengesahkan dengan dua warga komando yang turut berada dilokasi tersebut.
Pada saya tak ada apa yang silap dengan laporan pada keratan akhbar Tn Hj Basri tu tak perlulah pula tuan nak tarik balik, tak ada yang mengelirukan dalam berita yang tertulis didalamnya. Saya hanya sependapat dengan Sdr Abah tentang soal "gimik" yang beliau sebut dalam perbincangannya dan saya dapat faham mana gimik yang beliau kata cuma tidak mahu mengulas lanjut cukuplah sekadar itu saja kerana tidak perlu dipanjangkan untuk jadi bahan debat pula nanti. Cukuplah dengan apa yang tuan sudi memaparkan kisah ini didalam blog itu pada saya satu penghargaan ikhlas dari tuan buat warga tentera semua. Terima kasih aje lah saya ucapkan pada tuan.
Tuan, Cuma disini saya mewakili semua yang berminat dengan slot Operasi Gubir amat tertunggu-tunggu kesudahan Cerita tersebut dengan slot bertajuk 'THE GREAT ESCAPE' Saya percaya tuan sudah memperolihi sumber-sumber tersebut dari mulut yang mengetuai didalam misi tersebut. Semoga slot itu disiarkan didalam Blog tuan kerana saya percaya ramai yang ternanti-nantikan nya.
Hebat sungguh sahabat saya ni....tengok tulisan pun dia boleh confirmed..maklumlah orang PAKAR! Sabenarnya bukan keratan akhbar saja yang lusuh dan kuning tapi tuan yang kerat tu pun dah Lusuh dan Kuning....! Apa pun Syukur atas segala penghargaan...saya cuma nak sumbang selagi mampu..Salam Ramadhan
Saya sedikitpun tak pandang serong pada orang yang jujur seperti tuan dan pada sesiapa pun yang berusaha menyumbang pengalaman untuk blog ini. Apalah saya ini, nak menyumbang pun tak ada bahan, tak ada foto, yang ada cuma kenangan yang tak ada signifikan langsung dalam peristiwa2 trajis, luarbiasa dan hebat seperti yang tuan2 telah lalui. Apa sangatlah nak bercerita tentang Daoyai Musnah, Selamat Sawadee, Cahaya Bina, Op Naga. Op Kota dan operasi2 lain dari 1976 hingga 1980, kalau keluar masuk hutan Jeli, Banding, Kroh, Gerik, Selatan Thai selama itu hanya dipenuhi dengan tugas rutin seorang askar jurutera yang kerjanya menanam/membersih jerangkap samar, membersih kem PGK, membersih laluan serangan, membina/membersih LP, memberi bantuan jurutera, menjadi demolition team, dan bila2 masa bertindak selaku infantri.
Minta maaflah kalau sekiranya askar2 yang rutin tugasnya tidak terdapat peristiwa atau insiden seperti Gubir itu tidak dialu2kan di blog ini.
Terima kasih. Mungkin anda fikir apa yang dilakukan satu rutin tetapi bagi pembaca tidak semestinya. Pada saya, tugas membersihkan kawasan daripada jerangkap samar (JS) adalah satu tugas yang mencabar. Hanya mereka yang berkelayakan saja yang boleh melaksanakan...bukan semua orang. Tidak malu dikatakan saya sendiri kurang arif peranan Jurutera sehingga menerima 'feedbacks' dalam blog ini.
Anggota unit mana yang pertama terkorban dalam Ops Gubir selain nahas Nuri? Bukankah warga RAJD terkena JS dalam terowong tersebut? Bagaimana perasaan anggota anda berhadapan dengan JS? Saya kagum apabila membaca coretan sebanyak 22 ms yang mengisahkan secara terperinci memusnahkan JS.
Tk kerana ada org PEDULI ttg tugasan RAJD...perasaan mcmana bila berhadapan dgn JS....PECAH PELUH & SEJUK ....dalam satu Tugas tanam ubi dkwsn Banding akhir thn 1975...semasa dlm proses ARMING ubi tu...meletup dan kami terus menekap muka kebumi....Alhamdulillah..selamat dan tiada yang cedera....TERKEDU di buatnya....Syukur kerana ikut prosidur!tulah satu2nya insiden dlm 2 bulan bertugas tanam ubi di Musim Tengkujuh...Kami di lindungi oleh Platun dari 2 PPH selama satu bulan dan di ikuti oleh Platun Harimau 2 RAMD.Akhir tugas kami di bawa keluar ke Kem Kroh dgn bantuan helikopter Nuri-Lt Kol Chong KL.
Memang betul Tuan ,anggota RAJD korban PERTAMA Ops Gubir 2 Allahyarham Lkpl Abdullah Majid...2 Tp ,3 Skn Jurutera..Alfatihah utk Rohnya..Amin!
Itulah yang saya kata bahawa kerja2jurutera itu semua rutin bagi saya, bukan tak ada cerita cuma cerita tentang kerja yang tak ada peristiwa signifikan seperti Gubir untuk disumbangkan. Selepas kisah Tn Haji kena jerangkap samar di Kem PGK Gubir, kerja2 membersih kem tinggalan PGK lain yang ditemui selepas itu memang jadi igauan pasukan jurutera kerana pasti ada yang kena jerangkap samar walau sewaspada mana kami melaksanakan tugas pembersihan. Dah nama pun jerangkap samar (booby traps) maka suis2 yang dipasang oleh PGK memang berbagai cara yang direka dengan kepandaian akal fikiran manusia memerangkap musuh mereka. Saya terselamat dalam dua insiden membersihkan jerangkap samar namun dua anggota lain pulak yang tercedera, seolah2 menjadi galang ganti, kerana jerangkap samar ini bukan tau siapa antara kita yang akan "kena loteri".
Bila sudah selesai membersihkan kem PGK, kita masih harus berhati2 kerana kita tidak boleh berasa terlalu yakin dengan kerja pembersihan yang telah dijalankan kerana yang kita bersihkan ialah kem musuh bukan kem kita. Jadi kita tak ada rekod berapa dan dimana kedudukan perangkap yang dipasang. Saya masih ingat betapa teraturnya sebuah kem PGK yang besar lengkap dengan sistem bekalan air yang sungguh natural serta gelanggang bola jaring yang di"camouflaged" dari pandangan udara, dan berselirat dengan sistem terowong bawah tanah. Semua itu kerana saya melakar secara grafik setiap detail kem tersebut untuk dimasukkan kedalam laporan. Saya sentiasa bawa dua batang pen Draughtman jenama Staedler 0.1 dan 0.5 siap dengan katrij dakwatnya yang saya beli sendiri setiap kali masuk hutan, namun lakaran dibuat dalam buku nota bersaiz diari dan bila pulang ke pasukan detail2nya saya pindahkan ke kertas biru sebagai blueprint.
Sekarang ni saya akan ketawa bila teringatkan macamana "combatant' nya saya bila terkenang waktu masuk hutan selama 4 tahun (1976-1980), kelengkapan saya mengalahkan komando dan infantri dengan M16 dan 180 first line ammo, benet M16, pisau komando (sendiri beli), pisau jack knife (issue), pisau Swiss Army (sendiri beli), pistol browning 9mm, armoured vest, magazine vest (beli kat siam), combat boot (tak pakai issue punya sanggup beli US boot buatan siam kat Sg Udang Melaka), insect veil (issue), steel helmet (nasib baik yang ni kena pakai issue punya), water bottle pun beli siam punya. Alatan webbing (pack & pouches) tak kan sah kalau tak sama tinggi dengan kita sebab pegawai jurutera pun kena bawa "ubi" yang nak ditanam sama banyak seperti anggota lain. Kalau ada yang ambil gambar kan best.....Tu tak masuk cerita cam mana dalam op bersama tentera Thai di selatan Thai, M16 dan M79 Grenade Launcher (masa tu belum ada M203) pun bersilang kat badan saya...hehehe....sorilah, bukan apa, waktu tu semangat muda berkobar-kobar....pastu bila dah pewai berjalan naik bukit turun lurah, time landing pun tak larat nak buka peralatan.....bila buka boot...tu dia, pacat penuh, jenuh nak buat pacat clearance pulak.
Harap jangan pulak ada yang terkezut beruk bila saya cerita tentang apa jadahnya perang dalam hutan bawa steel helmet dan armoured vest macam perang konvensyenal, sebab kalau nak tau itulah askar jurutera, dan itulah peraturan dan prosedur tetap kami berpakaian untuk tugas menanam dan membersih "ubi" mesti pakai helmet dan armoured vest. Bila tak buat kerja2 tu benda2 tu tetap dibawa kemana saja...berat dua benda ni saja dah lebih 30 lbs apa lagi ditambah dengan berat "ubi" yang nak ditanam selain berat dry ration.....Sampai kami pun ada lagu rejimen jurutera yang dah diubashsuai tapi tak elok untuk dipaparkan senikata disini, cukup sekadar dala hati sahaja bagi kami yang tahu. Salam.
Ha...sekarang anda dah buka cerita sikit. Routine to you but not to others. Dicadangkan anda e-melkan cerita insiden-insiden yang mencemaskan untuk tatapan pembaca semua. Kalau boleh, kepilkan bersama lakaran dan gambar merupai Rambo tu.
Lihat...ramai pembaca berminat membaca cerita Lt M Xxxx kerana kami seuma tidak terdedah dengan tugas RAJD.
Satu hari nanti saya cerita pengalaman sebagai seorang Paymaster, InsyaAllah. Mungkin ramai pembaca tidak mengetahui tugas Paymaster dahulu; warga tentera sekarang mungkin tidak ketahui yang gaji dibayar 2 kali sebulan. Mereka kenan tanda tangan 'AR'. Sekarang semua kredit dalam bank.
Dalam kita mendengar pengkisahan dari Tn Haji Basri beliau sering sebut kumpulan jurutera yang sentiasa ada tim pelindung (BCT Protection Team) samada dari pasukan infantri maupun dari kawan2 kita dari platun PPH yang menentukan keselamatan tim BCT jurutera sewaktu menjalankan tugas menanam "ubi". Tapi bagaimana pula bila tim jurutera ditugaskan membuat "route clearance" semasa pergerakan mara ke objektif dalam operasi di selatan Thai, siapa yang memberi perlindungan kepada kami? Jawapannya ialah "we are on our own". Why? kerana bila tugas route clearance diberi kepada kami, kamilah kumpulan yang berada di hadapan sekali sebab jalan itu mesti dibersihkan dahulu sebelum orang lain boleh lalu, maka tidak ada orang lain dihadapan kami kecuali kami. Dan jalan itu bukan hanya setakat 100, 200 ela, malah sepanjang permukaan yang hendak dilalui dalam wilayah Thai yang asing bagi kami. Pasukan pelindung berada dibelakang kami, tapi ini bukan "open country", it's jungle, so visibility is very short means protection is virtually zero for us.
Dan di wilayah Selatan Thailand, we called it "The Bandit Country", di hutan2 yang kami syak lokasi PGK, jerangkap samar hampir tidak ada tetapi Periuk Api atau "Bom Tanah" ditanam dan ditanda oleh PGK mengikut konvensyen perang konvensional (Mine markings). Namun tandanya bukan dari arah kami tapi dari arah mereka, maka kami tidak akan nampak tanda2 itu hanya setelah kami masuk jauh kedalam wilayah mereka baru nampak bila kami berpusing kebelakang. Tanda2 yang ditampal di batang2 pokok hutan dengan gambar bom meletup terlukis dengan tinta hitam diatas kertas putih berukuran sebesar lesen L.
Saya tetap ingat bagaimana beberapa askar infantri yang sepatutnya berada dibelakang kami, mencuri-curi bergilir2 mendahului saya yang sentiasa jadi point man dalam tugas "route clearance", membelakangi arahan ketua mereka hanya semata2 tidak mahu membiarkan kami tanpa perlindungan hadapan. Saya ingat kata2 mereka kepada saya, "kami tak boleh biarkan jurutera jadi pelindung kami, itu tugas kami!".
Kerana jauh berjalan dan tau2 sajalah tugas route clearance dengan prosedur membersih menggunakan mine detector memang makan masa yang banyak, lama2 tim FOO yang diketuai oleh Kapt Artileri Ahmad Daud (Bersara Lt. Kol) ikut berada bersama2 saya dan minta saya berhenti rehat. Kami pun berehat untuk merokok. Sedang merokok dibawah sebatang pokok besar, tiba2 beliau suruh saya pandang belakang. Saya pandang belakang dan terkejut kerana barulah nampak tanda periuk api di batang2 pokok sekeliling kami dengan banyak sekali. Jadi kami sebenarnya sudah memasuki kawasan periuk api tanpa terjumpa atau terpijak satu pun. Bila Kapt Ahmad Daud suruh kami pandang keatas pokok maka barulah kami nampak yang periuk api itu tidak ditanam didalam tanah tetapi digantung dicelah dahan. Sebabnya PGK buat begitu ialah kerana itu wilayah Thai jadi mereka tak mau orang2 Thai yang terima akibatnya di negeri yang mereka dapat perlindungan. Mujurlah lokasi itu tidak di "manned" oleh PGK, kalau tidak mungkin jadi satu peristiwa.
Betul kata mat salih, in war bravery is common place. Jurutera tak takut jadi perintis hadapan, infantri sanggup berkorban melindungi kawan dan artileri adalah seperti apa yang saya kata "to observe forward, first you must be forward".
Bayar gaji? Hahahahaha....Tahun 1975 saya Lt Muda baru join unit di Tawau, biasak la orang baru mesti kena tugas yang bagus punya. Tugas bayar gaji untuk terup jurutera yang buat penempatan di sebuah pulau nun sana - Pulau Jambongan. Mula2 collect duit seguni dari Paymaster Kapt Bala (entah ada lagi ke dia?) di Tawau Station. Seguni tu banyak woi adalah dekat 100 - 200 ribu (nilai sekarang setengah juta RM kot?), saya sumbat dalam beg Regular Cadet saya (tak tau apa nama beg tu yang buncit di tengah2 macam beg doktor). Pastu mulalah perjalanan jauh saya sendirian tanpa escort hanya pistol browning dengan peluru 2 magazine penuh dan M16 (peluru 1 magazine saja). Dari Tawau ke Sandakan naik flight Air Kerbau (Caribou TUDM). Dari Sandakan ke Jambongan, arrangement sendiri kata 2ic saya Kapt Elias (bersara Lt Kol)....use your initiative kata dia. Tu dia, so apa inisiatif sendiri pulak padahal ini tugas kerajaan, kerajaan lah patut atur...Dugaan kata Ramli bin Putih...So saya pergi ke pengkalan bot Sandakan, rata bertanya mana bot yang pergi ke Pulau Jambongan. Agaknya orang respek saya sebab dalam uniform kombat dengan M16 dan pistol sorang diri macam Rambo, nasib diaorang tak tau dalam beg tu ada cash yang boleh buat satu orang Sabah boleh jadi OKB kat Sandakan.
Pendek cerita saya dapat tumpang satu bot nelayan Cina. ETD (Waktu bertolak) 2000 hours, dia kat perjalanan dalam 12 jam, ialah bot dia bukan speed bot, pulak tu berjalan dengan enjin bot nelayan yang agaknya sepuluh kuasa kuda yang mengharung air bukan kuasa kuda atas jalan, so tau2 ajelah. Sepanjang perjalanan siksanya nak kencing pun kena tembak kat tepi bot. Yang bestnya nelayan ni ada pulak anjing besar Alsatian tak percaya saya dibuatnya cam mana Alsatian pulak kan dia nelayan? Mula2 anjing tu garang asyik nyalak kat saya tapi tuan dia control, tapi bila pagi terjaga tengok2 saya tidur dengan anjing tu bagus merekot sebelah sama2 kongsi haba badan dalam kesejukan bukannya saya ada bawa selimut.
Sampai di Jambungan pagi, bot tak leh rapat ke pulau sebab air cetek karang timbul. Tapi memang cantik pulau tu dengan air hijau jernih kalau buat snorkeling lagi best. So macam mana nak redah air lebih kurang 1 km ke darat? Yang saya bimbang duit tu akan basah, kalau basah kena jemur duit dulu baru boleh bayar gaji, satu hal pulak. Jemur duit ratus2 ribu kat pantai macam jemur ikan kering nanti hehehehe....
Tapi sekejap lagi budak2 sappers dah tiba dengan assault boat angkut saya. Tau pun diaorang gaji nak datang so memang diaorang tunggu kedatangan saya. Cuma diaorang tak tau saya nak datang naik bot nelayan, mati2 dia ingat saya naik bot Navy....diaorang gelak tengok saya tak pernah umur tengok pegawai gaji naik bot nelayan....ada ke?
Tapi diaorang tak tau cerita saya nak belayar ke Tawau dari Port Kelang dengan MV Kota Ratu, macamana Kapten Kapal Kota Ratu terpaksa "Brek" kapal dia untuk pungut saya dari bot renjer hutan 9 kuasa kuda dan hulur tangga kapal untuk saya naik ke kapal join anggota2 saya belayar ke Tawau tahun 1975....tak payah ceritalah.
Nanti kalau cerita pasal bayar gaji askar dulu2, siapa2 yang jadi pegawai bayar gaji askar kat Sabah mesti teringat tempat yang namanya pelik2 di Sabah masa dulu2. Sekarang ni dah tak ada dah nama pelik2 kat Sabah semua dah tukar. Saya cuma tak leh lupa satu tempat tu yang namanya TUNDUN BUANGIN...Alahai....entah apa namanya sekarang???
FMzam, Nostalgik betul coreta tuan. Pulau Kambongan, Tambisan, Tundun Buangin. Gum Gum dan pulau pulau seangkatan dgn nyam nauk bot balak atau nelayan. Tanam ubi di sempadan, bayar gaji anggota dalam Hutan..Meredah hutan dari satu LP ke satu LP membawa seguni duit dan paybook...hahahah memang nostalgik. Thank you.
Ah ha ha, kan dah kena jolok dengan Tuan NIB. Banyak pun cerita menarik semasa service dulu. Bagi saya, sebagai seorang mantan beranggap itu adalah satu kategori cerita yang paling menarik juga, rasa saya ramai dikalangan orang awam tidak tahu sistem pembayaran gaji yang dilakukan dulu-dulu kala. Macam-macam halangan, rintangan dan perjalanan yang harus dilakukan samada tugas combatant seorang Pegawai Holdfast" dan juga sebagai seorang "Padlock".
Syabas tuan, satu exposure yang menarik mengimbau kembali detik-detik manis, pedas, masin ketika menyarung baju batik Tun Razak isue dulu-dulu.
Teruskan tuan.......
P/s Betul ke Nickname Jurutera dan Paymaster yang saya gunakan itu, maklum lah dah lama meninggalkan tugas sebagai seorang pronto.....
Satu cebisan berita yang menyayat hati yang saya petik dari Forum PP. Dapat kita kongsi bersama akan permasalahan yang dideritai oleh seorang Anggota Tentera ini dan cuba mengatasinya.
Alhamdulillah! saya paling seronokkkkkkkkk harini kerana sahabat dah mula sikit2...DENAK saya dah kena! Tulah saya katakan DIA memang HEBAT orangnya...Dia dan Sifu kami BG Dato'Pahlawan Mohd Tairobi(X Ketua Jurutera) ni memang antara Pegawai RAJD paling PAKAR dlm Taktik Jurutera...Sahabat teruskan agar dapat di dokumentasikan..Terima Kasih!
Tu lah saya ni kena jolok dengan Tuan NIBS habis terburai semua, pandai betui dia tau aja camna nak bagi saya "tempted". Dia betui2 buat apa orang kita kata "kalau tak pecah ruyung mana nak dapat sagunya". Ni tah berapa ruyung dah dipecahkan oleh Tuan NIBS ni.
Tang nickname tu dua2 betui, Holdfast - jurutera, Padlock - paymaster, hebatlah kalau sdr masih boleh ingat sebab sdr dulu pronto - semboyan. Yang saya kesian kat pronto bila keluar masuk hutan ialah bila beban pack kita berkurangan dengan banyak selepas selesai tugas, beban pack dia tak berubah sebab radio set 906 dengan anak gajah(hand generator) dan 2 biji bateri tetap kena pikul. Bukan senang kerja pronto ni, bila malam orang tidur, dia kena kayuh basikal nak recharge bateri guna si anak gajah tu kena mengayuh. Saya masih ingat macamamana hasslenya nak hantar satu message dari dalam hutan belantara bila ada kalanya tiap2 huruf kena "I spell out" dan sambil hantar sebelah tangan pronto dok kayuh basikal. Masih kah sdr ingat phobia ni...Helo Zero this is One Two Alpha...Long Message Over....jawabnya berjam lah kayuh basikal nak lepaskan satu kiriman message panjang....SITREP OVER!
Cakap pasal komunikasi ni, sekitar penghujung 90an ada sorang mamat pegawai RAMD kawan baik saya yang mungkin askar Malaysia yang pertama guna hanfon dalam hutan. Nama takyah sebut tapi dia Melayu keturunan Pattan, muka memang hansom macam mamak. Kita terkial2 nak hantar message guna radio set askar, tiba2 mamat ni keluarkan hanfon ATUR dia yang kalau bergerak kena pikul set dan bateri sekali sebesar beg tangan pompuan. Bila dia dail no telepon kem terus je dapat cakap, kita masih terkial2 dengan radio set askar. Tapi harga set hanfon ATUR waktu tu sekitar RM8000. Bila keluar pekan pakai preman orang semua nganga tengok dia ada hanfon sebab waktu tu hanfon belum popular, tapi yang tak bestnya kena pikul hanfon dengan bateri sekali merata rata bercakap tengah2 publik macam orang giler....hehehe!
Cerita pasal Radio set dan perhubungan nie yang paling saya risau terkena kawasan 'Skip Zone'. Nak pulak ketika itu waktu atau lepas 'Contact' atau ada anggota pasukan yang kena samada WIA atau KIA samaada contact atau mangsa BT. Berpeluh jagung dibuatnya.
Macam nak gila pasang Daipole Antena. Pusing 360* Siap dua orang pulak Fatique pusing Aerial, namum perhubungan tidak juga Thru. Masa tu rasa nak hempas jek Radio set tu. Last-last sekali, buat deq jek buat panggilan 'membabi buta' tak kisah lah masuk jek Freq pasukan sahabat yang tau samada TD atau Air Force dengan Callsign 'Charlie'.
Balik siap kena sembur. Yang paling risaunya ada pulak 'monitoring Team' yang buat rakaman. Boleh didengari live dipasukan termasuk Sunray sekembali ke pasukan selepas sahaja operasi itu.
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Inilah pengalaman yang tidak diketahui oleh generasi baru. Teknologi memang banyak berubah bagi memudahkan pengguna. Macam saya cerita ketika berada di Bangladesh pada 1981, nak menghubungi isteri di Kuantan kena 'booked' sehari dan ianya melalui Singapura & Hong Kong. Lepas tu, menjerik sampai satu kem boleh dengar. Mujurlah mereka tak faham bahasa Malaysia.
Kali terakhir saya berjumpa Kapt Bala di Bt Unggul Golf Club. Beliau pengurus kelab tersebut. Seterusnya, difahamkan beliau bertugas di golf clu 'somewhere' di Port Dickson.
27 ulasan:
Salam tuan,
Keratan akhbar yang dah naik kuning warnanya ditelan zaman tu, dengan coretan tulisan tangan tu memang sah tulisan tangan Tn Hj Basri Omar, confirmed, tengok tulisan tangan beliau itu pun dah satu nostalgia buat saya.
Tentang perkara fakta tu diharap siapa2 yang tau silalah tolong perbetulkan supaya kisah sebegini unik dalam sejarah ketenteraan kita tidak akan jadi bahan propaganda yang kemudian akan jadi gimik seperti kata kawan kita tu.
Berita kecil yang benar itu lebih bernilai dari berita besar yang separuh benar. Half truth is equal to one lie that spoils the soup.
Saudara FMZam,
Saya terpaksa menarik balik keratan akhbar kerana fakta yang dilaporkan mengelirukan setelah mengesahkan dengan dua warga komando yang turut berada dilokasi tersebut.
Salam tuan,
Pada saya tak ada apa yang silap dengan laporan pada keratan akhbar Tn Hj Basri tu tak perlulah pula tuan nak tarik balik, tak ada yang mengelirukan dalam berita yang tertulis didalamnya. Saya hanya sependapat dengan Sdr Abah tentang soal "gimik" yang beliau sebut dalam perbincangannya dan saya dapat faham mana gimik yang beliau kata cuma tidak mahu mengulas lanjut cukuplah sekadar itu saja kerana tidak perlu dipanjangkan untuk jadi bahan debat pula nanti. Cukuplah dengan apa yang tuan sudi memaparkan kisah ini didalam blog itu pada saya satu penghargaan ikhlas dari tuan buat warga tentera semua. Terima kasih aje lah saya ucapkan pada tuan.
Sekian, salam.
Tuan,
Cuma disini saya mewakili semua yang berminat dengan slot Operasi Gubir amat tertunggu-tunggu kesudahan Cerita tersebut dengan slot bertajuk 'THE GREAT ESCAPE' Saya percaya tuan sudah memperolihi sumber-sumber tersebut dari mulut yang mengetuai didalam misi tersebut. Semoga slot itu disiarkan didalam Blog tuan kerana saya percaya ramai yang ternanti-nantikan nya.
Saudara Abah,
Terima kasih. Tengah nak cuba karangkan, InsyaAllah.
Salam Tuan dan Sahabat FMZam!
Hebat sungguh sahabat saya ni....tengok tulisan pun dia boleh confirmed..maklumlah orang PAKAR! Sabenarnya bukan keratan akhbar saja yang lusuh dan kuning tapi tuan yang kerat tu pun dah Lusuh dan Kuning....! Apa pun Syukur atas segala penghargaan...saya cuma nak sumbang selagi mampu..Salam Ramadhan
Saudara FMZam,
Saya tidak berhasrat kesilapan fakta akan dipandang serong terhadap anggota terbabit.
Saudara Basri,
Terima kasih diatas kesudian anda menyumbang bahan cerita untuk blog saya ini.
Salam tuan,
Saya sedikitpun tak pandang serong pada orang yang jujur seperti tuan dan pada sesiapa pun yang berusaha menyumbang pengalaman untuk blog ini. Apalah saya ini, nak menyumbang pun tak ada bahan, tak ada foto, yang ada cuma kenangan yang tak ada signifikan langsung dalam peristiwa2 trajis, luarbiasa dan hebat seperti yang tuan2 telah lalui. Apa sangatlah nak bercerita tentang Daoyai Musnah, Selamat Sawadee, Cahaya Bina, Op Naga. Op Kota dan operasi2 lain dari 1976 hingga 1980, kalau keluar masuk hutan Jeli, Banding, Kroh, Gerik, Selatan Thai selama itu hanya dipenuhi dengan tugas rutin seorang askar jurutera yang kerjanya menanam/membersih jerangkap samar, membersih kem PGK, membersih laluan serangan, membina/membersih LP, memberi bantuan jurutera, menjadi demolition team, dan bila2 masa bertindak selaku infantri.
Minta maaflah kalau sekiranya askar2 yang rutin tugasnya tidak terdapat peristiwa atau insiden seperti Gubir itu tidak dialu2kan di blog ini.
Salam.
Saudara FMZam,
Terima kasih. Mungkin anda fikir apa yang dilakukan satu rutin tetapi bagi pembaca tidak semestinya. Pada saya, tugas membersihkan kawasan daripada jerangkap samar (JS) adalah satu tugas yang mencabar. Hanya mereka yang berkelayakan saja yang boleh melaksanakan...bukan semua orang. Tidak malu dikatakan saya sendiri kurang arif peranan Jurutera sehingga menerima 'feedbacks' dalam blog ini.
Anggota unit mana yang pertama terkorban dalam Ops Gubir selain nahas Nuri? Bukankah warga RAJD terkena JS dalam terowong tersebut? Bagaimana perasaan anggota anda berhadapan dengan JS? Saya kagum apabila membaca coretan sebanyak 22 ms yang mengisahkan secara terperinci memusnahkan JS.
Saudara Mejar NIB
Dapat kiranya siarkan the great escape yg dikatakan itu.
Saudara Anonymous,
InsyaAllah. Semalam tak sempat nak menulis kerana kereta tersadai di tengah jalan, Ampang Jajar. Masa habis di bengkel.
Salam Tuan!
Tk kerana ada org PEDULI ttg tugasan RAJD...perasaan mcmana bila berhadapan dgn JS....PECAH PELUH & SEJUK ....dalam satu Tugas tanam ubi dkwsn Banding akhir thn 1975...semasa dlm proses ARMING ubi tu...meletup dan kami terus menekap muka kebumi....Alhamdulillah..selamat dan tiada yang cedera....TERKEDU di buatnya....Syukur kerana ikut prosidur!tulah satu2nya insiden dlm 2 bulan bertugas tanam ubi di Musim Tengkujuh...Kami di lindungi oleh Platun dari 2 PPH selama satu bulan dan di ikuti oleh Platun Harimau 2 RAMD.Akhir tugas kami di bawa keluar ke Kem Kroh dgn bantuan helikopter Nuri-Lt Kol Chong KL.
Memang betul Tuan ,anggota RAJD korban PERTAMA Ops Gubir 2 Allahyarham Lkpl Abdullah Majid...2 Tp ,3 Skn Jurutera..Alfatihah utk Rohnya..Amin!
Tn Haji Basri,
Itulah yang saya kata bahawa kerja2jurutera itu semua rutin bagi saya, bukan tak ada cerita cuma cerita tentang kerja yang tak ada peristiwa signifikan seperti Gubir untuk disumbangkan. Selepas kisah Tn Haji kena jerangkap samar di Kem PGK Gubir, kerja2 membersih kem tinggalan PGK lain yang ditemui selepas itu memang jadi igauan pasukan jurutera kerana pasti ada yang kena jerangkap samar walau sewaspada mana kami melaksanakan tugas pembersihan. Dah nama pun jerangkap samar (booby traps) maka suis2 yang dipasang oleh PGK memang berbagai cara yang direka dengan kepandaian akal fikiran manusia memerangkap musuh mereka. Saya terselamat dalam dua insiden membersihkan jerangkap samar namun dua anggota lain pulak yang tercedera, seolah2 menjadi galang ganti, kerana jerangkap samar ini bukan tau siapa antara kita yang akan "kena loteri".
Bila sudah selesai membersihkan kem PGK, kita masih harus berhati2 kerana kita tidak boleh berasa terlalu yakin dengan kerja pembersihan yang telah dijalankan kerana yang kita bersihkan ialah kem musuh bukan kem kita. Jadi kita tak ada rekod berapa dan dimana kedudukan perangkap yang dipasang. Saya masih ingat betapa teraturnya sebuah kem PGK yang besar lengkap dengan sistem bekalan air yang sungguh natural serta gelanggang bola jaring yang di"camouflaged" dari pandangan udara, dan berselirat dengan sistem terowong bawah tanah. Semua itu kerana saya melakar secara grafik setiap detail kem tersebut untuk dimasukkan kedalam laporan. Saya sentiasa bawa dua batang pen Draughtman jenama Staedler 0.1 dan 0.5 siap dengan katrij dakwatnya yang saya beli sendiri setiap kali masuk hutan, namun lakaran dibuat dalam buku nota bersaiz diari dan bila pulang ke pasukan detail2nya saya pindahkan ke kertas biru sebagai blueprint.
Sekarang ni saya akan ketawa bila teringatkan macamana "combatant' nya saya bila terkenang waktu masuk hutan selama 4 tahun (1976-1980), kelengkapan saya mengalahkan komando dan infantri dengan M16 dan 180 first line ammo, benet M16, pisau komando (sendiri beli), pisau jack knife (issue), pisau Swiss Army (sendiri beli), pistol browning 9mm, armoured vest, magazine vest (beli kat siam), combat boot (tak pakai issue punya sanggup beli US boot buatan siam kat Sg Udang Melaka), insect veil (issue), steel helmet (nasib baik yang ni kena pakai issue punya), water bottle pun beli siam punya. Alatan webbing (pack & pouches) tak kan sah kalau tak sama tinggi dengan kita sebab pegawai jurutera pun kena bawa "ubi" yang nak ditanam sama banyak seperti anggota lain. Kalau ada yang ambil gambar kan best.....Tu tak masuk cerita cam mana dalam op bersama tentera Thai di selatan Thai, M16 dan M79 Grenade Launcher (masa tu belum ada M203) pun bersilang kat badan saya...hehehe....sorilah, bukan apa, waktu tu semangat muda berkobar-kobar....pastu bila dah pewai berjalan naik bukit turun lurah, time landing pun tak larat nak buka peralatan.....bila buka boot...tu dia, pacat penuh, jenuh nak buat pacat clearance pulak.
Salam tuan.
Salam tuan,
Harap jangan pulak ada yang terkezut beruk bila saya cerita tentang apa jadahnya perang dalam hutan bawa steel helmet dan armoured vest macam perang konvensyenal, sebab kalau nak tau itulah askar jurutera, dan itulah peraturan dan prosedur tetap kami berpakaian untuk tugas menanam dan membersih "ubi" mesti pakai helmet dan armoured vest. Bila tak buat kerja2 tu benda2 tu tetap dibawa kemana saja...berat dua benda ni saja dah lebih 30 lbs apa lagi ditambah dengan berat "ubi" yang nak ditanam selain berat dry ration.....Sampai kami pun ada lagu rejimen jurutera yang dah diubashsuai tapi tak elok untuk dipaparkan senikata disini, cukup sekadar dala hati sahaja bagi kami yang tahu. Salam.
Saudara FMZam,
Ha...sekarang anda dah buka cerita sikit. Routine to you but not to others. Dicadangkan anda e-melkan cerita insiden-insiden yang mencemaskan untuk tatapan pembaca semua. Kalau boleh, kepilkan bersama lakaran dan gambar merupai Rambo tu.
Lihat...ramai pembaca berminat membaca cerita Lt M Xxxx kerana kami seuma tidak terdedah dengan tugas RAJD.
Satu hari nanti saya cerita pengalaman sebagai seorang Paymaster, InsyaAllah. Mungkin ramai pembaca tidak mengetahui tugas Paymaster dahulu; warga tentera sekarang mungkin tidak ketahui yang gaji dibayar 2 kali sebulan. Mereka kenan tanda tangan 'AR'. Sekarang semua kredit dalam bank.
Salam tuan,
Dalam kita mendengar pengkisahan dari Tn Haji Basri beliau sering sebut kumpulan jurutera yang sentiasa ada tim pelindung (BCT Protection Team) samada dari pasukan infantri maupun dari kawan2 kita dari platun PPH yang menentukan keselamatan tim BCT jurutera sewaktu menjalankan tugas menanam "ubi". Tapi bagaimana pula bila tim jurutera ditugaskan membuat "route clearance" semasa pergerakan mara ke objektif dalam operasi di selatan Thai, siapa yang memberi perlindungan kepada kami? Jawapannya ialah "we are on our own". Why? kerana bila tugas route clearance diberi kepada kami, kamilah kumpulan yang berada di hadapan sekali sebab jalan itu mesti dibersihkan dahulu sebelum orang lain boleh lalu, maka tidak ada orang lain dihadapan kami kecuali kami. Dan jalan itu bukan hanya setakat 100, 200 ela, malah sepanjang permukaan yang hendak dilalui dalam wilayah Thai yang asing bagi kami. Pasukan pelindung berada dibelakang kami, tapi ini bukan "open country", it's jungle, so visibility is very short means protection is virtually zero for us.
Dan di wilayah Selatan Thailand, we called it "The Bandit Country", di hutan2 yang kami syak lokasi PGK, jerangkap samar hampir tidak ada tetapi Periuk Api atau "Bom Tanah" ditanam dan ditanda oleh PGK mengikut konvensyen perang konvensional (Mine markings). Namun tandanya bukan dari arah kami tapi dari arah mereka, maka kami tidak akan nampak tanda2 itu hanya setelah kami masuk jauh kedalam wilayah mereka baru nampak bila kami berpusing kebelakang. Tanda2 yang ditampal di batang2 pokok hutan dengan gambar bom meletup terlukis dengan tinta hitam diatas kertas putih berukuran sebesar lesen L.
Saya tetap ingat bagaimana beberapa askar infantri yang sepatutnya berada dibelakang kami, mencuri-curi bergilir2 mendahului saya yang sentiasa jadi point man dalam tugas "route clearance", membelakangi arahan ketua mereka hanya semata2 tidak mahu membiarkan kami tanpa perlindungan hadapan. Saya ingat kata2 mereka kepada saya, "kami tak boleh biarkan jurutera jadi pelindung kami, itu tugas kami!".
Kerana jauh berjalan dan tau2 sajalah tugas route clearance dengan prosedur membersih menggunakan mine detector memang makan masa yang banyak, lama2 tim FOO yang diketuai oleh Kapt Artileri Ahmad Daud (Bersara Lt. Kol) ikut berada bersama2 saya dan minta saya berhenti rehat. Kami pun berehat untuk merokok. Sedang merokok dibawah sebatang pokok besar, tiba2 beliau suruh saya pandang belakang. Saya pandang belakang dan terkejut kerana barulah nampak tanda periuk api di batang2 pokok sekeliling kami dengan banyak sekali. Jadi kami sebenarnya sudah memasuki kawasan periuk api tanpa terjumpa atau terpijak satu pun. Bila Kapt Ahmad Daud suruh kami pandang keatas pokok maka barulah kami nampak yang periuk api itu tidak ditanam didalam tanah tetapi digantung dicelah dahan. Sebabnya PGK buat begitu ialah kerana itu wilayah Thai jadi mereka tak mau orang2 Thai yang terima akibatnya di negeri yang mereka dapat perlindungan. Mujurlah lokasi itu tidak di "manned" oleh PGK, kalau tidak mungkin jadi satu peristiwa.
Betul kata mat salih, in war bravery is common place. Jurutera tak takut jadi perintis hadapan, infantri sanggup berkorban melindungi kawan dan artileri adalah seperti apa yang saya kata "to observe forward, first you must be forward".
Salam.
Salam tuan,
Bayar gaji? Hahahahaha....Tahun 1975 saya Lt Muda baru join unit di Tawau, biasak la orang baru mesti kena tugas yang bagus punya. Tugas bayar gaji untuk terup jurutera yang buat penempatan di sebuah pulau nun sana - Pulau Jambongan. Mula2 collect duit seguni dari Paymaster Kapt Bala (entah ada lagi ke dia?) di Tawau Station. Seguni tu banyak woi adalah dekat 100 - 200 ribu (nilai sekarang setengah juta RM kot?), saya sumbat dalam beg Regular Cadet saya (tak tau apa nama beg tu yang buncit di tengah2 macam beg doktor). Pastu mulalah perjalanan jauh saya sendirian tanpa escort hanya pistol browning dengan peluru 2 magazine penuh dan M16 (peluru 1 magazine saja). Dari Tawau ke Sandakan naik flight Air Kerbau (Caribou TUDM). Dari Sandakan ke Jambongan, arrangement sendiri kata 2ic saya Kapt Elias (bersara Lt Kol)....use your initiative kata dia. Tu dia, so apa inisiatif sendiri pulak padahal ini tugas kerajaan, kerajaan lah patut atur...Dugaan kata Ramli bin Putih...So saya pergi ke pengkalan bot Sandakan, rata bertanya mana bot yang pergi ke Pulau Jambongan. Agaknya orang respek saya sebab dalam uniform kombat dengan M16 dan pistol sorang diri macam Rambo, nasib diaorang tak tau dalam beg tu ada cash yang boleh buat satu orang Sabah boleh jadi OKB kat Sandakan.
Pendek cerita saya dapat tumpang satu bot nelayan Cina. ETD (Waktu bertolak) 2000 hours, dia kat perjalanan dalam 12 jam, ialah bot dia bukan speed bot, pulak tu berjalan dengan enjin bot nelayan yang agaknya sepuluh kuasa kuda yang mengharung air bukan kuasa kuda atas jalan, so tau2 ajelah. Sepanjang perjalanan siksanya nak kencing pun kena tembak kat tepi bot. Yang bestnya nelayan ni ada pulak anjing besar Alsatian tak percaya saya dibuatnya cam mana Alsatian pulak kan dia nelayan? Mula2 anjing tu garang asyik nyalak kat saya tapi tuan dia control, tapi bila pagi terjaga tengok2 saya tidur dengan anjing tu bagus merekot sebelah sama2 kongsi haba badan dalam kesejukan bukannya saya ada bawa selimut.
Sampai di Jambungan pagi, bot tak leh rapat ke pulau sebab air cetek karang timbul. Tapi memang cantik pulau tu dengan air hijau jernih kalau buat snorkeling lagi best. So macam mana nak redah air lebih kurang 1 km ke darat? Yang saya bimbang duit tu akan basah, kalau basah kena jemur duit dulu baru boleh bayar gaji, satu hal pulak. Jemur duit ratus2 ribu kat pantai macam jemur ikan kering nanti hehehehe....
Tapi sekejap lagi budak2 sappers dah tiba dengan assault boat angkut saya. Tau pun diaorang gaji nak datang so memang diaorang tunggu kedatangan saya. Cuma diaorang tak tau saya nak datang naik bot nelayan, mati2 dia ingat saya naik bot Navy....diaorang gelak tengok saya tak pernah umur tengok pegawai gaji naik bot nelayan....ada ke?
Tapi diaorang tak tau cerita saya nak belayar ke Tawau dari Port Kelang dengan MV Kota Ratu, macamana Kapten Kapal Kota Ratu terpaksa "Brek" kapal dia untuk pungut saya dari bot renjer hutan 9 kuasa kuda dan hulur tangga kapal untuk saya naik ke kapal join anggota2 saya belayar ke Tawau tahun 1975....tak payah ceritalah.
Salam.
Salam tuan,
Nanti kalau cerita pasal bayar gaji askar dulu2, siapa2 yang jadi pegawai bayar gaji askar kat Sabah mesti teringat tempat yang namanya pelik2 di Sabah masa dulu2. Sekarang ni dah tak ada dah nama pelik2 kat Sabah semua dah tukar. Saya cuma tak leh lupa satu tempat tu yang namanya TUNDUN BUANGIN...Alahai....entah apa namanya sekarang???
FMzam,
Nostalgik betul coreta tuan.
Pulau Kambongan, Tambisan, Tundun Buangin. Gum Gum dan pulau pulau seangkatan dgn nyam nauk bot balak atau nelayan.
Tanam ubi di sempadan, bayar gaji anggota dalam Hutan..Meredah hutan dari satu LP ke satu LP membawa seguni duit dan paybook...hahahah memang nostalgik.
Thank you.
Salam Tuan FM,
Ah ha ha, kan dah kena jolok dengan Tuan NIB. Banyak pun cerita menarik semasa service dulu. Bagi saya, sebagai seorang mantan beranggap itu adalah satu kategori cerita yang paling menarik juga, rasa saya ramai dikalangan orang awam tidak tahu sistem pembayaran gaji yang dilakukan dulu-dulu kala. Macam-macam halangan, rintangan dan perjalanan yang harus dilakukan samada tugas combatant seorang Pegawai Holdfast" dan juga sebagai seorang "Padlock".
Syabas tuan, satu exposure yang menarik mengimbau kembali detik-detik manis, pedas, masin ketika menyarung baju batik Tun Razak isue dulu-dulu.
Teruskan tuan.......
P/s Betul ke Nickname Jurutera dan Paymaster yang saya gunakan itu, maklum lah dah lama meninggalkan tugas sebagai seorang pronto.....
Tuan,
Satu cebisan berita yang menyayat hati yang saya petik dari Forum PP. Dapat kita kongsi bersama akan permasalahan yang dideritai oleh seorang Anggota Tentera ini dan cuba mengatasinya.
Credit kepada salah seorang ahli Forum PP asm@m
http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story8097198.asp
Salam Tuan & Sahabat FMZam!
Alhamdulillah! saya paling seronokkkkkkkkk harini kerana sahabat dah mula sikit2...DENAK saya dah kena!
Tulah saya katakan DIA memang HEBAT orangnya...Dia dan Sifu kami BG Dato'Pahlawan Mohd Tairobi(X Ketua Jurutera) ni memang antara Pegawai RAJD paling PAKAR dlm Taktik Jurutera...Sahabat teruskan agar dapat di dokumentasikan..Terima Kasih!
Salam Sdr Abah,
Tu lah saya ni kena jolok dengan Tuan NIBS habis terburai semua, pandai betui dia tau aja camna nak bagi saya "tempted". Dia betui2 buat apa orang kita kata "kalau tak pecah ruyung mana nak dapat sagunya". Ni tah berapa ruyung dah dipecahkan oleh Tuan NIBS ni.
Tang nickname tu dua2 betui, Holdfast - jurutera, Padlock - paymaster, hebatlah kalau sdr masih boleh ingat sebab sdr dulu pronto - semboyan. Yang saya kesian kat pronto bila keluar masuk hutan ialah bila beban pack kita berkurangan dengan banyak selepas selesai tugas, beban pack dia tak berubah sebab radio set 906 dengan anak gajah(hand generator) dan 2 biji bateri tetap kena pikul. Bukan senang kerja pronto ni, bila malam orang tidur, dia kena kayuh basikal nak recharge bateri guna si anak gajah tu kena mengayuh. Saya masih ingat macamamana hasslenya nak hantar satu message dari dalam hutan belantara bila ada kalanya tiap2 huruf kena "I spell out" dan sambil hantar sebelah tangan pronto dok kayuh basikal. Masih kah sdr ingat phobia ni...Helo Zero this is One Two Alpha...Long Message Over....jawabnya berjam lah kayuh basikal nak lepaskan satu kiriman message panjang....SITREP OVER!
Salam Tn Haji Basri,
Jangan puji camtu sekali, saya tak ada apa2 hebat pun, suwey tu ada lah. Tapi suwey pun takdir Allah jugak. Alhamdulillah. Salam.
Sdr Abah,
Cakap pasal komunikasi ni, sekitar penghujung 90an ada sorang mamat pegawai RAMD kawan baik saya yang mungkin askar Malaysia yang pertama guna hanfon dalam hutan. Nama takyah sebut tapi dia Melayu keturunan Pattan, muka memang hansom macam mamak. Kita terkial2 nak hantar message guna radio set askar, tiba2 mamat ni keluarkan hanfon ATUR dia yang kalau bergerak kena pikul set dan bateri sekali sebesar beg tangan pompuan. Bila dia dail no telepon kem terus je dapat cakap, kita masih terkial2 dengan radio set askar. Tapi harga set hanfon ATUR waktu tu sekitar RM8000. Bila keluar pekan pakai preman orang semua nganga tengok dia ada hanfon sebab waktu tu hanfon belum popular, tapi yang tak bestnya kena pikul hanfon dengan bateri sekali merata rata bercakap tengah2 publik macam orang giler....hehehe!
Tuan FM,
Cerita pasal Radio set dan perhubungan nie yang paling saya risau terkena kawasan 'Skip Zone'.
Nak pulak ketika itu waktu atau lepas 'Contact' atau ada anggota pasukan yang kena samada WIA atau KIA samaada contact atau mangsa BT. Berpeluh jagung dibuatnya.
Macam nak gila pasang Daipole Antena. Pusing 360* Siap dua orang pulak Fatique pusing Aerial, namum perhubungan tidak juga Thru. Masa tu rasa nak hempas jek Radio set tu. Last-last sekali, buat deq jek buat panggilan 'membabi buta' tak kisah lah masuk jek Freq pasukan sahabat yang tau samada TD atau Air Force dengan Callsign 'Charlie'.
Balik siap kena sembur. Yang paling risaunya ada pulak 'monitoring Team' yang buat rakaman. Boleh didengari live dipasukan termasuk Sunray sekembali ke pasukan selepas sahaja operasi itu.
Saudara Abah & FMZam,

Catat Ulasan